KLIK LAJU-LAJU!

MARI BLOGWALKING DENGAN APESAL.COM

Yang Baik Hati =)

Cari cerita lama

Aku terkini

sebelum komen, baca dulu komen orang lain boleh? Bosan la nak balas komen yang sama.. sebab jawapan aku mesti sama punya. tak pasal2 aku jadi astro karang ulang tayang beberapa kali

* jangan orang astro sentap pulak dengan aku, suda
Memaparkan catatan dengan label korea. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label korea. Papar semua catatan

Selasa, 10 Disember 2013

Korea Aku Datang Part 2 (Jeju day 1st)

2/6/2013 (Ahad)

Dapat je kereta, kitorang terus je praktis cara-cara nak guna GPS dan peta. Dalam peta tu ada tulis nama tempat dan nombor telefon untuk dihubungi. Kalau nak guna GPS, kita hanya perlu masukkan nombor telefon yang kita nak pergi. GPS akan bawa kita pergi ke sana. Oleh itu, kalau korang ada tempat-tempat atau kedai tertentu yang korang nak pergi, korang cari nombor telefon dia.

Mana nak cari nombor telefon? Cari la di internet! Apa barang pakai smartphone tapi tak online? Line internet? Jangan risau. Egg unit ada. dia ni mcm wireless modem yang sangat heroic. So, dah ada semua, sila la cari kedai yang korang nak (especially kedai makan la kan? kan?). Tapi minta maaf.. Aku memang takde simpan nombor telefon mana-mana kedai.. huhu.. cari sendiri ye. pergi blog-blog orang lain. banyak maklumat.. huhuhu..
egg unit

So, dalam itinerary perjalanan Fadh, kami dari belah atas akan turun ke bawah. Bahagian atas Pulau jeju dipanggil Jeju-si. Hotel kami pula terletak di sebelah bawah pulau yang dipanggil Seogwipo-si.

Tempat pertama yang kami singgah adalah O'Sulloc. Ladang teh la lebih kurang. Yang bestnya, aku pergi situ bukan bergambar dengan ladang teh, tapi bergambar dengan bunga. Hohoho.. Apa yang best ladang teh? err.. pemandangan la. apa lagi?? Hehe.. kat Osulloc tu ada juga tempat untuk korang try minum korean green tea.. tapi sebab kami ni dalam percutian yang sangat bajet, maka kami hye hye.. bye bye je la.. touch n go je... hehe..

Cawan teh dari pokok teh

Sebelum aku cerita lebih jauh, aku ingatkan korang yang kami ni memang bajet ciput tapi berlagak sebab nak stay kat Korea Selatan ni sampai 11 hari. Maka, untuk survive di bumi asing ni, maka, adalah wajib untuk kami berjimat cermat. Perjalanan kami adalah untuk menikmati ciptaan Allah dengan perbelanjaan yang minima. hohoho.. Ok, kita sambung balik.

Seterusnya, Fadh bawa kami ke Sanbangsan pulak. Kami ikut je la GPS tu. Lalu jalan kampung. Tiba kami sampai ke satu kawasan. yang nampak macam takde apa-apa.. Ada la 1 tokong/kuil besar tapi apa kelas aku nak naik atas? Maka, kami pun tak faham la kenapa tempat ni dikatakan menarik... hohoho..

Akhirnya kitorang sampai ke belah Seogwipo-si. Tapi dah lapar!!! Fadh rujuk blog Kak Kiah Suka Travel. Maka dapat la alamat 1 kedai ni jual sup seafood yang isyaAllah halal.. Maka kami pun order la... ok gak la.. boleh telan. hoho.. dapat jugak la aku merasa abalone. Tapi yang paling aku suka adalah side dishes dia. Ada black bean dan sayur yang sedap.. huhuhu..

Ttukbaeggi jjiggae dan side dishes. Nampak x black bean tu? sedap!!

