KLIK LAJU-LAJU!

MARI BLOGWALKING DENGAN APESAL.COM

Yang Baik Hati =)

Cari cerita lama

Aku terkini

sebelum komen, baca dulu komen orang lain boleh? Bosan la nak balas komen yang sama.. sebab jawapan aku mesti sama punya. tak pasal2 aku jadi astro karang ulang tayang beberapa kali

* jangan orang astro sentap pulak dengan aku, suda

Ahad, 2 Oktober 2011

Kampung saya di Ampang

Agak pelik kalau aku jawab macam tu bila orang tanya kampung di mana kan? Kampung apanya Ampang ni? Hakikatnya, Ampang Selangor dan Ampang KL adalah berbeza ye. Ampang KL adalah sangat bandar manakala Ampang Selangor adalah kawasan pinggir bandar (ada kawan aku kata kawasan hutan! Adeh!)

Sebenarnya selama ni, kalau orang tanya kampung di mana, aku akan jawab "Kampung ayah di Sabak Bernam. Kampung mak di Batu Pahat". Aku tak jawab pun di mana kampung aku. Tapi, kenapa tiba-tiba hari ini aku nak ubah cara aku menjawab?

Semalam merupakan sambutan lorong terbuka untuk Jalan Melur 12. Pakcik Kamil yang bagi ucapan alu-aluan. Yang paling syahdu adalah bila dia kata
"Dulu, kita akan raya ramai-ramai ke rumah 1 sama lain. Masa tu anak kita kecil lagi. Jadi, masa raya kita angkut mereka semua sekali pergi beraya. Tapi sekarang ni, anak-anak kita dah besar. mereka pula yang dah ada anak-anak kecil mereka dan mereka pula yang datang ke rumah kita. Jadi, memang takdelah peluang kita nak beraya macam dulu lagi. Sebab tu la kita buat majlis ni, supaya kita ramai-ramai dapat berjumpa dan berbual"

Oh, touching sungguh ucapan tu. Dan sentap. Terasa beb. Mak aku je yang belum ada cucu lagi.. Maaf ye mak ayah. Bukan along tak nak. Dah takde yang ngorat, nak buat camane kan?

Sebenarnya majlis open lorong ni memang dah lama dah kami buat. Masa ni la mak-mak duduk bersembang.. Kami yang anak-anak sekalian bertukar-tukar cerita dan ayah-ayah sekalian buat kedai kopi tanpa perlu bayar duit kopi. Seriously, dulu aku suka nak join majlis ni.

Tapi, lama-kelamaan aku dah makin kurang gembira untuk menyertainya. Kenapa? Sebab, saban tahun, kawan aku semakin kurang. Rata-rata sudah berkahwin dan of course tak duduk dengan mak ayah la kan? Jadi, tidaklah mereka ni hadir jamuan raya tu. Dah 2-3 tahun jugalah aku hanya duduk dengan mak aku je kalau pergi. dengan kata lain, aku akan duduk dengan makcik-makcik sekalian.

Tahun ni lagi best. Mak balik kampung. Adik aku pula tiada. Aku nak pergi dengan siapa? Mujur ada Fadhlina. Dapat gak aku kawan makan. Mula-mula Fadhlina nak makan dengan emaknya tapi bila dia tengok mak dia dah selesa bersembang dengan makcik-makcik yang lain, maka kami makan bersama. Kami duduk berdekatan dengan jiran aku (merangkap kawan bermain semasa kecil dan kawan adik Fadhlina. Oh, aku pernah minat abang jiran aku ni. Haha)

Dan, sekali lagi, majlis makan-makan sambil bertukar-tukar cerita berlangsung. Aku rasa, orang yang hadir tu takdelah makan banyak pun. lebih kepada bersembang sahaja.

Semasa balik, aku bertembung dengan seorang lelaki tua. Aku cam siapa dia! Dia pakcik Shaari. Dulu, dia kerja RISDA sama dengan mak, ayah, pakcik Kamil dan penduduk Taman Melur yang lain. Lepas bersara, dia buka kedai runcit di rumahnya. Masa kecil-kecil dulu aku selalu pergi kedai dia. 

Tapi tuanya dia.. berjalan pun dah pakai tongkat. Rambut memang putih sepenuhnya. Berjalan pun macam payah je. Tapi dia turut hadir ke majlis raya. Melihat kepada keadaan Pakcik Shaari, aku makin sayu.. Dulu aku kecil dan dia tak setua ini. Sekarang aku dah nak masuk 30 dan dia sudah susah nak berjalan. 

