KLIK LAJU-LAJU!

MARI BLOGWALKING DENGAN APESAL.COM

Yang Baik Hati =)

Cari cerita lama

Aku terkini

sebelum komen, baca dulu komen orang lain boleh? Bosan la nak balas komen yang sama.. sebab jawapan aku mesti sama punya. tak pasal2 aku jadi astro karang ulang tayang beberapa kali

* jangan orang astro sentap pulak dengan aku, suda

Khamis, 22 Mac 2012

Tahniah dan Good Luck!

Rabu lepas keputusan SPM diumumkan. Alhamdulillah budak aku lulus belaka. Sebenarnya itu sudah dijangka sebab mata pelajaran yang aku ajar bergantung pada amali. Kalau cukup semua amali, murid dijamin lulus dalam SPM. Tapi itu sahajalah jaminannya. Untuk seseorang murid mendapat gred yang baik, mereka tetap perlu berusaha.

Jujur, aku agak terkilan sebab ada antara mereka yang gagal matematik. Bagi aku, matematik pelajaran yang mudah (aku belajar matematik dalam Bahasa Malaysia). Aku sangat pelik bagaimana seseorang boleh gagal matematik. Kemudian aku teringat yang mereka belajar matematik dalam Bahasa Inggeris.

Itulah masalahnya bila budak yang lemah terpaksa belajar perkara yang penting dalam bahasa asing (bahasa penjajah kalau ikutkan). Kalau dari asasnya dah lemah, bila dia dah meningkat ke tingkatan 5, nak menguatkan asas je dah menjadi 1 tugas untuk cikgu mereka. Dapat pulak, murid-murid aku tu agak pasif bila bab bertanya pada guru.
Kalau rasa gembira cepat lompat!

Tapi, aku gembira sebab sekurang-kurangnya aku dapat tengok budak-budak aku tu menjerit "Ya Allah!! Syukurnya dapat keputusan ni!!" Haha.. keputusan dia tak hebat tapi kalau dia rasa itu sangat hebat, siapa aku untuk mengadili dia? Mungkin sebelum ni dia jauh lebih teruk. Mungkin dia selama ni tidak menjangka yang dia boleh mendapat A dan B untuk sebarang subjek. Dan yang paling penting, sekurang-kurangnya dia bersyukur dengan apa yang Tuhan beri kepadanya.

Ini membuatkan aku terfikir, mudahnya untuk menggembirakan budak-budak ni. Tapi aku boleh faham dengan kegembiraan mereka itu.

Untuk murid-murid aku dan semua orang. Tahniah untuk apa yang telah dikecap dan Good Luck untuk apa yang bakal korang tempuhi di masa hadapan. Tak kisahlah apa yang korang nak buat, yang penting, buat betul-betul

2 ulasan:

  1. Bila anak murid berjaya.. Guru pun gembira :D

    BalasPadam
  2. betul tu.. rasa happy tu sama mcam mak ayah happy bila anak berjaya. Bangga semacam

    BalasPadam

Semua orang boleh komen. Dan aku laparkan komen dari korang.
Tapi letak la nama.. Tak suka nak panggil korang Tanpa Nama