Lepas makan, kami pun check in ke Jeju Hiking Inn (JHI). Kalau korang adalah orang yang agak standard, xyah la duduk sini sebab dia ni boleh masuk kategori agak lusuh gak la... Tapi disebabkan aku ni memang jenis berjimat, maka aku SUKA sangat dengan guesthouse ni. Nape aku suka?

Ni la bilik.. agak lusuh. tapi aku suka gak guesthouse ni.
1- harga murah
2- dia ada fon yg boleh digunakan kalau nak kol landline percuma. Aah, dia pakai skype tapi lantak la.. free kot.
3-aku suka gila tandas duduk dia.. ada air yang keluar dari bawah tu.. untuk cebok.. xyah risau-risau. toilet hotel Malaysia pun ada yang takde air. kena tadah dengan gelas untuk cebok. Toilet dia ni lagi best.
4- View dia best.
Cantik kan?

Sekali lagi.. Cantik kan?? Kan??
Waktu dah petang, jadi kitorang dok lepak dulu.. ambil feeling. hoho.. Tanya pada tuan / staf JHI, mana tempat kitorang boleh pergi malam-malam gini, dia cadangkan Cheonjiyeon Falls. Maka kami pun pergi.. Oh, ada tiket ye. KRW2000 harga tiket dia. bayar je la.. dah sampai.. masuk dalam tengok la.. tempat ni kira macam taman la.. macam Taman Botani, Taman Tasik Titiwangsa.. Tapi yang ni, tarikan dia adalah air terjun. Disebabkan malam dan kamera kami pun kategori gitu-gitu je, maka gambar xde la cantik sangat.. huhu..

Tu dia!!! Stok makanan dari Ampang
Lepas pergi air terjun, kami gerak la ke kedai serbaneka yang berhampiran. Safwan beli Pringles yang ada lambang halal Jakim. hohoho.. Gatal cari Pringles kat Korea. Beli nasi segera sikit. Malam ni kami cadang nak makan kat rooftop JHI.. pemandangan dia cantik. 

Yeah.. inilah makanan kami. terima kasih JHI sebab ada microwave oven.. hoho..
Lepas makan, rasa penat suda.. Masing-masing on komputer, tablet dan lain-lain lagi. Ada egg unit katakan.. Kalau la Malaysia ada benda ni.. best!

Gudnite.. sambung esok ye.


Isnin, 9 Disember 2013

Korea Aku Datang part 1 (LCCT - Seoul - Jeju)

Bismillahirrahmanirrahim... moga aku dapat taip entry ni sampai habis.. huk3..

2/6/2013 (Ahad)

Kitorang gerak ke LCCT dihantar oleh Dila (adik Fadh) dan suaminya. Sampai kat sana, memang dah cun sangat masanya, kami pun pergi la ke pintu pelepasan. Sempat jugak la si Safwan roamingkan kad ATM dia. Bila aku nak roaming, mesin dah out of service. Cis! Cis! Cis!

Flight pukul 1 malam. Ramainye la rakyat Malaysia ni yang nak Korea. Masing-masing dok bermesej dengan orang yang tersayang buat kali terakhir. Ye la. sampai Korea kang, harga dah mahal. Aku try gak la sms skandal aku masa tu. Dia tak balas. dah tak sudi dengan aku la tur.. Payah mamat neh..

Naik flight, kami yang 3 org saiz XXXXL ni duduk sekali. Walaupun ni kira AirAsia X, tapi tempat duduk flight ni tak sama macam masa aku pergi ke Beijing dulu (bila ingat balik, entry tu macam x habis je? huhuhu). Takde entertainment dekat tempat duduk. Apatah lagi nak chatting dengan penumpang lain. So, apa lagi pilihan yang ada? Tidur aje la.. Dah la sejuk. Dah la aku dengan machonya tak pakai stokin dan sweater. Aku memang tak belajar dari pengalaman kan?

Perjalanan ambil masa selama 6 jam. Kami sampai ke Incheon pada pukul 8 pagi. Hurm.. Lapangan Terbang Incheon ni dia asingkan tempat berlepas/ ketibaan dengan kaunter check in dia (maaf la terms aku berterabur.. aku bukan orang airport). so, dari terminal, kena naik tren ke balai ketibaan.
Baru turun flight.. jakun jap.

