Dah tertulis dalam kitab, setiap benda ada baik dan buruknya. Begitu juga internet.
Ya.. Internet ciptaan manusia.. Tapi ilmu nk wujudkan internet, semua tu Tuhan yang bagi.
Kebaikan internet semua dah tau la. Maklumat di hujung jari. Nak maklumat apa, cari je. Termasuk la kalau kau nak cari rumah org yang kau minat utk kau lihat bumbungnya (paham tak? Paham tak? Tak paham? Takpe la)
Tapi, internet ni pun sgt banyak la keburukannya.
Antaranya ialah bab seks. Orang tahun 80an - 90an dulu, bukan la baik sgt.. Tapi, masa tu penyebaran maklumat tak macam sekarang, jadi takde la sampai budak kecil pun boleh terdedah kepada benda2 tak baik tu. Tapi sekarang? Bukan sahaja terdedah, dia pun nak dedah apa dia buat.
Puncanya, sebab dah terlalu banyak, dia rasa benda tu biasa je.
Isu kedua ialah kebebasan bersuara. Bebas sangat. Sampai suka hati kau je nak mencemuh orang. Aku bukan bercerita tentang mereka yang menulis blog memang untuk mengkritik. Aku cerita tentang orang yang senang-senang kutuk orang lain kalau orang tu tak sependapat dengan dia. Kalau orang tu keluar statement bodoh, jangan cerita la. Habis dicanangnya.
Mentang la fb / internet ni kita tak berjumpa 4 mata, hampir anonymous (kalau x pun, org tu xde keje nk cari kita), semua orang lantang bercakap tanpa kira perasaan org.
Bercakap mcm dia aje yg betul, orang tu je yg salah
Mungkin dia salah sbb pndg rendah ko. Mungkin dia salah sbb buat ko kecik hati.
Tapi, menghebahkan apa dia buat pd umum, tak kira la kau tunjuk muka dia atau tak (tunjuk muka org tu mmg lg teruk la), menjadikan kau sama / lagi teruk dr dia.
Oh, dan x perlu nk bgtau yg kau buat lebih dr org lain. Kau buat org rasa dia kurang dari kau.
Kongsilah kegembiraan. Dengan niat berkongsi. Kongsilah ilmu. Dengan niat berkongsi. Luahkan apa kau nak. Dengan niat nak lepaskan tekanan. Tanpa ada niat utk berkata, "tengok, aku lebih baik dari kau".
Takat nak tunjuk bagus, dengan kawan-kawan rapat sudah la.
Disebabkan blog aku ni tak popular, takde la yang bertanya kenapa aku tak menulis. Tapi, kalau ada orang bertanya, aku akan jawab "saya lama tak menulis sebab saya dah tua. Dan semakin saya tua, semakin saya pandai kawal perasaan untuk bercerita semua benda." sebab korang sendiri tahu, biasanya aku tulis blog ni bila aku ada perasaan sedih atau tak puas hati.
Hehehe
Kalau ada antara kawan aku yang baca benda ni dan korang terbuat benda yang aku tegur ni, sila la tahu, aku bukan benci korang, cuma ada bahagian yg perlu korang betulkan.
Heh.. Tapi kawan aku baik-baik.. Aku yang masih perlu banyak mengejar sebenarnya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Semua orang boleh komen. Dan aku laparkan komen dari korang.
Tapi letak la nama.. Tak suka nak panggil korang Tanpa Nama