KLIK LAJU-LAJU!

MARI BLOGWALKING DENGAN APESAL.COM

Yang Baik Hati =)

Cari cerita lama

Aku terkini

sebelum komen, baca dulu komen orang lain boleh? Bosan la nak balas komen yang sama.. sebab jawapan aku mesti sama punya. tak pasal2 aku jadi astro karang ulang tayang beberapa kali

* jangan orang astro sentap pulak dengan aku, suda

Sabtu, 10 Mac 2012

Operasi make over En. Ken

Disebabkan aku tak berapa layak nak tukar kereta, maka aku bercadang untuk memberi nafas baru kepada En. Ken. Ok, perlukan pembetulan di situ.. Bukan nafas baru, tapi lebih kepada sesi pemulihan.. huk..huk.

Tadi, aku hantar En. Ken ke gym di mana badannya akan diketuk supaya dia dapat balik shape dia. Aku hanya boleh dapat balik En. Ken pada hari Isnin. Takpe la.. Asalkan hasil dia ok. Mula-mula ingatkan nak mekapkan terus tapi tauke kedai kata ambil masa 2 minggu kalau nak cat cantik. 2 minggu... aku nak pergi kerja macam mana? maka aku pun tangguhkan la cadangan nak cat baru.

Masa nak serah kunci pada encik tauke, aku sempat la tanya, kalau nak repair kereta hantar mana yang ok? Tauke cadangkan hantar kat jiran tetangga dia. Oh, ok la tu.. Dekat. Tak perlu aku berfikir susah payah. Hurm.. Bukan la aku dah tak nak pergi ACT dah. Cma, orang ACT tu baik sangat. Mereka tak nak buat kalau benda tu tak serius.. Sebab dia tak nak aku belanja benda tak perlu.

Tapi aku nak En. Ken seperti baru jugak! Tapi aku buat sikit-sikit la. Mana yang mampu dulu. Repair pintu dan tingkap, belt dan mounting dulu. Lain kali aku nak tukar segala lampu yang pecah, beli sticker reflector (dalam banyak-banyak benda, reflector ni yang ayah aku risau.. huhu), tukar no plet (yang ada ni dah patah kena langgar.. Kalau mampu, tukar tinted baru (yang ni dah mengelupas) dan akhir sekali baru cat.

Hoho!!! Berapa banyak la agaknya kos semua sekali? Aku harap aku mampu la buat semua tu. Sedikit demi sedikit. Dan akhirnya En. Ken akan jadi sangat menawan seperti dahulu.. yeeha!!!

Bila En. Ken dah hensem, aku letak gambar dia untuk tatapan korang ok?

Oh, kenapa la aku pandai belanjakan duit tapi tak pandai nak cari dan kumpul?? Serius kena belajar menabung dari sekarang!
Bukan aku je! Korang pun kena mula simpan duit dari sekarang!

2 ulasan:

  1. Saya pun baru jer hantar kereta untuk dibaiki transmisinya. Insyallah esok siaplah..

    Ambil peluang cuti sekolah ni. Kalau hari biasa susah sebab kereta tu digunakan.

    BalasPadam
  2. betul tu... kalau hari sekolah, payah nak minta izin keluar. tu belum cerita payah nak pergi kerja.. (payah betul jadi orang yang reti bawak kereta auto je).. hehehe

    BalasPadam

Semua orang boleh komen. Dan aku laparkan komen dari korang.
Tapi letak la nama.. Tak suka nak panggil korang Tanpa Nama