KLIK LAJU-LAJU!

MARI BLOGWALKING DENGAN APESAL.COM

Yang Baik Hati =)

Cari cerita lama

Aku terkini

sebelum komen, baca dulu komen orang lain boleh? Bosan la nak balas komen yang sama.. sebab jawapan aku mesti sama punya. tak pasal2 aku jadi astro karang ulang tayang beberapa kali

* jangan orang astro sentap pulak dengan aku, suda

Rabu, 23 November 2011

Aku percaya feng shui. Korang?

Korang tahu tak apa itu feng shui? Definisi lebih kurang daripada aku yang tiada langsung darah cina ialah fengshui ni ialah gabungan unsur dalam menentukan kedudukan dan susun atur seuatu sama ada bangunan, rumah, bilik, meja, katil dan lain-lain lagi. err.. korang paham tak?

Hurmm. Aku cuba mudahkan. Bagi orang Cina, dalam kedai atau rumah elok ada air mengalir. Sebab tu mereka suka ada kolam la, sungai la segala bagai. Korang percaya ke feng shui ni?

Hurmm.. Dari 1 sudut, ada gak betulnya benda alah ni. Ye la.. Dengan gabungan unsur yang betul akan menimbulkan mood dan keadaan yang selesa untuk kita melakukan sesuatu. Tapi kalau dah keterlaluan, memang tak perlu ikut la.

Aku cerita panjang lebar, baru ni aku nak masuk poin utama. Akhirnya, aku dah sedar kenapa tahun ni, entry aku sangat kurang. Puncanya ialah feng shui komputer aku tahun ni kurang baik berbanding tahun lepas. Tahun lepas, aku letak kompuer aku ni terlindung dari orang, belakang aku menyandar pada dinding. Tahun ni pula sebaliknya. Komputer pula yang bersandar ke dinding, aku pula sangat lapang di belakang.

Apa kesannya bila berkedudukan begini? Huhu.. Aku ni kurang rajin orangnya.. serius.. Bila dah takde tempat untuk bersandar di belakang (dinding), maka aku akan meniarap. Bila dah meniarap, tak sedap la nak menaip. Sebab tu la aku kurang menaip entry tahun ni. Berbanding tahun lepas, aku asyik duduk tegak. Maka aku dapat menaik banyak entry (kalau korang tengok, hampir tiap hari ada entry)
tenang kan kalau macam ni? Tapi aku tak mampu nak maintain? Kejap je mesti dah sepah.

So, adakah performance korang tahun ini juga kurang hebat berbanding tahun lepas? Dah kenal pasti apa puncanya? Adakah feng shui korang juga huru-hara macam aku?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Semua orang boleh komen. Dan aku laparkan komen dari korang.
Tapi letak la nama.. Tak suka nak panggil korang Tanpa Nama