KLIK LAJU-LAJU!

MARI BLOGWALKING DENGAN APESAL.COM

Yang Baik Hati =)

Cari cerita lama

Aku terkini

sebelum komen, baca dulu komen orang lain boleh? Bosan la nak balas komen yang sama.. sebab jawapan aku mesti sama punya. tak pasal2 aku jadi astro karang ulang tayang beberapa kali

* jangan orang astro sentap pulak dengan aku, suda

Khamis, 16 Februari 2012

Asyik orang kutuk kakitangan awam. Aku pulak nak kutuk kakitangn swasta

Orang selalu komplen kata kaki tangan awam buat kerja lembab. Paling best, siap tadi aku baca, ada yang kata rubbish! Sentap? Mesti la aku sentap. Sebab aku juga penjawat awam.

Boleh tak aku pun nak komplen benda yang sama terhadap kaki tangan swasta? Aku ada juga berurusan dengan pihak swasta and sorry to say, mereka juga takde la tip top seperti yang dibangga-banggakan oleh mereka. Mereka juga kadangkala buat kerja slow. Padahal, biasanya setiap kerja mereka dapat payment. Lagi cepat buat kerja, lagi masyuk la payment. Ke, sebab untuk benda tu, payment tak hebat (atau tak dapat payment langsung), maka dorang buat kerja tu ala kadar je?

Contoh la.. Mak dengan ayah aku beli rumah. Bila bayaran dah setel, nak tukar nama, lawyer (yang dilantik oleh bank) malas nak uruskan hal tu. Jahat aku kan, guna perkataan malas? Tapi cuba la fikir, kalau 4 tahun pun tak setel gak tukar nama, tak ke malas namanya?

Ok, aku tak patut terlalu cepat menilai orang (walaupun aku rasa 4 tahun tu dah cukup lama). Mana tau, syarikat peguam tu ada masalah ke kan? Mungkin juga ada masalah lain dalam urusan penukaran hak rumah tu. Tapi macam tu jugak tanggapan orang pada kaki tangan awam tiap kali mereka dilayan lambat. Takdenye orang nak heran kalau ada masalah sebab pada mereka, kakitangan awam memang lembab!

Sama gak sebuah bank ni aku nak buat loan rumah. Korang tahu la, loan rumah kena la buat cepat supaya tak kena penalty. Tapi sampai ke sudah, dia tak uruskan pun pinjaman aku. Mujur ada kawan aku kat bank lain. Last-last aku buat permohonan pinjaman dengan dia. Boleh la aku buat muka tak malu call tiap hari tanya apa cerita loan aku tu. Jadi, nak tak nak, kawan aku kena la buat cepat. Tu pun agak lambat gak.

Lepas tu, ada pula yang komplen tentang CUEPACS yang konon hanya berdegar-degar masa minta bonus. Come on la... CUEPACS dah tau, kalau minta 2 bulan, mesti dapat sebulan. Kalau minta sebulan, silap-silap dapat setengah bulan atau tak dapat langsung. Apa salah kalau sekali-sekala kaki tangan kerajaan tu dapat bonus sebulan tu? Kalau kena berdegar-degar baru dapat, biar la mereka berdegar-degar. Bukan banyak pun minta. Lain la kaki tangan swasta yang kadangkala boleh dapat bonus sampai 6 bulan.

Entah la. Bosan dengan orang yang asyik nak kondem orang lain. Slow? Mungkin. Tapi rubbish? Ko memang jahat!

Oh, yang aku cerita ni, bukan semua, sesetengah je.. (huh, ayat cliche. Dah terlambat. Orang dah sentap dengan statement kutukan tu). Aku tahu aku akan menyesal tulis benda ni sebab bukan la hobi aku untuk kutuk kerja orang. Tapi aku jez nak bagitau orang lain yang suka kutuk orang, bahawa apa yang dorang buat tu, buat orang terasa.

Ye, aku memang cepat sentap!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Semua orang boleh komen. Dan aku laparkan komen dari korang.
Tapi letak la nama.. Tak suka nak panggil korang Tanpa Nama