Kisahnya... En. Ken masih di spa. ke tukang jahit? Aku memang agak bengang la.. Tapi apa lagi aku nak kata? Nak tak nak, pagi tadi, ayah kena la hantar aku pergi kerja. Mujur jalan agak tenang hari ni.Orang malas pergi kerja lagi kot?
Kebetulan, hari ni aku kena tengok perlawanan bola lisut (softball) antara rumah sukan. Maka balik lambat la aku. Tak sempat nak join mak balik.
Sila ingat, aku bekerja betul-betul di hadapan Tasik Titiwangsa. Dan hari ni aku merancang nak balik naik LRT. LRT terdekat ialah di Stesen Titiwangsa. Untuk ke sana, aku bercadang nak jalan kaki je.. sebagai usaha untuk memahami seseorang yang aku kenal yang suka berjalan. Lagipun, kalau aku boleh berjalan di Singapura, kenapa aku tak boleh berjalan di KL?
5.34 petang
Aku keluar dari pagar sekolah. Aku jalan ke Jalan Tun Razak, naik jejantas menyeberang ke sebelah HKL dan menyusur menuju ke LRT. naik lagi 1 jejantas di hadapan hospital. Lalu belakang kedai-kedai.. naik tangga. Tak perasan pulak ada eskalator.. huk3... 3 tingkat kot..
Lepas beli tiket, aku baru perasan yang aku pergi tu stesen monorel. Nak pergi kel LRT, sila seberang lagi.. sempat juga aku melihat kereta yang tak berapa banyak petang tadi. Kenapa hari aku tak bawa kereta, jalan nampak best??? hahaha.. Rasa nak maki diri sendiri.. Dah jalan jauh.. Adalah lebih dekat jika aku jalan lalu Istana Budaya, Jalan Titiwangsa, seberang jejantas ke Hospital Tawakal dan jalan terus je ke LRT.. huhu.. takpe.. tabahkan hati.. Sape suruh tak tau kat mana stesen tu/.
6.05 petang
Sampai ke platform. Pergi hujung sebab nak tempat duduk.. Hahaha.. Terlepas tren ke Ampang. Kalau la tren tu bas, aku kejar je. tak jauh pun.. tapi dah terlepas..
6.10 petang
Tren Ampang lalu lagi. Dapat tempat duduk!!! Hahah.. Logiknya memang dapat la memendangkan Stesen Titiwangsa ni stesen ke3 dari hujung. Orang ramai naik di Stesen Masjid Jamek.
6.39 petang.
Keluar dari Stesen Cempaka. Cadangnya nak naik bas sebab nak jimat dan sebagai tanda protes teksi-teksi tu suka tunggu orang. Bas 324 dah tiba. Tapi pintunya ditutup. Penumpang kena tunggu di luar. Tak tahu berapa minit mereka dah menunggu depan pintu. Tapi aku bas 323 dan bas belum muncul lagi.
6.45 petang
Bas 323 sampai. Yang peliknya dia tak buka pintu untuk penumpang naik. Pemandu turun. Kami tunggu depan pintu.. Makin lama orang makin ramai. Aku dah makin bosan. Apa alasan pemandu tunggu lama-lama? Nak bagi nas penuh baru nak jalan? Patut la orang sanggup naik teksi yang mahal dan tunggu orang tu. Bas lagi lama kena tunggu.
Aku naik STAR LRT.. (yang garisan kuning) naik di Titiwangsa dan turun di Cempaka. |
6.57 petang
Pintu bas dibuka. Aku bayar RM1 untuk tiket. Kalau naik teksi kena bayar RM4, tunggu orang dalam 5 minit dan kena kongsi teksi dengan orang lain. Untung betul pemandu teksi kat Stesen Cempaka tu. Dah la mereka marah kalau pemandu teksi luar mengambil penumpang di situ. Dengan kata lain, teksi luar hanya boleh turunkan penumpang sahaja. Ambil penumpang tak boleh.
7.27 petang
Bas sampai ke perhentian bas depan 7E. Aku berjalan ke rumah.
7.31 petang
Aku masuk pintu rumah, letak beg dan terus cari air sejuk.. haha..
Tempoh dari sekolah ke rumah dengan menaiki pengangkutan awam.. 1 jam 57 minit.. Kalau naik kereta lebih kurang 45 minit. jarak rumah ke sekolah lebih kurang 13km.
Ikutkan ok je. Dan ramai warga Kl yang tempuh benda ni hari-hari.. tu belum cerita yang berulang ke Seremban dengan tren dan bas... tapi serius.. AKU NAK EN. KEN CEPAT!!!!
Dan kepada mereka-mereka yang naik pengangkutan awam tiap hari.. SAYA RESPEK DENGAN ANDA YANG TIDAK JEMU! ANDA HEBAT!
Rasanya kalau awak selalu naik public transport, En Ken lebih sayangkan awak! :D
BalasPadamKurang sikit ragamnya nanti.
Nape cakap gitu??? En. Ken tak nak gi sekolah lagi dah ke???
BalasPadamAsa syarikat pinjaman pinjaman bersedia untuk meminjamkan mana-mana jumlah yang anda perlukan untuk memulakan perniagaan peribadi anda. kami memberi pinjaman pada kadar faedah 3%, juga jika anda ingin membeli rumah di atas ansuran bulanan kita juga boleh menjual rumah untuk anda. supaya Sila memohon pinjaman pertanian pertanian. jika anda memerlukan hubungan pinjaman e-mel kami: asaloantransfer@gmail.com, anda juga boleh menghubungi e-mel ini: finance_institute2015@outlook.com, Mungkin ada banyak sebab mengapa anda perlu akses kepada beberapa wang tunai tambahan - daripada yang tidak dijangka pembaikan kereta atau rumah untuk membayar perkahwinan anda atau cuti khas. Tetapi apa sahaja yang anda memerlukannya, apabila anda meminjam antara $ 5,000 USD untuk 100,000 USD di atas.
BalasPadampengkhususan Syarikat.
1) Kami memberi pinjaman pada kadar faedah 3%.
2) Kami juga boleh membeli sebuah rumah pilihan anda dalam mana-mana lokasi pilihan anda.