9gag jugak... serius aku nak nangis tengok gambar tu.. huhuhu..
Korang pernah bercinta? Pernah putus cinta? Lepas korang putus tu, mesti agak susah korang nak menerima cinta baru kan? At least untuk beberapa ketika la. Terutama kalau perpisahan berlaku dalam keadaan menyedihkan.
Aku tak pernah bercinta. Yang banyaknya, aku suka orang. Dan aku melepas. Hahaha... (aku gelak dalam kepedihan ye) =p
Jadi, maafkan aku kalau aku tak faham kesedihan apabila cinta tak kesampaian. Cuma aku percaya, jika Tuhan tak satukan kau dengan dia, bermakna, dia bukanlah yang terbaik untuk kau. Ada sesuatu yang lebih baik menanti di hadapan.
Kadangkala, yang kita nampak simple, tak setanding dengan yang lama, tu yang sesuai untuk kita. Ada kelebihan dia yang kita belum nampak lagi. Yang penting, kita bagi peluang untuk diri kita dan diri dia untuk mencuba.
Jangan takut untuk kehilangan kenangan lalu sebab dia takkan hilang selagi kita mahu mengingatnya (lain la kalau ko kemalangan dan hilang ingatan). Bila kita berkenalan dengan orang baru, kita bukan buang ingatan pada yang lama. Kita cuma nak menghasilkan memori baru yang diharapkan akan berkesudahan baik.
Berapa kali korang cuba bawa basikal tapi terjatuh? Berapa kali pula korang gagal ujian memandu? Prinsip dia sama je. Korang tetap ingat semua kegagalan. Belajar dari pengalaman tu dan cuba lagi. Bagi peluang pada diri. Tak kira la dalam aspek apa pun. Kerjaya, cinta, pelajaran dan lain-lain lagi.
Apa yang penting, kalau tengah asyik bercinta tu, tolonglah ingat pesanan Ana Rafali, Suhaimi Meor HAsan dan Altimet
Boleh pandang-pandang,
Jangan pegang-pegang,
Duduk renggang-renggang,
Bertambah sayang
p/s: Nape 2-3 menjak ni, entry macam motivasi je? hahaha
Terlalu sangat bermain dengan kenangan akan buat kita hilang fokus untuk mengharungi masa depan!
BalasPadamerm....betullll...cam sedih je...kekadang tu orang kata....jangan dok bagi hint ja...terus terang....hehe
BalasPadamEncik Anif: betul tu.. Nak kenang boleh tapi kena juga pandang ke hadapan
BalasPadamNini: Kalau suka, gtau je.. Dia tak boleh baca hati kita