KLIK LAJU-LAJU!

MARI BLOGWALKING DENGAN APESAL.COM

Yang Baik Hati =)

Cari cerita lama

Aku terkini

sebelum komen, baca dulu komen orang lain boleh? Bosan la nak balas komen yang sama.. sebab jawapan aku mesti sama punya. tak pasal2 aku jadi astro karang ulang tayang beberapa kali

* jangan orang astro sentap pulak dengan aku, suda

Ahad, 25 Disember 2011

Pening pasal beli rumah (perlukan nasihat korang)

Aku asyik merungut nak cari rumah yang aku mampu. Asyik cerita rumah makin mahal. Pada 2 minggu lepas, aku dok teman Yana mencari rumah. Cita-cita si Yana ni nak beli rumah atas tanah. Dia nak rumah teres. Jarak dia tak kisah. Dia sangat tolerate (Sangat. Dia tak kisah cari rumah sampai Desa Coalfield, Puncak Alam sana ). Aku pula ikut je la.

Ternyata rumah di situ pun sudah sangat mahal. Tak faham aku. Harga tetap 300k ke atas. Kalau gitu harganya, baik aku beli di Ampang sana tu. Sekurang-kurangnya takde la aku kena fikir duit tambang. 

Dalam perjalanan pulang, kami lalu Kundang. Yana nak cari tanah pulak. Maka, aku pun mencatit la segala no. telefon orang jual tanah di kawasan Kundang tu. Teruskan perjalanan, tiba-tiba kami melewati kawasan Tasik Biru. Di situ ada Apartment Laguna Biru.

Huhu.. Tasiknya cantik! Serius aku tak tipu. Cantik sangat! Kami masuk dalam rumah contoh. Last-last, aku yang terbayar booking fee RM250. Aku terbeli apartmen tu tapi tingkat bawah je la aku beli. Tak nak beli tinggi-tinggi.. Hehe.. Jadi harga dia agak mahal. RM112, 398. Rasanya aku akan guna pinjaman bank je kot sebab sikit je.
Inilah Tasik Biru yang buat aku terbayar booking fee.. Cantik kan? Bangunan tu la Apartment Laguna Biru

Itu berlaku pada hari Khamis. Sehari sebelum Pameran Hartanah bumiputera. Bila aku pergi Pameran Hartanah Bumiputera pada hari Ahad (18/12/11), aku sekali lagi, terletak booking fee RM1000 untuk apartmen percutian di Bukita Gambang Resort City. Harga dia RM200,800. Huhu.. cita-cita aku, nak guna pinjaman kerajaan pula untuk rumah ni.

Hari Rabu berikutnya (21/2/11), kawan aku pula melawa aku untuk melihat rumah jirannya. Lot banglo. Jiran dia nak jual RM280k dan boleh bincang lagi. Arghh!! Tawaran yang sangat menarik. aku dah serba salah. Macam mana ni ek? Macam nak rumah tu tapi aku dah bayar booking fee untuk 2 buah rumah. Macam mana ek?

Tapi aku kurang bernasib baik. Rumah banglo tu dah dibeli orang. Maknanya aku akan teruskan dengan 2 apartmen yang aku dah booke ni.. Aku tak tahu la patut atau tak teruskan dengan Apartmen Laguna Biru. Macam banyak je masalah. Ni gara-gara kontraktor tak buat kerja betul-betul. Elektrik takde la.. Antena TV tak jelas la.. Macam-macam.

Mujur, penduduk di Laguna Biru ni agak bagus la kesatuannya. Banyak benda mereka sepakat buat sama-sama. Tapi tetap, aku macam sedikit tawar hati. Ni rumah pertama aku nak beli tau! Dah la aku tak pernah menyewa pun. Ni baru 1st time aku terlibat dengan hal rumah tiba, macam-macam pulak masalah..

Belum cerita pasal bank lagi. Aku tak tahu bank mana yang terbaik. Yang bagi -BLR yang tertinggi, boleh bagi pinjaman tertinggi dan tempoh pinjaman paling lama. Korang ada pendapat tak? Ada sorang kawan baru aku (pembeli Apartmen Laguna Biru jugak) cadangkan Hong Leong Bank atau OCBC. Korang pulak?

Korang rasa aku patut terus ke beli Apartmen Laguna Biru tu? Ke aku patut beli rumah kat tempat lain je? Kat mana aku patut beli? Argghh!! Aku tak nak menyesal je... Tolong!! Tolong!!!

8 ulasan:

  1. sevey btol2 k? keadaan sekeliling, kualiti bina, hrga, jgn tburu2 k? follow yep =)

    BalasPadam
  2. huhu.. ada org dh buat evaluation.. dia beli rm106k.. evaluation rm115k.

    tu tgh risau.. takut tersalah pilih

    BalasPadam
  3. uit ada namaku huhuhu aku pun frust gak xdpt beli... blh pegi pameran hartanah wallet tertinggal... bila balik aku sedih gila... mak pun ckp maybe allah tue dah beri petunjuk... sbb sebelum nak pegi tu mlm aku dgn mak buat solat hajat... solat istikharah juga untuk famili dan macam2... tapi apa2 pun aku tetap akan mcari... terus mencari...

    BalasPadam
  4. Huhu.. aku masih lagi confuse nak pilih mana... wawawa..

    BalasPadam
  5. saya pun baru nak beli rumah pertamani.tp makin payah nak buat pilihan sebab harga rumah sekarang semuanya mahal-mahal.

    BalasPadam
  6. huhu.. dah beli dah rumah.. tiba, tengok kat ampang ada rumah nak lelong... pastu ada pulak rumah nak jual kat hulu langat.. huhuhu

    BalasPadam
    Balasan
    1. masih ada lg ke rumah tue...kalau tak nk or nk jual email sy di noorlaila@radicare.com.my

      Padam
  7. rumah untuk dijual;

    1. Baiduri apartment sek 7 shah alam currently tenanted - RM320k
    2. Pandan Utama apartment nearby LRT, fully furnished, move in condition - RM360k
    3. Teres 2 tingkat di Taman Bukit ampang, currently tenanted - RM399k
    4. Teres 2 tingkat di Taman Melur ampang - RM420k
    Banyak lagi listing lain.....Kalau minat hubungi saya di hayati@reapfield.com

    BalasPadam

Semua orang boleh komen. Dan aku laparkan komen dari korang.
Tapi letak la nama.. Tak suka nak panggil korang Tanpa Nama