KLIK LAJU-LAJU!

MARI BLOGWALKING DENGAN APESAL.COM

Yang Baik Hati =)

Cari cerita lama

Aku terkini

sebelum komen, baca dulu komen orang lain boleh? Bosan la nak balas komen yang sama.. sebab jawapan aku mesti sama punya. tak pasal2 aku jadi astro karang ulang tayang beberapa kali

* jangan orang astro sentap pulak dengan aku, suda
Memaparkan catatan dengan label keliru. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label keliru. Papar semua catatan

Rabu, 14 Mac 2012

Perang dalam diri

Isu kehilangan dan kematian adik Dirang di Johor Bharu. Aku berperang dengan diri aku sendiri. Jujur, aku rasa mak dia ada saham dalam kejadian tu. 

Aku 1: Serious shit, how come dia boleh biar anak dia pergi kedai sedangkan dia layan FB? Kalau dia bagi alasan dia tengah sibuk buat kerja rumah ke, sakit tak boleh bangun ke, logik la jugak. Ni sebab FB. Tak patut betul!

Aku 2: Mungkin dia dah biasa. Sebab dengar cerita, kedai tu dekat je dengan rumah diorang. Biasanya takde pape. Kali ni pulak benda nak jadi.

Aku 1: Ya.. logik jugak.. Tapi macam mana dia boleh biar budak 5 tahun pergi kedai sendiri?

Aku 2: Ala.. dulu-dulu pun kita pergi kedai jugak masa kecik-kecik (tapi bila fikir balik, rasanya umur 5 tahun aku tak pergi kedai kot. masa darjah 3-4 baru berani balik sekolah sendiri)

Aku 1: Tapi itu dulu.. Dulu lebih selamat dari sekarang. Kalau ikutkan, dulu kecoh orang culik budak pastu bawa pergi Siam potong kaki tangan tapi tak masuk berita pun. Ni dah masuk berita. Dah banyak kes.. Takkan tak boleh ambil pengajaran lagi?

Aku 2: Err... Dia tak sangka. Selama ni ok je.

Aku 1: Ayah dia pun satu, dah tau dapat sms ugutan, tu, bagitau la polis ke supaya ambil tindakan. Bagitau la juga pada bekas isteri dia tu supaya jaga anak baik-baik. Ni tak... Biar je... Lagi satu, yang pergi gatal pinjam dekat Along tu buat apa? kan dah banyak kali pesan jangan pinjam pada Along?

Aku 2: Err.. err.. Dia tak terfikir kot? Dia ingat orang tu main-main je. Lagipun belum tentu tyu kerja Along.

Aku 1: Apa-apa hal pun, aku paling tak puas hati dengan mak dia. Leka sangat dengan FB sampai tak sedar anak tak balik rumah. Kalau bukan laki dia la tanya anaknya mana, sampai ke sudah dia tak tau anak dia hilang.

Aku 2: Ya, aku pun tak puas hati. Tapi, jangan la cakap lebih-lebih.. kita tak tau apa masalah dia sebenarnya.. Takut nanti kita kata orang lebih-lebih, 1 hari nanti, Tuhan tunjuk kat kita pulak.. Ambil pengajaran je dah la...

Aku 1: Aku benci tul bila ko kata macam tu. Ye la.. ye la.. Aku stop.

Isnin, 9 Mei 2011

Nak daftar advertlets ke tak?

Haha...Kecelaruan melanda. Ini semua gara-gara perasaan tamak mula melanda..

Apa kes Rumaizah ni? Ok la.. Aku telah melakukan aktiviti senaman jari iaitu blogwalking. Bila pergi ke blog orang, mula la aku baca pelbagai benda. Termasuklah tentang pengiklanan di blog.

Seperti yang korang maklum, sekarang ni, aku dah letak banner Nuffnang di blog aku. Alhamdulillah, dah dapat pun cek pertama (Tak menahan ok! Cecah je RM50 terus aku claim! Haha) dan sekarang aku masih lagi dapat income (sikit-sikit)

Selain Nuffnang, aku tengok ada juga Advertlet. Syarikat pengiklanan ni pun agak glamour di kalangan blogger. Malah, ada beberapa blog mengatakan Advertlet ni lagi best dari Nuffnang. Jadi, aku agak bercita-cita juga la nak memasang banner Advertlet kat blog aku (duit mudah beb! Siapa tak nak?)

Abaikan perkataan part 2 tu

Cuma, ada 1 perkara melemaukan aku .Aku sekarang adalah ahli glitterati Nuffnang. Disebabkan aku ahli glitterati ni, aku dapat bayaran lebih sikit la kot.. dan aku boleh pasang widget yang boleh promot entry aku kat blog lain (walaupun hakikatnya orang takde pun datang blog aku sebab widget tu) Kalau aku pasang iklan lain, status glitterati akan terlucut. Dengan kata lain, kadar bayaran aku pun kurang.la.. Adakah bayaran dari pengiklan baru nanti semasyuk bayaran Nuffnang aku? Berbaloikah aku menggadaikan keglitteratianku?

