Tahun lepas, aku rasa sangat kesian kepada diri aku sebab ucapan Selamat Hari Guru yang aku terima kebanyakannya adalah dari kawan-kawan cikgu aku sendiri. Tak kira la kawan maktab atau kawan 1 sekolah mengajar. Dan jujur, ucapan tu tak la sebanyak mana.
Kenapa aku rasa kesian? Sebab, cikgu yang mengucapkan Selamat Hari Guru pada 1 sama lain, pada aku tak ubah seperti mengucapkan Selamat Hari Jadi pada diri sendiri. Ye la.. Cikgu yang beria ucap. Budak, orang lain, takde la heran sangat nak bagi ucapan tu pada cikgu-cikgu.
Tahun ni, aku masih tak berapa nak ucapkan Selamat Hari Guru pada rakan-rakan sejawatan aku terutama di sekolah. Cuma aku wish cikgu-cikgu yang ajar aku masa sekolah. Ucapan dari seorang murid kepada cikgu.
Yup, aku akui, aku tak berapa minat jadi cikgu. Bukan sebab aku tak suka mengajar. Tapi sebab aku tak suka kerja selain mengajar tu. Huhu.. Tapi, menjadi seorang cikgu, sedikit sebanyak membuatkan aku makin menghargai apa yang cikgu aku dah buat untuk jadikan aku hari ini..
Aku tak nak sebut nama-nama cikgu aku. Bukan sebab aku tak hargai dorang tapi sebab mereka terlalu ramai dan jasa setiap 1 dari mereka sangat banyak. Aku yakin, aku akan benci diri aku kalau aku terlupa 1 nama. Jadi, lebih baik aku tak sebut. Tak adil buat mereka. Jasa mereka semua sama tara beratnya. Beratus kot cikgu dari zaman tadika sampailah ke maktab.
InsyaAllah, aku rasa, masa sekolah, aku bukanlah pengumpat/pembenci tegar cikgu (dengan kata lain, aku takde la anti mana-mana cikgu yang spesifik). Yup, aku pernah bengang dengan mereka (terutamanya lepas aku kantoi dengan masalah disiplin yang ringan) tapi rasanya aku takdela benci atau umpat cikgu aku. Aku rasa la. Sebab aku tak ingat diri aku membenci mana-mana cikgu aku.
Tapi, aku rasa Hari Guru tahun ni agak bermakna sepanjang aku jadi cikgu sekolah menengah ni sebab:
1- Ucapan pertama yang aku dapat adalah dari Pakcik tempat aku selalu hantar En. Ken -Pengurus ACT Pandan Indah
2- Tahun ni, ada budak-budak yang berinisiatif untuk masuk Bilik Guru dan jumpa cikgu-cikgu, bersalam dan ucap Selamat Hari Guru tanpa mengira cikgu tu ajar dia atau tak
3- Ejen takaful yang aku beli MLTA En. Firdaus pun ucap Selamat Hari Guru (wife dia cikgu.. tu dia ingat tu.. hehe)
Akhir kata, sekali lagi diucapkan Selamat Hari Guru kepada semua cikgu yang mengajar saya dari Tabika Kemas Kg. Tasik Tambahan, SKTT, SRATT, SEMSAS, Matrikulasi KPM Bangi, UPM, MPTKL, SMK Seri Tapah (praktikal), SMKPT (ye, banyak yang saya belajar masa kerja ni) dan lain-lain institusi yang saya lupa sebut.
Semua orang yang mengajar orang lain adalah guru. Tak kisah di mana tempat dia mengajar. Dan guru mesti dihormati tak kira berapa banyak / sikit ilmu yang dia beri. Tak kiralah kalau dia kawan sekali pun, kalau dia beri ilmu berguna, hormatilah dia..
Tak salah pun menghormati dan menghargai orang lain kan?
Update: aku dapat 2 hadiah. 1 dari Tan Cia Chi murid tingkatan 4 dan 1 lagi dari Farhanah Nadia murid tingkatan 5... tq girls!
Update: aku dapat 2 hadiah. 1 dari Tan Cia Chi murid tingkatan 4 dan 1 lagi dari Farhanah Nadia murid tingkatan 5... tq girls!
Selamat Menyambut Hari Guru! :D Khabarnya ada berita gembira dari Kementerian Pendidikan!
BalasPadamHuhuhu.. terima kasih.. apa ek, berita gembira tu? Tadi saya ponteng masa bacaan perutusan di TV.. hehehe
BalasPadamAsa syarikat pinjaman pinjaman bersedia untuk meminjamkan mana-mana jumlah yang anda perlukan untuk memulakan perniagaan peribadi anda. kami memberi pinjaman pada kadar faedah 3%, juga jika anda ingin membeli rumah di atas ansuran bulanan kita juga boleh menjual rumah untuk anda. supaya Sila memohon pinjaman pertanian pertanian. jika anda memerlukan hubungan pinjaman e-mel kami: asaloantransfer@gmail.com, anda juga boleh menghubungi e-mel ini: finance_institute2015@outlook.com, Mungkin ada banyak sebab mengapa anda perlu akses kepada beberapa wang tunai tambahan - daripada yang tidak dijangka pembaikan kereta atau rumah untuk membayar perkahwinan anda atau cuti khas. Tetapi apa sahaja yang anda memerlukannya, apabila anda meminjam antara $ 5,000 USD untuk 100,000 USD di atas.
BalasPadampengkhususan Syarikat.
1) Kami memberi pinjaman pada kadar faedah 3%.
2) Kami juga boleh membeli sebuah rumah pilihan anda dalam mana-mana lokasi pilihan anda.