KLIK LAJU-LAJU!

MARI BLOGWALKING DENGAN APESAL.COM

Yang Baik Hati =)

Cari cerita lama

Aku terkini

sebelum komen, baca dulu komen orang lain boleh? Bosan la nak balas komen yang sama.. sebab jawapan aku mesti sama punya. tak pasal2 aku jadi astro karang ulang tayang beberapa kali

* jangan orang astro sentap pulak dengan aku, suda

Selasa, 19 Jun 2012

Lupakan Si Dia?? Begini caranya..

Hari tu, aku ada bagitau yang aku sedang cuba untuk melupakan seseorang dan proses tu sangat susah. Kebetulan, ada pulak orang bertanya tips dari aku, macam mana nak lupakan orang yang dia suka tapi bel;um ada jodoh tu..

Jujur, aku seorang yang amat menyedihkan. Aku banyak kali suka orang dan banyak kali ditolak. Jadi, untuk  melupakan seseorang, satu-satunya cara yang paling berkesan untuk aku ialah, 
"orang itu perlu tidak mengendahkan aku sekurang-kurangnya selama 6 bulan"

Yup, aku tak tipu. Orang tu cuma perlu abaikan aku selama 6 bulan. Dalam 6 bulan tu aku akan bersedih, meratap, naik berat badan, belajar untuk terima hakikat, pulih dan bangkit semula. Lepas 6 bulan tu, biasanya, InsyaAllah, aku dah boleh bertegur sapa semula dengan orang itu tanpa perasaan yang lebih dari yang sepatutnya.

Dan, dalam masa yang sama, aku memang akan cari orang lain untuk jadi tempat aku mengadu dan ganti tempat dia yang aku suka tu.. Chup!! Bukan aku cepat suka orang. Aku cuma perlukan orang untuk dengar aku membebel. hahaha... dan percayalah, orang yang aku suka tu selalu jadi telinga yang mendengar..

Tapi itu aku.. Yang dah selalu ditolak. Orang lain tak sama dengan aku. Kebetulan, hari ni aku jumpa pulak tips ni.. 

Jadi, untuk kamu-kamu yang sedang berusaha untuk melupa... Cuba amalkan tips-tips di bawah..

pau dari 9gag malaysia

Selamat mencuba..

Langkah 2, 4, 6 dan 9 aku dah buat dah...

Rabu, 13 Jun 2012

Garisan

Diambil dari 9gag Malaysia
Hurmm.. memang menggambarkan apa yang aku bayangkan dalam hidup aku..

Garis Selari - orang yang nampak serasi tapi tak mungkin akan bersama

Garis yang bertemu - Lagi la selalu. Bertemu, berkawan, tapi semuanya hanya seketika. Sampai masa akan terpisah semula..

Dan ye.. kisah sedih memang selalu milik aku. Cuma, pada aku, hidup ni terlalu sekejap untuk kita meratap, bersedih dan mengenang benda yang tak pasti..

Carpe Diem..

Isnin, 11 Jun 2012

Aku - En. Ken = Aku + LRT + bas

Kisahnya... En. Ken masih di spa. ke tukang jahit? Aku memang agak bengang la.. Tapi apa lagi aku nak kata? Nak tak nak, pagi tadi, ayah kena la hantar aku pergi kerja. Mujur jalan agak tenang hari ni.Orang malas pergi kerja lagi kot?

Kebetulan, hari ni aku kena tengok perlawanan bola lisut (softball) antara rumah sukan. Maka balik lambat la aku. Tak sempat nak join mak balik.

Sila ingat, aku bekerja betul-betul di hadapan Tasik Titiwangsa. Dan hari ni aku merancang nak balik naik LRT. LRT terdekat ialah di Stesen Titiwangsa. Untuk ke sana, aku bercadang nak jalan kaki je.. sebagai usaha untuk memahami seseorang yang aku kenal yang suka berjalan. Lagipun, kalau aku boleh berjalan di Singapura, kenapa aku tak boleh berjalan di KL?

5.34 petang
Aku keluar dari pagar sekolah. Aku jalan ke Jalan Tun Razak, naik jejantas menyeberang ke sebelah HKL dan menyusur menuju ke LRT. naik lagi 1 jejantas di hadapan hospital. Lalu belakang kedai-kedai.. naik tangga. Tak perasan pulak ada eskalator.. huk3... 3 tingkat kot..

Lepas beli tiket, aku baru perasan yang aku pergi tu stesen monorel. Nak pergi kel LRT, sila seberang lagi.. sempat juga aku melihat kereta yang tak berapa banyak petang tadi. Kenapa hari aku tak bawa kereta, jalan nampak best??? hahaha.. Rasa nak maki diri sendiri.. Dah jalan jauh..  Adalah lebih dekat jika aku jalan lalu Istana Budaya, Jalan Titiwangsa, seberang jejantas ke Hospital Tawakal dan jalan terus je ke LRT.. huhu.. takpe.. tabahkan hati.. Sape suruh tak tau kat mana stesen tu/.

