KLIK LAJU-LAJU!

MARI BLOGWALKING DENGAN APESAL.COM

Yang Baik Hati =)

Cari cerita lama

Aku terkini

sebelum komen, baca dulu komen orang lain boleh? Bosan la nak balas komen yang sama.. sebab jawapan aku mesti sama punya. tak pasal2 aku jadi astro karang ulang tayang beberapa kali

* jangan orang astro sentap pulak dengan aku, suda

Selasa, 29 November 2011

7 Perkara Ganjil

Macam biasa, ambil dari email... err.. korang check la kesahihan benda ni.. pastu bagitau aku ye...

======================================

Terdapat seorang pemuda yang kerjanya menggali kubur dan mencuri kain kafan untuk dijual. Pada suatu hari, pemuda tersebut berjumpa dengan seorang ahli ibadah untuk menyatakan kekesalannya dan keinginan untuk bertaubat kepada Allah s.w.t. Dia berkata, "Sepanjang aku menggali kubur untuk mencuri kain kafan, aku telah melihat 7 perkara ganjil yang menimpa mayat-mayat tersebut. Lantaran aku merasa sangat insaf atas perbuatanku yang sangat keji itu dan ingin sekali bertaubat."



Yang pertama, aku lihat mayat yang pada siang harinya menghadap kiblat. Tetapi pabila aku menggali semula kuburnya pada waktu malam, aku lihat wajahnya telahpun membelakangkan kiblat. Mengapa terjadi begitu, wahai tuan guru?" tanya pemuda itu.

Wahai anak muda, mereka itulah golongan yang telah mensyirikkan Allah s.w.t. sewaktu hidupnya. Lantaran Allah s.w.t. menghinakan mereka dengan memalingkan wajah mereka dari mengadap kiblat, bagi membezakan mereka daripada golongan muslim yang lain," jawab ahli ibadah tersebut.



Sambung pemuda itu lagi, "Golongan yang kedua, aku lihat wajah mereka sangat elok semasa mereka dimasukkan ke dalam liang lahad. Tatkala malam hari ketika aku menggali kubur mereka, ku lihat wajah mereka telahpun bertukar menjadi babi. Mengapa begitu halnya, wahai tuan guru?"

Jawab ahli ibadah tersebut, "Wahai anak muda, mereka itulah golongan yang meremehkan dan meninggalkan solat sewaktu hidupnya. Sesungguhnya solat merupakan amalan yang pertama sekali dihisab. Jika sempurna solat, maka sempurnalah amalan-amalan kita yang lain,"



Pemuda itu menyambung lagi, "Wahai tuan guru, golongan yang ketiga yang aku lihat, pada waktu siang mayatnya kelihatan seperti biasa sahaja. Pabila aku menggali kuburnya pada waktu malam, ku lihat perutnya terlalu gelembung, keluar pula ulat yang terlalu banyak daripada perutnya itu."

"Mereka itulah golongan yang gemar memakan harta yang haram, wahai anak muda," balas ahli ibadah itu lagi.



Golongan keempat, ku lihat mayat yang jasadnya bertukar menjadi batu bulat yang hitam warnanya. Mengapa terjadi begitu, wahai tuan guru?"

Jawab ahli ibadah itu, "Wahai pemuda, itulah golongan manusia yang derhaka kepada kedua ibu bapanya sewaktu hayatnya. Sesungguhnya Allah s.w.t. sama sekali tidak redha kepada manusia yang menderhakai ibu bapanya."



Ku lihat ada pula mayat yang kukunya amat panjang, hingga membelit-belit seluruh tubuhnya dan keluar segala isi dari tubuh badannya," sambung pemuda itu.

Anak muda, mereka itulah golongan yang gemar memutuskan silaturrahim. Semasa hidupnya mereka suka memulakan pertengkaran dan tidak bertegur sapa lebih daripada 3 hari. Bukankah Rasulullah s.a.w. pernah bersabda, bahawa sesiapa yang tidak bertegur sapa melebihi 3 hari bukanlah termasuk dalam golongan umat baginda," jelas ahli ibadah tersebut.



Wahai guru, golongan yang keenam yang aku lihat, sewaktu siangnya lahadnya kering kontang. Tatkala malam ketika aku menggali semula kubur itu, ku lihat mayat tersebut terapung dan lahadnya dipenuhi air hitam yang amat busuk baunya,"

Wahai pemuda, itulah golongan yang memakan harta riba sewaktu hayatnya," jawab ahli ibadah tadi.



Wahai guru, golongan yang terakhir yang aku lihat, mayatnya sentiasa tersenyum dan berseri-seri pula wajahnya. Mengapa demikian halnya wahai tuan guru?" tanya pemuda itu lagi.

Jawab ahli ibadah tersebut, "Wahai pemuda, mereka itulah golongan manusia yang berilmu. Dan mereka beramal pula dengan ilmunya sewaktu hayat mereka. Inilah golongan yang beroleh keredhaan dan kemuliaan di sisi Allah s.w.t. baik sewaktu hayatnya mahupun sesudah matinya."



Ingatlah, sesungguhnya daripada Allah s.w.t kita datang dan kepadaNya jualah kita akan kembali. Kita akan dipertanggungjawabkan atas setiap amal yang kita lakukan, hatta amalan sebesar zarah.

