KLIK LAJU-LAJU!

MARI BLOGWALKING DENGAN APESAL.COM

Yang Baik Hati =)

Cari cerita lama

Aku terkini

sebelum komen, baca dulu komen orang lain boleh? Bosan la nak balas komen yang sama.. sebab jawapan aku mesti sama punya. tak pasal2 aku jadi astro karang ulang tayang beberapa kali

* jangan orang astro sentap pulak dengan aku, suda

Jumaat, 30 Disember 2011

Terima Kasih Cikgu!!

Aku ingat lagi, masa sekolah rendah, aku ni boleh la kata cerdik jugak.. Tapi aku ni kategori budak pinggir bandar la.. Ampang selangor masa tu sangat berbeza dengan Ampang KL. Well, sekarang pun masing berbeza. Ampang Selangor adalah kawasan pinggir bandar. Masih banyak lagi hutan simpan di daerah Hulu Langat ni. Masa aku bawa Rosam ke carrefour sekolah aku, dia siap tanya aku nak bawa mereka ke hutan mana. Ye memang Ampang selangor berbeza dengan Ampang KL

Tapi aku bukan nak cerita pasal geografi. Berbalik ke topik asal. Aku boleh la dikatakan cerdik. Keputusan UPSR aku melayakkan aku masuk ke SEMSAS. Dan dari situ, semuanya berubah. Di SEMSAS aku dah tak masuk kategori cerdik lagi. Aku dah masuk kategori biasa je. Mana taknya, semua yang masuk ke sekolah tu, sama macam aku dapat 4A. Terang-terang la sama ada mereka sama pandai atau lebih pandai dari aku.

Tapi, walaupun aku duduk di keadaan yang persaingan sangat hebat, aku masih macam tu jugak.. Malas baca buku. Malas buat nota. In fact, aku berjaya TAK HANTAR nota sejarah aku selama 3 tahun (aku belajar dengan cikgu yang sama tingkatan 1-3). Aku juga jarang (ke tak pernah?) siapkan  latihan add math sebab aku rasa susah gila. Malas nak buat. Rasanya aku je kot yang takde buku rujukan. Kalau ada pun, aku tak pernah baca. Elok je buku tu sampai ke sudah.

Aku ingat lagi betapa kuatnya raungan aku bila dapat tau aku tak dapat 8A untuk PMR. Masa tu, sampai atuk dan pakcik aku telefon dari kampung untuk pujuk aku. Aku juga ingat betapa murungnya aku bila kawan-kawan sekolah aku yang sama matrikulasi dengan aku tengok keputusan SPM aku dan beritahu aku keputusan aku walaupun aku tak nak tahu (kami dapat keputusan awal sebab mak kawan kami kerja KPM. Mak dia bagi result 1 sekolah pada dia). Mana aku tak sedih, kawan-kawan aku semua dapat agregat 8 ke bawah.. Aku je agregat 11.

Setiap kali aku dapat result teruk (tak la teruk tapi tak macam yang aku nak), aku rasa diri aku bodoh gila.. Aku salahkan diri aku. Tak terfikir langsung nak salahkan soalan yang susah (bangga kot soalan susah. Kalau result teruk pun, at least orang semua kata, "takpe, soalan memang suusah.."). Aku tak terfikir langsung nak salahkan cikgu-cikgu aku. Aku rasa kebanyakan orang macam tu. Cuba angkat tangan, siapa yang rasa diri dia gagal sebab cikgu dia tak bagus? Takde kan?

Tapi, bila aku dah jadi cikgu ni, baru aku tahu betapa result setiap anak murid tu dikira oleh cikgu (Pengetua suruh kira. hehehe). Berapa orang tak dapat 8A sebab BM? Berapa orang dapat 7A sebab Geografi? Semua tu rupanya dihitung satu-satu.. dan bagi setiap keputusan yang tak menepati kehendak, perlu diberi sebab dan alasan. Kenapa jadi begitu? Kenapa murid tak dapat A? Semua soalan menuntut jawapan dari guru.

Baru aku tahu, dalam aku meraung sedih, cikgu-cikgu pula pening mengkaji apa yang tak kena (pening fikir nak bagi jawapan pada Pengetua). Kena bagi jawapan bagi setiap kegagalan aku. Kena cari punca, analisa, perbaiki setiap kelemahan yang menyebabkan aku tak dapat A. Baru aku tahu. Kesian cikgu aku. Maafkan saya cikgu, takde niat langsung nak susahkan cikgu dengan result yang tak sepatutnya tu..

