KLIK LAJU-LAJU!

MARI BLOGWALKING DENGAN APESAL.COM

Yang Baik Hati =)

Cari cerita lama

Aku terkini

sebelum komen, baca dulu komen orang lain boleh? Bosan la nak balas komen yang sama.. sebab jawapan aku mesti sama punya. tak pasal2 aku jadi astro karang ulang tayang beberapa kali

* jangan orang astro sentap pulak dengan aku, suda
Memaparkan catatan dengan label kerja. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label kerja. Papar semua catatan

Sabtu, 4 Ogos 2012

Gaduh dengan murid

Dah 15 hari puasa. Kalau witir, dah kena doa qunut dah. Kali ni, terasa cepat betul Ramadhan berlalu.

Percaya atau tak, aku tak beli lagi baju raya sebab hari t masa cuba, semua baju tak muat. Hilang terus mood nak beli baju. Mujur Kak Anita offer untuk buatkan baju ntuk aku. Terima kasih akak.

Banyak benda yang berlaku sebenarnya dalam masa aku tak menulis ni. Paling grand ialah aku bergaduh dengan anak murid aku. Aku nak denda budak-budak tu balik lewat sebab takde orang mengaku sorokkan kelapa parut kawan dia. Lagi best, dia tuduh tuan punya kelapa yang buat.

Aku cuma denda mereka balik pukul 4 je. Dah mereka tak nak ramas dan tepek kelapa ke muka, tu je la pilihan yang ada. Nak buat macam mana? Banyak denda dah tak valid untuk budak zaman sekarang. Takut nanti membawa cacat. Lebik sungguh mereka nih! Aku ingatkan mereka protes macam tu je. Rupa-rupanya..
Ketuk ketampi adalah antara denda yang dah tak boleh dikenakan terhadap budak

Anak murid aku tu jumpa pengetua untuk mengadu. Sekali lagi aku ulang. JUMPA PENGETUA!! Hebat kan mereka? Aku sendiri tak jumpa pengetua mengadu tentang mereka, mereka pula yang buat begitu. Siap la mereka ugut nak report polis kalau aku denda mereka. Waaa!!!!

Mujur, pengetua dan cikgu-cikgu lain semua di pihak aku! Hahaha... Jadi, Isnin lepas, aku masuk kelas dengan mata berpasir. Sakit je mata tengok mereka semua. Aku siap mogok tak nak bercakap dengan mereka. Aku minta Kak Mas yang tengok kompeten atau tak. Masalahnya, mereka langsung takde rasa bersalah. Mereka tegur aku macam takde apa-apa yang berlaku.

Tapi, janji ditepati. Mereka tetap kena balik pukul 4. Nak tak nak mereka kena pasrah la kan? Banyak yang aku boleh buat kalau mereka balik lambat. Latihan, ajar mereka. Lantak la... Buat je semua. lama kot pukul 11.10 am- 4.00pm? Hahah!!!

Cuma, jujur, aku rasa marah pada orang memang akan buat kita sakit. Masa aku marah budak-budak tu, masa aku rasa mata aku berpasir, aku ada sedikit rasa sakit dada. Mujur aku jenis marah kejap je. Dendam je lama. Jadi, takde la teruk sangat sakit dada tu.

5 Ilmu, kalau rasa nak balik awal, sila mengaku siapa yang sorok kelapa tu. Kalau tak, awak balik pukul 4 sampai la SPM

Sabtu, 26 Mei 2012

update celop-celop pergi Melaka

Huhu.. Sahaja aku mula menulis kerana tak sampai hati blog ini kosong... hehe

Minggu ni aku tak dapat online dari Isnin sampai la Rabu. Kenapa? Sebab aku ada kerja di Melaka. Dan, walaupun aku berpuas hati dengan hotel yang aku duduk tu, aku amat terkilan sebab internet dia sangat la tak berfungsi.. Signal full bar tapi nk buka google pun cam harem... Buat penat je aku angkut netbook adik aku. mujur la berat dia 1kg je.. huhuhu...

Kisahnya, walaupun dah beberapa kali aku datang Melaka, aku tetap la tak merasa lagi naik night cruise.. orang kata best! Coconut Shake pun aku tak rasa lagi.. mana dorang jual ek?

Kebetulan, sandal yg aku pakai untuk kerja dah lunyai, maka aku pun beli la kasut baru di Melaka. Macam la kat KL takde jual kasut kan? Ada.. tapi saiz aku payah nak cari. Kebetula dah jumpa, beli la..

Yang buat aku tak syok ialah, pada keesokan harinya, aku beli lagi 1 kasut. Aku ulang sekali lagi... Aku beli lagi sepasang kasut! 1 pencapaian hebat dari aku!

Dulu, aku sangat bangga sebab aku bukan kaki shopping. Aku bangga tak berbelanja macam sesetengah orang. Aku bangga sebab tak mudah terpengaruh untuk beli sesuatu barang. Tapi.. apa dah jadi pada aku?

Aku harap, takat tu je la keghairahan aku bershopping. Ngeri kot tengok aku bersikap begitu..


Oh, kalau korang ke Melaka, benda pertama korang kena beli adalah kupon parking ye.. Kalau rasa nak parking kejap-kejap, beli la kupon ikut jam. RM0.60/jam. Kalau rasa lama, beli la kupon harian.. RM5/hari. Sebenarnya, jimat lagi beli ikut jam.. Tapi nanti kereta korang macam gambar di atas tu la.

Kalau korang tak letak kupon tu, korang akan disaman RM30. Tapi kalau bayar dalam 1 minggu di pejabat MBMB, kena bayar RM10 je. dulu aku bayar dalam 1 hari, kena RM5 je. Sekarang aku tak sure. Dan, kalau dah kena saman tu, pamerkan je la saman korang.. Korang boleh parking tanpa beli kupon.. ekekeke...


Rabu, 18 April 2012

minggu roti ban

Minggu ini adalah minggu ban. Selasa lepas murid tingkatan 4 buat secara berkumpulan. Tadi, cikgu-cikgu ERT yang datang berkursus belajar buat ban. Esok, murid tingkatan 4 akan buat secara individu pula.

Aku pula agak cepat penat minggu ni. Hutang kerja banyak tak selesai lagi. Bos dah mula membebel minta aku hantar segera. haha.. Entah la.. Takde mood. Serius.

Oh, esok ada sukantara 100 meter tapi petang tadi hujan lebat. Harap-harap semuanya ok esok (jangan la padang tu lecak macam sawah padi!!)

Hujung minggu ni aku janji aku update ok. Aku nak cerita pasal keikhlasan.. =)

Oh, by the way, aku dah beli GPS tapi dia pakai software MAPKING. Aku tak tahu macam mana nak update. Ingat nak pulang balik ke carrefour (carrefour ada polisi pulang balik barang dalam tempoh 8 hari) tapi aku dah terlepas hari ke8 (hari ni la)

So, macam mana nak update MAPKING? Ke elok tukar ke GARMIN? ke PAPAGO?
Aku taip bumblebee GPS. Ini yang keluar.. huk3

Rabu, 28 Mac 2012

Cerita takde motif dan hala tuju

Rasa macam dah lama tak update blog ni. Betul tak? Tak betul? maknanya aku syok sendiri la ni? Huhu..

Serius, minggu ni patutnya aku agak sibuk tapi aku buat-buat tak sibuk. Banyak kerja patutnya aku siapkan tapi aku buat toya. Banyak hutang kerja yang perlu aku bayar tapi aku takde mood nak bayar. Tak nak bayar boleh?

Balik rumah tiap hari, benda pertama yang aku buat ialah online. Apa yang aku buat? Baca komik. Biasanya menjelang pukul 10 malam, aku dah drain.. tidur awal. Ni belum tidur lagi sebab baru nak cas telefon.. huk3..

Siang tadi kelas aku dihadiri oleh 7 orang murid sahaja. Sekali lagi, 7 ORANG SAHAJA. Jangan tanya aku mana budak lain. Aku sendiri bengang dengan perangai mereka tu. Yang bestnya, bila 7 orang sahaja yang buat amali, adalah sangat mudah aku nak menjaga budak-budak ni.. Takde gaduh-gaduh.. meja sorang 1.. pergh.. indah betul rasa!

