KLIK LAJU-LAJU!

MARI BLOGWALKING DENGAN APESAL.COM

Yang Baik Hati =)

Cari cerita lama

Aku terkini

sebelum komen, baca dulu komen orang lain boleh? Bosan la nak balas komen yang sama.. sebab jawapan aku mesti sama punya. tak pasal2 aku jadi astro karang ulang tayang beberapa kali

* jangan orang astro sentap pulak dengan aku, suda

Selasa, 10 November 2015

Internet Dah Menukar Kita

Dah tertulis dalam kitab, setiap benda ada baik dan buruknya. Begitu juga internet. 

Ya.. Internet ciptaan manusia.. Tapi ilmu nk wujudkan internet, semua tu Tuhan yang bagi. 

Kebaikan internet semua dah tau la. Maklumat di hujung jari. Nak maklumat apa, cari je. Termasuk la kalau kau nak cari rumah org yang kau minat utk kau lihat bumbungnya (paham tak? Paham tak? Tak paham? Takpe la)

Tapi, internet ni pun sgt banyak la keburukannya. Antaranya ialah bab seks. Orang tahun 80an - 90an dulu, bukan la baik sgt.. Tapi, masa tu penyebaran maklumat tak macam sekarang, jadi takde la sampai budak kecil pun boleh terdedah kepada benda2 tak baik tu. Tapi sekarang? Bukan sahaja terdedah, dia pun nak dedah apa dia buat.

Puncanya, sebab dah terlalu banyak, dia rasa benda tu biasa je.

Isu kedua ialah kebebasan bersuara. Bebas sangat. Sampai suka hati kau je nak mencemuh orang. Aku bukan bercerita tentang mereka yang menulis blog memang untuk mengkritik. Aku cerita tentang orang yang senang-senang kutuk orang lain kalau orang tu tak sependapat dengan dia. Kalau orang tu keluar statement bodoh, jangan cerita la. Habis dicanangnya. Mentang la fb / internet ni kita tak berjumpa 4 mata, hampir anonymous (kalau x pun, org tu xde keje nk cari kita), semua orang lantang bercakap tanpa kira perasaan org. Bercakap mcm dia aje yg betul, orang tu je yg salah 

Mungkin dia salah sbb pndg rendah ko. Mungkin dia salah sbb buat ko kecik hati. Tapi, menghebahkan apa dia buat pd umum, tak kira la kau tunjuk muka dia atau tak (tunjuk muka org tu mmg lg teruk la), menjadikan kau sama / lagi teruk dr dia.

Oh, dan x perlu nk bgtau yg kau buat lebih dr org lain. Kau buat org rasa dia kurang dari kau. 

Kongsilah kegembiraan. Dengan niat berkongsi. Kongsilah ilmu. Dengan niat berkongsi. Luahkan apa kau nak. Dengan niat nak lepaskan tekanan. Tanpa ada niat utk berkata, "tengok, aku lebih baik dari kau".

Takat nak tunjuk bagus, dengan kawan-kawan rapat sudah la.

Disebabkan blog aku ni tak popular, takde la yang bertanya kenapa aku tak menulis. Tapi, kalau ada orang bertanya, aku akan jawab "saya lama tak menulis sebab saya dah tua. Dan semakin saya tua, semakin saya pandai kawal perasaan untuk bercerita semua benda." sebab korang sendiri tahu, biasanya aku tulis blog ni bila aku ada perasaan sedih atau tak puas hati.

Hehehe Kalau ada antara kawan aku yang baca benda ni dan korang terbuat benda yang aku tegur ni, sila la tahu, aku bukan benci korang, cuma ada bahagian yg perlu korang betulkan. Heh.. Tapi kawan aku baik-baik.. Aku yang masih perlu banyak mengejar sebenarnya.

Sabtu, 10 Oktober 2015

Mengira Tajul Muluk (ajar lagi sekali)

*** sekali lagi diingatkan agar anda tidak terlalu percayakan tajul muluk ini. Segala yg baik datang dari Allah. Segala yang buruk datang dari kelemahan kita sendiri.