Siapa yang arif tentang hal ini, tolong la respon. Ada je orang yang galakkan aku join Advertlet, aku terus daftar malam ni juga.. Aiceceh!!!

p/s: En. Anif, Mangga Ad tu ok ke tak ek?

Ahad, 9 Januari 2011

Sebenarnya, Tapi, Jadi dan Hakikatnya

Sebenarnya..

Hati aku ada sikit sedih,
Sikit sedih untuk diri sendiri, sikit sedih untuk orang lain, sikit sedih untuk kucing yang kena lenyek kat pasar tadi

Rasa nak give up,
Dengan orang tu. Rasa nak bersemuka dan cakap je, " Takpelah, cukup sampai sini. Rasanya saya takkan pape"

Rasa nak bercerita,
Pada blog, pada kawan, pada dia, pada sesiapa sahaja yang sudi.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Tapi....

Hati yang sedih ni memang selalu cepat sedih.
Memang la nak sangat lepaskan dia, tapi tengoklah.. esok-esok mesti aku cari dia lagi
Semua orang pun dah bosan dengar cerita aku..

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Jadi..
cukuplah cerita sampai sini dulu..
nak senyap seketika.. tak lama kot. mungkin 1 hari je.. hehe

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Hakikatnya,
aku kena menaip nama budak Bendahara dan budak Kelab Bola Jaring =p

Ahad, 2 Januari 2011

semakin hampir tetapi semakin jauh.. =(

aku nak menulis benda yang gembira tapi susah sebab sekarang aku tak gembira.

kalau aku nak tulis mengikut mood aku sekarang, orang yang membaca pula akan kena muntah hijau sebab tak larat dengan apa yang bakal aku tulis.

hakikatnya, memang aku tengah sedikit... entah lah. susah nak aku ungkapkan perasaan aku ni.

hurmm.. semasa dia jauh, aku harap dia dekat. bila dia dekat, aku pula cemburu bila tengok dia dengan orang yang tersayang.. semakin aku terasa yang aku tak boleh dekat dengan dia.. semakin aku rasa nak lari jauh-jauh..

x best kan minat kat artis? haih la..

p/s: Sorry.. aku tak nak letak gambar dia sebab aku tak nak rumah tangga dia hancur kalau gosip antara kami timbul..

Isnin, 27 Disember 2010

Aku patut marah. Siapa setuju?

Mulanya aku ingat hendak mengolah situasi ini dalam bentuk cerita. Namun, bila aku kenangkan yang biasanya aku akan mengambil masa sekurang-kurangnya 2 jam untuk menaip cersapen (cerita sangat pendek), maka aku ambil keputusan untuk bercerita secara langsung je. Oh, peringatan, ini bukanlah kisah cinta.. hehe.. takut korang semua salah sangka..

=======================================

Aku berkenalan dengan seorang lelaki di FB. Pangkat adik la dia ni kerana umurnya baru 23 tahun. Kita panggil dia A. pada mulanya, kami berkawan melalui sms. Biasalah, setelah beberapa bulan berkawan melalui sms, A ajak aku berjumpa. Sebagai seorang perempuan yang memang open minded dan tak kisah untuk keluar dengan boyfriend orang (awek dia juga kawan fb aku), aku pun bersetuju untuk berjumpa dengan A. aku membawa jiranku sebagai teman dan tempat kami merayap adalah di downtown cheras.

A yang tangkap. Aku suka gambar ni sebab aku suka detail bangunan Sultan Abdul Samad. Klik Untuk besarkan
Agaknya, disebabkan aku seorang akak yang best dan sporting, A mengajak aku berjumpa lagi. Kali ini kami berjalan-jalan di Dataran Merdeka. Oh, A ni baru berjinak-jinak dalam bidang fotografi. oleh itu, alasan yang dia gunakan untuk mengajak kami (aku dan jiran aku) berjalan adalah untuk menangkap gambar. Sebagai seorang yang minat dengan kamera tetapi kurang skil, aku pun bersetuju la untuk keluar dengan A. dapat juga aku menangkap 1-2 keping gambar menggunakan DSLR nya..

Aku yang tangkap. warna dan pencahayaan kureng tapi aku suka. lantak la korang suka ke tak. Kalau suka, klik like (poyo)

Selepas Dataran Merdeka, kami ke Tasik Ampang Hilir. Menyedari yang aku tidak fotogenik sebagai model dan aku lebih gemar menangkap gambar dari menjadi gambar, pada pertemuan seterusnya aku telah membawa emak dan adik untuk menjadi model dan aku diberi kebenaran untuk menggunakan kameranya.
Di Taman Tasik Ampang Hilir. Aku sedar aku tak fotogenik.. bagi gambar belakang suda.. Gambar ini ditangkap dan diedit oleh A


Kenapa aku cerita semua ni dengan teliti? Kerana aku nak menunjukkan betapa akrabnya hubungan kami. Tapi aku tak sangka, orang yang aku percaya, rupa-rupanya sangat tak percaya pada aku.