Isnin, 28 November 2011

Aku frust + stress

Jumaat (25/11/11), 7.30pm

Entry ini adalah entry terjadual. Dengan kata lain, ia mungkin tak menggambarkan perasaan aku pada waktu tu tapi sekurang-kurangnya ia menggambarkan perasaan aku sekarang.

Hurmm.. Aku berada dalam keadaan frust. apakah perkataan frust dalam BM? Kejap aku nak Google translate.. Ok..Google translate kata takde perkataan frust. yang ada frustrated. Dalam BM bermaksud kecewa. Ya, aku sedang kecewa sekarang.

Kenapa?

Aku bakal berumur 30 pada tahun depan tapi apa yang aku ada? Aku tak ada rumah lagi. Aku belum sambung belajar lagi. Aku takde pakwe.

Aku dah biasa duduk dalam rumah yang besar jadi, bila aku nak beli rumah, aku terbayang, rumah aku, mestilah sekurang-kurangnya sebesar rumah yang mak ayah aku mampu sediakan untuk kami adik beradik. Tapi, disebabkan aku bekerja di KL, dengan peruntukan perumahan aku, aku tak layak nak beli apartment pun dah. Rumah flat je layaknya. Berlaku jugaklah house hunting hingga ke Seremban tapi siapa nak duduk di sana? Terfikir juga hendak membeli rumah flat dan sewakan sahaja tapi ayah hanya mencebik. Boleh pulak dia cadangkan aku membeli rumah di Ijok sana. Apa hal? Stress aku!

Aku memang nak sambung belajar tapi aku sedar aku tak boleh buat dua benda dalam satu masa. Sebab tu aku nak ambil cuti untuk sambung belajar. Sanggup la aku tunggu sehingga ada orang ganti aku mengajar dan kononnya MPV nak mansuh. Tiba, dengar cerita, KPM letak peraturan ketat nak mampus terhadap orang yang nak sambung belajar sepenuh masa. so, korang agak-agak, aku akan sambung belajar tak sudahnya?

Serius, sebelum ni aku tak berapa kisah takde pakwe. Selama ni aku ada ramai kawan yang boleh melayan aku sms. Tapi semenjak 'dia' berkahwin dan 'dia' (yang seorang lagi) sudah tiada masa untuk aku, aku makin sunyi. Sape nak jadi kawan sms aku?

Ahad, 27 November 2011

JODOH (beserta doa pendekat jodoh)

Sekali lagi, aku telah mengemas email.. Sila baca ye (aku sedang jiwang + syahdu... huhuhu)

========================

"Bila hati dah berbicara mulut tidak perlu berkata kata lagi.."

Renungkanlah sedalam-dalamnya ……………….

Tidak,
Jodoh tiada kaitan dengan keturunan.. Hanya belum sampai masanya. Ia bagai menanti jambatan untuk ke seberang. Kalau panjang jambatannya jauhlah perjalanan kita. Ada org jodohnya cepat sebab jambatannya singkat. Usia 25 tahun rasanya belumlah terlalu lewat. Dan usia 35 tahun belum apa2 kalau sepanjang usia itu telah digunakan untuk membina kecemerlangan. Nyatakanlah perasaan dan keinginan anda itu dalam doa2 lewat sembahyang. Allah mendengar.

Wanita baik untuk lelaki yang baik, sebaliknya wanita jahat untuk lelaki yang jahat. Biar lambat jodoh asalkan mendapat Mr Right dan biar seorang diri drpd menjadi mangsa lelaki yang tidak beriman kemudian nanti.

Memang kita mudah ter silap mentafsir kehidupan ini. Kita selalu sangka, aku pasti bahagia kalau mendapat ini. Hakikatnya, apabila kita benar2 mendapat apa yang kita inginkan itu, ia juga dtg bersama masalah.

Kita selalu melihat org memandu kereta mewah dan terdetiklah di hati kita, bahagianya org itu. Hakikatnya apabila kita sendiri telah memiliki kereta mewah kita ditimpa pelbagai kerenah. Tidak mustahil pula org yang memandu kereta mewah(walaupun sebenarnya tak mewah) terpaksa membayar lebih tatkala berhenti untuk membeli durian di tepi jalan. Orang lain membeli dengan harga biasa, dia terpaksa membayar berlipat ganda.

Ketika anda terperangkap dalam kesesakan jalan raya, motosikal mencelah-celah hingga mampu berada jauh di hadapan. Anda pun mengeluh, alangkah baiknya kalau aku hanya menunggang sebuah motosikal seperti itu dan cepat sampai ke tempat yang dituju. Padahal si penunggang motosikal mungkin sedang memikirkan bilakah dia akan memandu kereta di tgh2 bandar raya.

Bukan semua yang anda sangka membahagiakan itu benar2 membahagiakan. Bahagianya mungkin ada tapi deritanya juga datang sama. Semua benda, pasti ada baik buruknya.

Demikian juga perkahwinan. Ia baik sebab ia dibenarkan oleh agama, sunnah Nabi, sebagai saluran yang betul untuk melepaskan shahwat di samping membina sahsiah dan sebagainya, tapi ia juga buruk sebab ramai org yang berkahwin hidupnya semakin tidak terurus.

Ramai orang menempah neraka sebaik sahaja melangkahkan kaki ke alam berumahtangga. Bukankah dengan ijab dan Kabul selain menghalalkan hubungan kelamin, tanggungjawab yang terpaksa dipikul juga turut banyak? Bukankah apabila anda gagal melaksanakannya, anda membina dosa seterusnya jambatan ke neraka?