Makin jakun bila kena naik tren untuk pergi ke balai ketibaan.. hohoho

Keluar je, kami terus beli T-Money (ala2 touch n go) sebab kami nak naik train ke Airport Gimpo pulak. Beli sikit je la konon sebab nak pergi Jeju dulu kan?

Disebabkan masalah komunikasi, kami tak naik train. Kami ternaik bas. Melayang KRW10,000 sebab bas ni kira kategori limosin la kat sana.. Huhu..pasrah aje la.

Sampai ke Gimpo, kami cari Kaunter check in Eastar Jet. Kaunter dia tutup 20 minit before berlepas. Kami la yang paling awal tunggu kat gate. orang lain haram takde. Huk3.. Lama pulak tu menunggu. Serious, masa menunggu tu dengan panasnya.. dengan takde orangnya.. adakah airport ni airport tinggal?

Tett.. salah.. tutup je kaunter, ha kau.. berpusu-pusu orang pergi ke gate. kami yang sampai awal ni, last2 antara yang kemudian naik.

Walaupun Eastar ni kategori low cost airline, dalam flight kitorang tetap diberikan air oren. Tapi x sedap sangat pada aku. Pahit! tapi pedulikan la.. at least dapat air. AirAsia ada tak nak bagi air free? Huhuhu..

Sampai je ke airport Jeju, kitorang berpusing-pusing cari kaunter KT Kumho.. Mujur jumpa. Lepas tu baru aku ingat. AKU X ROAMING CREDIT CARD AKU!!!! ARGHH!!! Bila tanya kat kaunter, dia terima cash ke x, dia kata nak CC jugak.. huhuu.. risaunye la aku.. Tapi gamble je la.. naik je bas dia untuk ke hub kereta sewa dia.

Sampai kat KT Kumho, kami buat muka2 confident, isi je detail.. ambil kereta, GPS, peta dan egg unit (untuk internet). semua tu termasuk dalam sewa kereta yang bernilai KRW58500 untuk sewa selama 4 hari 3 malam. Murah kan?

Alamak!!! Cane nak bayar ni? CC tak roaming! Mujur aku ada debit card Citibank. Sangat membantu. citibank ni worldwide jadi takyah roamingkan pun takpe. Leganya la...

Dapat je kereta, mereka tengok isipadu minyak. 28liter.. so, masa pulang nanti, kena pastikan ada 28 liter jugak. So, bermula la pengembaraan Cik Fadh sebagai driver di Korea.. dah la left hand drive! Gudlak la kamu!!!
kia morning a.k.a kia picanto kami!!! weee!!!
Berhenti sini dulu. Macam dah panjang sangat... heheh..

Ahad, 21 Julai 2013

Sebelum Ke Korea (Bahagian 2)

Hurm.. Hari ni aku nak sambung bahagian kedua tentang persiapan ke Korea.. hurmm... Untuk baca Bahagian 1 boleh klik SINI

5- Makanan.

Aku tanya la pada kawan yang dah pergi ke Korea dan baca la sikit-sikit. Boleh tahan gak harga makanan kat Korea ni. Mahal!!! Jadi, Kalau nak berjimat, sila bawa makanan siap-siap dari sini. Lagipun, kena ambil kira gak senang atau tak nak cari makanan kan?

Maka, kami pun menyediakan lebih kurang 5-10kg makanan termasukla beras. Sardin, bubur segera, mi segera.. ok la untuk 3 orang kan?


Bubur segera kegemaran aku. Ada 2 jenama. Berasli dan Natures Own. Dua-dua sama sedap. Aku suka perisa cendawan dan rumpai laut. Perisa ayam agak banyak halia. Tambah pepper lagi.. sedapnya.. humm..


