Orang selalu kata jadi cikgu best. Kerja senang, balik awal, banyak cuti. Orang selalu tak Nampak kerja sampingan yang cikgu-cikgu kena buat misalnya jaga periksa, iring budak pergi pertandingan dan jadi orang tengah kalau budak bergaduh di sekolah.
Aku telah bertugas sebagai pengawas MUET pada hari Sabtu lepas. Kebetulan, adik aku juga menduduki peperiksaan yang sama. Apa kata kita bandingkan apa yang aku dan dik aku alami sepanjang hari peperiksaan?
Masa | Situasi | |
Aku | Adik aku | |
Hari- hari sebelum peperiksaan | Hari Jumaat pergi taklimat peperiksaan | Pergi buat rayuan tukar pusat peperiksaan sebab tak nak ambil periksa di Unimas |
Cetak slip peperiksaan | ||
Pada hari peperiksaan: Sebelum | Bergerak ke bilik kebal di Chow Kit pada pukul 6.15 pagi. | Bergerak ke pusat peperiksaan pada pukul 7.30 pagi |
Angkut kertas soalan dan jawapan untuk 193 calon | Bawa bekas pensel dan slip | |
Edarkan kertas soalan dan jawapan. | Duduk di meja untuk jawab periksa | |
Pastikan calon-calon menumpang dapat tempat duduk dan kenal pasti setiap mereka | ||
Semasa peperiksaan | Pergi pastikan kehadiran dari setiap bilik (8 bilik, 3 tingkat) untuk setiap sesi (3 sesi) | Jawab soalan |
Pastikan radio setiap bilik dalam keadaan yang baik. Bantu cikgu-cikgu yang ada masalah. | ||
Makan tiap kali ada peluang (mak bagi bekal). | Tak sempat makan. Risau kot.. | |
Selesai peperiksaan | Kira dan bungkus skrip jawapan untuk dihantar ke MPM. Kenal pasti murid menumpang, murid tak hadir dan murid yang nama ada tapi meja takde. | Balik rumah. Peperiksaan selesai pukul 12.30pm |
Pergi jabatan untuk hantar skrip (teman ketua. Lagipun kereta di | ||
Malam selepas peperiksaan | Tengok tv / baca buku/ baca komik online |
Motif? Saje je nak bagitau korang yang aku dah berjaya dalam misi 10 ribu langkah sehari pada hari Sabtu yang lalu. Balik rumah, aku terus terbongkang sampai ke petang.. hahaha..
yang menjaga exam tu lagi penat rupanya.....hahahah
BalasPadamyup... sangat penat.. oleh itu, hargailah pengawas peperiksaan.. hahaha
BalasPadam