Berapa ramaikah yang menyesali perkahwinan masing2 padahal dahulunya mereka bermati-matian membina janji, memupuk cinta kasih malah ada yang sanggup berkorban apa sahaja asalkan segala impian menjadi nyata?

Jika tidak sanggup untuk bergelar isteri tidak usah berkahwin dulu. Jika merasakan diri belum cukup ilmu untuk bergelar ibu ataupun ayah, belajarlah dulu. Jika rasa2 belum bersedia untuk bersabar dgn kerenah anak2, carilah dulu kesabaran itu. Jangan berkahwin dahulu sebab kenyataannya ramai yang tidak bersedia untuk melangkah tetapi telah melompat, akhirnya jatuh terjerumus dan tidak jumpa akar berpaut tatkala cuba mendaki naik.

Berkahwin itu indah dan nikmat bagi yang benar2 mengerti tuntutan2nya.

Berkahwin itu menjanjikan pahala tidak putus2 bagi yang menjadikannya gelanggang untuk mengukuhkan iman, mencintai Tuhan dan menjadikan syurga sebagai matlamat. Berkahwin itu sempadan dari ketidaksempurnaan insan kepada kesempurnaan insan - bagi yang mengetahui rahsia2nya.

Berkahwinlah anda demi Tuhan dan Nabi-Nya, bukan berkahwin kerana perasaan dan mengikut kebiasaan. Jodoh usah terlalu dirisaukan, tiba masanya ia akan datang menjemput, namun perlu juga anda membuka lorong2nya agar jemputan itu mudah sampai dan tidak terhalang.

Seorang teman pernah berpesan..

"Kadang2 Allah sembunyikan matahari..
Dia datangkan petir dan kilat..
kita menangis dan tertanya-tanya,
kemana hilangnya sinar..
Rupa2nya..
Allah nak hadiahkan kita pelangi."

Sabtu, 26 November 2011

aku kaku

Macam mana cara korang tunjukkan perasaan korang? Perasaan bangga? Perasaan gembira? Apa yang korang buat?

Aku ada satu pengakuan. Aku tak pandai menzahirkan perasaan aku. Kalau aku terkejut sekalipun, aku tak pandai tunjuk. Satu-satunya perasaan yang aku sangat pandai tunjuk ialah perasaan marah. Ye, aku sangat baran.

Jadi, selalu la, kalau masa ucapan bermaafan hari raya ke.. aku akan ucapkan kata maaf tapi aku takkan mampu menunjukkan riak yang sepatutnya.

Sama juga, jika aku menerima sesuatu daripada seseorang. Aku akan menerimanya dengan tersenyum, Aku akan mengucapkan terima kasih. Itu yang terbaik aku boleh lakukan. Aku tak akan memuji pemberian itu. Aku malah mungkin akan memjui benda lain, Jahat kan?

Apabila anak murid aku berjaya dalam peperiksaan, aku hanya akan senyum dan menucapkan tahniah. Tiada pelukan dari aku. Kadang-kadang aku siap tanya kenapa dia tak score subjek lain lagi. Kadang-kadang aku berikan dia cadangan ke mana dia boleh melanjutkan pelajaran.

Bila pergi melakukan sesuatu yang baru atau mendengar cerita dari anak murid aku, aku sebenarnya sangat teruja. Tapi aku sering buat muka selamba. Entah. memang itu nature aku. Aku hanya akan tunjuk beria bila aku dengan orang yang lebih tua dari aku atau orang yang lebih hebat dari aku. Kalau orang tu lebih muda dari aku, aku kontrol ayu sikit. Buat-buat tak teruja.

Ye. Aku memang Tak mahir menunjukkan perasaan aku. Aku tahu, Kadangkala, sikap aku buat orang terasa seperti usaha mereka tak dihargai. Seperti usaha mereka sia-sia. Percayalah. Sebenarnya, aku seorang yang sangat mudah teruja. cuma, aku tak tahu kenapa, kadang kala, susah benar aku nak tunjuk perasaan sebenar aku betapa aku hargai tiap apa yang korang lakukan..

Oleh itu, Izinkan aku ambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada korang semua atas segala yang telah korang usahakan selama ni.. Aku sangat hargai apa yang korang lakukan

Jumaat, 25 November 2011

Which type of baby are you?

January
Pretty/handsome. Loves to dress up. Easily bored. Fussy. Seldom shows emotions. Takes time to recover when hurt. Sensitive. Down-to-Earth. Stubborn.

February
Abstract thoughts. Loves reality and abstract. Intelligent and clever. Changing personality. Attractive. Sexiest out of everyone. Temperamental. Quiet, shy and humble. Honest And loyal. Determined to reach goals. Loves freedom. Rebellious when restricted. Loves aggressiveness. Too sensitive and easily hurt. Gets angry really easily but does not show it. Dislikes unnecessary things. Loves making friends but rarely shows it. Horny. Daring and stubborn. Ambitious. Realizing dreams and hopes. Sharp. Loves entertainment and leisure. Romantic on the inside not outside. Superstitious and ludicrous. Spendthrift. Tries to learn to show emotions.