6- Pakaian

Disebabkan sekarang ni musim panas, maka kami bawa baju biasa-biasa je. Aku bawa 7 helai baju kot (serius banyak kan? Berat gile beg aku. Tu belum campur baju tidur lagi.Tapi mujur la aku bawa baju banyak. takde ruang nak ampai baju)


7- Tukar duit

Setelah membaca dan menelefon sana sini, akhirnya aku tukar duit di Ampang Park. Nama pengurup wang tu ialah Agensi AntaraDuit. Harga dia memenag best! Di kala orang lain cas RM2.85/KRW1000, tempat ni cas RM2.818 je. Kawan aku kata, pengurup wang kat Giant Taman Dagang pun murah jugak. Try la banding ye.

Aku tukar RM2500, jadi aku dapat la dalm KRW887. hurmm.. cukup tak agak-agak untuk 11 hari? Mula-mula aku cadang nak roamingkan kad ATM aku, tapi terlupa. Harap-harap cukup la.

duit-duit korea. lepas ni aku malas nak sebut KRW1000. Aku sebut $1 je. $1 @ KRW1000 lebih kurang RM3.


Ok, tu dulu kali ni. Sambung lagi nanti..

Sabtu, 20 Julai 2013

Sebelum ke Korea (bahagian 1)

Bahagian Ke 2 di SINI

Setelah ditegur oleh, En. Anif sebab tak menepati janji (hok3), maka hari ini aku akan cuba menulis serba sedikit tentang perjalanan aku ke Korea. Tapi disebabkan ni adalah bahagian 1, maka korang takkan dapat cerita aku di Korea. Sebaliknya aku akan ceritakan kisah sebelum perjalanan bermula.(sejak bila la aku buat preview post ni?)

Semuanya bermula pada tahun lepas. Aku tak pasti, kenapa aku nak sangat pergi Korea. Mesti ada sebabnya kan? Tapi aku dah lupa. Beberapa kali jugak la aku try ajak kawan pergi tapi selalu la, kalau bukan masalah masa, masalah tambang agak mahal.

Entah macam mana, pada pertengahan / akhir tahun 2012, ada la AirAsia buat promosi pergi ke sana. Aku terus tak fikir panjang, terus tempah tiket. Bila aku kata aku tak fikir panjang, sila la percaya ye. Sebab aku sedang membayar harga tindakan terburu-buru aku tu sekarang.


1- Tiket

Dipendekkan cerita, aku telah menempah tiket untuk pergi ke Korea pada 2-12/6/2013 (11 hari ya! Jangan tak tau).. Agak tersedak juga aku dengan ketamakan aku ni. Siap terlajak dari tarikh cuti sekolah. Tapi nak buat macam mana? Nasi dah jadi bubur. Kalau tukar tiket, aku kena bayar denda dan beli tiket baru. Tak mampu aku.. huhu.. Patutnya aku boleh la gunakan CRK aku yang tak pernah berguna lagi. Tapi aku silap, Pengetua nak juga aku ambil CTG. Dengan kata lain, perkhidmatan aku pada bulan 6 tidak dikira kerana aku telah mengambil cuti selama 3 hari. Jangan tanya perasaan aku. Frust tak terkira.

Disebabkan kami ada 11 hari di Korea, maka aku pun buat keputusan nak ke Jeju. Tempat cerita My Girl tu!!! Aku tempah tiket dari syarikat Eastar Jet. Mujur la syarikat tu ada web bahasa Inggeris. Mula-mula aku nak minta tolong dengan orang yang boleh cakap Korea tapi dia minta duit servis RM100 (huk3!! mujur dia balas email lambat, aku dah beli dulu!)

Ada banyak syarikat penerbangan yang pergi ke Jeju tapi kalau dari Seoul, syarikat penerbangan bajet yang ada ialah Jeju Air, Eastar dan T'ways. Aku mula-mula macam minat t'ways sebab dia paling murah (kot?) tapi disebabkan web dia dalam hangul, aku pun riki Jeju Air dan Eastar Jet je. Harga kedua-dua syarikat ni lebih kurang je tapi kebetulan, tiket Eastar lagi murah masa tu, maka, Eastar la yang kami pilih.