A tangkap gambar adik aku..

A ada memberitahu aku yang keluarganya akan datang ke KL (A orang Sabah). Alasan yang diberi adalah sengaja untuk melihat-lihat. Keluarganya telah pun selamat sampai pada hari Jumaat yang lalu. Aku ada bertanyakan agenda A sekeluarga pada hari Sabtu. jawapan yang diberi agak kabur, jadi aku anggap dia hendak membawa keluarganya bersiar-siar di sekitar KL. sambil-sambil tu ada juga kami berbalas sms.

Gambar aku yang paling aku suka. lepas ni, takde dah nak berangan lagi..
Malam itu, apabila aku online, aku terbaca status awek A yang sudahpun bertukar kepada 'bertunang'. aku lihat pula gambar-gambar. ya, memang sah lah yang A sudah bertunang siang tadi. Huh! cuba teka apa perasaan aku? Teka! Teka! Teka la cepat!

Aku bengang! Aku sms A " Kenapa tak bagitau akak yang awak nak bertunang?"
Jawapan A " A takut, kalau A bagitau, akak tak nak keluar dengan A"

Aku banyak tangkap gambar A. Kesian, dia ada gambar orang je. Gambar sendiri tak banyak
Ok... situasinya sekarang ialah, aku tumpang happy yang si A ni dah bertunang. Tapi dalam masa yang sama aku bengang kerana A tak beritahu aku perkara itu lebih awal. Jujur, kalau dia beritahu lebih awal pun, aku tak kisah keluar dengannya. Tetapi aku marah kerana dia tidak jujur dengan aku. Dia tidak percaya pada aku. Siapa yang faham point yang aku cuba sampaikan?

Kami masih berkawan. Ya lah, takkan lah aku nak putus kawan kerana isu itu? Tetapi memang aku sudah tambah 1 lingkaran baru untuk menambah jarak antara aku dengan dia.

Gambar aku yang kononnya macam cover novel. Blah lah.. tak caye

Wahai lelaki, kenapa anda berselindung benda yang tak patut diselindungkan? Jujurlah dalam perhubungan. Terutamanya bila menjadi kawan. Takkan la aku tak nak berkawan dengan orang semata-mata kerana dia nak bertunang. Aku moden ok.. Setakat berkawan, aku tak kisah.

Aish.. Tak paham aku!

Rabu, 3 November 2010

aku kuat jeles

camane nak kurangkan tabiat buruk aku yg 1 ni? yang aku maksudkan ialah tabiat kuat cemburu (ke dengki?).

aku tgk gambar org gi jalan2, aku jeles, padahal bukannya aku x pernah g tempat tu.
aku tgk kwn2 aku cite pasal keje dorang, aku jeles. kalau cite pasal gaji, lagi la aku jeles. hahaha..
orang cerita dia dah buat loan beli rumah pon aku jeles.
tengok orang kurus pon aku jeles. orang tinggi lagi la aku jeles.
orang sambung belaja pon aku jeles.

xde ke org yg jeles dengan aku? mana tau, dengan mengetahui yang ada orang jeles dengan aku, maka akan kurang la sikap buruk aku ni..  kita try eh?

sape jeles dengan aku angkat tangan!

Isnin, 6 September 2010

aku pun manusia biasa..

aku pun manusia biasa.. banyak kelemahan.. banyak keinginan..

seperti gadis2 lain juga, aku teringin nak pakai baju2 yg cantik. tapi, saiz badan aku yang rendang (gemuk pendek) membuatkan aku x mengeluarkan duit utk beli baju. huhu.. sedikit kekesalan dan kemujuran di situ.

aku juga turut terpengaruh dengan propaganda media yg mengatakan perempuan kurus itu cun. plus, aku teringin nak pakai baju cantik2.. jadi aku pernah la berusaha (dan masih) nak menguruskan badan. haha.. tp aku sangat x berdisiplin.. so, apa pun x menjadi.. makin kembang ada la.

aku kuat jeles.. terutamanya pada org yg aku suka. tapi, biasanya org yg aku suka, x suka aku balik, so, apa yg terbaik aku boleh buat ialah doakan kebahagiaan dia.. dan belajar lepaskan dia..

aku nak gak mewah2.. aku teringin sangat nak kereta mercedes kompressor or kereta hybrid honda.. dengar cerita, jimat minyak.

siyes, aku sangat pemalas. rasa nk je buat iklan "mencari lelaki kaya dan bujang". ok x? hehe...

gaji aku x besar.. so, utk menjadi seorang yg kaya, aku kena berjimat. masalahnya, aku suka berjalan-jalan.. berjalan-jalan pakai duit.. so, cane ek? sayang lak x guna pasport tu. rm300 tu. tapi.. nanti xde tabungan la plak. aish...

p/s: kalau puasa aku penuh thn ni, aku nk tuntut duit raya dr korang semua.. boleh x?

