Ok.. itu sekadar selingan. Aku sebenarnya nak bagitau perkara yang agak latest la (ok.. tak latest sangat.. semalam)
Aku kemalangan kecil. Aku yang salah. Aku langgar orang depan aku. Dan untuk mengekalkan rekod aku yang sangat baik, Sekali lagi aku langgar benda yang tak bergerak. Kereta tu tengah berhenti nak tunggu turn keluar simpang.
Kejadian berlaku dekat simpang dari AKLEH ke Jalan Tun Razak. Aku tengah tunggu turn nak keluar simpang. Ada kereta depan aku. Entah macam mana, tiba-tiba aku tertekan minyak. Bila aku sedar yang aku langgar orang, aku pun tekan brek. Yang rupa-rupanya adalah pedal minyak. So, sekali lagi, aku hit orang tu. Aku berhenti di tepi (rumah flat) supaya jalan tak sesak.
Setelah dimarah oleh penunggang motor yang kata aku tak sabar dan ditanya oleh akak tu (pemandu kereta yang aku langgar) kenapa aku nak laju-laju (susah aku nak cakap.. aku memang beratur belakang dia kot? Akak tu tak perasan ke? Tak timbul isu aku bawa laju-laju), aku beri nombor telefon kepada akak tu untuk tujuan tuntutan ganti rugi.
En. Ken? Hurmm... kemik sikit badan dia. Bumper pun dah renggang. Tapi aku tak bawa lagi pergi kedai ketuk. Yang akak tu punya, bumper pecah sikit. Anggaran dalam RM300. Alahai.. melayang duit..
Aku sekarang dalam usaha menyorokkan kejadian tu dari pengetahuan ayah (walaupun ayah sebenarnya mungkin dah perasan tapi buat-buat tak tau). Ye la.. mak ayah aku sangat peka bila tengok benda berubah bentuk ni..
Inilah rupa Kenari yang sempurna. En Ken? Dah bertanda sana-sini. Yang terkini, kemik kat atas tayar depan.. hurmm.. sayang En. Ken!!! |
Berikut adalah senarai benda yang aku langgar sepanjang aku memandu:
1- Pagar rumah aku
2- Pagar jiran aku
3- Teksi yang tengah parking
4- Kereta yang tengah parking
5- Pagar sekolah
6- Lubang-lubang di atas jalan
7- Kereta yang tengah berhenti sebab nak keluar simpang
See??? Aku suka langgar benda yang tak bergerak. Huhu.. aku cuma harap lepas ni aku tak de langgar apa-apa lagi. Aku kesian kat En. Ken dan tuan dia (aku la tu).. Aisshh!!!
:D Kena lebih berhati-hati ketika berada (berhenti) di persimpangan.
BalasPadamfuyoo!!!
BalasPadamsiap de record melanggar lagi tu..
ehehheee
Encik anif: baik la... terima kasih atas nasihat...
BalasPadamMie: jeles tak? jeles tak?
BalasPadamApa kabo?
hidup hanya untuk berlanggar...sempoi...
BalasPadamhuhu... xbaik woo ckp gitu
PadamAsa syarikat pinjaman pinjaman bersedia untuk meminjamkan mana-mana jumlah yang anda perlukan untuk memulakan perniagaan peribadi anda. kami memberi pinjaman pada kadar faedah 3%, juga jika anda ingin membeli rumah di atas ansuran bulanan kita juga boleh menjual rumah untuk anda. supaya Sila memohon pinjaman pertanian pertanian. jika anda memerlukan hubungan pinjaman e-mel kami: asaloantransfer@gmail.com, anda juga boleh menghubungi e-mel ini: finance_institute2015@outlook.com, Mungkin ada banyak sebab mengapa anda perlu akses kepada beberapa wang tunai tambahan - daripada yang tidak dijangka pembaikan kereta atau rumah untuk membayar perkahwinan anda atau cuti khas. Tetapi apa sahaja yang anda memerlukannya, apabila anda meminjam antara $ 5,000 USD untuk 100,000 USD di atas.
BalasPadampengkhususan Syarikat.
1) Kami memberi pinjaman pada kadar faedah 3%.
2) Kami juga boleh membeli sebuah rumah pilihan anda dalam mana-mana lokasi pilihan anda.
Ada tak gambar kereta yg dilanggar dari belakang tu? Anggaran rm300 atau tu memang kos nya ya?
BalasPadamKisah lama nau dah tu.. Kalau setakat simen dan cat, lebih kurang tu la kot.. Tapi sila rujuk tarikh post.. Dah lama dah. Harga terkini saya x pasti.
Padam