Sebenarnya, aku tempah bilik dulu baru tempah tiket flight. Nak dijadikan cerita, aku boleh pulak tersalah beli tiket dekat Eastar Jet. patut aku pergi Seoul 5 Jun tapi aku terbeli tiket 4 Jun. Akibatnya, aku kena bayar denda tukar tiket. Mujur Eastar ni tak cekik darah macam AirAsia. Kos tukar tarikh hanyalah RM15. Malah, kalau aku tukar tiket dalam 24 jam, aku tak payah bayar denda. Tak macam AirAsia. Pantang ada peluang, nak cekik darah je.


2- Tempat Penginapan

Setelah menempah tiket ke Korea, maka aku pun mula la menempah bilik di sana. Seperti biasa, partner in crime aku mesti la si Fadh. Maka, berlaku la beberapa malam kami dok mencari bilik untuk tidur sepanjang kami di sana. Macam-macam kaedah carian kami guna. Akhirnya kami guna khidmat Booking.com untuk menempah bilik di Seoul dan Hostels.com untuk menempah bilik di Jeju. Pada aku, website-website ni sangat memudahkan. Harga dia pun berbaloi-baloi.. cuma, korang kena rajin survey la..Ingat tak masa aku pergi Singapura dulu pun aku guna khidmat AsiaRooms.com?


3- Mencari Maklumat

Percayalah bila aku kata, Korea adalah negara paling mudah kalau korang nak pergi berjalan secara backpacking. Ada sangat banyak blogger yang cerita pasal pengalaman mereka ke sana (oh, aku pun akan jadi salah seorang dari mereka!! Wow!!) Tetapi, maklumat yang paling best, kami dapat dari forum cari.my. Perghh.. ada berbelas-belas 'rumah' di bawah tajuk melancong ke Korea. Apa maklumat korang nak? semuanya ada. Terima kasih kepada ahli-ahli forum cari.my. Semua maklumat yang mereka letak di situ adalah dari hasil pengalaman dan pembacaan mereka dari blog-blog lain. dan mereka meletak maklumat tersebut dengan sangat tersusun. Mudah kerja korang.

Sambil-sambil tu, kami buka juga website Korea Tourism. Saja gatal.. Cari no telefon bagai.. buat apa cari no telefon? Aish... Nanti aku cerita ye.


4- Pengangkutan.

Disebabkan sistem tren di Seoul adalah sangat awesome, maka korang yang berjimat dan muda, haruslah naik tren sepanjang berada di Seoul. Kalau korang ada tablet, sila la download aplikasi sistem subway dia. sangat membantu korang untuk begerak semsa di Seoul.

Tak seperti di Seoul, Pulau Jeju takde train. Baca punya baca, kebanyakan backpackers sewa teksi (dengan pemandu) tetapi harganya agak mahal (kira-kira 130,000 won = RM390 untuk khidmat selama 8 jam). Sebenarnya ok harga tu, tapi kata nak jimat.. cari la cara lain.. Tapi, aku sempat la jugak kontek driver teksi tu. Dan mereka membalas dengan sangat pantas! Seperti la internet tu sentiasa kat tangan, tak lepas-lepas. 

Dan memang itu maksud aku. Sebab, driver teksi tu balas email aku guna iphone ye.. ada pulak sorang driver ni, siap add aku dalam fb lagi. Tak ke hebat tu?

Setelah, berfikir dan membaca blog-blog orang, kami buat keputusan untuk menyewa kereta sahaja. Kami sewa kereta dengan KT Kumho. Tak la mahal sangat terutamnaya kalau korang jadi ahli. Kami sewa kereta yang paling murah iaitu Kia Morning/Picanto. Kos sewa kereta kami selama 4 hari 3malam hanyalah KRW58,500 (RM175.50). Cuma, kami kena la mohon permit memandu antarabangsa. Orang yang terpilih ialah Fadh. Harga permit ialah RM150/tahun.



Panjang sangat dah.. sambung bahagian 2 nanti ye.. huhu..

Gambar? Eh, tak berlepas lagi kan? Gambar apanya??