Agak pelik kalau aku jawab macam tu bila orang tanya kampung di mana kan? Kampung apanya Ampang ni? Hakikatnya, Ampang Selangor dan Ampang KL adalah berbeza ye. Ampang KL adalah sangat bandar manakala Ampang Selangor adalah kawasan pinggir bandar (ada kawan aku kata kawasan hutan! Adeh!)
Sebenarnya selama ni, kalau orang tanya kampung di mana, aku akan jawab "Kampung ayah di Sabak Bernam. Kampung mak di Batu Pahat". Aku tak jawab pun di mana kampung aku. Tapi, kenapa tiba-tiba hari ini aku nak ubah cara aku menjawab?
Semalam merupakan sambutan lorong terbuka untuk Jalan Melur 12. Pakcik Kamil yang bagi ucapan alu-aluan. Yang paling syahdu adalah bila dia kata
"Dulu, kita akan raya ramai-ramai ke rumah 1 sama lain. Masa tu anak kita kecil lagi. Jadi, masa raya kita angkut mereka semua sekali pergi beraya. Tapi sekarang ni, anak-anak kita dah besar. mereka pula yang dah ada anak-anak kecil mereka dan mereka pula yang datang ke rumah kita. Jadi, memang takdelah peluang kita nak beraya macam dulu lagi. Sebab tu la kita buat majlis ni, supaya kita ramai-ramai dapat berjumpa dan berbual"
Oh, touching sungguh ucapan tu. Dan sentap. Terasa beb. Mak aku je yang belum ada cucu lagi.. Maaf ye mak ayah. Bukan along tak nak. Dah takde yang ngorat, nak buat camane kan?
Sebenarnya majlis open lorong ni memang dah lama dah kami buat. Masa ni la mak-mak duduk bersembang.. Kami yang anak-anak sekalian bertukar-tukar cerita dan ayah-ayah sekalian buat kedai kopi tanpa perlu bayar duit kopi. Seriously, dulu aku suka nak join majlis ni.
Tapi, lama-kelamaan aku dah makin kurang gembira untuk menyertainya. Kenapa? Sebab, saban tahun, kawan aku semakin kurang. Rata-rata sudah berkahwin dan of course tak duduk dengan mak ayah la kan? Jadi, tidaklah mereka ni hadir jamuan raya tu. Dah 2-3 tahun jugalah aku hanya duduk dengan mak aku je kalau pergi. dengan kata lain, aku akan duduk dengan makcik-makcik sekalian.
Tahun ni lagi best. Mak balik kampung. Adik aku pula tiada. Aku nak pergi dengan siapa? Mujur ada Fadhlina. Dapat gak aku kawan makan. Mula-mula Fadhlina nak makan dengan emaknya tapi bila dia tengok mak dia dah selesa bersembang dengan makcik-makcik yang lain, maka kami makan bersama. Kami duduk berdekatan dengan jiran aku (merangkap kawan bermain semasa kecil dan kawan adik Fadhlina. Oh, aku pernah minat abang jiran aku ni. Haha)
Dan, sekali lagi, majlis makan-makan sambil bertukar-tukar cerita berlangsung. Aku rasa, orang yang hadir tu takdelah makan banyak pun. lebih kepada bersembang sahaja.
Semasa balik, aku bertembung dengan seorang lelaki tua. Aku cam siapa dia! Dia pakcik Shaari. Dulu, dia kerja RISDA sama dengan mak, ayah, pakcik Kamil dan penduduk Taman Melur yang lain. Lepas bersara, dia buka kedai runcit di rumahnya. Masa kecil-kecil dulu aku selalu pergi kedai dia.
Tapi tuanya dia.. berjalan pun dah pakai tongkat. Rambut memang putih sepenuhnya. Berjalan pun macam payah je. Tapi dia turut hadir ke majlis raya. Melihat kepada keadaan Pakcik Shaari, aku makin sayu.. Dulu aku kecil dan dia tak setua ini. Sekarang aku dah nak masuk 30 dan dia sudah susah nak berjalan.
Bukan Pakcik Shaari je. Boleh dikatakan aku dapat melihat semua pakcik dan makcik yang dulu muda beransur-ansur menjadi tua. Mereka juga sudah tentu dapat melihat detik-detik kami yang dulu kecil sekarang dah semakin besar dan membina keluarga masing-masing..
Dan Taman Melur yang dahulu merupakan kawasan perumahan baru yang didiami oleh mereka yang baru berkeluarga kini telah bertukar menjadi sebuah taman di mana pakcik-pakcik berjalan di pagi hari dan bermain bersama cucu di waktu petang (kecuali untuk mak ayah aku)
Kalau Taman Melur bukan kampung aku, mana lagi?
p/s: IC aku 14 tapi aku duduk di Selangor dan aku memang tak tahu jalan-jalan di KL
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Semua orang boleh komen. Dan aku laparkan komen dari korang.
Tapi letak la nama.. Tak suka nak panggil korang Tanpa Nama