Yang tak bestnya ialah, SEMUA budak melayu ponteng. Aku tak tahu la apa yang bermain di kepala otak mereka. Tak ingat ke tahun ni nak SPM? Tak terasa ke nak siapkan semua kerja cepat supaya ada masa untuk study? Aku tak sabar nak tunggu Isnin depan untuk tanya apa sebab mereka tak hadir. Lepas tu bunuh setiap dari mereka.

Yang tingkatan 4 pula, semua bercita-cita nak pindah sekolah. dahsyat sangat ke aku tahun ni? Kalau dah tahu tak minat, buat apa bagi nama nak masuk kelas aku dulu? Dan aku dah pun bagi peluang untuk mereka tukar kelas. Kenapa tak beritahu terus pada aku?

Neh.. Tak payah fikir sangat la. Tadi, akak yang jual barang Mary Kay kata muka aku nampak tua sangat dah. Jadi, malas la aku nak fikir pasal budak-budak ni. Kalau nak belajar, aku ajar. Aku ajar betul-betul.. Tak nak belajar, cepat-cepatlah tentukan apa yang mereka nak. Jangan susahkan diri sendiri.

oh, esok aku akan ceritakan tentang budak aku yang bersusah payah lari dari kelas amali aku. Malam ni dah panjang sangat dah..

Mode: Kelabu asap..

Rabu, 29 Februari 2012

Pemantau nak datang pukul 8.30 pagi!

Hurmm.. aku tak tau la nak kata hubungan jenis apakah yang aku miliki dengan pemantau dr JPN aku ni..

1st time dia datang sekolah aku, memang ok. Siap dia puji aku lagi. Walaupun hakikatnya aku banyak buat silap la.. huk3..

Walaupun dah beberapa kali dia datang pantau bengkel, aku tetap cuak tiap kali dia beritahu yang dia nak datang.

Tahun lepas, dia datang bengkel aku lagi. Dia telefon kata nak datang pukul 9. Aku gembira sangat sebab masa tu aku ada bengkel di luar.. Aku ingatkan dia takkan datang la memandangkan aku tiada di sekolah. Rupa-rupanya, dia sampai juga di bengkel aku pagi tu. Jadi, dia pun melawat la ke bengkel bersama-sama GK aku..

Petang tadi, aku dapat panggilantelefon dari nombor yang tak dikenali. Aku dail balik nombor tu. tak berjawab. Aku siap SMS " Siapa ni ek? Ada apa?". Lepas maghrib, aku tengok dapat panggilan dari nombor yang sama. Lagi sekali aku call semula nombor tu.

Tiba-tiba aku terfikir untuk semak nombor tersebut dengan senarai dalam telefon urusan rasmi aku.. 'Pemantau'! Alamak, terus aku letak telefon!

Ya, dia call aku balik lepas tu. Dan keputusannya ialah, dia akan datang memantau pagi esok pada pukul 8.30 pagi. Dia nak tengok fail tingkatan 5. Hu5... Apa lagi aku boleh kata? Tak boleh? Dah cuba dah.. Dia tetap nak datang.. Habis la.. fail budak agak disaster.. Fail aku? Langsung tak mula apa-apa lagi.. huk3...

Doakan aku berjaya melalui hari esok dengan jayanya ye... huk3... (dah la buku rekod tak buat lagi. Habis la aku!!!)

p/s: Takde gambar yang sesuai dengan cerita. Ye la.. secara logiknya, siapa yang ada mood nak tangkap gambar masa dipantau?

Sabtu, 31 Disember 2011

SBPA (Korang pencen umur berapa?)

Seiring dengan pertukaran skim gaji penjawat awam, kami juga ditawarkan untuk menukar usia berpencen. Sebelum aku kerja dulu, tawaran dia ialah 55 tahun. Masa aku masuk kerja, kami mesti pilih 56. Tak lama lepas tu wajib pilih 58 dan yang terkini boleh kerja sampai umur 60 tahun.

Korang pilih umur berapa? Aku pilih 56. Dari dulu aku tak tukar pilihan tu. Sebab? Sebab aku baru 5 tahun kerja dan setiap hari aku berfikir "kan best kalau tak payah pergi kerja?" dan "Kalau la aku boleh pencen esok dan dapat duit pencen, aku pencen je" atau "Bila la laki kaya nak pinang aku? Aku dah bosan kerja".. ye aku masih belum cintakan kerja aku. Sebab tu aku belum rasa nak tambah tahun perkhidmatan aku. Mungkin kalau aku dah tak perlu buat faildan laporan, aku akan suka untuk bekerja (haha.. ada ke kerja tak perlu buat fail dan laporan? OK, aku memang malas.. hehe)

Tapi, rupa-rupanya, kebanyakan kawan aku ambil 60 tahun. Chup, kebanyakan ke semua ek? Semua kot.. Aku tak pasti. Yang pastinya ramai. Antara alasan mereka ambil 60 tahun ialah:
1- Kalau kau pilih 60 pun, menjelang 55/56/58 (umur pilihan lama) kau boleh pencen, so, pilih je la yang baru.
2- Nak cukupkan 30 tahun supaya dapat pencen penuh (60% dari gaji masa pencen). Kalau ikut umur lama ada 29 tahun, ada yang 28 tahun.
3- Kalau nak buat loan, dia tengok juga kita kerja berapa tahun lagi. So, kalau anak nak tumpang nama kita (tumpang nama je, bayar sendiri) untuk loan, senang
4- Kau tak tahu lagi masa depan macam mana. Mana tahu kau nak ambil cuti tanpa gaji ke.. tiba kau tak cukup 30 tahun. So, ambil je lebih untuk back up.
5- Kalau pencen umur 60, sempat naik DG52.

untuk alasan 1, seriously aku tak faham, kalau kau dah memang plan nak pencen umur 55/56/58, kenapa kau serabut nak tukar? Serously, adakah pembuat polisi ini sangat tak berfikir sampai kata ko boleh sign 60 tp boleh pencen 56? Macam main-main je.

untuk alasan 2 dan 3, huhu.. ok, aku faham. Tapi, kalau laki aku kaya, aku tak heran la dengan duit tu. Kalau laki aku tak kaya, mungkin aku kena tanda tangan cadangan pencen umur 60 kalau dia ada offer lagi.

untuk alasan 4, mula-mula aku tak terfikir pun yang aku akan ambil cuti tanpa gaji (ye la.. kalau tak dapat gaji, aku nak makan apa kan?). Tapi bila mak aku kata "kalau laki kau PTD, g oversea, ko tak nak ikut ke?" aku mula was-was.. ala.. nak g oversea jugak... soalannya ialah, dah umur nak masuk 30 ni, ada lagi ke PTD yang nak ngorat aku? Hahaha.. Ok, poin mak aku ialah, mungkin ada perkara menuntut aku minta cuti.. bukan cuti sebab nak rilek.. Huhu.. aku akan fikirkan nanti macam mana.. betul jugak kata mak.

Untuk alasan 5, respon aku ialah aku harap mereka tak naik sampai DG52. Sebab apa? Sebab, sebagai pembayar cukai, aku lebih suka nak bagi gred 52 tu kepada orang yang buat kerja betul-betul instead of mereka yang kerja semata-mata untuk pangkat. Sorry tapi cikgu ada ramai. Ramai yang bagus dan ramai juga yang suka ngelat. Lebih-lebih lagi kalau dia naik DG sahaja tanpa jawatan khas. Kerja dia sama saja dengan cikgu lain. So, baik bagi jawatan 52 tu pada yang layak. Bukan pada yang tua dan tamak.

Tengoklah macam mana. Kalau ada petunjuk yang suruh aku tukar ke umur 60, aku tukar la. Tak pun, aku tunggu je offer lain (offer ubah umur pencen). Paling penting, aku kena suka dulu dengan kerja aku sebelum aku tanda tangan nak kerja sampai 60 tapi lepas tu menyusahkan orang. 