March
Attractive personality. Sexy. Affectionate Shy and reserved. Secretive. Naturally honest, generous and sympathetic. Loves peace and serenity. Sensitive to others. Great kisser. Easily angered. Trustworthy. Appreciative and returns kindness. Hardly shows emotions. Tends to bottle up feelings. Observant and assesses others.

April
Suave and compromising. Funny and humorous. Stubborn. Very talkative. Calm and cool. Kind and sympathetic. Concerned and detailed. Loyal. Does work well with others. Very confidant. Sensitive. Positive Attitude. Thinking generous. Good memory. Clever and knowledgeable. Loves to look for information. Able to cheer everyone up and/or make them laugh. Able to motivate oneself and others. Understanding. Fun to be around. Outgoing. Hyper. Bubbly personality. Secretive. Boy/girl crazy. Loves sports, music, leisure and traveling. Systematic. Hot but has brains.

May
Stubborn and hard-hearted. Strong-willed and highly motivated. Sharp thoughts. Easily angered. Attracts others and loves attention. Deep feelings. Beautiful physically and mentally. Firm Standpoint. Needs no motivation. Shy towards opposite sex. Easily consoled. Systematic (left brain). Loves to dream. Strong clairvoyance. Understanding. Sickness usually in the ear and neck. Good imagination. Good physical. Weak breathing. Loves literature and the arts. Loves traveling. Dislike being at home. Restless. Not having many children. Hardworking. High-spirited.

June
You've got the best personality and are an absolute pleasure to be around. You love to make new friends and be outgoing. You are a great flirt and more than likely have an a very attractive partner. a wicked hottie. It is also more than likely that you have a massive record collection. You have a great choice in films, and may one day become a famous actor/actress yourself - heck, you've got the looks for it!!!

July
Fun to be with. Secretive. Difficult to fathom and to be understood. Quiet unless excited or tensed. Takes pride in oneself. Has reputation. Easily consoled. Honest. Concerned about people's feelings. Tactful. Friendly. Approachable. Emotional temperamental and unpredictable. Moody and easily hurt. Witty and sparkly. spazzy at times. Not revengeful. Forgiving but never forgets. dislikes nonsensical and unnecessary things. Guides others physically and mentally. Sensitive and forms impressions carefully. Caring and loving. Treats others equally. Strong sense of sympathy. Wary and sharp. Judges people through observations. Hardworking. No difficulties in studying. Loves to be alone. Always broods about the past and the old friends. Waits for friends. Never looks for friends. Not aggressive unless provoked. Loves to be loved. Easily hurt but takes long to recover.

August
Outgoing personality. takes risks. feeds on attention. No self-control. Kind hearted Self-confident. Loud and boisterous. VERY revengeful. Easy to get along with and talk to. Has an "every thing's peachy" attitude. Likes talking and singing. Loves music. Daydreamer. Easily distracted. Hates not being trusted. BIG imagination. Loves to be loved. Hates studying. in need of "that someone". Longs for freedom. Rebellious when withheld or restricted. Lives by "no pain no gain" caring. Always a suspect. Playful. Mysterious. "charming" or "beautiful" to everyone. stubborn. curious. Independent Strong willed. A fighter.

September
Active and dynamic. Decisive and haste but tends to regret. Attractive and affectionate to oneself. Strong mentality. Loves attention. Diplomatic. Consoling, friendly and solves people's problems. Brave and fearless. Adventurous. Loving and caring. Suave and generous. Usually you have many friends. Enjoys to make love. Emotional. Stubborn. Hasty. Good memory. Moving, motivates oneself and others. Loves to travel and explore. Sometimes sexy in a way that only their lover can understand.

October
Loves to chat. Loves those who love them. Loves to takes things at the center. Inner and physical beauty. Lies but doesn't pretend. Gets angry often. Treats friends importantly. Brave and fearless. Always making friends. Easily hurt but recovers easily. Daydreamer. Opinionated. Does not care to control emotions Unpredictable. Extremely smart, but definitely the hottest AND sexiest of them all.

November
Trustworthy and loyal. Very passionate and dangerous. Wild at times. Knows how to have fun. Sexy and mysterious. Everyone is drawn towards your inner and outer beauty and independent personality. Playful, but secretive. Very emotional and temperamental sometimes. Meets new people easily and very social in a group Fearless and independent. Can hold their own. Stands out in a crowd. Essentially very smart. Usually, the greatest men are born in this month. If you ever begin a relationship with someone from this month, hold on to them because their one of a kind.

December
This straight-up means you are the most good-looking person possible... Better than all of these other months! Loyal and generous. Patriotic. Competitive in everything. Active in games and interactions. Impatient and hasty. Ambitious. Influential in organizations. Fun to be with. Easy to talk to, though hard to understand. Thinks far with vision, yet complicated to know. Easily influenced by kindness. Polite and soft-spoken. Having lots of ideas. Sensitive. Active mind. Hesitating tends to delay. Choosy and always wants the best. Temperamental. Funny and humorous. Loves to joke. Good debating skills. Has that someone always on his/her mind. Talkative. Daydreamer. Friendly. Knows how to make friends. Abiding. Able to show character. One guy/girl kind of person. Loveable. Easily hurt. Prone to getting colds. Loves music. Pretty/handsome. Loves to dress up. Easily bored. Fussy. Seldom shows emotions. Takes time to recover when hurt. Sensitive.

