KLIK LAJU-LAJU!

MARI BLOGWALKING DENGAN APESAL.COM

Yang Baik Hati =)

Cari cerita lama

Aku terkini

sebelum komen, baca dulu komen orang lain boleh? Bosan la nak balas komen yang sama.. sebab jawapan aku mesti sama punya. tak pasal2 aku jadi astro karang ulang tayang beberapa kali

* jangan orang astro sentap pulak dengan aku, suda

Isnin, 12 Mac 2012

En. Ken Sudah Hensem Sikit!!!! =D

Baru lepas ambil En. Ken dari kedai ketuk. Walaweh!!!! Rasa tak biasa pulak tengok bumper En. Ken duduk di tempat asal di balik. Huhuhu.. Terharu!!!

Apakah yang telah diketuk oleh En. Kedai Ketuk? Dia telah:
1- Menarik keluar balik bumper yang dah termasuk ke dalam
2- Dia kat bracket (betul ke eja?), pin segala bagai dah patah. Dia ganti baru..
3- Dia ketuk mud guard
4- Dia ketuk bumbung
5- Dia ketuk kat bucu belakang sikit

Aku tak minta dia cat sebab aku bercadang nak cat baru kereta aku..

So, berapakah caj yang dia kenakan pada aku? RM80. Pada aku agak murah la memandangkan kerja yang dia buat agak banyak. Sebelum ni aku tanya kedai-kedai lain, rata-rata caj RM300 untuk ketuk dan cat mudguard dan bumper (ya, harga ni pun masih murah lagi sebenarnya)

Aku rasa, macam ni la reaksi aku bila tengok En. Ken  dah tak kemik sana-sini!! En. Ken nampak lebih tinggi dan tegap tau!
Nak hantar kereta kat kedai yang aku pergi ni?ok, maklumat dia seperti berikut:
Kedai ketuk dan cat murah di Ampang
- Terletak bertentangan dengan Ampang Water Front 2. Kalau dari Bukit Belacan, Kdai dia ni sebelum simpang masuk Kosas.
- Owner dia Zali.
- Nombor telefon dia 0192635033.

Esok lusa, aku nak hantar kereta aku untuk repair tingkap dan pintu pula di kedai yang berjiran dengan kedai En. Zali tu. Moga En. Ken lebih sejahtera dan dapat berkhidmat dengan baik untuk selamanya lepas ni... =)

29 ulasan:

  1. Alhamdulillah.. :D

    Kalau nak cat tapi budget terhad, boleh minta pomen tu cat bahagian luar sahaja dengan warna yang sama.

    Bila sudah cat nanti memang nampak macam baru semula..

    BalasPadam
  2. hehe.. cadang nak warna baru. sanggup tunggu sampai ada duit. hehe

    BalasPadam
  3. broooooo...bia betik harga tu!! murah gak la.. harga ketok n cat..
    die wat finishing ok x? cantik x surface..
    aku punye kate viva kaler putih mau ketuk n cat la..
    klu ok.. aku nk try p sane usha..
    b4 tu aku tnye ko dlu..

    BalasPadam
  4. Tanpa Nama: Awat la ko x letak nama.. aku bagi letak nama.. gunakan..

    ko kali kan? aku rasa, ko boleh dapat harga baik dgn dia.. tapi, kalau ko nak komplen pape, komplen terus. Bukan apa, sebab yang buat kerja staf dia. bukan dia.. lagi kaler putih viva, lagi la x mahal.. 3 part leh dapat RM350 kot

    BalasPadam
  5. Mohd Muzammil: nak cat keta gak ke?

    BalasPadam
  6. macam oke jer..ape name kedai dia kat ctu?sbb hari2 lalu jalan tu,tak prasan plak ade kedai ketuk kat ctu.lgpn mmg ngah crik kedai utk ketuk sekali ngan cat ni...

    BalasPadam
  7. kedai tu xde nama kot. depan ampang waterfront 2. tapi, g la riki2 kedai lain gak.. kat area pasar mlm taman tasik pun ada gak yg ok

    BalasPadam
  8. Bro.....apa nama kedai tu...nak antar kete gak la...anyway...tq 4 da info...really helpful

    BalasPadam
    Balasan
    1. sis, pekata awk g kat taman sri rampai je? lagi dekat.. tak pun kat lembah keramat (dekat DAWAMA)

      Padam
  9. alamak.. nama kedai ni foul sikit nk ingat... area mana duduk?

    BalasPadam
  10. Bro.. nama kdai x ingat ke? sy punye bumper depan kemek. nk ketuk n cat skali.. kemek tu de la besar penumbuk tgan..agak2 kos brape? dh la sy student.. sy pakai vios J kaler purple.. Nadz

    BalasPadam
    Balasan
    1. kedai dia xde nama.. kan dh bg nombor fon tu. kontek je la

      Padam
    2. saya kol x angkat la..bengkel ni dekat dgn kedai bundle keluarga ke

      Padam
    3. hurmm.. dia kat deret banana cafe kot.. yang ada kedai cuci kereta semua

      Padam
    4. tau x ampang water front 2? dia tentang ampang water front 2 tu.. kalau dr KL, buat u turn kat traffic light nak masuk taman watan.. kat situ ada banyak bengkel. Ko duk mana?