Buat masa ni aku tanda tangan kerja sampai 56. Aku rasa, kalau aku sorang-sorang sampai tua, cukup kot duit pencen tu untuk aku sorang. Kalau aku kahwin, aku harap laki aku la yang sara aku. 

Kalau korang termasuk dalam orang yang bagi 5 alasan tu, korang tak yah terasa dengan aku. Ni pendapat aku sekarang. Nanti mungkin aku tukar pendapat sebab pendapat boleh bertukar ikut situasi. Mungkin bila aku boleh faham situasi, aku boleh terima alasan korang (well, aku dah boleh terima pun alasan 2 dan 3 kan?).

Oh, aku juga rasa kalau korang adalah berjantina lelaki dan masih kuat, aku galakkan korang pencen umur 60. Bukan apa, takut korang bosan duduk rumah takde apa nak buat (Bukannya korang nak kemas rumah, basuh baju, masak semua kan? Ala.. tak yah tipu la.. kalau ada pun, tak ramai kot). Kalau korang adalah perempuan yang suka berkerja dan selama ni bekerja, aku juga galakkan korang ambil pencen umur 60. Takut nanti korang juga bosan duduk di rumah.

So, korang pencen umur berapa? Korang rasa aku patut pencen umur berapa?
Bila aku taip perkataan 'pencen' di Google Image, gambar ni yang keluar. Mesti sangat berkaitan kan? kan?
update pada 2/1/2012 - Ayah suruh sign umur 60... huhuhuhu

Jumaat, 30 Disember 2011

Terima Kasih Cikgu!!

Aku ingat lagi, masa sekolah rendah, aku ni boleh la kata cerdik jugak.. Tapi aku ni kategori budak pinggir bandar la.. Ampang selangor masa tu sangat berbeza dengan Ampang KL. Well, sekarang pun masing berbeza. Ampang Selangor adalah kawasan pinggir bandar. Masih banyak lagi hutan simpan di daerah Hulu Langat ni. Masa aku bawa Rosam ke carrefour sekolah aku, dia siap tanya aku nak bawa mereka ke hutan mana. Ye memang Ampang selangor berbeza dengan Ampang KL

Tapi aku bukan nak cerita pasal geografi. Berbalik ke topik asal. Aku boleh la dikatakan cerdik. Keputusan UPSR aku melayakkan aku masuk ke SEMSAS. Dan dari situ, semuanya berubah. Di SEMSAS aku dah tak masuk kategori cerdik lagi. Aku dah masuk kategori biasa je. Mana taknya, semua yang masuk ke sekolah tu, sama macam aku dapat 4A. Terang-terang la sama ada mereka sama pandai atau lebih pandai dari aku.

Tapi, walaupun aku duduk di keadaan yang persaingan sangat hebat, aku masih macam tu jugak.. Malas baca buku. Malas buat nota. In fact, aku berjaya TAK HANTAR nota sejarah aku selama 3 tahun (aku belajar dengan cikgu yang sama tingkatan 1-3). Aku juga jarang (ke tak pernah?) siapkan  latihan add math sebab aku rasa susah gila. Malas nak buat. Rasanya aku je kot yang takde buku rujukan. Kalau ada pun, aku tak pernah baca. Elok je buku tu sampai ke sudah.

Aku ingat lagi betapa kuatnya raungan aku bila dapat tau aku tak dapat 8A untuk PMR. Masa tu, sampai atuk dan pakcik aku telefon dari kampung untuk pujuk aku. Aku juga ingat betapa murungnya aku bila kawan-kawan sekolah aku yang sama matrikulasi dengan aku tengok keputusan SPM aku dan beritahu aku keputusan aku walaupun aku tak nak tahu (kami dapat keputusan awal sebab mak kawan kami kerja KPM. Mak dia bagi result 1 sekolah pada dia). Mana aku tak sedih, kawan-kawan aku semua dapat agregat 8 ke bawah.. Aku je agregat 11.

Setiap kali aku dapat result teruk (tak la teruk tapi tak macam yang aku nak), aku rasa diri aku bodoh gila.. Aku salahkan diri aku. Tak terfikir langsung nak salahkan soalan yang susah (bangga kot soalan susah. Kalau result teruk pun, at least orang semua kata, "takpe, soalan memang suusah.."). Aku tak terfikir langsung nak salahkan cikgu-cikgu aku. Aku rasa kebanyakan orang macam tu. Cuba angkat tangan, siapa yang rasa diri dia gagal sebab cikgu dia tak bagus? Takde kan?

Tapi, bila aku dah jadi cikgu ni, baru aku tahu betapa result setiap anak murid tu dikira oleh cikgu (Pengetua suruh kira. hehehe). Berapa orang tak dapat 8A sebab BM? Berapa orang dapat 7A sebab Geografi? Semua tu rupanya dihitung satu-satu.. dan bagi setiap keputusan yang tak menepati kehendak, perlu diberi sebab dan alasan. Kenapa jadi begitu? Kenapa murid tak dapat A? Semua soalan menuntut jawapan dari guru.

Baru aku tahu, dalam aku meraung sedih, cikgu-cikgu pula pening mengkaji apa yang tak kena (pening fikir nak bagi jawapan pada Pengetua). Kena bagi jawapan bagi setiap kegagalan aku. Kena cari punca, analisa, perbaiki setiap kelemahan yang menyebabkan aku tak dapat A. Baru aku tahu. Kesian cikgu aku. Maafkan saya cikgu, takde niat langsung nak susahkan cikgu dengan result yang tak sepatutnya tu..

Dan kepada cikgu-cikgu, aku rasa, budak sendiri tahu tahap dia. Terutama kalau murid bijak. Mereka tahu mereka boleh buat ke tak soalan periksa tu. Tak kisahla apa yang mereka dapat, keputusan akhir yang mereka perolehi tu sebenarnya sedikit sebanyak memang datang dari usaha dorang sendiri. Yang penting, cikgu dah buat sehabis baik untuk murid-murid cikgu. Tak perlu rasa bersalah sangat-sangat (tapi, kalau cikgu tau cikgu pemalas, sila baiki diri cikgu ye)

Tapi cikgu, tak payah la kecil hati kalau Pengetua tanya macam-macam. Memang tension. Bila dia bertanya, macam la kita orang paling tak pandai buat kerja. Tak, bukan macam tu.. Dia cuma nak kita tengok apa yang tak kena, dan baiki. Dia kena harapkan yang terbaik dari kita dan akhir sekali terima sahaja apa hasil yang pelajar berikan.

Akhir sekali, aku nak minta maaf pada:
1- Cikgu Rohani sebab aku tak dapat A Sejarah masa PMR
2- Ustaz Radhi sebab aku tak dapat A bahasa Arab PMR
3- Cikgu Rosnas sebab aku telah menyebabkan rekod bersih sekolah menjadi retak seribu dengan memberi huruf C bagi subjek Geografi masa SPM (selama ni murid yang ambil Geografi SPM dapat A sahaja). 
4- Prof Bad sebab aku sentiasa dapat C dalam subjek Kejuruteraan masa di UPM

Percayalah cikgu, saya takde niat nak susahkan cikgu. 

Eh, subjek lain aku tak hebat sangat jugak. Cuma aku rasa aku lebih kecewa dengan keputusan aku berbanding cikgu sebab sekali lagi aku ingatkan, bila masuk sekolah menengah, aku tak la pandai sangat...

Terima Kasih Cikgu!!!

p/s: Wahai pensyarah-pensyarah saya di matrikulasi KPM di di KYPM Bangi, UPM dam Maktab Teknik Cheras, anda juga cikgu saya. Tanpa anda semua, saya tak pasti macam mana keadaan saya sekarang..
p/p/s: Aku tak tunggu Hari Guru untuk buat entry ni sebab mesyuarat pasal keputusan budak-budak, biasanya berlaku lepas keputusan PMR dan SPM keluar



Selasa, 22 November 2011

Beza orang jawab periksa dengan orang jaga periksa

Orang selalu kata jadi cikgu best. Kerja senang, balik awal, banyak cuti. Orang selalu tak Nampak kerja sampingan yang cikgu-cikgu kena buat misalnya jaga periksa, iring budak pergi pertandingan dan jadi orang tengah kalau budak bergaduh di sekolah.

