KLIK LAJU-LAJU!

MARI BLOGWALKING DENGAN APESAL.COM

Yang Baik Hati =)

Cari cerita lama

Aku terkini

sebelum komen, baca dulu komen orang lain boleh? Bosan la nak balas komen yang sama.. sebab jawapan aku mesti sama punya. tak pasal2 aku jadi astro karang ulang tayang beberapa kali

* jangan orang astro sentap pulak dengan aku, suda

Selasa, 8 Mei 2012

Hidup mesti mahu mencuba




Aku pau dari 9gag... Aku nak tambah satu lagi..
If  you do not try, you never know...

Tolonglah wahai murid-murid sekalian... Bila cikgu tanya, cubalah jawab. Kalau jawapan kau betul, kau dapat duduk. Kalau jawapan kau salah, kau berdiri. Tapi kalau kau tak cuba jawab, kau memang kena berdiri sampai ke sudah (ini apply untuk budak kelas aku sebab aku memang suruh diorang berdiri untuk jawab soalan. Kalau tak, sampai ke sudah aku bercakap dengan meja).

Sama juga dalam peperiksaan. Janganlah hantar kertas kosong. Cubalah menjawab dengan apa pengetahuan yang ada. Mana tahu, betul jawapannya. Daripada kau hantar kertas kosong, konfem kau dapat 0 markah.

Kalau ikut skema penandaan matematik, ada markah jalan kerja, ada markah jawapan. Markah jawapan 1 je. Markah jalan kerja yang banyak. Sebab, dia nak bagi kredit apa pengetahuan yang kita ada. Takpe salah kira asalkan dah cuba jalan kerja yang betul.

Sebenarnya, hidup kita ni sama je macam jawab soalan matematik. Kadangkala, bukan hasil yang ibu bapa, guru, dan kawan kita harapkan sebaliknya mereka ukur kita berdasarkan usaha kita. Kalau kita dah berusaha, orang yang dekat dengan kita takkan marah sekalipun kita tak cemerlang. Sebab mereka dah tau yang kita dah cuba sedaya upaya.

Jadi, tolonglah, berusaha dapatkan markah jalan kerja pengiraan tu. Berusaha buat sebaik mungkin. Percayalah, Tuhan akan bagi ganjaran buat mereka yang berusaha. Kalau ganjaran tu bukan dalam bentuk kejayaan yang AMAT CEMERLANG, ia mungkin datang dalam bentuk kepercayaan dan kasih sayang dari orang sekeliling kita.

Ingat, kalau kita tak nak dikecewakan, janganlah kecewakan orang.

4 ulasan:

  1. Ya, cuba cuba dan kerjaya mengekori anda.

    BalasPadam
  2. ye, betul tu! yang penting, jangan putus asa =)

    BalasPadam
  3. Setuju. Kalau tak cuba macam mana nak tau potensisebenar kita kan.

    BalasPadam
  4. yup. kita ada banyak potensi yg kita sendiri tak habis explore.. lg takkan habis explore kalau tak nak try

    BalasPadam

Semua orang boleh komen. Dan aku laparkan komen dari korang.
Tapi letak la nama.. Tak suka nak panggil korang Tanpa Nama