6.05 petang
Sampai ke platform. Pergi hujung sebab nak tempat duduk.. Hahaha.. Terlepas tren ke Ampang. Kalau la tren tu bas, aku kejar je. tak jauh pun.. tapi dah terlepas..

6.10 petang
Tren Ampang lalu lagi. Dapat tempat duduk!!! Hahah.. Logiknya memang dapat la memendangkan Stesen Titiwangsa ni stesen ke3 dari hujung. Orang ramai naik di Stesen Masjid Jamek.

6.39 petang.
Keluar dari Stesen Cempaka. Cadangnya nak naik bas sebab nak jimat dan sebagai tanda protes teksi-teksi tu suka tunggu orang. Bas 324 dah tiba. Tapi pintunya ditutup. Penumpang kena tunggu di luar. Tak tahu berapa minit mereka dah menunggu depan pintu. Tapi aku bas 323 dan bas belum muncul lagi.

6.45 petang
Bas 323 sampai. Yang peliknya dia tak buka pintu untuk penumpang naik. Pemandu turun. Kami tunggu depan pintu.. Makin lama orang makin ramai. Aku dah makin bosan. Apa alasan pemandu tunggu lama-lama? Nak bagi nas penuh baru nak jalan? Patut la orang sanggup naik teksi yang mahal dan tunggu orang tu. Bas lagi lama kena tunggu.

Aku naik STAR LRT.. (yang garisan kuning) naik di Titiwangsa dan turun di Cempaka.

6.57 petang
Pintu  bas dibuka. Aku bayar RM1 untuk tiket. Kalau naik teksi kena bayar RM4, tunggu orang dalam 5 minit dan kena kongsi teksi dengan orang lain. Untung betul pemandu teksi kat Stesen Cempaka tu. Dah la mereka marah kalau pemandu teksi luar mengambil penumpang di situ. Dengan kata lain, teksi luar hanya boleh turunkan penumpang sahaja. Ambil penumpang tak boleh.

7.27 petang
Bas sampai ke perhentian bas depan 7E. Aku berjalan ke rumah.

7.31 petang
Aku masuk pintu rumah, letak beg dan terus cari air sejuk.. haha..

Tempoh dari sekolah ke rumah dengan menaiki pengangkutan awam.. 1 jam 57 minit.. Kalau naik kereta lebih kurang 45 minit. jarak rumah ke sekolah lebih kurang 13km.

Ikutkan ok je. Dan ramai warga Kl yang tempuh benda ni hari-hari.. tu belum cerita yang berulang ke Seremban dengan tren dan bas... tapi serius.. AKU NAK EN. KEN CEPAT!!!!

Dan kepada mereka-mereka yang naik pengangkutan awam tiap hari.. SAYA RESPEK DENGAN ANDA YANG TIDAK JEMU! ANDA HEBAT!


Jumaat, 8 Jun 2012

10 PERMINTAAN SYAITAN

Ceritanya Rasulullah sedang berbicara kepada iblis dan bertanya apa saja permintaan iblis yang sampai saat ini dikabulkan Allah SWT. Ada 10 permintaan iblis yang dikabulkan Allah .. Apa dia?

Nabi Muhammad : Berapa hal yang kau pinta dari Tuhanmu?
Syaitan : 10 macam
Nabi muhammad : Apa dia?
Syaitan : 
1. Aku minta agar Allah membiarkan aku berbagi dalam harta dan anak manusia, Allah mengizinkan. Allah berfirman:
“Berbagilah dengan manusia dalam harta dan anak. dan janjikanlah mereka”, tidaklah janji syaitan kecuali tipuan.” (QS Al-Isra :64)
Harta yang tidak dizakatkan, aku makan darinya. Aku juga makan dari makanan haram dan yang bercampur dengan riba, aku juga makan dari makanan yang tidak dibacakan nama Allah. 

2. Aku minta agar Allah membiarkan aku ikut bersama dengan orang yang berhubungan dengan isterinya tanpa berlindung dengan Allah, maka syaitan ikut bersamanya dan anak yang dilahirkan akan sangat patuh kepada syaitan.

3. Aku minta agar boleh ikut bersama dengan orang yang menaiki kenderaan bukan untuk tujuan yang halal.  

4. Aku minta agar Allah menjadikan kamar mandi sebagai rumahku.

5. Aku minta agar Allah menjadikan pasar sebagai masjidku.

6. Aku minta agar Allah menjadikan syair sebagai Al Qur’anku.

7. Aku minta agar Allah menjadikan pemabuk sebagai teman tidurku.

8. Aku minta agar Allah memberikanku saudara, maka Ia jadikan orang yang membelanjakan hartanya untuk maksiat sebagai saudaraku. Allah swt berfirman,
“Orang-orang boros adalah saudara-saudara syaitan.” (QS Al-Isra : 27).