Aku telah bertugas sebagai pengawas MUET pada hari Sabtu lepas. Kebetulan, adik aku juga menduduki peperiksaan yang sama. Apa kata kita bandingkan apa yang aku dan dik aku alami sepanjang hari peperiksaan?

Masa

Situasi
Aku
Adik aku

Hari- hari sebelum peperiksaan

Hari Jumaat pergi taklimat peperiksaan

Pergi buat rayuan tukar pusat peperiksaan sebab tak nak ambil periksa di Unimas


Cetak slip peperiksaan

Pada hari peperiksaan:
Sebelum

Bergerak ke bilik kebal di Chow Kit pada pukul 6.15 pagi.

Bergerak ke pusat peperiksaan pada pukul 7.30 pagi

Angkut kertas soalan dan jawapan untuk 193 calon

Bawa bekas pensel dan slip

Edarkan kertas soalan dan jawapan.

Duduk di meja untuk jawab periksa

Pastikan calon-calon menumpang dapat tempat duduk dan kenal pasti setiap mereka


Semasa peperiksaan

Pergi pastikan kehadiran dari setiap bilik (8 bilik, 3 tingkat) untuk setiap sesi (3 sesi)

Jawab soalan

Pastikan radio setiap bilik dalam keadaan yang baik. Bantu cikgu-cikgu yang ada masalah.


Makan tiap kali ada peluang (mak bagi bekal).

Tak sempat makan. Risau kot..

Selesai peperiksaan

Kira dan bungkus skrip jawapan untuk dihantar ke MPM. Kenal pasti murid menumpang, murid tak hadir dan murid yang nama ada tapi meja takde.

Balik rumah. Peperiksaan selesai pukul 12.30pm

Pergi jabatan untuk hantar skrip (teman ketua. Lagipun kereta di sana). Balik selepas selesaikan semua masalah tuntutan dan lain-lain lagi. Bergerak balik lebih kurang pukul 3.00pm


Malam selepas peperiksaan

Cuba mendaftarkan kehadiran calon secara online dan mendaftarkan calon-calon menumpang ke dalam system MPM secara online

Tengok tv / baca buku/ baca komik online


Motif? Saje je nak bagitau korang yang aku dah berjaya dalam misi 10 ribu langkah sehari pada hari Sabtu yang lalu. Balik rumah, aku terus terbongkang sampai ke petang.. hahaha..


Jumaat, 18 November 2011

Kalau cikgu balik 4.30 petang juga..

Akhirnya cuti sekolah bermula! Amacam, adakag korang-korang yang bukan cikgu ni jeles dengan kami? Kalau ye, silalah suruh, sedara-mara dan semua suku sakat anda yang belum bekerja minta KPLI. Kerja cikgu best woo!!! Cuti sekolah banyak.. balik kerja awal.. Eh, lepas ni, cikgu-cikgu mungkin akan balik pukul 4.30pm juga. Sama seperti orang lain.

Alamak!!! Dah kurang 1 poin untuk orang-orang yang jeles pada cikgu-cikgu ni untuk terus jeles. Takpe, korang masih ada poin cuti sekolah banyak. Bukannya korang kisah cikgu ni datang sekolah ke tak masa cuti kan? Lagipun, selain cuti sekolah, cikgu-cikgu ada Cuti Rehat Khas (CRK) sebanyak 7 hari. Ha!! Jeles tak?

Hari ini sahaja, dua orang dah bertanya pada aku, apa pendapat aku tentang masa kerja guru dilanjutkan sehingga pukul 4.30 petang. Jawapan aku senang.. Aku tak kisah. kenapa? Sebab sekarang ni pun aku memang balik pukul 4.30 petang sebab aku ambil mak aku. Tapi, apakah kesan pemanjangan waktu kerja cikgu ni?

Kesan Positif:
1- Korang dah tak perlukan maid lagi dah. Biar cikgu je yang jaga anak korang di sekolah. Jimat Beb!

Ok, aku akan tulis 1 je kesan positif sebab komputer aku xleh tekan butang nombor dua.

Kesan negatif pula:
1- Sama ada korang sedar atau tak, jika cikgu-cikgu ni kena balik serentak dengan korang, jalan akan makin sesak. Korang sedar kan cikgu ni ramai? Tu belum cerita lagi bas-bas sekolah yang angkut budak.


Sekali lagi, 1 je kesan negatif aku nak bagi. sebab nombor dua tak boleh tekan.

Aku tak nak ulas lebih-lebih la. Keyboard aku memang telah mengehadkan idea aku (alasan je.. =p)

Oh, esok aku dan adik aku akan menghadiri peperiksaan MUET. Aku sebagai pengawas dan dia sebagai calon peperiksaan. Dia akan keluar rumah pukul 7.30 pagi dan sampai ke rumah pukul 1.00 petang. Aku pula akan keluar rumah pukul 6.15 pagi dan mungkin sampi rumah pukul 4.00 petang.. Ye, itu beza antara cikgu dan murid..

Claim? Aah.. memang dapat. Banyak woo!!! Nak? Jadi cikgu dulu! Baru dapat! Haha.. 

Jumaat, 21 Oktober 2011

Menjaga budak-budak 'Taiwan' menjawab periksa

Seriously, aku adalah cikgu yang baik. tet!!! Perasan.. Kenapa aku kata aku baik? 

Sebab aku sanggup bacakan soalan peperiksaan untuk budak-budak Taiwan (i'm being sarcastic here!) yang aku ajar. Serious, aku akan bacakan dari awal hingga akhir kalau mereka minta sipa dengan penjelasan.

Kenapa? Mudah. Sebab mereka memang tak faham apa yang mereka baca. Itu pun kalau mereka boleh baca tulisan rumi. Kalau mood aku baik, aku siap tolong diorang semua buat karangan ( aku bagi format je.. Isi sila buat sendiri la.. takkan tu pun aku? baik aku yang exam)

Masa aku mula-mula posting dulu pun, aku siap bagi budak buka soalan, lepas dah tengok soalan, boleh buka buku study dulu. Kira aku bagi soalan bocor la ni.. Haha..

Mesti korang terfikir, baik ke aku kalau aku seperti menggalakkan penipuan dan markah budak ni tak sebenar-benarnya usaha diorang?

Well, itulah taktiknya.. Mula-mula bagi tiru (tak juga meniru... cuma bocorkan soalan, bantu mana yang patut.. tapi aku maklumkan la pada cikgu mereka yang bagi buka buku).. lepas tu, pada peperiksaan akan datang, aku akan kurangkan pertolongan aku. Dan menjelang tingkatan 5 aku takkan bantu mereka lagi dengan alasan, SPM nanti, mereka tak boleh buka buku.. Mereka kena berlatih tak buka buku.

Alasan aku tetap tak boleh diterima?

Ok la.. Ada sebabnya aku buat macam ni.

1- Aku tak sampai hati nak kecewakan cikgu-cikgu yang ajar dorang. Aku ajar kelas lemah. Dan budak lemah ni, kalau dia tengok dia tak boleh jawab soalan tu, dia takkan usaha jawab. Dia akan biarkan kosong. Jadi, aku bagi mereka buka buku supaya mereka cuba menjawab. Ini akan menunjukkan usaha mereka untuk menjawab dan menggembirakan cikgu yang ajar mereka (dan aku beritahu juga hal ini pada murid aku. Aku selalu suruh mereka cuba jawab agar cikgu mereka tak kecewa)

2- Budak-budak ni pada aku, sangat mudah di'psiko'kan (wujud ke  perkataan tu?) Bila mereka tengok yang mereka boleh mendapat markah, hati mereka akan terbuka untuk usaha lebih sedikit pada masa akan datang. Tapi tu la.. kita kena tetapkan ground.. Kena ada syarat.. Tak boleh bagi mudah-mudah je.