Selasa, 10 Ogos 2010

kenapa ek??


1- kita selalu lebihkan org lain lebih dr org yg syg kita. (mak, ayah, famili)

2- kita selalu nampak apa yg org ada, lebih best dr yg kita ada. kita selalu nk yg org punya.. padahal, yg kita punya pon ok apa...

3- kita sanggup keluar dgn kwn dr jemput adik dr sekolah

4- makin kita syg org tu, makin kita berkira nk tunjuk perasaan kita pada dia.

5- pada masa kita berazam nk buat sesuatu, masa tu gak la kita teringin nk melanggarnya (cth: masa kata nk diet la, selera mkn mcm apa tah)


ok.. maybe aku je kot.. korang x.. tapi.. kenapa ek?

Khamis, 22 Julai 2010

rindu ini...

ini cerita lama. cerita minggu lepas untuk lebih tepat lagi. hurmm.. entah kenapa, aku sangat ingat seseorang. orang yang x patut aku ingat pon (rindukah itu?). aku sendiri x pasti nape aku ingat sangat kat dia.. tidak la rasa rindu dendam yg terlampau2 sampai x lalu makan segala bagai.. tp ingat la.. selang bape jam sekali, mesti terpikir kat dia..

sebenarnya aku sangat x suka bila aku teringat kat seseorang sebab aku terasa yg ingatan aku itu sia2 je. sebab aku yakin dia x ingat pon pada aku.. ye la.. dah ramai dah org yg aku ingat. tp adakah mereka ingat aku? HARAM!! sekelumit rasa ingat pon xde..

tapi ingatan aku pada dia ni lain mcm sikit.. mcm aku kata, xde la menyengat sangat rasa ingat itu... tapi kerap.. 1st time gini nih.. aish..

last2, aku sms dia menyatakan yang aku teringatkan dia. tu je la yang aku leh buat. dan dia membalas dgn senyuman (smiley)

alhamdulillah, lepas aku luahkan rasa itu, kurang sikit dah sindrom ingat sepanjang masa itu..

adakah dia juga sebenarnya ingat pada aku? entah la.. 1 sudut hati aku berharap yg dia ingat kat aku.. 1 sudut hati lagi kata, x mungkin dia akan ingat aku.. tah la.. aku rasa perkara itu akan terus jadi persoalan sampai bila2.. tp xpela.. kadang2 persoalan memberi kita harapan.. betul x? =)

p/s: ada 2 perkara menarik berkaitan ingat kat org yang korang leh baca..
1- How to know when someone is thinking about you.
2- Do U Miss Someone............

Jumaat, 18 Jun 2010

soalan berkaitan kekejaman Israel (aku yang tanya sebab aku baru keluar dari tempurung)

huhu.. tiba2 terfikir tentang Gaza, Israel dan ... membuatkan aku nak tanya beberapa soalan bengong..

1- apa jadi dgn kapal MV Rachel Corrie yg dirampas ek? jadi harta Israel ke?

2- apa lak jadi dgn bekalan bantuan?

3- mcm mana Mesir boleh bersekutu dengan Israel ek? kan Palestin tu Islam? kan Al-Azhar kat Mesir? kan Al-Azhar tu tempat tersohor bila berkaitan dgn pengajian Islam?

4- Mcm mana, pompuan2 Israel tu tergamak duduk di bawah kerajaan yg begitu kejam ek? x yah la cerita pasal askar2 dia.. maksud aku, pompuan2 lain.. aish.. x rasa lain mcm ke tgk kekejaman bangsa sendiri? cth: setiausaha Israel (kalau x silap, pompuan)


p/s: sorry kalau soalan aku dangkal.. aku serius x paham dengan isu dunia ni.. aku tau Israel jahat. tu je.. yang lain aku x paham..
p/p/s: aku x sanggup nak paste gambar yang lebih kejam..

Khamis, 29 April 2010

e=mc2? eh, silap... p=g/cm3


walaupun aku agak bz 2-3 menjak ni, aku xpaham, apa yg buat aku bz sebenar2nya? adakah aku sekadar berpura2? ataupun ini lah akibat kerja yg asik pending? adakah aku sudah berjaya menyiapkan tugasan yg sepatutnya sudah selesai? sempatkah aku menyiapkan tugas2 berkaitan dgn program besar aku sebelum tiba harinya? uhuh.. sungguh banyak perkara bermain kat otak aku nih.

tapi, kesibukan ni sedikit sebanyak membantu aku melupakan apa yg tgh serabut dlm kepala otak aku.. ye.. keserabutan ditenggelamkan oleh keserabutan yg lebih hebat.

tp.. bila nama dia naik balik dalam fon (dia sms aku), hurmm.. x la serabut sgt tapi.. tetap terkesan jugak la..hurmm...

adakah keserabutan peribadi aku kurang tumpat berbanding keserabutan kerja?

