KLIK LAJU-LAJU!

MARI BLOGWALKING DENGAN APESAL.COM

Yang Baik Hati =)

Cari cerita lama

Aku terkini

sebelum komen, baca dulu komen orang lain boleh? Bosan la nak balas komen yang sama.. sebab jawapan aku mesti sama punya. tak pasal2 aku jadi astro karang ulang tayang beberapa kali

* jangan orang astro sentap pulak dengan aku, suda

Ahad, 12 Oktober 2008

KIRAAN TAJUL MULUK

Petua Melihat Rumahtangga Bersama Pasangan

Bunyi sebutan nama; iaitu jika bunyi di :-

Depan (bila sebut, vokal u: contoh nu, rul, hu)= Markah 9
Atas (bila sebut, vokal a: contoh ha, jar, sal, ma)= Markah 8
Bawah (bila sebut, vokal i: contoh him, ziz, mi)= Markah 5

Contoh:-

Nama Lelaki : azizan
Sebutan : A + zi + zan
Markah : 8 + 5 + 8
Jumlah : 21

Nama Perempuan : Noor Rumaizah
Sebutan : noor + ru+ mai + zah
Markah : 9 + 9 + 8 + 8
Jumlah : 34

So Jumlah Keseluruhan : 21 + 34 = 55

Mencari baki :-

Jumlah 55 dibahagi pula dengan nombor 9, 7, 5 dan 3.

Iaitu:-

55 bahagi 9... baki ialah 1
55 bahagi 7... baki ialah 6
55 bahagi 5... baki ialah 0
55 bahagi 3... baki ialah 1

** Oleh itu baki ialah 1, 6, 0 dan 1 (baca dari atas ke bawah)

Peringkat perjalanan usia perkahwinan (9, 7, 5, 3)

# 9 - Di masa muda (awal perkahwinan)

# 7 - Di masa memasuki pertengahan

# 5 - Di masa menghadapi masa tua

# 3 - Di masa tua (penghujung perkahwinan)

Jika baki :-

0 - Bulan Purnama
Di waktu ini rumah tangga sangat bahagia, hidup penuh dengan aman dan damai. Tidak berlaku kekecohan. Jika pasangan ini subur kemungkinan mendapat ramai anak.

1 - Biji Di Tasik
Di waktu ini pasangan hidup dengan keadaan kewangan yang hanya cukup makan. Tidak mewah (dengan kadar masing-masing) dengan kata lain tidak cukup duit atau susah sedikit untuk mendapatkan duit. Rezeki payah.

2 - Anak Raja Sekandang
Di waktu ini pasangan suami isteri romantis, rasa secocok, rasa sama padan dan saling memahami. Maka rumahtangga menjadi bahagia.

3 - Anak Raja Kepanasan
Di waktu ini sering berlaku pertengkaran, bergaduh, bermasam muka iaitu dengan kata lain perselisihan faham sering berlaku. Jika dibiarkan berlarutan rumahtangga akan hancur.

4 - Abu Atas Tunggul
Di waktu ini duit ada tapi tidak pernah cukup. Jika dapat wang pun hanya sekadar dapat lihat sahaja. Wang itu cepat habis digunakan. Ada-ada saja perkara yang hendak dibelanjakan. Senang datang senang habis. Poket sentiasa kosong.

5 - Telaga Di Bawah Bukit
Di waktu ini rezeki datang melimpah-limpah. Tidak menghadapi masalah kewangan. Hidup senang.

6 - Tanduk Seberkas
Di waktu ini pasangan menjadi romantis, penuh kemesraan dan penuh kasih sayang.

7 - Naga Seru
Di waktu ini pasangan tidak tenteram kerana masalah kuat cemburu. Selalu tidak percaya pada pasangan.

8 - -sama seperti nombor 0-

so, utk aku:
mula2 kawin (1):
Di waktu ini pasangan hidup dengan keadaan kewangan yang hanya cukup makan. Tidak mewah (dengan kadar masing-masing) dengan kata lain tidak cukup duit atau susah sedikit untuk mendapatkan duit. Rezeki payah.

pertengahan perkahwinan (6):
Di waktu ini pasangan menjadi romantis, penuh kemesraan dan penuh kasih sayang.

masa dah tua (0):
Di waktu ini rumah tangga sangat bahagia, hidup penuh dengan aman dan damai. Tidak berlaku kekecohan. Jika pasangan ini subur kemungkinan mendapat ramai anak.

masa dah nak tunggu waktu (1):
Di waktu ini pasangan hidup dengan keadaan kewangan yang hanya cukup makan. Tidak mewah (dengan kadar masing-masing) dengan kata lain tidak cukup duit atau susah sedikit untuk mendapatkan duit. Rezeki payah.

kiranya, aku x digalakkan bersama dengan si azizan ni la...hahahah

Peringatan : Korang jgn percaya sangat.. ni saje jek utk mengisi masa terluang sambil membuat kerja kira-mengira.. ehehehe...

