Aku mengajar di sekolah perempuan di Kuala Lumpur. Boleh dikatakan, kalau di Kuala Lumpur ni, kalau nak letak la nama sekolah perempuan yang bagus, nama sekolah tu iala Convent Bukit Nenas (CBN). Siapa yang tak kenal CBN kan?
Maka, memang menjadi cita-cita budak sekolah aku la nak masuk CBN ni. Bukan mudah ok nak masuk CBN. CBN hanya nak budak yang performed dalam peperiksaan umum. Mereka perlu dapat 8A dalam PMR (tu yang aku tahu la). Well, tu kelebihan sekolah kluster. Ko boleh buat syarat ko sendiri.
Baru-baru ni, kawan aku pulak keluarkan senarai universiti terbaik di Malaysia. Aku tak tengok la pulak senarai tu. Nak gak tau apa ranking UPM kan? Masa zaman aku dulu, memang orang pandang tinggi la pad UM, UKM, USm dan UIA. UPP? Ikutkan aku pun tak nak masuk UPM. Apa kelas pertanian kan?
Sama juga masa pemilihan kelas tingkatan 4. Semua murid berebut nak ambil kelas sains. Tak dapat kelas sains, dapat masuk kelas akaun pun ok jugak la.. Apa kelas masuk kelas MPV dan ERT.. tu kelas budak bodoh...
Selalu, kita nak yang terbaik je. Tak tau la sebab kita rasa hanya yang terbaik tu yang boleh janjikan masa depan yang lebih untuk kita, ataupun kita rasa kita cukup hebat untuk dapat benda yang terbaik tu. Sampaikan, tak habis-habis, kerja kita membandingkan apa yang terbaik. Sedangkan belum tentu benda yang diiktiraf terbaik tu, terbaik untuk kita.
Tak faham? Meh aku cuba explain. Memang kelas sains tu kelas terbaik dalam sekolah, tapi ko larat ke nak belajar sains? Aku tau aku larat tapi kau larat ke? Kalau kau tak larat tapi kau amik jugak sains, apa akibatnya? Tak ke teruk result kau?
CBN sekolah terbaik. Tapi kalau kau belajar di sekolah sekarang pun boleh dapat 8A, tak ke tu bermakna yang sekolah kau sekarang pun dah cukup baik? Kenapa kau nak pergi sana jugak? Sebab dia nampak elit? Apa yang menyebabkan mereka nampak elit? Jawpan dia mudah. Sebab mereka bangga nak mengaku mereka murid CBN. Kalau suruh pakai stokin CBN, t shirt CBN, mereka tak segan. Nak suruh kutip duit untuk sekolah pun mereka tak segan. Kau? Pakai stokin pn macam belacan (kalau tak mampu tu aku faham juga tapi ni semata-mata sebab style), pakai t shirt sekolah pun tak mahu, minta derma untuk sekolah pun kau boleh pulangkan kad kosong. Orang macam kau, jangan kata CBN, mana-mana tempat pun tak layak.
Universiti sekalian tu, kalau dah kerajaan punya, mana pun sama je. Orang terima je sijil kau. Kau tak perlu risau. Kau cuma perlu berhati-hati jika masuk universiit swasta sebab ada beberapa kursus kerajaan (SPA) tak iktiraf kalau kau nak kerja kerajaan. Tak kisah la kau masuk universiti mana pun, sama je. Yang penting, kau dapatkan keputusan yang bagus. Dan jujur, aku agak bangga jadi budak UPM walaupun orang masih anggap UPM sebagai picisan. Lantak kau la! Kau pun bukan pandai sangat!
Kesimpulan, tak payahla beria nak kelaskan mana yang terbaik mana yang tak. Aku rasa semua cikgu di sekolah berusaha mengajar sebaik mungkin. Bila anak murid berjaya, dorang pun tumpang bangga. so, takde isu, sekolah mana terbaik, mana tak. Usaha pihak sekolah dan guru sama je. Yang menentukan kualiti, tahap dan bagus atau tak bagus sesuatu benda tu sebenarnya korang tu sendiri. Kalau hantar guru dari langit pun, tapi korang memang takde niat nak belajar, korang memang tahap tu juga. Tapi, kalau korang nak, sengal macam mana pun keadaan, korang mesti berjaya punya
So, berani lagi nak gred-gredkan mana sekolah terbaik, universiti yang terbaik? Gredkan la. Yang pastinya, apa sahaja gred yang korang bagi pada orang/ institusi/ benda lain takkan ubah gred diri korang tu melainkan korang kaji balik diri dan gred korang tu sendiri.
:D Isu biasa ni terutama bagi yang ada anak. Baru nak sekolah tadika pun sudah buat perbandingan sekolah-sekolah yang bagus..
BalasPadamKalau sekolah bagus tapi persediaan mental & pembelajaran anak dirumah tidak dibuat dengan betul.. Anak-anak ini akan jadi biasa-biasa sahaja..
untuk tadika especially, mungkin takpe nak memilih sebab lain tadika lain pendekatan dia.
BalasPadamtapi ada je kawan sy yang pandai walaupun tak pergi tadika sebab memang ye, asas dan persediaan dari rumah pun agak penting