KLIK LAJU-LAJU!

MARI BLOGWALKING DENGAN APESAL.COM

Yang Baik Hati =)

Cari cerita lama

Aku terkini

sebelum komen, baca dulu komen orang lain boleh? Bosan la nak balas komen yang sama.. sebab jawapan aku mesti sama punya. tak pasal2 aku jadi astro karang ulang tayang beberapa kali

* jangan orang astro sentap pulak dengan aku, suda

Isnin, 31 Januari 2011

Berundur untuk maju

Menulis, sama seperti bertutur adalah sesustu yang kita kena buat setiap hari untuk master. Faham-faham sahajalah maksud aku. Bukanlah bertutur yang biasa tu sebab memang sure la tiap hari kita bercakap. Maksud aku ialah bertutur dalam bahasa asing, contohnya Bahasa Inggeris.

Masa aku sekolah dulu, kawan-kawan aku meningkatkan kemahiran Bahasa Inggeris mereka dengan membaca buku Sweet Valley Twin, Sweet Valley High.. bla.. bla.. bla.. Aku akui, aku sedikit terlambat bermula. Tapi takpelah.  lebih baik terlambat dari tak mula langsung kan?

Akhirnya, aku berjaya mula membaca buku cerita Inggeris. Agak mengambil masa la untuk aku habiskan 1 buah buku tu. Dengan membaca buku Inggeris pun, Imaginasi menjadi semakin.. hurmm.. luas? haha.. ok.. jadi, aku lepas la ujian di matrikulasi aku.. MUET pun bolehlah.. cukup la untuk mengelakkan aku dari kena mengambil kelas Inggeris di UPM.

Kisahnya, kawan aku ni dapat band 2 je dalam MUET.. Kira hampeh giler la tu.. kena ambil kelas BI di UPM.. Tapi tak lama lagi, kawan aku tu (orang yang sama) akan berkahwin dengan mat saleh dari London. Kawan-kawan dia pun ramai mat saleh dah. Cakap memang berabuklah. Berbanding dengan aku, yang dulu dapat band yang ok tetapi disebabkan kurang mengamalkannya (bertutur dan menulis), maka, PAC PTD pun aku tak lepas. Betapa cokianya aku sekarang.

Begitu juga dengan menulis. Masa sekolah dulu, Aku boleh menulis nopen (novel pendek) 16 bab. Sebabnya, masa tu, kitorang 1 sekolah semua gila menulis cerita. Sekarang? masa tengah gian berblog, aku boleh menulis entry-entry yang baik. aku boleh menulis cerita yang aku suka contohnya macam cerita ni dan cerita ni (aku tak tau korang suka atau tak, yang pastinya aku suka)

Tu yang tiba-tiba aku cuba membuat sedikit preview cerita baru dalam entry sebelum ni. Nak asah balik skil. Tapi, aku sendiri rasa entah apa-apa entah.. sangat childish.. dan disebabkan aku childish, mulai esok, aku bercadang nak tulis karangan kanak-kanak. Ye, aku nak tulis karangan aku sebuah layang-layang.. kembali ke zaman darjah 5 dengan harapan, skil aku dapat dipertingkat. Come on la.. aku suruh budak meningkatkan diri tapi aku sendiri tengah merudum.. Jadi, aku pun kena cuba meningkatkan diri sendiri. betul tak?

Ok la. esok kena pergi sekolah. Nak tanda buku. Aku rajin kan? Wakakaka...

p/s: Rumah sukan aku dapat no 2 merentas desa Jumaat lepas. Aku serius kena minta budak aku usaha lagi untuk kalahkan rumah Laksamana. Go Bendahara!

Sabtu, 29 Januari 2011

Surat Untuk Awak


Assalamualaikum..

Hai awak.. Apa khabar? Harap awak sihat. Macam saya..

Hurmm.. Awak tau, sekarang ni kan, tiap hari saya online. Dengan harapan saya dapat jumpa awak. Entah apa-apa entah kan? Online la.. Online la..

Hari tu, saya pergi ke muzium dengan kawan. Tapi, entah kenapa, perasaan masa melawat dengan mereka tu tak sama dengan perasaan masa melawat dengan awak. Bila dengan awak, saya rasa lebih seronok. Tak perlu nak tengok cepat-cepat. Awak menikmati setiap karya di situ. Siap explain lagi maksud karya pada saya. Sedangkan dengan kawan saya tu, mereka seperti hendak cepat. Jadi, saya tak dapat nak berlama-lamaan di situ. Bukannya saya pandai menikmati karya pun, tapi.. entahlah.. mungkin saya jenis yang beria dan tak suka laju-laju bila nak buat sesuatu kot?

Sebab tu saya suka berjalan dengan awak. Awak cool.. nampak relax je. Walaupun hakikatnya, awak lagi banyak benda yang nak dikejar. Dan awak matang. Jadi, saya berpeluang menjadi kanak-kanak.. Wawawawa.. Jangan marah ha.. Hehehe..

Hurrmm.. Sampai sini dulu la.. Lain kali saya menulis lagi ya? Tak sabar rasanya nak jumpa awak lagi. Jangan lama-lama sangat pergi tempat orang tu.. Nanti saya jealous. Bilalah baru saya mampu nak pergi luar negara ya?

Ok ok.. ni betul-betul punya penamat. Jumpa lagi.

Salam

Selasa, 25 Januari 2011

nak minta blogger-blogger sekalian tulis karangan kekanak..

kalau aku buat pertandingan karangan, agak2 ramai tak yg join? ingat nk buat pertandingan bertajuk " aku sebuah layang-layang" ok tak?

hadiah macam biasa la.. takdelah hebat sangat tapi ada lah sikit.. gula2 barang sebiji dua mungkin? entahlah. aku tak pasti.

yang aku pasti, aku teringin nak membaca hasil nukilan blogger-blogger terhadap tajuk ksrangan darjah 3 ni..

so, should i proceed with the plan?

Ahad, 23 Januari 2011

I Want You to Want Me - Letters to Cleo

antara filem remaja yang paling aku suka ialah 10 Things I Hate About You. Kenapa? Sebab aku rasa 2nd hero dia sangat cute. At least masa tu la. Tapi cerita dia memang agak ok walaupun ringan. Lagu-lagu dalam cerita tu pun ok. dalam Entry yang lalu aku dah letak lagu too good to be true. Kali ni, aku nak letak lagi satu lagu dalam filem tersebut. Nak tau macam mana lagu tu? pergi youtube je la ya?
================================================

Penyanyi: Letters to Cleo 
Tajuk: I Want You to Want Me Lyrics

I want you to want me
I need you to need me
I'd love you to love me
I'm beggin' you to beg me

I want you to want me
I need you to need me
I'd love you to love me

I'll shine up my old brown shoes
Put on a brand new shirt
Get home early from work
If you say that you love me

Didn't I, didn't I, didn't I see you cryin'
Oh, didn't I, didn't I, didn't I see you cryin'
Feeling all alone without a friend you know you feel like dying
Oh, didn't I, didn't I, didn't I see you cryin'

I want you to want me
I need you to need me
I'd love you to love me
I'm beggin' you to beg me

I'll shine up my old brown shoes
Put on a brand new shirt
Get home early from work
If you say that you love me

Didn't I, didn't I, didn't I see you cryin'
Oh, didn't I, didn't I, didn't I see you cryin'
Feeling all alone without a friend you know you feel like dying
Oh, didn't I, didn't I, didn't I see you cryin'

I want you to want me
I need you to need me
I'd love you to love me
I'm beggin' you to beg me

I want you to want me
I want you to want me
I want you to want me
I want you to want me