Isnin, 15 Mac 2010

take for granted atau xtau sape punya?

pada aku, erik yang ni hensem jek.. ok, maybe dia ganas sikit kot? psiko mungkin

hurmm.. aku dah cakap kat elsie, aku akan tulis pasal perdebatan kami dalam blog ni.. so, nak elsie, saya dah sebut nama awak =p

apa yg kami debatkan? hurm.. elsie kata, mula2 dia anggap erik (phantom of the opera) sangat bijak sebab membunuh org tapi dia berubah pandangan apabila erik serah lak christine kat raoul pada akhir cerita.. apa perkataan dia guna ek? lurus bendul eh elsie?

pada elsie, erik x patut serah christine pada raoul. erik pasti boleh bahagiakan christine. raoul pula hanya beria2 nak christine lepas dapat tau ada org lain nakkan christine. kalau x, sebelum tu, raoul x bersungguh2 pun.. gitu la kata dia..

bila aku sanggah, elsie siap bagi perumpamaan lagi.. dia kata ini sains.. contoh yang diberi oleh elsi ialah:
"katakan cikgu ada sebiji epal di atas meja. cikgu akan tengok sahaja epal tu. xnak makan atau ambil. sehingga la ada seseorang datang nak ambil epal tu, baru la cikgu nak juga epal tu. xnak bagi pada orang itu."

bila aku katakan pada dia yg aku akan ambil epal tu kalau epal tu memang aku punya, elsie kata x. tu memang sifat manusia. suka take for granted apa yg dia miliki. hurmm.. sesetengah org, dalam sesetengah perkara, mmg begitu.. selagi benda tu depan mata, kita x heran. bila dah melepas, baru la kecoh nak..

tapi, mcm yg aku kata pada elsie, kalau betul epal tu milik aku, aku xkan biarkan je. aku akan ambil dan makan. xdenye aku tunggu2.. elsie x percaya. dia kata xkan punya.. haha.. saya kuat makan la elsie. saya xkan membazir begitu sahaja. especially kalau saya dah tau benda tu saya punya.

yup, tu aku. kalau aku dah konfem sesuatu tu aku punya, aku xkan biarkan. masalahnya, bila bnda x konfem. nak simpan, takut bukan hak kita. kalau betul kita punya xpe la. kalau hak org lain? dosa tu, amik org punya..

rasanya, tu gak yg erik(phantom) pikir. yup.. dia boleh bagi apa yg christine nak. tapi adakah christine akan bahagia dengan dia? sebab dia x pasti dengan hati christine. walaupun sebenarnya christine 1 hari nanti pasti akan terima dia (aku tau sebab aku pompuan. pompuan senang utk sayang org) tapi dia xtau.

masalah take for granted utk apa yg kita ada dah 1 hal.. x pasti apa yg memang milik kita atau x, 1 hal lain pulak.. tu masalah kita manusia ni kan?

Selasa, 23 Februari 2010

tak tahu yang mana 1?

ok.. ini bukan lagu juliana banos ok? ni masalah aku.. siyes.. bukan la rumaizah namanya kalau x confuse dalam membuat keputusan.. so, arini aku perlukan bantuan anda semua untuk buat keputusan...

ada 2 program yang aku rasa best sangat.. n aku memang dah dipelawa untuk menyertai aktiviti ini.. program2 tu ialah:

1) kawan aku nak buat dokumentari @ videoklip berkaitan dengan tema 1 malaysia.. dia nak mendekati rakyat malaysia.. melihat penyatuan kita semua melalui makanan kita.. hurmm..paham x? ye la.. kita semua kan makan pe je tanpa kira kaum.. nasi lemak, roti canai.. tosei.. nasi ayam.. yong tau fu.. bla..bla.. bla..

so, dia n kwn2 dia nak buat bagpack trip naik keretapi senandung malam ke tumpat.. dia nak rakam ragam penumpang dan kantin dalam keretapi.. kiranya nak bermalam dalam tren la ni..

2) program motivasi.. sedikit islamik.. program CASIC. ni kira program susulan la.. program yg 1st aku dah gi dah.. memang praktikal.. memang best.. cuma 1 je la.. yg pergi tu, kebanyakannya budak2 uia.. budak2 PMI... aku je x.. huhu

tapi siyes bagus sebab program ni mengajar kita bagaimana nak mengaitkan kehidupan kita dengan surah al fatihah.. aku mmg nak gi lagi..

tapi kan...

kedua2 program ni mengambil tarikh yang sama untuk berlangsung. so, korang rasa, aktiviti mana yg lebih PATUT aku join? huhu..