Jujur, aku tak tahu la macam mana keputusan SPM subjek aku tahun depan sebab budak-budak 'Taiwan' aku ni masih tak berapa faham BM. Tapi, takpe la.. Cukup la sekadar aku buat mereka ni nak berusaha untuk tak sakitkan hati cikgu mereka dengan tidur dalam kelas dan hantar kertas kosong masa ujian dan peperiksaan..

Korang ada cadangan yang lebih baik tak untuk aku mengadap budak-budak aku ni?

Rabu, 12 Oktober 2011

Kerja hujung tahun..

Apa aku buat hari ni bila dapat MC? Aku buat apa yang sepatutnya orang sakit buat iaitu... tidur! Aku sangat tak produktif walaupun aku tahu banyak kerja aku kena buat. Memang la ni masalah utama tiap kali tiba hujung tahun.

So, apa pula list kerja aku kali ini. Kerja-kerja ku yang belum siap ialah:
1- slip keputusan peperiksaan percubaan
2- buku koku budak
3- soalan peperiksaan ting 4 (padahal tinggal print je)
4- kad readingthon
5- laporan dan pelan taktikal kelab
6- buku koku kelab

Ok, tu je dapat aku pikirkan sekarang.. Aku tak boleh berfikir dengan nyata sangat. Aku masih demam. Aku kagum orang yang demam sehari je.

Selasa, 26 Julai 2011

Tiada topik tapi nak menaip juga

Esok subjek aku ada:
1 - Tingkatan 5 - Seminar teknik menjawab soalan di SMK Raja Abdullah. Aku bertugas sebagai fasilitator untuk slot ice breaking dan motivasi. Masalahnya aku takde mood langsung nak buat sebarang persediaan.. aish!!! serius.. nak cari slideshow lama pun malas. Nak cari yang baru lagi malas. Nak pikir apa nak cakap esok pun aku malas. Oh, bas, aku baru sms orang tu pukul 11.50 pm tadi

2 - Tingkatan 4 - Ujian Julai. Aku tak sure kertas mula pukul berapa tapi aku baru lepas siap taip.. hehe. Esok aku kena fotostat dan edarkan soalan pada cikgu yang terlibat. Aduh... Jangan bagitau pengetua aku ok. Soalan memang sedikit. 12 soalan je aku buat untuk 2 jam. Harap-harap budak aku boleh jawab.

Siang tadi pula, selepas menjawab soalan ujian, aku telah mengerah budak-budak aku untuk pergi buat amali. Sempat jugala merek buat 2 amali keropok. Cayalah!!! Padahal, memang patutnya kejap je. Hehe.. Aku suruh mereka buat kerja laju-laju dengan memberi alasan kononnya aku nak berjumpa dengan boyfriend.

Budak-budak aku memang teringin nak tengok cikgu dia happy (duh..). So, bila mereka dengar aku nak dating, tudung aku kena tepung pun, mereka beria tolong bersihkan.. Hahah.. style la korang... Semua anak murid aku begitu ye. sangat sporting. Tapi, janganlah mereka yang cerita pasal boyfriend masing-masing, semua aku kutuk balik. Hahaha

Dah la. cadang nak tulis pendek je tadi. Jumpa lagi

Isnin, 27 Jun 2011

Budak Tak Faham Ajar

Memang penipu la kalau ada antara korang ni yang kata dia tak pernah sekolah. Setiap orang pernah merasa zaman persekolahan. Zaman di mana hidup penuh dengan peraturan. Baju kena seragam, kasut kena bersih, kuku kena pendek, kena baca buku.

Zaman sekolah juga masa korang semua dok cinta monyet. Aci kerat jari, kebanyakan korang semua pernah bercinta masa sekolah. Aku je tak (aku memang baik). Masa ni juga korang banyak tak puas hati dengan orang lain (remaja.. jiwa memberontak katakan).

Disebabkan korang semua pernah melalui zaman sekolah, aku nak korang tolong bagitau aku, apakah respon korang tiap kali berhadapan dengan situasi di bawah. Sila bayangkan korang ada di situ. Sila jawab dengan tulus. Aku tak nak jawapan sekarang, tapi jawapan kalau korang masih di sekolah.

Situasi 1

Murid menyanyikan lagu Negaraku dengan lemau sekali. itu senario biasa di sekolah. Belum lagi kira mereka yang patah kaki. Tak pernah berdiri tegak masa lagu patriotik. PK Koku tidak puas hati dengan nyanyian murid-murid. Sampai satu tahap, PK Koku menyanyikan lagu Negaraku dengan bersemangat. Beliau cuba menunjukkan nyanyian yang bagaimana yang beliau harapkan.

Apakah respon murid (anda)?


Situasi 2

PK 1 menyuruh semua murid membeli stokin bertulis nama sekolah di koperasi sekolah. Ini kerana, apabila tidak diberi arahan seperti itu, murid-murid memakai stokin mengikut kehendak mereka. Rata-rata stokin di bawah paras buku lali. Malah ada yang stokinnya tidak kelihatan langsung dari luar kasut.

Macam-macam alasan diberikan oleh murid apabila disuruh membeli stokin. Sampai 1 tahap, PK1 berkata yang dia akan mengambil tindakan terhadap mereka yang tidak mematuhi peraturan itu. PK 1 berkata "Tingkatan yang mula-mula sekali yang saya hendak periksa mesti pakai stokin sekolah ialah murid tingkatan 5. Mereka ini sepatutnya menjadi contoh kepada adik-adik mereka. So, form 5, boleh tak saya nak awak semua pakai stokin sekolah pada hari Isnin ini?"

Apakah respon murid (anda)?


Situasi 3

PK1 sedang berucap semasa perhimpunan. Dia sudah berkali-kali mengingatkan murid agar senyap atau murid tersebut akan dipanggil ke hadapan. Namun masih ada pelajar yang bersembang. Akhirnya, PK1 telah memanggil seorang pelajar yang bercakap datang ke hadapan perhimpunan dan berucap (kerana murid itu bercakap semasa beliau berucap)

Apakah respon murid (anda)?

==============================================

Aku bukan seorang pelajar yang baik Tapi aku tahu bila aku patut diam dan bila aku patut menjawab. Aku juga tahu bila waktu untuk melawak dan bila waktu untuk serius. Namun, aku tak rasa budak sekarang macam tu. Pada mereka, cikgu sepanjang masa adalah melawak. Perkataan maaf memang jaranglah nak dengar walaupun terang-terang mereka salah (buat apa nak minta maaf? Kan cikgu dah selamat dah marah kan?)

Pada budak sekarang, cikgu dah macam kawan yang boleh disorak-sorak bila ko rasa dia menghiburkan. Korang boleh jawab dengan jawapan yang bodoh bila ditanya dengan serius asalkan korang dapat jawab (as long as you got the last word right?). Korang boleh bertepuk tangan dengan bangga bila ada kawan korang yang boleh menjawab atau membalas apa yang cikgu tu cakap. Korang tak cuba pun nak faham apa yang cikgu tu cuba sampaikan. Korang lupa yang cikgu tu sebaya malah mungkin lagi tua dari mak ayah korang.

Tu belum lagi aku cerita pasal budak lain bangsa yang suka mengutuk cikgu dengan bahasa dia sendiri. Mentang-mentang cikgu tu tak faham, ko tipu cikgu tu bila dia tanya balik. Serius aku kesian dengan manusia macam tu. Malanglah kalau korang semua yang aku maksudkan dalam entry kali ni tak berubah. Kalau korang tak pandai respek orang, jangan harap orang akan respek korang di lain waktu.

Ye, pukul kuat-kuat. Mentang-mentang tak boleh pukul, masing-masing naik lemak!
Serius aku muak dengan diorang (murid yang tak faham ajar)ni. Kalau budak kelas aku, memang aku dah pukul laju-laju dah.

Sabtu, 25 Jun 2011

Nak cari meja... Nak cari meja..

Sebenarnya aku agak sibuk sekarang. Sebab? Sekolah aku jadi tuan rumah Karnival MPV peringkat negeri tahun ni. Duh... jangan kata Multi Purpose Vehicle. aku dah bosan dengar. MPV = Mata Pelajaran Vokasional. Aku takde kaitan dengan kenderaan MPV ye. Sila ingat itu.