Cara kira Tajul Muluk

Bunyi sebutan nama; iaitu jika bunyi di :-
Depan (bila sebut, vokal u: contoh nu, rul, hu)= Markah 9
Atas (bila sebut, vokal a: contoh ha, jar, sal, ma)= Markah 8
Bawah (bila sebut, vokal i: contoh him, ziz, mi)= Markah 5

Mencari baki :-
Jumlah dibahagi pula dengan nombor 9, 7, 5 dan 3 iaitu peringkat perjalanan usia perkahwinan (9, 7, 5, 3)
# 9 - Di masa muda (awal perkahwinan)
# 7 - Di masa memasuki pertengahan
# 5 - Di masa menghadapi masa tua
# 3 - Di masa tua (penghujung perkahwinan)

Jika baki :-
 0 - Bulan Purnama
Di waktu ini rumah tangga sangat bahagia, hidup penuh dengan aman dan damai. Tidak berlaku kekecohan. Jika pasangan ini subur kemungkinan mendapat ramai anak.

1 - Biji Di Tasik
Di waktu ini pasangan hidup dengan keadaan kewangan yang hanya cukup makan. Tidak mewah (dengan kadar masing-masing) dengan kata lain tidak cukup duit atau susah sedikit untuk mendapatkan duit. Rezeki payah.

2 - Anak Raja Sekandang
Di waktu ini pasangan suami isteri romantis, rasa secocok, rasa sama padan dan saling memahami. Maka rumahtangga menjadi bahagia.

3 - Anak Raja Kepanasan
Di waktu ini sering berlaku pertengkaran, bergaduh, bermasam muka iaitu dengan kata lain perselisihan faham sering berlaku. Jika dibiarkan berlarutan rumahtangga akan hancur.

4 - Abu Atas Tunggul
Di waktu ini duit ada tapi tidak pernah cukup. Jika dapat wang pun hanya sekadar dapat lihat sahaja. Wang itu cepat habis digunakan. Ada-ada saja perkara yang hendak dibelanjakan. Senang datang senang habis. Poket sentiasa kosong.

5 - Telaga Di Bawah Bukit
Di waktu ini rezeki datang melimpah-limpah. Tidak menghadapi masalah kewangan. Hidup senang.

6 - Tanduk Seberkas
Di waktu ini pasangan menjadi romantis, penuh kemesraan dan penuh kasih sayang.

7 - Naga Seru
Di waktu ini pasangan tidak tenteram kerana masalah kuat cemburu. Selalu tidak percaya pada pasangan.

8 - -sama seperti nombor 0-

≠≠≠≠≠≠≠≠≠≠≠≠≠≠≠≠≠≠≠≠≠
Kes 1
Lelaki: abdullah
Sebutan: ab + dul + lah
Markah: 8 + 9 + 8
Jumlah: 25

Perempuan : zakiah
Sebutan : za + ki + ah
Markah : 8 + 5 + 8
Jumlah: 21

So Jumlah Keseluruhan : 25+ 21 = 46

46 bahagi
9... baki ialah 1
7... baki ialah 4
5... baki ialah 1
3... baki ialah 1

so, mula2 kawin (1):
Di waktu ini pasangan hidup dengan keadaan kewangan yang hanya cukup makan. Tidak mewah (dengan kadar masing-masing) dengan kata lain tidak cukup duit atau susah sedikit untuk mendapatkan duit. Rezeki payah. 

pertengahan perkahwinan (4):
Di waktu ini duit ada tapi tidak pernah cukup. Jika dapat wang pun hanya sekadar dapat lihat sahaja. Wang itu cepat habis digunakan. Ada-ada saja perkara yang hendak dibelanjakan. Senang datang senang habis. Poket sentiasa kosong.

masa dah tua (1):
Di waktu ini pasangan hidup dengan keadaan kewangan yang hanya cukup makan. Tidak mewah (dengan kadar masing-masing) dengan kata lain tidak cukup duit atau susah sedikit untuk mendapatkan duit. Rezeki payah.

masa dah nak tunggu waktu (1):
Di waktu ini pasangan hidup dengan keadaan kewangan yang hanya cukup makan. Tidak mewah (dengan kadar masing-masing) dengan kata lain tidak cukup duit atau susah sedikit untuk mendapatkan duit. Rezeki payah.

Sabtu, 21 Februari 2015

Testing apps baru

Aku baru download bloggeroid. Katanya lagi reliable berbanfing blogger.com sendiri kalau nak menulis menggunakan android.

So, aku saje nak tengok apakah hasilnya. Kalau ada kawan2 yg tere IT yang nk bg komen atau pendapat, lagi aku suka..