KLIK LAJU-LAJU!

MARI BLOGWALKING DENGAN APESAL.COM

Yang Baik Hati =)

Cari cerita lama

Aku terkini

sebelum komen, baca dulu komen orang lain boleh? Bosan la nak balas komen yang sama.. sebab jawapan aku mesti sama punya. tak pasal2 aku jadi astro karang ulang tayang beberapa kali

* jangan orang astro sentap pulak dengan aku, suda

Isnin, 6 Februari 2012

Rakyat Malaysia Yang Defisit (belanja lebih dari pendapatan)

Huhu.. Sebenarnya, masih menjadi 1 misteri pada aku, macam mana orang yang bergaji bawah RM1000 hidup di Malaysia, terutamanya di Kuala Lumpur. Serius aku pelik. 

Paling kagum dengan mereka yang berkeluarga. Yang tak berkeluarga pun aku kagum gak. Ye la.. takkan la dia tak bagi duit kat mak ayah dia kot?

Gaji aku sekarang sebenarnya dah agak ok la untuk orang yang hidup sederhana (tak demand nak benda branded. But hey, I'm a human! Aku ada kehendak jugak! Kadang-kadang nak gak benda yang obviously aku tak perlu! Haha!!), cuma bila tahun ni aku nak buat pinjaman rumah, separuh gaji aku dah lesap dok bayar hutang. Tu belum cerita hutang yang aku buat dulu (ye, aku juga pernah buat silap bodoh)

Bila gaji dah tinggal separuh dari kebiasaan, maka aku pun sedikit kaget. Gilo! Selama ni gaji dapat penuh pun, duit tak berapa berbaki dalam bank. Apakah kesudahannya jika separuh gaji tu memang dah bukan milik aku? Maka aku pun mula la membuat kira-kira...

Huhu.. tak nak tunjuk kira-kira tu. Agak memalukan.. haha.. Cuma, aku patut bersyukur sebab aku masih tinggal dengan mak ayah. Dan yang paling buat orang cemburu ialah, MAK AKU MASIH BEKALKAN MAKANAN UNTUK AKU!!! Amacam, jeles tak? Hahahaha... (huhu.. okay, aku kena bagi duit dekat mak lebih la start bulan ni)

Tapi, cuba korang lihat pula dari sudut mereka yang berkeluarga, Yang anak masih kecil lagi. Macam mana mereka survive? Tak pelik ke? Tak pelik? Cuba korang tengok contoh anggaran perbelanjaan di bawah (tapi serius kebanyakn bajet tu perlukan pembetulan contohnya untuk harga sewa rumah di KL dan juga harga susu untuk budak. Sewa rumah kat KL paling murah pun RM500.. Pampers dan susu mahal woo.. gi check kalau tak caye)


Maka, aku mewakili mereka yang bergaji kecil (gaji aku ok, tapi aku cakap bagi pihak mereka), ingin meminta kepada para majikan sekalian untuk memberi gaji yang sewajarnya kepada mereka. Kalau revise gaji tu, bagi kenaikan yang logik untuk mereka yang bergaji agak rendah. Memang mereka orang bawah je.. Tapi, pokok, kalau takde akar, tak boleh hidup kan?

Yup, takkan ada sistem yang betul-betul sempurna.. Tapi kita boleh cuba untuk ambil jalan tengah yang dapat puaskan hati ramai pihak kan? Well, dalam kes ni, ringankan beban banyak pihak

4 ulasan:

  1. Sebenarnya kehidupan keluarga yang berpendapatan RM1.5K di bandar bukanlah seperti apa yang kita fikirkan. Mereka ada kaedah tersendiri dalam mengharungi kehidupan.

    Cuma bila kita berfikir bagi pihak mereka dan bandingkan dengan kehidupan kita tentunya ia akan menjadi misteri.

    Jika bergaji RM1.5k dan menjalani kehidupan dalam lingkungan pendapat itu. Insyallah segalanya akan OK.

    BalasPadam
  2. yup.. saya tahu.. memang boleh hidup.. kurangkan makan yang mahal-mahal.. bawa bekal... jangan pasang astro dan internet.. dan alat tulis, mungkin tak semahal tu..

    Tapi, budak KL pergi sekolah naik bas sekolah atau bas awam. Even kadang2 tanya budak kenapa tak datang sekolah, jawapannya "takde duit tambang.."

    Bukan semua... tapi memang ada yang hidup susah.. tu yang saya cuba sampaikan..

    BalasPadam
  3. Oh, by the way, gambar tu tulis RM1500.. yang saya kagum dengan mereka bergaji bawah RM1000

    Memang boleh hidup.. tapi cukup-cukup je la..

    BalasPadam
  4. Asa syarikat pinjaman pinjaman bersedia untuk meminjamkan mana-mana jumlah yang anda perlukan untuk memulakan perniagaan peribadi anda. kami memberi pinjaman pada kadar faedah 3%, juga jika anda ingin membeli rumah di atas ansuran bulanan kita juga boleh menjual rumah untuk anda. supaya Sila memohon pinjaman pertanian pertanian. jika anda memerlukan hubungan pinjaman e-mel kami: asaloantransfer@gmail.com, anda juga boleh menghubungi e-mel ini: finance_institute2015@outlook.com, Mungkin ada banyak sebab mengapa anda perlu akses kepada beberapa wang tunai tambahan - daripada yang tidak dijangka pembaikan kereta atau rumah untuk membayar perkahwinan anda atau cuti khas. Tetapi apa sahaja yang anda memerlukannya, apabila anda meminjam antara $ 5,000 USD untuk 100,000 USD di atas.

    pengkhususan Syarikat.
    1) Kami memberi pinjaman pada kadar faedah 3%.
    2) Kami juga boleh membeli sebuah rumah pilihan anda dalam mana-mana lokasi pilihan anda.

    BalasPadam

Semua orang boleh komen. Dan aku laparkan komen dari korang.
Tapi letak la nama.. Tak suka nak panggil korang Tanpa Nama