1 aku mmg minat.. giler minat.. bila lagi aku nak try travelling naik tren kan? tapi aku kena bermalam dalam tren n may cost me about RM100 or lebih..
1 lagi pon aku minat gak.. n aku tau program tu mmg bagi benefit.. n it will cost me aorund RM40 x termasuk minyak n tol..

mana PATUT aku gi? tolong aku eh?

Isnin, 22 Februari 2010

2 hati 1 jiwa (jangan kecewa membacanya)

hehe.. selalu kan tengok citer kat tv.. yang watak selalu bercakap dengan diri sendiri. kalau cerita omputih, biasanya 2 side.. satu evil (baju merah, pegang garfu giant) satu angle (baju putih ada sayap dan halo)

tapi, kan, pernah x hati korang bercakap sesama sendiri mcm tu? xsemestinya masa nk buat jahat (angle n evil) je.. tapi dalam apa2 perkara la..

aku selalu.. siyes.. selalu sangat..

hati aku yg 1 bahagian kata, " jangan la dia telefon.. kalau dia telefon karang, mesti aku cair.. padahal aku dah nekad xnak kawan dia"

yang 1 bahagian lagi lak, " nape dia x call aku ek? dia x rindu aku ke? aku je ke yg beria rindu dia? aish..."

atau...

"nyampah la aku kat dia tu.. berlagak.. mentang2 tere..."
dan satu bahagian lagi berkata, " mcm best la kawan dengan dia tu.. pekata aku try ajak dia.."

siyes... hati aku xsehati dengan sebahagian hati lagi.. inikah dia 2 hati 1 jiwa? hahahaha...

p/s: cuba teka mood aku sekarang? =)

kegilaan sementara

korang pernah mengalaminya x? hurm.. contoh, mcm yg dialami oleh para dinosaur (bunuh diri beramai2 kerana gerhana bulan bulan) ataupun sesi histeria beramai2 (terpengaruh.. seronok lak tengok menjerit2) atau.. atau apa lagi ye?

ok.. aku baru jez lepas mengalami kegilaan sementara ini. mungkin disebabkan oleh rama2 dalam taman dalam hati aku yg telah membiak dengan jayanya.. siyes aku kena check populasi rama2 tu minggu ni.

last week, masa balik kampung, xtau la akibat kebosanan atau apa, aku terpikir bagaimana agaknya kalau aku menjadi isteri nombor 2? siyes aku dah bayangkan.. siyes aku rasa aku nk gitau je kat mamat yg aku suka tu yg aku x kisah menjadi isteri nombor 2 dia..

ye la.. secara material, dia mmg mampu, xyah aku risau.. rupa? well, dia mmg dah agak tua la.. nak masuk 40 tapi aku tgk mcm hensem je lagi. walaupun dia agak botak.. masa? haha.. hati aku kata, PJJ (perkahwinan jarak jauh) sangat bagus untuk mengelakkan org bosan dari aku. so, aku rasa semuanya ok..

hampir saja aku capai fon untuk cakap kat dia " jom kawin jom!"

tapi.. kalau aku jadi isteri no 2, mesti aku xdapat nak hanimun kan? ye la.. dia bz orngnye.. dengan keje yg sering memaksa dia our station.. pastu kalau dia ada masa utk hanimun, kan ke lagi baik dia bawa famili no1 dia gi jalan2?

pastu, cane dgn giliran? aku single.. famili yg 1st dah ada anak.. tambah lagi dengan dia out station (1x kuar makan 1minggu at least).. agak2, berapa hari aku dapat dalam 1 bulan?

tu belum cerita pasal keje rumah. aku ni dah la malas gile nk buat keje rumah.. masak pon xpandai. cane aku nk masak makanan kegemaran dia yg sah2 mak aku xreti nak ajar pon? maklumla.. tekak dia jauh beza dengan kami yg giler pedas ni.. tu belum citer keje umah yang lain. mesti aku akan selalu dibandingkan dengan 1st wife dia kan? haii.. payah...

last2, aku amik keputusan, xyah la.. biar la aku tamatkan kegilaan aku ini dengan segera... kegilaan ini mengambil masa 3 hari (lama gak tu baru aku normal).. xpe la.. aku pasrah..

aku caye kat korang semua. so, aku letak la gambar mamat yg aku hampir MINTAK jadi wife no 2 tu kat sini.. ala.. korang bukan kenal pon kalau aku letak gambar..

awak, saya suka awak.. tapi saya memang xlayak jadi 2nd wife awak. huwaaa!!!