Dan kepada cikgu-cikgu, aku rasa, budak sendiri tahu tahap dia. Terutama kalau murid bijak. Mereka tahu mereka boleh buat ke tak soalan periksa tu. Tak kisahla apa yang mereka dapat, keputusan akhir yang mereka perolehi tu sebenarnya sedikit sebanyak memang datang dari usaha dorang sendiri. Yang penting, cikgu dah buat sehabis baik untuk murid-murid cikgu. Tak perlu rasa bersalah sangat-sangat (tapi, kalau cikgu tau cikgu pemalas, sila baiki diri cikgu ye)

Tapi cikgu, tak payah la kecil hati kalau Pengetua tanya macam-macam. Memang tension. Bila dia bertanya, macam la kita orang paling tak pandai buat kerja. Tak, bukan macam tu.. Dia cuma nak kita tengok apa yang tak kena, dan baiki. Dia kena harapkan yang terbaik dari kita dan akhir sekali terima sahaja apa hasil yang pelajar berikan.

Akhir sekali, aku nak minta maaf pada:
1- Cikgu Rohani sebab aku tak dapat A Sejarah masa PMR
2- Ustaz Radhi sebab aku tak dapat A bahasa Arab PMR
3- Cikgu Rosnas sebab aku telah menyebabkan rekod bersih sekolah menjadi retak seribu dengan memberi huruf C bagi subjek Geografi masa SPM (selama ni murid yang ambil Geografi SPM dapat A sahaja). 
4- Prof Bad sebab aku sentiasa dapat C dalam subjek Kejuruteraan masa di UPM

Percayalah cikgu, saya takde niat nak susahkan cikgu. 

Eh, subjek lain aku tak hebat sangat jugak. Cuma aku rasa aku lebih kecewa dengan keputusan aku berbanding cikgu sebab sekali lagi aku ingatkan, bila masuk sekolah menengah, aku tak la pandai sangat...

Terima Kasih Cikgu!!!

p/s: Wahai pensyarah-pensyarah saya di matrikulasi KPM di di KYPM Bangi, UPM dam Maktab Teknik Cheras, anda juga cikgu saya. Tanpa anda semua, saya tak pasti macam mana keadaan saya sekarang..
p/p/s: Aku tak tunggu Hari Guru untuk buat entry ni sebab mesyuarat pasal keputusan budak-budak, biasanya berlaku lepas keputusan PMR dan SPM keluar



6 ulasan:

  1. same goes to me. setiap semester aku kena menjawab dgn CEO kalau ada result bawah dr B+. soalan wajib
    1. kenapa result student teruk
    2. u x cuba approach student ke?

    kalau kitorg jwb student x dtg kelas atau x htr assignment, soalan :
    1. u patut berusaha consult dgn dorg
    2. kenapa x bg amaran
    3. kena x bagi lebih perhatian.

    letih oooo setiap semester bila result keluar. jenuh nak menjawab
    huhu

    BalasPadam
  2. haha.. gini je la.. aku rasa, ko patut buat macam aku, ye kan aje.. tapi apa dia cakap tu, ko biarkan je mcm angin lalu..

    dah tugas dia untuk tanya macam-macam.. kita buat toya je.. kalau feeling sangat kang, tak terpikul lak beban

    BalasPadam
  3. Takde la teruk sangat result tu.. Kalu dah boleh masuk matrik, pada Saya kira hebatlah :D

    Post Terbaharu Saya - Suzuki Nuda - Masih Kekal Sebagai Konsep Selepas 25 Tahun


    BalasPadam
  4. hahah.. boleh lebih baik kalau usaha lebih.. sebab tak usaha kuat-kuat la tak dapat apa yang dicita..

    BalasPadam
  5. masalahnya org2 ni nak jwpn. bg jawapan pun kena pancung jugak. x bg pun kena pancung juga. ayat fav "u xde effort." menikam siut...

    BalasPadam
  6. abaikan je... belaja utk buat toya dgn statement yg menyakitkan jiwa..

    BalasPadam

Semua orang boleh komen. Dan aku laparkan komen dari korang.
Tapi letak la nama.. Tak suka nak panggil korang Tanpa Nama