Khamis, 24 November 2011

Indahnya Kata Hiasan Duka

Huhu.. Aku telah menyelongkar email aku.. Aku jumpa email ni. Amat sesuai dengan jiwa aku yang syahdu ini.. Ya.. aku memang seorang yang jiwang.. Sentiasa jiwang... Sila ingat itu ya.. hahaha... dan syahdu.. sob.. sob.. sob.. Takpe.. Korang baca je ye..

Pendek kata, ayat-ayat di bawah ni memang ditujukan untuk aku yang masih single dan masih belum berpunya ni.. Bilakah akan muncul jejaka idaman Malaya aku ni? Uhuk3???

==============================================

1. Jangan tertarik kepada seseorang kerana parasnya sebab keelokan paras dapat menyesatkan. Jangan pula tertarik kepada kekayaannya kerana kekayaan akan musnah. Tertariklah kepada seseorang yang dapat membuatmu tersenyum, kerana hanya senyuman dapat membuat hari-hari yang gelap menjadi cerah. Semoga kamu menemukan orang seperti itu.

2. Bermimpilah tentang apa yang ingin kamu impikan dan pergilah ke tempat-tempat kamu ingin pergi. Jadilah seperti yang kamu inginkan, kerana kamu hanya memiliki satu kehidupan dan satu kesempatan untuk melakukan hal-hal yang ingin kamu lakukan.

3. Ketika satu pintu kebahagiaan tertutup, pintu yang lain terbuka. Tetapi sering kali kita terpaku terlalu lama pada pintu yang tertutup sehingga tidak melihat pintu lain yang dibukakan bagi kita.

4. Sahabat terbaik adalah dia yang dapat duduk berayun-ayun di beranda bersamamu, tanpa mengucapkan sepatah katapun dan kemudian kamu meninggalkannya dengan perasaan telah bercakap-cakap lama dengannya.

5. Sungguh benar bahwa kita tidak tahu apa yang kita miliki sampai kita kehilangannya, tetapi sungguh benar pula bahwa kita tidak tahu apa yang belum pernah kita miliki sampai kita mendapatkannya.

6. Pandanglah segala sesuatu dari kacamata orang lain. Apabila hal itu menyakitkan hatimu, sangat mungkin hal itu menyakitkan hari orang lain pula.

7. Awal dari cinta adalah membiarkan orang yang kita cintai menjadi dirinya sendiri, dan tidak merubahnya menjadi gambaran yang kita inginkan. Jika tidak, kita hanya mencintai pantulan diri sendiri yang kita temukan di dalam dirinya

8. Orang-orang yang paling berbahagia pun tidak selalu memiliki hal-hal terbaik, mereka hanya berusaha menjadikan yang terbaik dari setiap hal yang hadir dalam hidupnya.

9. Mungkin Tuhan menginginkan kita bertemu dengan beberapa orang yang salah sebelum bertemu dengan orang yang tepat, kita harus mengerti bagaimana berterima kasih atas kurnia itu.

10. Hanya diperlukan waktu seminit untuk menaksir seseorang, sejam untuk menyukai seseorang dan sehari untuk mencintai seseorang, tetapi diperlukan waktu seumur hidup untuk melupakan seseorang.

11. Kebahagiaan tersedia bagi mereka yang menangis, mereka yang disakiti hatinya, mereka yang mencari dan mereka yang mencuba. Kerana hanya mereka itulah yang menghargai pentingnya orang-orang yang pernah hadir dalam hidup mereka.

12. Cinta datang kepada mereka yang masih berharap sekalipun pernah dikecewakan, kepada mereka yang masih percaya sekalipun pernah dikhianati, kepada mereka yang masih mencintai sekalipun pernah disakiti hatinya.

13. Sungguh menyakitkan mencintai seseorang yang tidak mencintaimu, tetapi lebih menyakitkan adalah mencintai seseorang dan tidak pernah memiliki keberanian untuk mengutarakan cintamu kepadanya.

14. Jangan pernah mengucapkan selamat tinggal jika kamu masih mahu mencuba, jangan pernah menyerah jika kamu masih merasa sanggup, jangan pernah mengatakan kamu tidak mencintainya lagi jika kamu masih tidak dapat melupakannya.

15. Memberikan seluruh cintamu kepada seseorang bukanlah jaminan dia akan membalas cintamu. Jangan mengharapkan balasan cinta, tunggulah sampai cinta berkembang di hatinya, tetapi jika tidak, berbahagialah kerana cinta tumbuh di hatimu.

16. Ada hal-hal yang sangat ingin kamu dengar tetapi tidak akan pernah kamu dengar dari orang yang kamu harapkan untuk mengatakannya. Namun demikian, janganlah menulikan telinga untuk mendengar dari orang yang mengatakannya dengan sepenuh hati.

17. Waktu kamu lahir, kamu menangis dan orang-orang disekelilingmu tersenyum. Jalanilah hidupmu sehingga pada waktu kamu meninggal, kamu tersenyum dan orang-orang di sekelilingmu menangis.

Rabu, 23 November 2011

Aku percaya feng shui. Korang?

Korang tahu tak apa itu feng shui? Definisi lebih kurang daripada aku yang tiada langsung darah cina ialah fengshui ni ialah gabungan unsur dalam menentukan kedudukan dan susun atur seuatu sama ada bangunan, rumah, bilik, meja, katil dan lain-lain lagi. err.. korang paham tak?