* saje letak nama sendirik..tapi tolong ye, xkenal sesapa dengan nama azizan...nama itu hanya utk tujuan komersil

60 ulasan:

  1. memang pun.. masa buat dgn kwn2, kami bantai gelak je

    BalasPadam
  2. aku dah lah tak minat matematik.. terpaksa kene kira pulak dah

    BalasPadam
  3. kalau ko nak aku kirakan, boleh je.. bak sini nama ko dan pasangan ko.. hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. zakiah n abdullah

      Padam
    2. zakiah n abdullah

      Padam
    3. Dah buatkan. Tengok latest punya post ya. Tq. Maaf bertahun.

      Padam
  4. saje nk cube2 bukan nk caye..nk tnye xfhm yg kire Mencari baki :-

    Jumlah 66 (66 ni dr mne) dibahagi pula dengan nombor 9, 7, 5 dan 3.(9753 ni ambil dr mne?)

    Iaitu:-

    55 (no ni plak dr mne?)bahagi 9... baki ialah 1
    55 bahagi 7... baki ialah 6
    55 bahagi 5... baki ialah 0
    55 bahagi 3... baki ialah 1

    ** Oleh itu baki ialah 8, 9, 0 dan 1 (baca dari atas ke bawah)----(no ni xsme dgn no yg dh dibahagikan pun spt diatas?)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam.. sory bkn nak ajar. Tp cuma nak kongsi knp blh terkeliru. Angka or nombor bersifat tetap dan tidak berubah tidak juga boleh mengubah kepada yg lain kpd yg lain.. sekian.
      Baik kembali kpd yg buat jadi nak jadikan keliru dan faham. Tp sebenar dlm jwpan awk tu yg ade yg benar.. dan sya yakin awk pun mmg tahu. Cuma ilmu yg di berikan cth diatas tak smp habis je.. last sekali kita kan nak thu ape jawapan nyer bahagia ke tidak. Finishing nya..tmbh kan jugak semua baki yg kita dpt. 8 ikut cth atas. Dengan kata lain hubungan perkahwinan ini alhamdulillah hepi ending..

      Padam
  5. Tanpa nama...

    saya nak tolong, tapi macam mana awak nak tau saya online ke tak? kalau masih nak tau, email saya k?

    brat2104@yahoo.com

    BalasPadam
  6. AHAHA.. MACAM SERONOK...
    TP X FAHAM LA...
    Jumlah 66 dibahagi pula dengan nombor 9, 7, 5 dan 3.

    Iaitu:-

    55 bahagi 9... baki ialah 1
    55 bahagi 7... baki ialah 6
    55 bahagi 5... baki ialah 0
    55 bahagi 3... baki ialah 1

    ** Oleh itu baki ialah 8, 9, 0 dan 1 (baca dari atas ke bawah)
    CAMNE 2

    BalasPadam
  7. haha.. ok ok.. dah paham.. ralat.. saya betulkan skrg.. tq..

    BalasPadam
  8. cuba kajian nama rita dgn zakuan, dato k dgn rozita che wan dan siti nurhaliza.... bagi saya, jika kita kawin itu atas pilhan Allah, bukan pilihan kita, insyaAllah apa yg ditulis dlm kitab TM ini, hanya gurauan semata, tapi jika dipilih atas pilihan kita, mungkin akan berlaku.... dlm kitab hikam ada dinyatakan apa itu tajrid... pilihan kita atau pilihan Allah. manusia sekarang, mulut cakap bergantung dgn Allah, tapi hati tidak?... Walahu'alam

