KLIK LAJU-LAJU!

MARI BLOGWALKING DENGAN APESAL.COM

Yang Baik Hati =)

Cari cerita lama

Aku terkini

sebelum komen, baca dulu komen orang lain boleh? Bosan la nak balas komen yang sama.. sebab jawapan aku mesti sama punya. tak pasal2 aku jadi astro karang ulang tayang beberapa kali

* jangan orang astro sentap pulak dengan aku, suda

Sabtu, 10 Oktober 2015

Mengira Tajul Muluk (ajar lagi sekali)

*** sekali lagi diingatkan agar anda tidak terlalu percayakan tajul muluk ini. Segala yg baik datang dari Allah. Segala yang buruk datang dari kelemahan kita sendiri.

Cara kira Tajul Muluk

Bunyi sebutan nama; iaitu jika bunyi di :-
Depan (bila sebut, vokal u: contoh nu, rul, hu)= Markah 9
Atas (bila sebut, vokal a: contoh ha, jar, sal, ma)= Markah 8
Bawah (bila sebut, vokal i: contoh him, ziz, mi)= Markah 5

Mencari baki :-
Jumlah dibahagi pula dengan nombor 9, 7, 5 dan 3 iaitu peringkat perjalanan usia perkahwinan (9, 7, 5, 3)
# 9 - Di masa muda (awal perkahwinan)
# 7 - Di masa memasuki pertengahan
# 5 - Di masa menghadapi masa tua
# 3 - Di masa tua (penghujung perkahwinan)

Jika baki :-
 0 - Bulan Purnama
Di waktu ini rumah tangga sangat bahagia, hidup penuh dengan aman dan damai. Tidak berlaku kekecohan. Jika pasangan ini subur kemungkinan mendapat ramai anak.

1 - Biji Di Tasik
Di waktu ini pasangan hidup dengan keadaan kewangan yang hanya cukup makan. Tidak mewah (dengan kadar masing-masing) dengan kata lain tidak cukup duit atau susah sedikit untuk mendapatkan duit. Rezeki payah.

2 - Anak Raja Sekandang
Di waktu ini pasangan suami isteri romantis, rasa secocok, rasa sama padan dan saling memahami. Maka rumahtangga menjadi bahagia.

3 - Anak Raja Kepanasan
Di waktu ini sering berlaku pertengkaran, bergaduh, bermasam muka iaitu dengan kata lain perselisihan faham sering berlaku. Jika dibiarkan berlarutan rumahtangga akan hancur.

4 - Abu Atas Tunggul
Di waktu ini duit ada tapi tidak pernah cukup. Jika dapat wang pun hanya sekadar dapat lihat sahaja. Wang itu cepat habis digunakan. Ada-ada saja perkara yang hendak dibelanjakan. Senang datang senang habis. Poket sentiasa kosong.

5 - Telaga Di Bawah Bukit
Di waktu ini rezeki datang melimpah-limpah. Tidak menghadapi masalah kewangan. Hidup senang.

6 - Tanduk Seberkas
Di waktu ini pasangan menjadi romantis, penuh kemesraan dan penuh kasih sayang.

7 - Naga Seru
Di waktu ini pasangan tidak tenteram kerana masalah kuat cemburu. Selalu tidak percaya pada pasangan.

8 - -sama seperti nombor 0-

≠≠≠≠≠≠≠≠≠≠≠≠≠≠≠≠≠≠≠≠≠
Kes 1
Lelaki: abdullah
Sebutan: ab + dul + lah
Markah: 8 + 9 + 8
Jumlah: 25

Perempuan : zakiah
Sebutan : za + ki + ah
Markah : 8 + 5 + 8
Jumlah: 21

So Jumlah Keseluruhan : 25+ 21 = 46

46 bahagi
9... baki ialah 1
7... baki ialah 4
5... baki ialah 1
3... baki ialah 1

so, mula2 kawin (1):
Di waktu ini pasangan hidup dengan keadaan kewangan yang hanya cukup makan. Tidak mewah (dengan kadar masing-masing) dengan kata lain tidak cukup duit atau susah sedikit untuk mendapatkan duit. Rezeki payah. 

pertengahan perkahwinan (4):
Di waktu ini duit ada tapi tidak pernah cukup. Jika dapat wang pun hanya sekadar dapat lihat sahaja. Wang itu cepat habis digunakan. Ada-ada saja perkara yang hendak dibelanjakan. Senang datang senang habis. Poket sentiasa kosong.

masa dah tua (1):
Di waktu ini pasangan hidup dengan keadaan kewangan yang hanya cukup makan. Tidak mewah (dengan kadar masing-masing) dengan kata lain tidak cukup duit atau susah sedikit untuk mendapatkan duit. Rezeki payah.

masa dah nak tunggu waktu (1):
Di waktu ini pasangan hidup dengan keadaan kewangan yang hanya cukup makan. Tidak mewah (dengan kadar masing-masing) dengan kata lain tidak cukup duit atau susah sedikit untuk mendapatkan duit. Rezeki payah.

2 ulasan:

  1. Perkongsian yang menarik siap dah bagitau awal-awal Allah yang menentukan segalanya bukannya tajul muluk. Bagi memecahkan formula tajul muluk ialah dengan selalu bersedekah. Tidak ada orang yang susah dapat rezeki atau jadi miskin papa kedana kerana sering bersedekah.

    BalasPadam
  2. 0176501373..tolong wassap sy...sy kira x dpt2 bakii..pening kira....

    BalasPadam

Semua orang boleh komen. Dan aku laparkan komen dari korang.
Tapi letak la nama.. Tak suka nak panggil korang Tanpa Nama