Hurmm. Aku cuba mudahkan. Bagi orang Cina, dalam kedai atau rumah elok ada air mengalir. Sebab tu mereka suka ada kolam la, sungai la segala bagai. Korang percaya ke feng shui ni?

Hurmm.. Dari 1 sudut, ada gak betulnya benda alah ni. Ye la.. Dengan gabungan unsur yang betul akan menimbulkan mood dan keadaan yang selesa untuk kita melakukan sesuatu. Tapi kalau dah keterlaluan, memang tak perlu ikut la.

Aku cerita panjang lebar, baru ni aku nak masuk poin utama. Akhirnya, aku dah sedar kenapa tahun ni, entry aku sangat kurang. Puncanya ialah feng shui komputer aku tahun ni kurang baik berbanding tahun lepas. Tahun lepas, aku letak kompuer aku ni terlindung dari orang, belakang aku menyandar pada dinding. Tahun ni pula sebaliknya. Komputer pula yang bersandar ke dinding, aku pula sangat lapang di belakang.

Apa kesannya bila berkedudukan begini? Huhu.. Aku ni kurang rajin orangnya.. serius.. Bila dah takde tempat untuk bersandar di belakang (dinding), maka aku akan meniarap. Bila dah meniarap, tak sedap la nak menaip. Sebab tu la aku kurang menaip entry tahun ni. Berbanding tahun lepas, aku asyik duduk tegak. Maka aku dapat menaik banyak entry (kalau korang tengok, hampir tiap hari ada entry)
tenang kan kalau macam ni? Tapi aku tak mampu nak maintain? Kejap je mesti dah sepah.

So, adakah performance korang tahun ini juga kurang hebat berbanding tahun lepas? Dah kenal pasti apa puncanya? Adakah feng shui korang juga huru-hara macam aku?

Selasa, 22 November 2011

Beza orang jawab periksa dengan orang jaga periksa

Orang selalu kata jadi cikgu best. Kerja senang, balik awal, banyak cuti. Orang selalu tak Nampak kerja sampingan yang cikgu-cikgu kena buat misalnya jaga periksa, iring budak pergi pertandingan dan jadi orang tengah kalau budak bergaduh di sekolah.

Aku telah bertugas sebagai pengawas MUET pada hari Sabtu lepas. Kebetulan, adik aku juga menduduki peperiksaan yang sama. Apa kata kita bandingkan apa yang aku dan dik aku alami sepanjang hari peperiksaan?

Masa

Situasi
Aku
Adik aku

Hari- hari sebelum peperiksaan

Hari Jumaat pergi taklimat peperiksaan

Pergi buat rayuan tukar pusat peperiksaan sebab tak nak ambil periksa di Unimas


Cetak slip peperiksaan

Pada hari peperiksaan:
Sebelum

Bergerak ke bilik kebal di Chow Kit pada pukul 6.15 pagi.

Bergerak ke pusat peperiksaan pada pukul 7.30 pagi

Angkut kertas soalan dan jawapan untuk 193 calon

Bawa bekas pensel dan slip

Edarkan kertas soalan dan jawapan.

Duduk di meja untuk jawab periksa

Pastikan calon-calon menumpang dapat tempat duduk dan kenal pasti setiap mereka


Semasa peperiksaan

Pergi pastikan kehadiran dari setiap bilik (8 bilik, 3 tingkat) untuk setiap sesi (3 sesi)

Jawab soalan

Pastikan radio setiap bilik dalam keadaan yang baik. Bantu cikgu-cikgu yang ada masalah.


Makan tiap kali ada peluang (mak bagi bekal).

Tak sempat makan. Risau kot..

Selesai peperiksaan

Kira dan bungkus skrip jawapan untuk dihantar ke MPM. Kenal pasti murid menumpang, murid tak hadir dan murid yang nama ada tapi meja takde.

Balik rumah. Peperiksaan selesai pukul 12.30pm

Pergi jabatan untuk hantar skrip (teman ketua. Lagipun kereta di sana). Balik selepas selesaikan semua masalah tuntutan dan lain-lain lagi. Bergerak balik lebih kurang pukul 3.00pm


Malam selepas peperiksaan

Cuba mendaftarkan kehadiran calon secara online dan mendaftarkan calon-calon menumpang ke dalam system MPM secara online

Tengok tv / baca buku/ baca komik online


Motif? Saje je nak bagitau korang yang aku dah berjaya dalam misi 10 ribu langkah sehari pada hari Sabtu yang lalu. Balik rumah, aku terus terbongkang sampai ke petang.. hahaha..


Isnin, 21 November 2011

Dia dah kahwin.. Aku?

Selalu, kita tak hargai apa yang kita ada. Jangan cerita pasal keperluan la. Benda yang kita perlu memang kita perasan. Maksud aku sekarang ialah benda yang kita tak perlu (bukan tak guna, tak perlu).

Aku mudahkan cerita. Aku berkawan dengan seorang ni (lelaki). Hurmm.. Kawan biasa. Kenal di FB.. Entah macam mana, boleh masuk pula. Tak lama lepas kami berkawan, dia bertunang. Aku tak kisah pun. Memang la, takkan aku nak marah semua kawan lelaki aku yang bertunang kan? Kami berkawan seperti biasa.

