Aku suka nak share benda yang bagus (pada pendapat aku) dengan orang. Kali ni aku nak promot pelan baru X PAX. Aku dapat apa-apa ke tolong promot untuk Celcom ni? Buat masa ni, setahu aku, aku tak dapat apa-apa. Duit nuffnang pun belum tentu dapat. Hahah..
Ok, untuk pengetahuan korang, aku pernah pakai nombor Digi (1st hp). Masa tu, Digi pun aku rasa best, hp Ericsson pun aku rasa best. Korang bayangkan, hp tu dah berusia 3 thn kot, aku tetap boleh gayut tanpa perlu cas bateri selama 4 jam. Sayangnya, jodoh aku dengan fon tu tak lama. Aku tercicir fon tu di Bukit Expo, UPM masa gi tapak pesta konvokesyen. Aku hilang hp yang aku beli dengan harga RM30 dan top up bernilai RM60. Aku nangis bagai nak rak masa tu. Serius..
Nombor kedua yg aku beli (kalau tak silap tahun 2001) ialah no Timecel (017).. Pergh memang feeling la. Beli top up RM100 pada harga RM90. Lepas 90 hari, kredit expired tapi masa boleh sms sampai lebam. Masa ni memang banyak la skandal yang terhasil. Ok, aku memang antara budak yg excited sebab baru dapat hp. hahaha.. Seronok weh masa tu!!!
Entah mana silapnya, Timecel dibeli oleh oleh Maxis. Aku agak bangga la menjadi sebahagian dari Maxis yang gah tu. Lagipun, aku suka SMS dan Maxis pun ada pelan SMS. Guna pelan ni, SMS murah tapi call agak mahal tapi aku tak kisah sebab aku suka SMS. Tak suka nak call orang (jangan tanya kenapa. Masih lagi begitu). Oh, aku masih pakai no 017 ni..
Dalam masa yang sama, Aku pakai Celcom (013) sebab mak aku pakai Celcom. Agak murah kalau Celcom call Celcom (agak kejam la nak suruh mak aku sms kan?). Makcik aku pun pakai Celcom. Senang Jimat la sikit.. Tapi Maxis masih lagi no utama aku
Tapi, makin lama, aku dapati, Maxis ni makin naikkan rate. Celcom pula makin best offer dia. Maxis juga makin berkira dalam semua pakej dia. Dulu Super Saver RM1 je. Sekarang dah jaid RM3. dulu SMS ke talian yang sama 5 sen je (pelan SMS), sekarang dah 7 sen. Pelan lain lagi mahal la kot SMS dia.
Pada April tahun lepas (ye, hari ini dah tahun baru ye kawan-kawan!!), Celcom dah lancarkan X PAX baru. Perghh.. Aku bandingkan la antara Maxis dan X PAX 2 (baru). Maka hasilnya seperti di bawah...
X PAX 2 vs Telco D dan H |
Aku juga bandingkan rate X PAX 2 dengan X PAX lama. Ni ambil masa sikit sebab ada gak manfaat X PAX lama yang aku suka.
X PAX 2 vs X PAX lama |
Last sekali, aku ambil keputusan untuk bertukar kepada X PAX 2. Gila nyah boleh gayut 10 minit tapi bayar 28 sen je!!! Memang heaven la...
So, hari ini aku nak ajar korang untuk bertukar dari X PAX lama ke X PAX baru..
Langkah-langkahnya seperti berikut:
1- Pastikan korang ada RM6 at least
2- Gi kat SMS dan taip " MIG X2" (jangan la korang letak pulak tanda "" tu)
3- Hantar SMS ke nombor 28882
huhu.. lebih kurang gitu la kaedahnya..
Kesan-kesan selepas aku bertukar kepada X PAX baru:
1- Celcom aku lebih aktif berbanding no Maxis. No MAxis tu aku stay sebab tu nombor yang aku pakai dari dulu.
2- Aku dah tak kedekut nak buat panggilan atau SMS orang yang pakai line yang berbeza.
3- Aku boleh gayut dengan orang (mak) dan ayah atuk.
4- Aku boleh guide orang untuk cari jalan (5-10 minit memang cukup)
5- Aku selalu marah orang sebab cepat-cepat nak letak telefon. Banyak lagi masa, buat apa letak fon?
Ye, aku makin kuat gayut dan nampak lebih profesional sebab tak kisah untuk buat panggilan. Kalau dulu aku sangat berkira. Mahal kot RM0.36/minit?
Tapi ada beberapa perkara yang aku suka nak ingatkan di sini:
1- Ni adalah pandangan aku berdasarkan kaedah aku menggunakan telefon iaitu untuk call dan SMS. Kalau korang adalah orang yang suka online, sila survey sendiri untuk pakej internet. Aku tak sure. Ada orang kata Digi punya murah. Ada orang kata Umobile bagus.
2- Pakej ni adalah untuk umum.. Untuk mereka yang dah umur 25 tahun ke atas pun boleh pakai. Jangan ngade-ngade nak banding dengan youthclub or UOX. Korang takkan berumur 25 selamanya. Kalau rasa nak pakai UOX, pakai la. Ok gak. Tapi lepas dah tamat masa, korang secara automatik akan bertukar kepada X PAX baru ni.
3- Kalau korang beli sim kad Celcom korang lepas bulan April, tak perlu susah payah tukar. Memang automatik korang X PAX baru.
So, ada apa-apa lagi nak tanya? Tanya je.. Aku tak kisah nak bagitau.. hehe
saya dah lama khianati maxis... genap 11 bulan saya bercinta dengan celcom... memang berbaloi pun...
BalasPadamoo.. no private tu celcom rupanya.. lala
BalasPadam