Selasa, 16 Februari 2010

di persimpangan dilema.. apa yang korang akan buat?


pernah x korang nak kan sesuatu tapi xleh dapat? nak sangat benda tu.. tapi tau, kalau korang dapat, lebih banyak konflik daripada xdapat.. tp mmg nk sangat...

misalnya, korang nak sangat belajar kt oversea.. peluang ada.. tinggal nk apply.. tapi kalau korang gi, xde sape nak jaga mak ayah korang.. dah la dorang dah tua..

or..

korang dipinang oleh keturunan diRaja.. mmg nak sangat... tapi nanti banyak la plak masalah.. korang nak adapt dengan adat.. korang dah xleh bersosial seperti biasa...

or..

macam kisah romeo n juliet.. juliet nak sangat kat romeo.. maklumlah kekasih hati.. tapi, kalau dia ikut kepala hotak dia tu, cane dia nk berhadapan dengan famili masing2 yang bermusuhan?

so, kalau korang dalam dilema yang begitu, apa tindakan korang? korang akan kejar impian korang, atau korang sanggup lepaskan je?

p/s: segala dilema di atas tiada kaitan dengan aku ok? sekadar contoh.. tapi jawapan boleh dijawab berdasarkan situasi.. aku ada masalah yang lebih kurang gitu.. tapi lain.. so, jawapan korang memang akan membantu aku

Khamis, 11 Februari 2010

beberapa soalan (kalau tere, sila jawab dan tidak skip)

huhu... sekadar beberapa soalan

1- pada umur berapakah kita boleh mengeluarkan ayat2 jiwang dan org di sekeliling kita boleh menerimanya?
2- mana lagi dahsyat? lelaki/ perempuan yg merajuk? kenapa?
3- kenapa adik laki aku ni xreti2 nk balik umah? dah kul bape ni?
4- apakah karya shakespeare yg anda tahu atau suka? aku suka twelve night (baru tgk versi moden td kat tv2..amanda bynes berlakon tp xtau tajuk).. so sweet..

Selasa, 9 Februari 2010

mana lagi tempat aku nak luahkan perasaan?

hurmm.. kalau korang rasa sedih.. nak luah perasaan.. kat mana korang luahkan perasaan tu?

dulu, sebelum aku tau la dunia blog ni, aku biasanya meluahkan perasaan atas sehelai kertas. aku anggap aku tulis surat pada org yg aku nk luahkan perasaan aku tu. hasilnya, byk la surat x berpos kat umah aku ni... hehe... siyes.. bila dikemas balik seluruh pelosok rumah, mau lebih 10 pucuk surat mak aku jumpa. sakan..

bila dah tau tulis blog, aku cadang, blog ni la tempat aku meluah perasaan. dengan harapan, org asing yg membaca blog aku, leh menjadi tempat utk aku mengadu dan meminta pendapat. tapi aku ada 4 prob:
1- blog aku ni x cukup ramai pembaca
2- aku xrasa pembaca berminat nak membaca masalah2 aku
3- kawan2 aku ada yg baca blog ni
4- aku dah mula berkawan dngan pelawat blog ni

since aku dah xleh nk luahkan perasaan kat blog ni, aku beralih plak ke diari. dalam diari ni, aku anggap aku bercakap/bercerita/sms dgn orang yg aku nak tu.. aku luah semua yg aku x berani nak cakap dgn dia secara berdepan..

masalahnya sekarang, nak luah dalam diari pon xboleh. aku dah anggap yg aku betul2 bercakap dgn dia. dan ada benda yg aku xleh nk ckp depan dia. rasa malu.. rasa aku melampaui batas.. padahal, aku bukan betul2 cakap dgn org tu pon.. aku sekadar menulis di diari..

kalau dah dengan diari yg sepatutnya menjadi tempat aku luah perasaan pon aku nak berahsia, pada sape lagi aku harus luahkan semua rahsia aku tu?

mesti ada yg berkata, "mengadu pada Allah.." aku sentiasa mengadu pada Allah.. tp korang paham kan, kita tetap perlukan saluran lain juga utk meluahkan perasaan itu kan? terasa ingin berkongsi dengan seseorang.. tapi pada siapa kalau dengan diari pon aku dah xleh nak bercerita?

Isnin, 8 Februari 2010

kadang kala kita perlu melupa dan memaafkan


hidup memang akan memberi kita banyak pengalaman.. dan pengalaman sepatutnya banyak mengajar kita.. dan pengajaran yg kita terima, sepatutnya menjadikan kita lebih matang.. begitu la lumrah hidup.. kalau kita x putuskan rantaian itu, sepatutnya, pada suatu tahap, kita menjadi sangat matang berbanding diri kita suatu masa dahulu.