    BalasPadam
    Balasan
    1. Belajar banyak lagi Tanpa Nama.. Jgn Malukan Diri sendiri dgn Tnjukkan Kekurangan Ilmu Diri Sendiri.. Beljar Lah Syariat Hakikat Dan Hukum Adat lpstu sepadan Kan.. Ingat,Tuhan Tak Terima Keimanan Secara Membuta Tuli.. Klau Kena Pkai Allah Je.. Kpda Allah suruh Nabi Musa Ketukkan Tongkat Untuk Belah Laut.. sbb Allah x nak Umat Nabi Musa Beriman Kpada Kekuasaan Allah scara Membuta Tuli..Knalah Ada Sebab atas berlakunya sesuatu tu.. Ilmu Tabib Ni Ilmu Rahsia.. Dh Lama Wujud.Dan Last skali Bila Nabi Muhammad Muncul.Allah suruh Nabi Muhammad Kata Percayalah Jodoh Ajal Maut Dan Rezeki itu di Tangan Tuhan.. brmksud Tuhan Yg Tentukan.. Jdi skrng kita bukan tentukan.pengiraan Ni Imam Al Ghazali yg Buat.. Pengiraan Ni Untuk Kita Berhati Hati tpi Percaya bahawa Keputusan ni pun Allah yg Tentukan dan Allah Jugak Yg Boleh Ubah.. KITA NI KLAU NA BERGANTUNG MEMBUTA TULI.. KNAPA KITA KERJA SEDANGKAN REZEKI TU TUHAN YG TENTUKAN??Ilmu Skrng Makin Diangkat..Ni Akhir Zaman.. Sedarlah Saudara.Tajamkan Pemikiran tu.. berfikir sbelum Bercakap.Jgn Merendah rendahkan Ilmu Dan Kajian Ulamak.. Nabi Dh Bgtau Dh Dkt Akhir Zaman Umat Dia sendiri akan perendahkan Ilmuwan Ilmuwan Islam Dulu dulu..

      Padam
  9. Balasan
    1. hehe.. meh saya tolong kira. saya suka kira2 ni..

      Padam
  10. Assalamualaikum,
    Seriously kat mana Tuan belajar ni?
    sebab saya selalu mendengar perkataan telaga bawah gunung - anak Raja kepanasan..perkara2 mcmni dlm menilai pasangan. Saya tak lah percaya 100% tetapi saya percaya la jugak cuma tak lah kepercayaan ni sehingga Menyekutukan Allah. saya percaya ada ilmu ramalan ni. Nabi Yussuf A.S juga ada mukjizat meramal mimpi. kita mungkin dapat ilmu yang sedikit tapi tak lah sehingga boleh meramal Ilmu mimpi setepat apa yang diramalkan Nabi Allah Yussuf. jadi persoalannya sekarang dimana Tuan belajar ilmu Tajul muluk ni?
    Terima Kasih :D

    BalasPadam
  11. Salam...saya masih ade kitab ni,tp yg akhir hilang lebih kurang 8 helai..bukan hilang..terkoyak..ade sape yg ade lg..pm..0134554746

    BalasPadam
    Balasan
    1. https://www.facebook.com/635527306559471/photos/a.635533366558865.1073741827.635527306559471/657330664379135/?type=1&theater

      Padam
  12. tajul muluk sebauh kitab kajian mnegenai manusia...bukan dongengan,,,slh 1 ilmu dr DIA... kite masih x expolore..bnyk keistimewaan ISlam,,,dlm mngenali sifat manusia pun ade panduan...dh dpt pnduan...leh buat istikhrah hajat taubat mnt ptunjuk...bkn mpecyai semata2 secara mbuta tuli... langkah deni selangkah...

    BalasPadam
  13. tolong kirakan please...rohaidah dan ameen

    BalasPadam
  14. tolong kirakan please...rohaidah dan ameen

    BalasPadam
    Balasan
    1. Amin = 8+5 = 13

      Rohaidah = 9+8+8 = 25

      25+13=38
      ÷ 9 >> baki 2
      ÷ 7 >> baki 3
      ÷ 5 >> baki 3
      ÷ 3 >> baki 2

      2,3,3,2

      So, sila rujuk nombor di atas ya

      Padam
    2. tlg kira wan ismayuzi dgn noor ahmad

      Padam
  15. Tolong kirakn.. Sandra dan Abdul Rani tpi dlm surat branak,nma dia Tiga

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sandra = 8 + 8 = 16
      Abdul rani = 8 + 9 + 8 + 5 = 30

      30+16 = 46

      ÷ 9 = 1
      ÷ 7 = 4
      ÷ 5 = 1
      ÷ 3 = 1

      1,4,1,1

      Padam
    2. Tolong kirakan Rohaida + Nahar

      Padam
  16. saya kurang faham baki tu cmna ek kira..
    saya kira total nama sendiri dengan pasangan (21+52)= 73
    lepas tu yang baki untuk peringkat perkahwinan tu x dpt lak.. bole tlg kirakan x?

    BalasPadam
    Balasan
    1. nama yang dikira tu nama penuh ke nama panggilan je?