9. Wahai Muhammad, aku minta agar Allah membuatku bisa melihat manusia sementara mereka tidak bisa melihatku.

10. Dan aku minta agar Allah memberiku kemampuan untuk mengalir dalam aliran darah manusia. Allah menjawab, “silakan”, dan aku bangga dengan hal itu hingga hari kiamat. Sebahagian besar manusia bersamaku di hari kiamat. 
Iblis berkata :
“Wahai muhammad, aku tak bisa menyesatkan orang sedikitpun, aku hanya bisa membisikkan dan menggoda. Jika aku bisa menyesatkan, tak akan tersisa walau seorang pun…!!! Sebagaimana dirimu, kamu tidak bisa memberikan hidayah sedikitpun, engkau hanya Rasul yang menyampaikan amanah. Jika kau bisa memberi hidayah, tak akan ada seorang kafir pun di muka bumi ini. Kau hanya bisa menjadi penyebab untuk orang yang telah ditentukan sengsara hidupnya. Orang yang bahagia adalah orang yang telah ditulis bahagia sejak di perut ibunya. Dan orang yang sengsara adalah orang yang telah ditulis sengsara semenjak dalam kandungan ibunya.”
Rasulullah SAW lalu membaca ayat :
“Mereka akan terus berselisih kecuali orang yang dirahmati oleh Allah SWT” (QS Hud :118 – 119) “Sesungguhnya ketentuan Allah pasti berlaku” (QS Al-Ahzab : 38)
Iblis lalu berkata:
“Wahai Muhammad Rasulullah, takdir telah ditentukan dan pena takdir telah kering. Maha Suci Allah yang menjadikanmu pemimpin para nabi dan rasul, pemimpin penduduk syurga, dan yang telah menjadikan aku pemimpin makhluk-makhluk celaka dan pemimpin penduduk neraka. Aku si celaka yang terusir, ini akhir yang ingin aku sampaikan kepadamu dan aku tak berbohong.”

Khamis, 7 Jun 2012

Sukar untuk melupa



Yup. Aku setuju. Sangat setuju. Sebab tu la yang aku rasa sekarang. Patutnya aku stop dari awal bila sedar yang sesuatu hubungan tu takkan ke mana.

Lebih-lebih lagi, banyak je yang kita buat semasa berkawan tu adalah dilarang pun oleh agama. Bersms, bersembang benda tak perlu, berjumpa, ber itu, ber ini... huhuhu...

Serius, kalau korang baru terjebak dalam perhubungan yang tak pasti, hentikan segera. Nak cari pasangan hidup, buat betul-betul. Jangan membazir masa dan kredit selama bertahun-tahun dan akhirnya takde apa-apa..

Ah, aku bukan cerita tentang korang sebenarnya. Semua yang aku bebelkan ni adalah tentang aku sendiri.

Tapi takpe. Batu pun lama-lama boleh lekuk dititis air. Begitu juga ingatan kita pada orang. Mungkin kita tak lupa pada dia. Tapi sekurang-kurangnya, kehangatan ingatan tu berkurang dengan memori baru yang dicipta.

Gudlak untuk aku. Dan untuk kamu-kamu yang sedang berusaha untuk melepaskan dan melupakan

Isnin, 4 Jun 2012

Demam dan cuti dan demam

Pergh.. Aku tak ingat bila kali terakhir aku update blog ni. Macam dah lama gila. Aku malas la nak kata blog bersawang segala bagai.. Tapi.. komputer aku agak dah tebal jugak la habuknya (padahal dari dulu sentiasa berhabuk. Yang tak berhabuk bahagian keyboard je)

Alkisahnya, aku telah memanfaatkan minggu pertama cuti aku dengan pergi ke Singapura. Dengar cerita bukan main best lagi. Jadi, nak juga la aku tengok negara yang berjiran dengan kita tu.

Yang kurang bestnya, hari pertama gerak, aku dah mula demam sikit. Sakit tekak juga. Tiba-tiba je. Yang bestnya, disebabkan sakit tekak, takdelah aku beli air yang pelbagai perisa. Aku setia kepada air masak je.

Dan aku masih demam. Ye.. aku masih demam seminggu kemudian.. Aku ingatkan, aku hanya akan sakit semasa berada di Temasik. Rupa-rupanya, balik ke Malaysia atau lebih tepat lagi ke Semerah (kampung mak aku), demam aku agak kebah tapi batuk dan sakit tekak masih macam tu. Harus tak aku salahkan air sarsi dan durian dalam hal ini?
Sampai 1 tahap, aku cekik sikit leher aku, baru aku sanggup telan ludah. Punya la sakit sakit tekak kali ni.. huhuhu.. takpe takpe.. ujian..

Dan hari ni, aku mengajar budak aku dengan keadaan tekak aku sakit.. huhuhu.. Serius, kalau orang lain, aku rasa dah kurus dah. Mana taknya, nak telan makanan, punya la perit... Tapi.. hari ni aku dah makan mi bandung, spageti, bebola ayam, nasi, dan perut aku masih nak sesuatu... hurmm.. apakah itu?

Bagi aku masa. Aku akan tuliskan pengalaman berjalan ke Singapura. Esok mungkin aku boleh siap bahagian 1. Ala.. bukan banyak pun aktiviti tapi aku memang suka tulis ikut hari.. So, tengok esok ye.. Hurmm.. kena ajak Fadh keluar la gini.. esok Taman Melur takde letrik.. TNB nak tukar meter..