Cari cerita lama
Aku terkini
sebelum komen, baca dulu komen orang lain boleh? Bosan la nak balas komen yang sama.. sebab jawapan aku mesti sama punya. tak pasal2 aku jadi astro karang ulang tayang beberapa kali
* jangan orang astro sentap pulak dengan aku, suda
Khamis, 7 Jun 2012
Sukar untuk melupa
Yup. Aku setuju. Sangat setuju. Sebab tu la yang aku rasa sekarang. Patutnya aku stop dari awal bila sedar yang sesuatu hubungan tu takkan ke mana.
Lebih-lebih lagi, banyak je yang kita buat semasa berkawan tu adalah dilarang pun oleh agama. Bersms, bersembang benda tak perlu, berjumpa, ber itu, ber ini... huhuhu...
Serius, kalau korang baru terjebak dalam perhubungan yang tak pasti, hentikan segera. Nak cari pasangan hidup, buat betul-betul. Jangan membazir masa dan kredit selama bertahun-tahun dan akhirnya takde apa-apa..
Ah, aku bukan cerita tentang korang sebenarnya. Semua yang aku bebelkan ni adalah tentang aku sendiri.
Tapi takpe. Batu pun lama-lama boleh lekuk dititis air. Begitu juga ingatan kita pada orang. Mungkin kita tak lupa pada dia. Tapi sekurang-kurangnya, kehangatan ingatan tu berkurang dengan memori baru yang dicipta.
Gudlak untuk aku. Dan untuk kamu-kamu yang sedang berusaha untuk melepaskan dan melupakan
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
hee...wan dah lama tinggalkan semua benda2 yang rapuh tu. memang hati sangat bahagia, mungkin sbb tak buat dosa.
BalasPadamselamat tinggal dunia penuh noda dan selamat datang ke dunia yang lebih membahagiakan!!
haha.. tq atas kata2 semangat tu.. mungkin akan ikut gak.. tp ada beberapa insan terpilih mmg dah akrab, payah kot.. hehe
BalasPadamtapi mcm mana nk mulakn langkah pertama utk melepaskn sebelum boleh melupakn...sedangkn nk melepaskn pn sgt ssh,ini kn plak nk melupakn...blh bg tips x???
BalasPadamhaha.. serius salah org untuk bertanya sebab saya tak pernah tinggalkan orang. Sentiasa, orang yg tinggalkan saya.
BalasPadamtugas saya hanya move on lepas ditinggalkan. Sakit. Tapi lama2 kita lupa sakit tu..