      Padam
    2. 73/9, baki 1
      73/7, baki 3
      73/5, baki 3
      73/3, baki 1

      Padam
  17. Aku kira PM najib punya dapat 0540
    Patut la kaya....

    BalasPadam
  18. Kirakan utk saya please, Nurul Syahiera dan Abdul Hashim, sbb ikt kn pasangan saya mengatakan ayah dia pernah kirakan tapi dapat keputusan take elok, saya tak pasti macam mana ayah dia kirakan, saya pun rasa agak keliru nk percaya atau tak, sis wassap sy 0137565636 please, sbb kes nama ni yg buat kn pasangan terlalu percaya sehingga hubungan jd bermasalah. Hope sis boleh bantu saya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. sori sis..baru baca.. masih nk saya kira ke? wasap saya la.. 0173479028

      Padam
  19. Hi Admin,

    Saya cuba kira sendiri untuk :

    Siti Faridah
    Amin Farhan

    betul ke dapat akhir 7720 atau 7620?

    Mana satu ye?

    BalasPadam
    Balasan
    1. saya kira dapat 6400
      60/9, baki 6
      60/7, baki 4
      60/5, baki 0
      60/3, baki 0

      Padam
  20. Kira utk saya.
    .nor Aishah ..
    Sajjad khan

    BalasPadam
    Balasan
    1. nor aishah = 9+8+8 = 25
      sajjad khan = 9x3 = 24

      jumlah = 49

      49/9 = baki 4
      49/7 = baki 0
      49/5 = baki 4
      49/3 = baki 1

      makanya 4,0,4,1

      Padam
  21. tlg kirakan baki please.
    total saya dan pasangn 99

    BalasPadam
    Balasan
    1. 99/9 = baki 0
      99/7 = baki 1
      99/5 = baki 4
      99/3 = baki 0

      makanya 0,1,4,0

      Padam
  22. Balasan
    1. ridzuan = 5+9+8 = 22
      zainab = 8+8 = 16
      jumlah = 38

      38/9 = baki 2
      38/7 = baki 3
      38/5 = baki 3
      38/3 = baki 2

      makanya 2,3,3,2

      Padam
  23. Balasan
    1. 47/9 = baki 2
      47/7 = baki 5
      47/5 = baki 2
      47/3 = baki 2

      jadi, 2522

      maaf lambat.. dah tak aktif sangat kat blog

      Padam
  24. aq rizal jumlah 85. bakinya brpa.

    BalasPadam
  25. Assalamualaikum... Kak Boleh Kira nama ku (muflikha & Iwan sopyan) TrimakSih

    BalasPadam
  26. Assalamualaikum... Kak Boleh Kira nama ku (muflikhah& Iwan sopyan) TrimakSih

    BalasPadam
  27. klau dpt no 11 mcm mne? adekah 11 tu kita kira 1+1 = 2?

    BalasPadam
  28. tlg kira wan ismayuzi dengan noor ahmad

    BalasPadam
  29. Patut lah kawan aku blajar dekat 10 tahun pom dri Kitab tajul muluk nih, rupanya pecah kepala nk fhm... Tp kawan aku pesan nk balajr apa pom berguru,takut terbawa,terpesong skit ka,x pom last skli Gila... Bang ada x tajul muluk yg bab firasat Hari dngn tarikh..klo ada post bang.. nk tau skit2 ja xmau bnyk

    BalasPadam
  30. Surayia
    Ryan

    Call me Divs ya Sis. Tolong kira kan please. Thank you so much.

    BalasPadam
  31. Tak perlu caya.lari akidah. Nak suka2 boleh. Caya jangan. Jodoh ditangan allah.

    BalasPadam
  32. Pengarang kitab tu memang ada sumber. Kita saja tak diberitahu dari mana sumbernya. Sebelum mengarang kitabnya itu, dia sudah berpuluh tahun membuat penandaan tentang apa yang akan ditulisnya itu.

    Percayalah, ia semuanya betul dan benar. Sifir dan angka tetap tidak akan berubah. Kalau jawapannya 1, maka satulah jadinya.

    Dan ilmu ini sudah jarang dimiliki oleh orang, apatah lagi nak digunakan. Cuma, jangan tersialp sedikit pun dalam pengiraan. Kalau salah tulis nama, maka akan salahlah perjalanan sepanjang hidup.

    Syabas kepada anda yang masih menggunakan ilmu ini

    BalasPadam

Semua orang boleh komen. Dan aku laparkan komen dari korang.
Tapi letak la nama.. Tak suka nak panggil korang Tanpa Nama