Karnival MPV ni diadakan untuk memperkenalkan subjek MPV pada orang ramai dan memberi peluang untuk budak-budak MPV ni untuk merasai suasana menjalankan perniagaan. ya la, biasanya budak-budak MPV ni paling akhir sekali orang ingat kalau ada apa-apa. ni je la peluang diorang nak tonjolkan diri diorang.
Ada 34 kumpulan MPV yang terlibat. Ada dari subjek katering, pemprosesan makanan (subjek aku la tu), penjagaan muka dan dandanan rambut, seni reka tanda, lanskap dan nurseri, membuat perabot dan pendawaian domestik.

Sebagai cikgu MPV di sekolah tuan rumah, automatik aku kena jadi setiausaha program. Dengan terpaksanya aku terima tugas tu. aku kena cari 34 buah meja besar (at least), 11 tong gas memasak, dan lain-lain lagi. Senang je sebenarnya kerja ni tapi disebabkan aku selama ni tak pernah buat kerja susah, maka agak terasa la bebannya.

Buat masa ni, kerja ni nampak macam dah selesai sebab aku dah fax surat kepada semua yang terlibat cuma aku masih lagi belum mendapat jawapan dari setiap orang yang terlibat. Huhu.. berdebarnya. Belum lagi cerita pasal gerai aku sendiri yang kena menjual pada hari kejadian.

Serius, aku agak drain out nak merealisasikan program yang takde peruntukan. Sampai duit panitia aku sendiri kena pakai sebab pengetua tak bagi minta duit PIBG. Lepas dah hantar semua surat, aku terasa nak perlahankan langkah. Aku mengharapkan jawapan positif dari setiap orang yang aku mohon macam-macam tu.

So, sekarang aku nak minta tolong sesiapa yang suka buat poster atau flyers.. Tolong buatkan flyers untuk karnival aku ni boleh tak? Aku nak hantar ke pejabat-pejabat berhampiran dan email secara rambang kat seluruh rakyat Malaysia (ayat kena berapi ok!). Maaf, takde bayaran untuk korang. Paling hebat aku boleh buat ialah belanja semasa karnival berlangsung.

Ada tak yang sudi? Ada tak? Ada la.. Please!!!!!

p/s: tahu tak mana-mana pihak yang boleh bagi pinjam meja secara percuma? Mana tahu in case DBKL tak ada meja banquet pada hari yang kami nak... huhu. Gas memasak pun.. mana tahu kalau Petronas reject kertas kerja aku sebab sangat lame..

p/p/s: Apa-apa pun, aku harap semuanya berjalan lancar sebab ni program JPN ok.. Bukan main-main punya..

Sabtu, 28 Mei 2011

Biarkan peristiwa memalukan itu berlalu..

Semalam sambutan hari guru peringkat sekolah. Aku masuk persembahan tarian (gedik kan? wawawa) semuanya ok je masa latihan, xtau kenapa, masa persembahan, aku out of tempo. laju gile. orang belum pusing, aku dah habis pusing siap masuk step lain. ini semua gara-gara tak buat latihan akhir masa hari kejadian. haha!! Aku pula memang cepat lupa langkah. Aishh!!!

Yang tak bestnya ialah, aku adalah orang paling depan dan tengah. Aku terpilih duduk depan bukan sebab aku pandai menari tetapi disebabkan alasan yang lebih klasik - PENDEK! Tak cukup dengan dengan itu, kawan-kawan aku pulak jadikan aku sebagai panduan. Jadi, bila aku dah salah, terus la mereka hilang arah tujuan. LOST!
Saya sangat malu dan rasa bersalah atas kesilapan saya.. maafkan saya.. huhu..
1st time aku buat persembahan serius, orang gelak besar. Dan semuanya ini disebabkan oleh aku. Kawan aku? Memang dia dah tekad tak nak ikut lagi persembahan macam tu lagi sebab kawan-kawan yang lain semua bantai gelak dan kata mereka takkan lupa persembahan kami tadi seumur hidup.Maafkan aku kawan!

Sebenarnya aku masuk 2 persembahan. Menjadi Rumaizah, persembahan kedua pun aku buat silap. tapi ada aku kisah? Hah! Takde maknanya.. ok aku tipu.. of course aku kisah tapi aku rasa, dengan masa, orang akan lupakan kesilapan bodoh aku tu.

Seriously aku rasa bersalah kepada kumpulan tarian aku yang aku telah carca marbakan tu. Maafkan aku kawan. Serious.. aku sendiri tak nak malukan diri sendiri tapi memang aku berdebar gila sampai lupa step dan tak kisah lagu.. huhu

Jangan la give up. Tahun depan kita cuba lagi. Salah satu cara untuk buatkan orang lupa sejarah yang buruk, adalah dengan mencipta sejarah baru. Lagipun, budak-budak yang ada sekarang akan tamat tingkatan 5  dan pergi bersama memori semalam (paling lama 5 tahun lagi. Ala, persembahan Dokter Cinta kami 2 tahun lepas pun budak dah lupa lepas tengok persembahan hindustan kahwin 4 semalam). Kita buat memori baru pula untuk yang lain.

Lagipun, bila lagi nak tengok kita bodohkan diri kan? Masa Sambutan Hari Guru je la.Itupun masa persembahan je. Hari lain, kita sentiasa EXCELLENT dalam kerja yang kita lakukan! Ada orang berani complaint?

p/s: Seriously, bila tengok video tarian kami, aku pun gelak terbahak-bahak. Tapi aku sangat malu dengan diri sendiri sampai tak sanggup nak tengok lebih dari sekali.

p/p/s: Terharu ada budak Cina form 1 beri hadiah mug dan gula-gula padahal aku tak ajar dia pun. Sekadar jadi cikgu rumah sukan =). Terima kasih

Selasa, 19 April 2011

Apa lagi? Sesi merungut dan tak puas hati la..

Ini adalah sesi merungut. Ya, aku memang suka merungut. Dan artikel ini adalah pendapat aku dan hanya aku semata-mata. Korang semua janganlah terpengaruh. Ini sekadar luahan sahaja. Esok lusa mungkin aku akan berubah pendapat.

Dari kecil, aku tak pernah bercita-cita untuk menjadi cikgu. Malah, masa aku dapat biasiswa tajaan KPM pun, aku tolak sebab tak nak jadi cikgu (kalau aku terima, aku dah jadi pensyarah politeknik. bidang kejuruteraan mekanikal lagi)

Kenapa tak nak jadi cikgu? Sebab aku tak rasa aku ada kesabaran untuk bertahan dengan perangai orang. Aku juga tahu yang aku memang tiada kemahiran untuk buat orang faham apa yang aku cuba sampaikan (sama la macam korang tak faham apa yang aku cuba bebelkan sekarang).

Tapi, akhirnya aku jadi cikgu juga. Aku buat sekadar yang termampu. Yang terbaik aku mampu dan hendak lakukan (terutama bab buat fail.. huhu). Ya, aku tahu, usaha aku tak memadai. Kan aku dah kata, aku tak pandai ajar orang? Sebab tu murid-murid aku tak perform sangat dalam SPM berbanding murid kawan-kawan aku kot? 

Oh, dan aku adalah sangat old-fashioned dan tidak memahami kehendak remaja sekarang (jadi, aku memang sangat susah nak menyelami perasaan anak murid aku. Aku bukan GTO). Aku juga seorang yang panas baran dan suka menengking (walaupun baran aku hanya untuk 5 minit, tapi kira baran jugalah.. Budak takut juga). Situasi-situasi ini menyebabkan aku tidak rapat dengan murid. Tidak seperti cikgu-cikgu yang lain.