Kami selalu keluar sama. Dia baru berjinak-jinak dengan fotografi, jadi dia memang suka nak tangkap gambar aku sebagai latihan. Aku pula, mula-mula memang la segan tapi lama-lama jadi syok pulak perasan cun ni.. heheh...

Kami juga selalu berbalas SMS. Boleh dikatakan dalam sehari, lebih 10 sms memang untuk dia. Kalau bukan aku yang cari dia, dia yang cari aku. Adakah ada perasaan lain yang terselit? Entahlah. Yang pastinya, kami dah biasa dengan kehadiran 1 sama lain.

Dulu kami pernah berjanji, menjelang sebulan sebelum dia berkahwin, kami akan berhenti SMS. Kami kena belajar untuk tidak saling berhubung. Tapi disebabkan kami dah biasa berSMS, kami tak perasan yang tempoh sebulan sebelum bernikah tu pun kami masih berSMS. Jangan kata SMS, kami siap keluar makan sama lagi. Kami seperti tak bersedia untuk berhenti berhubung seperti sebelum ni.

Semalam dia berkahwin. Aku hadir ke majlis persandingannya (sebelah perempuan) tapi aku tak pergi menyapanya sebab pengantin perempuan tak suka aku (hehehe). Pulang dari majlis, kami masih berSMS. Masa tu, dah keluar ayat syahdu-syahdu la.. Macam-macam nasihat aku bagi. Aku memang kawan yang baik (chewahh!!)

3 jam berlalu tanpa SMS dari dia. 3 jam yang sangat kosong sebab masa ni memang la masa kami dok berbalas SMS. Aku mula rasa kehilangan. Aku tak biasa. Sebab tu aku minta tempoh sebulan untuk berlatih tak SMS dia. Tapi...

Sekarang aku sedar, ada masanya kita memang takkan bersedia untuk sesuatu perkara. Kita berharap masa akan buat kita bersedia tapi kita tetap takkan cukup bersedia. Aku nak bersedia kehilangan dia sebab dah pasti lepas ni kami takleh dah berkawan macam dulu. Aku ingat tempoh pertunanagn mereka selama setahun cukup untuk buat kami bersedia untuk move on dengan kehidupan masing-masing tapi rupa-rupanya tak.

Tapi, seperti kata kawan aku dulu. Ada sesetengah perkara kita memang takkan bersedia tapi kita akan hadapi juga jika terpaksa. Macam orang yang dicampak ke laut. Nak tak nak, dia akan usaha apungkan diri dia supaya boleh terus hidup. Sama juga dengan keadaan aku sekarang. Aku rasa kosong (well, tak la kosong sangat tapi ruang yang biasa diduduki oleh dia sudah kosong sekarang) tapi nak tak nak, aku kena hadapi. Aku kena cari cara untuk mengatasi rasa kosong yang aku alami sekarang...

Aku ingatkan, bila dah banyak kali ditinggalkan, aku takkan rasa sedih. Rupa-rupanya sedih itu tetap ada, cuma aku makin matang dalam menghadapinya...

Kepada dia, semoga bahagia selamanya dengan isteri tercinta..

Jumaat, 18 November 2011

Kalau cikgu balik 4.30 petang juga..

Akhirnya cuti sekolah bermula! Amacam, adakag korang-korang yang bukan cikgu ni jeles dengan kami? Kalau ye, silalah suruh, sedara-mara dan semua suku sakat anda yang belum bekerja minta KPLI. Kerja cikgu best woo!!! Cuti sekolah banyak.. balik kerja awal.. Eh, lepas ni, cikgu-cikgu mungkin akan balik pukul 4.30pm juga. Sama seperti orang lain.

Alamak!!! Dah kurang 1 poin untuk orang-orang yang jeles pada cikgu-cikgu ni untuk terus jeles. Takpe, korang masih ada poin cuti sekolah banyak. Bukannya korang kisah cikgu ni datang sekolah ke tak masa cuti kan? Lagipun, selain cuti sekolah, cikgu-cikgu ada Cuti Rehat Khas (CRK) sebanyak 7 hari. Ha!! Jeles tak?

Hari ini sahaja, dua orang dah bertanya pada aku, apa pendapat aku tentang masa kerja guru dilanjutkan sehingga pukul 4.30 petang. Jawapan aku senang.. Aku tak kisah. kenapa? Sebab sekarang ni pun aku memang balik pukul 4.30 petang sebab aku ambil mak aku. Tapi, apakah kesan pemanjangan waktu kerja cikgu ni?

Kesan Positif:
1- Korang dah tak perlukan maid lagi dah. Biar cikgu je yang jaga anak korang di sekolah. Jimat Beb!

Ok, aku akan tulis 1 je kesan positif sebab komputer aku xleh tekan butang nombor dua.

Kesan negatif pula:
1- Sama ada korang sedar atau tak, jika cikgu-cikgu ni kena balik serentak dengan korang, jalan akan makin sesak. Korang sedar kan cikgu ni ramai? Tu belum cerita lagi bas-bas sekolah yang angkut budak.


Sekali lagi, 1 je kesan negatif aku nak bagi. sebab nombor dua tak boleh tekan.

Aku tak nak ulas lebih-lebih la. Keyboard aku memang telah mengehadkan idea aku (alasan je.. =p)

Oh, esok aku dan adik aku akan menghadiri peperiksaan MUET. Aku sebagai pengawas dan dia sebagai calon peperiksaan. Dia akan keluar rumah pukul 7.30 pagi dan sampai ke rumah pukul 1.00 petang. Aku pula akan keluar rumah pukul 6.15 pagi dan mungkin sampi rumah pukul 4.00 petang.. Ye, itu beza antara cikgu dan murid..