      Padam
    5. sy dok pantai dalam..ampang waterfront tu dkt ngn ampang point x? kire landmark ampang waterfornt la ek? smpai la ni kol owner x angkat

      Padam
    6. uik?? jauh tu pantai dalam nak hantar ke sini? sure takde kedai berdekatan?

      kalau ampang point belah kiri, awak terus je lagi macam nk gi bukit belacan. nanti jumpa traffic light ke taman watan, awak u turn kat situ..

      ce cari kat kat mudah.my. ketuk kereta atau cat kereta. kalau dia leh cat, biasanya leh ketuk

      Padam
  11. assalam sy nadia.
    sy nak tanya kualiti ok x kat kedai zali tu..sbb cadang nye nak cat kat situ sbb dkt ngan umah tp tkt kualiti x ok.... sbb ade kete tahan 2-3 thn je pastu ilang blk cat dia..

    need help..tq

    BalasPadam
    Balasan
    1. hurm... saya cat baru nak masuk 8 bulan.. buat masa ni, ok la nampaknya. tapi, saya cadangkan, survey juga tempat lain sebab harga lebih kurang je sebenarnya. cuma, jujur, ada beberapa isu yang saya tak puas hati dengan kedai Zali. untuk ketuk ok. Untuk cat 1 body, riki gak la tempt lain.

      Riki kat BBA, Taman tasik (depan klinik Maamor) or kat MRR2 yg depan tesco.. sama je

      Padam
    2. sebenar nya nak touch up je cat yg dah hilang tu..tgk price dia mcm ok, tu yg na tya org yg penah buat kan. dia kata kalo touch-up dlm rm300-400, tmpt lain price dia mcm tu jgk ker??? MRR2 depan tesco ape nama yer kdai tu?? tq

      Padam
    3. huhu.. lebih kurang kot..

      yg kedai seberang mrr2 tu, kat deret kedai IKS yg ada perabot cempaka tu

      Padam
    4. Assalamualaikum...sy zali owner kedai...zz car autocolour.,sebelum tu sy mintak maaf lah,kepade sesipa yg pernah dtg ke benkel sy,ape2 yg tak memuaskan harap maklum pd sy...kdg2 ade bende yg sy tersilap atau terlepas pandang....ape yg tk baik bg tau sy dan yg baik bg tau kwn2...sy masih perlu sokogan anda,inshaallah sy akan buat yg terbaik untuk anda sekiranya kita boleh berkerja sama,1 perkara lg,ade sesiape yg memerlukan perkhidmatan benkel sy lebih baik call dulu di talian 0192635033 sebab ade 1 mase kete banyak...

      Padam
    5. tq atas respon..

      saya rasa kalau saya nak komplen macam tak valid dah sebab saya cat bulan Jun tahun lepas.

      Tapi memang saya ada tak puas hati sikit dengan hasil akhir saya cat kereta hari tu. dari segi warna, ada bahagian miss, lampu no plat tercat sekali, proses menanggal dan pemasangan balik parts.. memang sikit2 je benda tu tapi saya hantar kereta untuk jadi lebih cantik. Bukan makin rosak =(

      Harap tidak berlaku kepada pelanggan lain..

      Padam
    6. Sy bukan sengaje kot...sy harap ape yg berlaku sy minta maaf...munkin kecuian budak sy...harap2 kite dapat berkerja sama selepas ini...sy bukan bos..cik yg bayar, jd cik bos.

      Padam
    7. huhu.. saya harap tak. saya tak bercadang dan berharap supaya saya x perlu cat kereta lagi. Bukan murah tu...

      memang salah budak encik. Tapi encik patut tgk hasil akhir sebab nama encik yang akan disebut. lagipun, saya yang kena tanggung kerosakan tu. jadi, tak kisah la sikit atau banyak, saya memang terkilan.

      masa mula2 dapat kereta memang saya ada pergi kedai encik utk bgtau semua yang tak puas hati. Tapi disebabkan payah nak dapat berurusan dgn encik, saya tak pergi lagi dah.

      cuma, saya harap jangan berulang lagi. walaupun saya bayar untuk pakej murah, buat la yang terbaik sebab memang harga tu je yang saya mampu.

      Padam
  12. Baru je kesini tadi. Ketuk bumper kereta sikit sebab langgar pokok haritu. Kena 20 ringgit je. Tau kedai ni pun sebab google tadi then jumpa blog ni. Thanks for the information. Berguna sangat

    BalasPadam
  13. Area gombak atau setapak ada x kedai cat yg berkualiti..dan penting dipercayai..

    BalasPadam
    Balasan
    1. ada.. kat gombak ada.. try google.. masa ni la lupa nama dia.. kat sri rampai pun ada.. ni link dia.. https://www.facebook.com/pages/Ikster-Kustoms/245245342179178?sk=info

      tengok respon mcm bagus.. nak g dah tercat kereta dah. heheh

      Padam

Semua orang boleh komen. Dan aku laparkan komen dari korang.
Tapi letak la nama.. Tak suka nak panggil korang Tanpa Nama