Kaunselor sekolah aku kata, aku minat jadi cikgu. Kalau tak, masakan aku masih boleh bertahan? Haha.. aku hanya mampu gelak. Takkan la aku nak lepaskan satu-satunya kerja tetap yang aku ada semata-mata kerana aku tak suka? Bukannya aku tak cuba cari kerja lain. Aku cuba, tapi belum ada rezeki. Siapa yang nak sara hidup aku? Takkan nak harapkan mak ayah aku? Sampai umur berapa pun mereka nak sara hidup aku? Sekarang ni pun, ayah aku dah bising-bising kenapa aku tak kahwin lagi. Nampak sangat nak aku keluar dari rumah segera (dari sudut yang baik ye)

Tadi, semasa bersembang dengan rakan guru yang lain, aku sedar sesuatu. Sebenarnya dah lama sedar. Tapi perbualan tadi menguatkan lagi fakta yang aku dah lama tahu. Apakah kelemahan jawatan cikgu ni?
1- Terlalu ramai cikgu. Maka, kalau kami nak naik jawatan pun kena ikut time-based 10 tahun. Kalau penjawat awam lain, 4 tahun pun dah boleh naik. Seorang pegawai di pejabat mak aku sudah menjawat gred 48 sedangkan dia hanya tua 2 tahun dari aku.
2- Cuti rehat yang boleh diambil oleh para guru ialah 7 hari dalam setahun. Ya, aku akui, memang la cuti sekolah kan banyak. Tapi, agak-agak la, orang sakit tunggu cuti sekolah sahaja kah? Kawan aku nak menghantar anaknya ke lapangan terbang pun tidak dapat berbuat sedemikian kerana menghantar anak ke lapangan terbang tak termasuk dalam perkara yang membolehkan cuti.
3- Aku seorang yang suka berjalan. Malangnya, tugas sebagai guru tidak membolehkan aku keluar selalu (ya lah, kalau keluar selalu, siapa nak ajar murid sampai habis sukatan pelajaran?) Aku sangat cemburu dengan kawan-kawan yang dapat berjalan ke serata tempat walaupun atas alasan kerja. Sekurang-kurangnya dapat juga mereka melihat tempat orang. Aku? Kalau keluar sekolah pun, asyik-asyik ke SMK Cheras, SMK Puteri Ampang
4- Disebabkan aku nak juga berjalan, maka aku pun sangguplah mengeluarkan duit sendiri untuk melihat tempat orang. Kosnya sudah pasti lebih mahal sebab setiap kali aku cuti, memang la waktu puncak. Memang masa ni la semua pusat dan agensi pelancongan nak buat duit. Itu pun, belum tentu aku boleh rancang percutian. Macam sekarang ni. Aku dah mula tengok-tengok pakej yang disediakan oleh Airasia tapi aku tak boleh nak beli tiket sebab aku mungkin kena jaga peperiksaan SPM.

Ok, aku akui aku memang pentingkan diri sendiri. Dan ini menambah sebab kenapa aku tidak sesuai menjadi cikgu.

Tapi, aku masih berharap yang aku akan suka kerja aku ni. Aku bukanlah benci kerja aku. Belum cukup suka sahaja. Mungkin tempoh 4 tahun masih terlalu awal untuk aku jatuh cinta dengan kerja aku. Mungkin anak murid aku terlalu berdikari hinggakan aku tak rasa diperlukan oleh mereka. Sebab tu aku tak menjalinkan hubungan yang akrab dengan mereka.

Wahai anak muridku, kalau korang baca blog cikgu ni, silalah fikirkan cara untuk pujuk cikgu korang ni ye? Haha.. Serius ni.. Sila pujuk cikgu anda. Mulakan dengan tidak ponteng sekolah dan buat kerja sekolah korang. Dan jangan menjawab dengan jawapan yang bodoh. Jangan malas-malas. Kalau bukan untuk saya sekalipun, lakukanlah untuk masa depan korang sendiri..

Selasa, 12 April 2011

Mungkin semua ini balasan dariNya

Sabtu lepas, sekolah aku telah mengadakan gotong-royong. Macam-macam la aktiviti yang dilakukan oleh warga sekolah. Aku dengan pembantu bengkel aku berusaha untuk mengecat gril bengkel. Sebelum ni, gril pintu bengkel warna hitam. Kami nak cat warna oren. Yeehaa!!

Budak-budak aku? Harem!!! Imamah je datang 2-3 kali. Sekali tu hantar buku koku, sekali lagi bagi oat dan baked bean yang budak-budak ni dapat masa cabutan bertuah.

Sesungguhnya kerja mengecat pintu gril adalah sangat susah untuk orang yang tak teliti. Lebih susah kalau tak buat undercoat. Banyak cat perlu dikorbankan.

Masa tengah mengecat tu, aku dapat menikmati bunyi bising yang dihasilkan oleh budak-budak tingkatan 1. mereka menjerit.. bergelak ketawa (seriously, their laughs' sounds like banshees') sangat menakutkan..

Aku pun berkata kepada pembantu bengkel aku - Kak Mas "Dahsyat betul la budak-budak ni.. Gelak macam pontianak. Tak tahu la kenapa mereka macam ni. Masa saya form 1 dulu, saya pun bising juga. Tapi tak la bising macam ni"

Kak Mas pandang aku dengan tak percaya. " Mai tak bising???"

"Err.. saya bising tapi bukan gelak la.. saya bising bersembang je. tapi takdelah bising macam ni. lebih-lebih lagi kalau tahu ada cikgu kat luar." seketika kemudian, aku dengar mereka (murid form 1) menyanyi. " ok, saya maybe menyanyi juga kot. Tapi tak kuat macam diorang ni"

Kemudian aku terdiam dan berfikir. Adakah aku masa form 1 dulu sangat bising macam mereka ni? Kalau ye, alangkah menjengkelkannya perangai aku. Tapi bila diingat balik, perngai aku memang menjengkelkan senior aku. Hahah..

Kemudian aku terfikir..  Mungkinkah Allah jadikan aku cikgu supaya aku sedar betapa buruknya perangai aku dulu? Mungkinkah Allah nak balas balik kepada aku apa yang aku pernah buat pada orang? Mungkinkah Allah nak aku tahu perasaan cikgu aku masa mengajar aku dulu?

Mungkin ya. Mungkin kalau aku dah faham pengajaran yang aku sepatutnya terima, Allah akan tunaikan hajat aku yang lain. Maka aku mula muhasabah diri aku balik.

Ya, aku seorang yang bising (suka bersembang), menjengkelkan (senior masa perjumpaan PBSM), gatal (dengan junior je.. buat adik.. kalau dengan yang sebaya, diam-diam je minat), malas (aku memang jarang hantar buku nota dan latihan), agak suka langgar peraturan (suka fly dengan cara terhormat, pernah la ponteng prep, subuh dan program kemerdekaan)

Teruk betul aku ni.. aish... Lepas ni aku tak boleh la komplen budak-budak ni sangat.

Tapi aku tetap tak gelak macam pontianak! Siap la budak-budak yang gelak macam tu! Esok juga aku cari! Huh!

Ahad, 27 Mac 2011

Tesco Walk For Kids 2011

Entry ini banyak gambar. Kebanyakan gambar boleh klik untuk dibesarkan. Kebanyakan ye.. ada yang tak sebab dah zoom.. sorry..

Pada 13 Mac yang lepas, aku telah mengiring budak-budak sekolah aku pergi ke Tesco Walk For Kids. Aku pergi ke sekolah seawal pukul 6.20 pagi (mujur hari Ahad) dan sampai pukul 6.45. tapi bas bertolak ke Pusat Sukan Air Putrajaya pada jam 7 lebih.

Gambar pertama yang ditangkap. Gambar memang kecil sebab Zoom.. huhu..
Bangunan ni macam familiar.. sama ada dalam filerm Cicakman atau dalam drama Kaizer.. sape ingat? Oh, gambar ni boleh besarkan
Disebabkan bertolak agak lambat dan perjalanan agak jauh, maka kami pun terlewat 10 minit (of course takkab menang la kan?) orang lain dah mula berjalan, kami pun turun je bas, terus buat garisan permulaan sendiri. Wong (ketua rombongan) mengutip no resit utk tujuan cabutan bertuah. Aku awal-awal dah tak bertuah sebab tertinggal resit di rumah.