Claim? Aah.. memang dapat. Banyak woo!!! Nak? Jadi cikgu dulu! Baru dapat! Haha.. 

Sabtu, 12 November 2011

blogger ini tak pernah kering idea!

Aku selalu kata yang tahun ni entry aku agak lemau. Ok, bukan entry je. seluruh kehidupan serius aku adalah lemau. Hanya dalam bab enjoy tak ingat dunia je yang ku sangat berjaya. Enjoy di sini bermakna aku takde tanggungjawab terhadap sesuatu yang lain la.

Contoh aktiviti enjoy yang aku lakukan ialah,
1- berjalan-jalan (hingga ke KK),
2- menjadi model tak bertauliah untuk kawan (ye, aku dah pandai perasan cantik! oh, nama kawan aku tu di FB ialah Buaya Lensa. Kalau korang nak cari photographer budget, sila hubungi dia.. harga memang ok lah!),
3- Berjalan pergi ke GM tiap minggu
4- Jalan-jalan cari makan (tuhan je tahu betapa banyak aku keluarkan duit untuk makan kali ni..)
5- Shopping semuanya sebab aku dipengaruh oleh Fadhlina
6- Baca komik online..

Tapi, aku rasa, bukan aku je yang ketandusan idea untuk menulis tahun ni. Rata-rata, blog yang selalu aku baca pun sama kurang update atau entry dah tak berapa kena dengan selera aku.

TAPI ada la pulak beberapa blogger ni yang aku tengok macam tak pernah kering idea. Tapi blogger yang paling aku follow ialah En. Anif. Dia tulis pasal apa? Biasanya pasal daily life. Ada gak tips-tips berkaitan IT dan lain-lain lagi.. Yang paling buat aku suka dengan dia ialah, dia pasti akan balas komen korang tak kira la korang komen kat entry kurun ke berapa (tapi entry dia la.. korang komen entry orang, idak la dia nyibuk sama)

Aku memang tak pandai nak tulis karangan. Serius. aku tak pandai nak wujudkan kesinambungan antara perenggan. Jadi, aku akan berhenti di sini dahulu. Kalau korang sayang aku dan sayang blog ni, doakan aku tak terus lemau. Aku pun lemau memikirkan kelemauan aku ni.. Aish!!!

Jumaat, 11 November 2011

2011 tahun lemau

1 minggu lagi sebelum sesi persekolahan tahun 2011 berakhir. Bermakna tinggal 1 minggu untuk semua cikgu menyerahkan segala tugasan mereka selama 1 tahun. Termasu aku. Ada aku kisah? Semua kerja aku masih beum siap (ok, ada la 1 dah siap tapi kalau kata semua tk siap nampak lagi brutal).

Macam biasa, nampaknya aku akan berkampunglah di sekolah masa cuti ni. Ya... cuti sekolah = murid bercuti. Cuti sekolah tak bermaksud sekolah tutup dan memang sangat tak bermaksud yang cikgu bercuti. Kalau cikgu tu bercuti, ada 2 sebab je.
1- Dia tak jaga peperiksaan SPM atau STPM
2- Dia memang tip top ah! Segala kerja dia berjaya setelkan.

Tak perlulah aku bagitau yang aku tak termasuk dalam golongan tip top tu kan? Ke korang nampak aku tip top? Aku maybe pandai... tapi bukan tip top. Kalau korang tengok meja aku, korang mesti akan kata budak ni fail (gagal) dalam bab management (pengurusan). Muahahaha...

Mujur, ada la sorang kawan aku yang memberitahu aku memang ada tahun-tahun tertentu kita memang akan berasa lemau yang amat. Semua kerja buat takde mood. Aku rasa tahun 2011 adalah tahun lemau aku la kot.. Kerja panitia aku bukan main banyak lagi aku hutang. Kerja sebagai guru kelas pun, aku akan berhutang sampai minggu depan. Mujur aku bukan JK 3K tahun ni. Kalau tak, menangis la Kak Halfah.. Huhuhu...

Masalah lemau ni bukan melanda di tempat kerja je. Kalau korang selalu baca blog aku, korang akan mendapati aku juga sangat lemau di blog. Dah takde dah cerpen-cerpen cinta lara tahun ni.. Ada.... tapi baru 3 ayat. Ada idea tapi tak tahu nak susun ayat. ada at least 3 entry aku yang ditanda sebagai draft. 

Mujur, dalam kemalasan aku, ada juga orang yang sudi datang baca blog ni dan komplen entry aku makin lemau.. Tanx Wan. Semua teguran amat bermakna. Kedatangan orang ramai juga bermakna income nuffnang aku tetap bergerak. Terima kasih..

Dan, walaupun aku lemau yang amat tahun ni, Allah dah bagi peluang pada aku untuk menikmati banyak nikmat dunia. Aku dah pergi KK. Fadhlina banyak kali belanja aku makan. Sheila pun belanja aku...

Uh uh... Bos dah ajak pergi surau.. sambung lain kali...

Terima kasih semua...

Selasa, 8 November 2011

sangat la benar..

aku paw dari blog orang. aku pau dari SINI..