Bukan Pakcik Shaari je. Boleh dikatakan aku dapat melihat semua pakcik dan makcik yang dulu muda beransur-ansur menjadi tua. Mereka juga sudah tentu dapat melihat detik-detik kami yang dulu kecil sekarang dah semakin besar dan membina keluarga masing-masing..

Dan Taman Melur yang dahulu merupakan kawasan perumahan baru yang didiami oleh mereka yang baru berkeluarga kini telah bertukar menjadi sebuah taman di mana pakcik-pakcik berjalan di pagi hari dan bermain bersama cucu di waktu petang (kecuali untuk mak ayah aku)

Kalau Taman Melur bukan kampung aku, mana lagi?

p/s: IC aku 14 tapi aku duduk di Selangor dan aku memang tak tahu jalan-jalan di KL

Jumaat, 30 September 2011

Hari ni...

1- Majlis graduasi tingkatan 5.. Huhu.. Budak pakai jubah biru (macam masa aku konvo maktab). Aku sebagai guru kelas pakai jubah maroon (sama macam UPM). Aku jadi tukang baca nama murid kelas..

2- Aku dah lama sangat tangguh nak daftar pergi haji. Sebab tak sempat. Hari ni berniat nak pergi. Google la cawangan terdekat (yang tak sesak - Bandar Baru Ampang penuh sentiasa). Hasilnya? Rupanya boleh daftar haji secara online.. Kenapa la aku tak tau selama ni? Disebabkan lambat daftar, aku dijangka akan menjadi hajah pada tahun 1462H (masa tu aku umur 59-60 tahun.. uhuk3!!!)

3- Aku nak pergi bayar zakat KWSP.. Tiba-tiba, masa orang tu minta kad pengenalan, aku dapati, wallet aku takde. Tertinggal di sekolah la tu. Dulu tertinggal kunci. Kali ni wallet pulak! Aishh!!! Terpaksa tunda nak bayar zakat. Harap-harap Isnin ni sempat.

4- Aku dah janji dengan ayah nak beli lauk tapi sen takde. Macam mana? Terpaksa la aku tebalkan muka, pinjam duit kat Saufi. Dah la adik dia ada sekali masa tu. Jatuh air muka aku... adeh..

5- Sampai rumah, pintu kunci. Ayah solat di masjid. Aku tak boleh masuk. Kenapa? rupa-rupanya, kunci rumah pun tertinggal.. Aishhh...

6- Disebabkan takde IC dan lesen, aku batalkan date aku dengan sorang mamat yang perasan hensem.. huhu

7- Aku telefon mak sementara tunggu ayah balik. Mak kata esok ada open lane. Lusa ada kenduri pakcik Mokhtar. Mak pesan bagi duit becek. Aku nak bagi pakai duit apa? Oh, mak aku balik Johor jaga nenek aku baru pembedahan..

8- Aku tengok tiket Airasia pergi Korea tengah murah. Tapi aku takde geng yang nak pergi. Ada yang sanggup dengan syarat aku dahulukan duit dan aku kata boleh je. Sehinggalah aku sedar...

9- Duit dalam akaun aku tinggal RM800 lebih je. Tiket koman-koman RM765.. Aku nak bayar pakai apa????

Ahad, 25 September 2011

Choc Moist Cake Yummeh~

Resepi ni aku pau dari kawan sekolah aku. Dia tampal kat fb dia.. aku ambil supaya senang aku nak rujuk kemudian hari.. Sebenarnya haritu dia ada bagi aku resepi yang bahannya disukat guna penimbang. Tapi katanya resepi ni lebih mesra rakyat terutamanya rumah yang takde penimbang.. Oh, yang resepi pakai penimbang tu aku dah try.. memang jadi dan sedap. Resepi yang ni belum try lagi. Gambar kek yang aku letak ni pun, si Ai ni yang buat..

p/s: Ai ni pandai mekap.. Sangat cantik dia mekap tau..