Ramainya orang.. gambar besar ni je
Aku sangat suka gambar ini.. =)
Ramai gak orang yang join Walk ni. Masa tengok dari atas bas, nampak macam segerombolan askar semut. Memang banyak.. isk.. Walk ni tak jauh.. 4.5km je.. dapat lak ada geng (jumpa kak Noorli dengan anak dia. Looi awala-awal lagi dah tinggalkan aku.. huhu)

Tengok tu.. ramai peserta kan?
Kat sini dah jumpa Kak Noorli dah
Yang bestnya, lepas larian tu ada macam-macam syarikat buka booth air. Aku try air Revive, Pops, Tesco Blackcurrant dan air mangga Alphonso (sorry, aku malas nk link semua tu). Sedap air-air ni.. maklumla.. baru lepas berjalan..
Mat Saleh itu CEO Tesco (M)

Ada gak air milo lori dan nestle fitness cereal tu. sedap gak.. nyum! nyum! Ada gak goodie bag dan sijil untuk semua peserta. Goodie bag ini sangat berat ok.. air ada 3 botol kot.. air kotak 3 kotak (Wong cakap, ala.. tu semua barang nak expired tu.. haha)

Tenang  jambatan.
Tenang 2 bangunan kat kanan tu..
Disebabkan kitorang sampai lambat, maka resit untuk cabutan bertuah kitorang (kecuali aku) ada dekat atas. So, budak sekolah aku menang 3 hadiah cabutan bertuah. Wong sangat glamer sebab dia yang tolong ambilkan hadiah- hadiah tu.. ada yang dapat periuk nasi, pemain DVD dan.. err.. err.. apa ek? Lupa dah.
plg depan ni anak kak Noorli. Tengok la.. orang ramai-ramai bawa anak. Siap ada yg usung stroller (tapi aku tak snap)
Kak Noorli dan anaknya
Lepas cabutan bertuah, ada sedikit persembahan. Aku pun tak pasti apa nama persembahan tu tapi ni macam alat muzik tradisional la.. CEO Tesco (M) turut mencuba bermain alat muzik ni..
Suka.. =)
Gambar di zoom, jadi, kecik sikit.. tetap boleh klik
Pukul !0.30, Kami naik balik ke bas.. Balik semula ke KL.. Tu je... Sekian, terima kasih.. hehe... Oh< kat bawah ada banyak gambar lagi.. Cantik-cantik gambarnya. percayalah cakap aku.. Bukan nak riak kata aku pandai tangkap gambar, cuma Putrajaya memang cantik.. Selamat menonton.. =)

err.. er..
Sangat suka gambar ni juga.. =)
Ini pun sangat suka.. =)
Macam pantai kat mana? Masa ni takde orang lagi.. jap lagi ramai orang.
Mari berpiknik

Ye.. Kepala akak ini memang watak utama gambar.. yang lain itu backdrop je.. hehe
Saje masukkan gamabr tangan tu.. Lebih artistik.. (alasan)
Pemukul gendang yg sangat glamer pada hari kejadian
Kan dah ramai... Orang KL.. jarang jumpa air selain dalam kolam dan dari kepala paip..

Khamis, 24 Mac 2011

feeling down..

I've got a lot og things to say today. But it is a bit hard since i've already promised that i'm going to write in English on every Wednesday..

SPM result released today. For my subject, there is a decrease in A achievers number but better GPMP (Gred Purata Mata Pelajaran). At 1st, i don't really mind since i think the result is okay (though there are few students whom I target to get A but instead they only got B). But then, when i get to know my friends' students' result, my heart sank to the deepest. Why shouldn't I? 1 friend got 12A, 7A- and 2B. Another friends got %A and 6A-..

I feel so down. what have i done to my student? haven't I done enough? Why can't my students get at least half of the best result? What's wrong with me? Is it because I'm lazy to cook new food for the student? Is it because i did not give them enough exercise? Is It because???? Ahhh!!!! I don't know!

My sister also got her result today. At 1st, she was so sad because she only got 7A instead of what she target before. She especially, afraid of our father. She afraid that he would be angry with her result. but when she get to know her friends' result, all of her bad feeling (ok, i admit, i forgot the word 'kerisauan') slowly fade away.. When she got home, instead of scolding her, my father greet her with "Congratulation" and she started to smile again.

How about her school teacher? They really put high hope on their student. I bet their teachers are having the same feeling like i do now.. I bet, their keep searching for the reason why things didn't happen as they expected.

Arrgghhh!! I hate this feeling.. May this feeling gone when I open my eyes tomorrow for there are lot of things to think and be done ahead.

p/s: My english is bad huh? Who cares? I am not the one who will be taking English/ 1119/ MUET paper at the end of this year

Jumaat, 18 Mac 2011

Mari bayar Cukai Pendapatan

Pagi tadi aku telah pergi ke LHDN untuk mengisi borang cukai aku. Tahun ni borang cukai telah dipos ke rumah aku (menambah rasa bersalah dalam diri sebab tahun lepas aku tak pergi isi borang). Mulanya aku bercadang untuk buat e-filing. Tapi, kalau nak minta no pin e-filing melalui email sekalipun, pihak LHDN minta salinan i/c. Jadi, aku pergi terus ke sana. Lebih mudah aku rasa.

Sampai di sana, aku telah dibantu oleh pegawai LHDN. Pegawai tu mesra gak la. Dia telah tolong aku untuk set up e-filing aku. So, tak sampai pun 5 minit, aku telah selesai dengan e-filing dan taksiran tahun 2010 aku. Cuma sedikit masalah timbul kerana aku bukanlah manusia yang suka menyimpan segala resit dan bukti pembayaran. Agak kena Sound jugak la dengan pegawai tu. Dia kata " memang kena simpan semua resit dan dokumen selama 7 tahun. Kan dah dimaklumkan dalam internet?"

Well madam, for your information, i never give a damn  whatever LHDN said on the website. Siapa Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (KPPM)pun aku baru tahu (itupun sebab kawan aku sound sebab KPPM tu bekas pengetua aku masa sekolah dulu). Inikan pula department orang lain. Memang aku tak kisah punya la. Ini baru kali kedua aku isi borang. Kira baik la ni aku berjanji nak simpan resit2 lepas ni. Lagipun gaji aku ciput je, InsyaAllah takkan kena cukai hinggalah 2-3 tahun lagi. Kalau nak juga claim cukai, pergi cari orang lain yang gaji dia lagi besar. Gaji saya, dapat RM20-30 je.. hehe.. Pergi minta kat pakcik esso saya. Mesti dapat banyak. =p

Pendek cerita, aku masih tak perlu bayar cukai (See??? aku dah kata, gaji aku ciput, tak perlu bayar cukai punya.. ngee). Sebab utama aku tak perlu bayar cukai adalah kerana aku bayar zakat pendapatan. Sambil tu, dia tolak juga la KWSP, insurans, derma, beli buku, alat sukan dan broadband. Malang sikit untuk aku kerana walaupun aku yang bayar bil streamyx tapi nama bil atas nama ayah aku. aishh.. rugi nih.. Ayah aku dah la dah tak perlu bayar cukai. Tahun depan nak tukar nama la. Tapi sekali lagi, gaji aku kecil, aku tak perlu bayar cukai. Ngee...

Kepada mereka yang dah biasa, nak tanya sikit. Apa kes ek, aku takde resit-resit kehidupan aku 7 tahun yang lalu ni? Agak-agak takpe ke? Aish... payah la kalau nak kena simpan semua resit.. nampak gaya kena ada fail la pulak. Aish.. lagi satu soalan, siapa agaknya yang akan buatkan potongan cukai berjadual  (PCB) tu? Kita sendiri atau majikan? Untung la siapa yang pakai KWSP. Dah la kira macam saving, dapat pula tolak income tax.. aih.. dengki neh.. hehe

So, adakah anda semua membayar cukai anda? Aku dah. Siap dah boleh buat e-filing lagi. Jangan jeles ye.. Ngee.. =D

* Ingat nak link kan web e-filing kat sini tapi tak tau kenapa google kata xleh percaya.. Nak link ke tak? Nak link ke tak? Hurm... Encik Anif tolong jawab!!! Ngee..