Semalam, Kak Anita panggil aku dan cuba bercakap dengan nada serius (sesuatu yang sangat susah untuk dia lakukan bila dia cuba berlawak). Aku try la juga mendengar apa yang dia nak cakap. Mana tau ada benda yang aku buat silap (memang kepakaran aku la since aku memang seorang yang panas baran)
Bila aku dah cuba dengar dia dengan serius, tiba-tiba dia keluarkan sekeping kertas yang bertulis "YOU HAVE TO LOSE SOME WEIGHT!"
Huk3... Yup, aku dah masuk kategori obes dah. Bukan tak cuba diet, tapi agak susah. Aku memang makan sekali je (sarapan) di sekolah. Balik rumah, petang baru la aku makan. Kalau lapar gila, aku makan 2 round. Kalau biasa-biasa je, aku makan la 1 round je. Malam aku jarang makan.
Masih, berat aku naik macam harga hartanah di kawasan Lembah Klang. Serius aku juga kecewa dengan 'perkembangan' aku kerana berat yang naik dengan hebat bermakna:
1- Makin banyak la baju-baju aku yang tak boleh dipakai. Dengan kata lain, aku kena beli baju baru. Bukan murah tau baju kurung sepasang. lAgipun, apa aku nak buat dengan baju-baju dan seluar-seluar yang aku dah beli dulu?
2- Kalau nak apply insurans/ takaful, aku kena buat medical check up. Dorang takut aku ada penyakit.
3- Aku nampak semakin rendang. Aku dah la memang pendek. Serius aku tak suka.
4- Kemungkinan untuk dapat penyakit mungkin agak tinggi.
5- Aku nampak lebih tua dari yang sepatutnya. Dan aku sangat tak suka itu. Aku nak nampak muda!!!!
Disebabkan dah banyak kali cuba untuk diet dan gagal, aku agak give up la.. Oh, jangan tak bagi aku makan nasi. Agak kurang berkesan di situ. Aku takkan puas selagi tak dapat nasi. Macam ada yang kurang. Dan aku tak boleh lewat makan. Lambat sikit je, mula la aku angin teruk. Dan angin tu serang kepala. Serius aku tak suka
Bagi idea macam mana aku nak kurus? Jangan bagi benda yang susah nak buat. Yang senang-senang sudah..
Kucing adalah sangat untung! Gemuk macam mana pun, nampak comel jugak. Dan tak perlu risau baju tak muat. Huhuhu... |
mai. aku baru je terbaca entry ko nih. ko try consume extra virgin olive oil, atau virgin coconut oil. dalam 1-2 dua sudu je sehari. ko bole gugel la khasiat2 dia utk turunkan berat badan. nak turun segera tu mmg imposibble la, tapi still membantu. plus harga pun tak mahal. nasi ko bole amik mcm biasa, tapi jgn lebih daripada nilai kalori yg ko perlukan dalam sehari. cuba dlu k.
BalasPadamhuhu.. tq.. aku akn usha virgin olive oil... byk kt hypermarket
BalasPadam