Bahan A
1 cwn gula pasir
1 cwn serbuk koko
1 cwn susu cair/susu segar
1 cwn susu pekat
1 cwn minyak masak/minyak jagung
1 sudu nescafe (xletak pon xpe)

Bahan B
3/4 cwn tepung naik sendiri diayak
4 biji telur dipukul
gambar ehsan Aizura

Cara2nya;
1- Bahan2 A dimasak atas api perlahan. Tak perlu sampai menggelegak.
2- Rehatkan kejap adunan. Sambil2 tu bole pukul telur.
3- Pastu campur bahan A berselang seli dengan bahan B
4- Tapis adunan kalau rajin..
5- Boleh kukus 30-45minit atau bakar 160-170 darjah selama satu jam.
*recommended kukus la. lembut sgt dan sedap dan yummeh2 :p*

pastu bole siram dengan coklat masakan. hias ikut kreativiti korang :D

Sabtu, 24 September 2011

Mari minta duit hantaran banyak-banyak!!!!

Tadi aku pergi ke persatuan Salah Cakap. Dia ada la post tentang hantaran untuk perempuan. Berapa RM untuk orang taraf pendidikannya mana. Lepas tu, ada la dia buat sikit dialog lelaki yang minta kurang dan bila last sekali, lelaki tu seperti samakan perempuan dengan kereta. Dia kata, apa kata, dia buat downpayment 2k. Balik rumah, dia test drive, kalau puas hati lepas tu dia bayar bulan-bulan. Kalau tak, dia pulangkan sahaja, ambillah RM2k tu.

Aku menyelar post itu dengan mengatakan, Sedapnya samakan perempuan dengan kereta. No wonder kalau tiba dapat baby, tak nak, buang sahaja di tepi jalan.

2 lelaki membalas. 1 berkata, "tepuk sebelah tangan tidak berbunyi". 1 lelaki pula mengatakan, sebaik-baik perempuan adalah yang rendah maharnya. Lagipun, hantaran mahal-mahal, tiba-tiba tengok tak pandai memasak"

Dah tentu la aku balas balik. Aku kata, kalau ikutkan tanggungjawab laki yang sediakan makan pakai.

Haha.. dan aku diselar sebagai Perempuan Moden.

Ok, sebenarnya, aku juga anggap yang aku perlu ada pengetahuan buat kerja rumah sebelum berkahwin. Tapi, seriously guys, adakah pandai memasak adalah prasyarat pertama untuk perempuan menjadi isteri korang? Kalau ye, kenapa tak pastikan dari awal yang bakal isteri anda tu pandai memasak? Kenapa komplen lepas tu?

Dan, kalau korang boleh berprasyarat nak isteri pandai memasak, maknanya kami pun bolehlah letak prasyarat kami juga kan? Dan, setahu aku, bukan tugas isteri memasak dan buat kerja rumah. Benda tu jatuh jadi wajib bila suami dah sediakan semua bahan dan bagi arahan untuk memasak. Itu pun jatuh hukum wajib sebab isteri kena patuh arahan suami. Bukan sebab isteri pandai masak.

Ye, aku tahu, mesti ada orang yang bengang dengan statement aku ni. Sekali lagi aku ingatkan, aku bersetuju yang perempuan perlu bersedia sebelum kahwin. Tapi, janganlah jadikan alasan yang orang tu tak pandai memasak untuk korang komplen. Benda tu boleh selidik dari awal.

Untuk orang yang masih keliru.. Hantaran bukanlah mas kahwin. Duit hantaran biasanya digunakan oleh keluarga perempuan untuk buat kenduri. Ye, aku pun tak rasa yang orang perlu demand dut hantaran banyak-banyak. Buat sekadar yang termampu. Tapi, dengan kos sara hidup sekarang, bergantung juga dengan lokasi kenduri nak diadakan, aku rasa, logik je jumlah duit yang diminta. Dan aku rasa, rata-rata pihak perempuan minta RM10k. Kalau lebih tu, sebab mereka tahu pihak lelaki mampu (ataupun sebenarnya nak tolak cara halus.. sengaja letak hantaran tinggi dengan harapan pihak lelaki give up). 

Aku bukan benci lelaki.. Aku cuma benci dengan sesetengah sikap lelaki yang suka kritik habis-habis sikap perempuan. Kata perempuan leceh la.. slow la.. tak pandai masak la. Kadang-kadang aku terfikir, kenapa mereka suka cari kelemahan perempuan?

Syukur, tak semua lelaki begitu. Ada je kawan-kawan aku yang tak pandai masak tapi hidup bahagia dengan suami mereka. Give and take la.. Yang perempuan cuba improve diri. Yang laki cuba terima dan dalam masa yang sama, bagi galakan pada isteri. Bukan kondem tak habis-habis.

Dan kalau tengok betul-betul, yang biasanya suka kondem ni, orang bujang kan? Orang dah kahwin tak banyak songeh.. Hahahah.