apa aje yg aku cakapkan nih? haha.. hurmm.. cane nk cakap ni ye? haha.. aku pasti akan perlukan masa yg sangat panjang untuk menyiapkan entry kali ni kerana kematangan bukan la kepakaran aku. cuma, aku terasa 2-3 menjak ni, aku lebih matang daripada sesetengah orang yg lebih dewasa dari aku (aku harap mereka x baca blog ni. takut mereka terasa hati)

hurmm.. aku pasti, setiap kita mesti pernah berjumpa dengan 1 orang yg kita sangat x suka. tapi kita xleh lari dr dia. kita kena hadap dia. berpura2 boleh menerima dia. sedangkan kat belakang dia, mmg kita kutuk la sakan. biasanya kawan keje la.. ada je yg x kena tentang dia. dia tu manusia bongkak ke.. mulut longkang ke.. batu api ke.. ada x? mesti ada kan?

apa agaknya yg menyebabkan kita xsuka dia ye? sejauh mana kebencian kita pd dia akan mengaburkan mata kita? sebab, walau sejahat mana pon dia, aku yakin, org yg kita benci sangat2 ni mesti ada juga kelebihan dia. cuma, kebencian kita pada dia menyebabkan kita xnampak atau xnak terima yg dia ada kelebihan.

aku kenal seorang ni.. mmg org x suka dia la. ramai x suka dia. so, apa je yg dia cakap, org akan anggap dia mengarut, or cakap ikut sedap, or dia saje nk tembak org. mungkin sebab dia mmg selalu buat camtu kot? tu yg org anggap, tiap kali dia cakap, mmg tu la tujuan dia. nak tunjuk yg dia bagus dan org lain x.

aku termasuk la dalam salah seorang yg xsuka dia (kan dah kata, aku mudah terpengaruh? hehe..). cuma, xtau nape, tiba hari ni, bila org bercakap yg buruk ttg dia, aku dah xnak campur. xbermakna yg aku dah suka dia, cuma, aku terfikir, yg manusia2 yg xsuka dia terlalu x suka dia, hinggakan semua benda yg dia ckp, org tolak. walaupon benda tu betul.

yup, mungkin nada seperti memerli. yup, nada dia seperti saje nak malukan org di depan org lain.. mmg tu pon sifat dia yg org xsuka selama ni. cuma, xtau nape, tadi aku terpikir, mungkin gak dia xde niat pon nak menyindir org. mmg tu yg dia nk cakap. dia bukan bersikap sinikal. dia cuma menyatakan kebenaran kerana mahu semua org tahun kebenaran (walaupon cara dia silap sbb mmg ramai org terasa dgn dia)

hari ni, buat pertama kalinya, hati aku membela orang ini. sebab aku terasa, kali ini, kesilapan bukan datang dari dirinya. sebaliknya datang daripada semua orang yg membencinya. mereka dah terlalu kabur dgn kemarahan mereka (maaf jika aku tersilap). mereka sentiasa mencari kesilapannya..

aku cuma terfikir, 'dah2 la.. cuba la melupakan dan memaafkan kesilapan dia.. semua kesilapan adalah disebabkan kebodohan.. jgn la menjadi bodoh kerana melayan kebodohan itu..sebaliknya, kita jadikan iktibar supaya kita x melakukan kebodohan yg sama'

aku xtau la kalau tajuk aku kena dgn isi yg aku nk sampaikan atau x. ataupun sama ada korang semua paham ke x apa yg aku cakap, cuma sekali lagi, jom la kita lupakan kemarahan kita pada org yg kita benci tu.. sbb rasanya dalam 10 benda yg dia cakap, mesti ada 1 atau 2 yg kita boleh pakai tapi kita tolak mentah2 semata2 sbb kita benci pada dia.

kalau dia buat salah lagi, kita marah dan benci dia balik k?

Jumaat, 5 Februari 2010

huhu.. perasaan seperti rojak..


jujur.. perasaan aku sekarang mmg bercampur baur..mcm rojak ni.. tapi xleh dimakan. kalau boleh, best gak


aku hepi sebab..
aku dah menemui cinta baru!! err... tolong jgn bayangkan aku bercinta ye! x mungkin aku dapat bercinta dlm masa yg singkat. bf pon x sempat jumpa.. tapi.. tu la.. aku dah jumpa org yg aku jatuh excited padanya.. dalam dunia maya ni.. tiap hari aku x sabar nk balik rumah sbb nk online. nak jumpa dia. dgn harapan la kan?(padahal dia xsedar pon aku wujud).. haha.. dapat lak ada org suka jadi mangkin.. aku pon suka la melayan.. hehe.. caye x, aku leh tersenyum masa buat kerja tadi sbb terfikir betapa excitednya aku ni? dah lama x beria seperti kanak2 sekola... seronok lagi rupanya.

aku sedih sebab..
hurmm... org yg aku suka. aku rasa, dia xsuka aku seperti mana aku suka dia.. mmg x boleh pon.. mmg x patot pon.. hurmm..

hurmm... nk solat jap. pastu mkn mi rebus smk pdg tembak (aku tapau semua ok!). sambil tu tgk my girl lagi.