Selalu aku jerit di FB je.. Hari ni nak jerit kat blog la pulak.. hehehe
1- Kelmarin aku dengar budak-budak main rekoder. Lagu yang sama yang aku mainkan masa aku belajar rekoder dulu. Sumbang! Sama sumbang macam aku main dulu. Mesti jari dia tak sampai macam aku juga. Jujur, rasa menyegarkan! Dan sangat menggamit kenangan silam.
2- Aku takde mood nak tanda kertas!!!!!
3- Huhu.. hutang kerja banyak lagi.. Testimonial dan sijil berhenti budak tak buat lagi.. Apa kes?
4- Aku sangat membantah Detektif Conan ditayangkan pada hari Selasa pukul 6.30 petang. Cuba bagitau aku, macam mana nak rampas remote control dari ayah aku yang sedang tengok sinetron?
5- Pizza 1st class Dominos perisa Beef Pepperoni memang sedap ah ding dong! Dapat lak kalau tabur chilli flake banyak-banyak.. terbaik!!!
6- Dawama (pencetak DBP) buat jualan murah buku-buku cetakan dorang. Memang berbaloi ya!! Siapa yang nak beli buku nabi-nabi untuk anak, boleh sangat beli sekarang.. RM2 je sebuah!
7- TOLONG!!!! Aku belum ada idea nak pergi mana cuti bulan 11 ni!!!
8- Aku sedang berusaha mencantikkan rambut. Tapi masih belum jumpa kaedah nak mencantikkan berat badan.. huhuhu..
9- Aku paling suka tengok pertunjukan silap mata. Suka sangat!!!!
10- Kasut di Moooi cantik!!!
Cari cerita lama
Aku terkini
sebelum komen, baca dulu komen orang lain boleh? Bosan la nak balas komen yang sama.. sebab jawapan aku mesti sama punya. tak pasal2 aku jadi astro karang ulang tayang beberapa kali
* jangan orang astro sentap pulak dengan aku, suda
Khamis, 27 Oktober 2011
Rabu, 26 Oktober 2011
Diagnos Penyakit Melalui Jari Tangan!
Ni aku ambil dari FB. Ada la orang dok post kat gambar dinding.. Tapi yang tulisan senget tu adalah ulasan aku ye..
===================================
Asas 5 jari
Jari telunjuk : usus
Jari tengah : Jantung
Jari Manis : Imuniti
Jari kelingking : Rahim/Tulang Belakang
Cuba anda lihat pada ruas jari2 anda...Kalau ruas jari kehitaman tu maknanya badan kita ni penuh dengan racun dan toksik.perkara tersebut boleh menyebabkan badan kita dijangkiti sembelit. Kalau buku-buku pertama setiap jari tu pula terlalu gemuk, tu tandanya tak cukup air dan ada masalah buah pinggang (kalau tak silap aku la)
Kalau hujung jari adalah lebih merah dari bahagian lain pada tapak tangan, tu tandanya kadar kolesterol dalam badan tinggi..
Seterusnya, kalau kita sebagai seorang wanita, cara untuk tengok sistem dalaman perempuan kita pulak, adalah dengan melihat pada jari kelingking kita.kalau jari kita meruncing atau bengkok, maknanya haid tak teratur, keputihan, senggugut, dan berkemungkinan rahim kita jatuh.
Kalau tapak tangan berbintik maknanya masalah angin. Cuba periksa tapak tangan masing2, kalau yang suka marah2 tu mungkin angin dalam badan banyak. Sebab itulah selalu rasa nak marah dan naik angin aje. (Ni memang masalah aku yang sangat besar ye.. tapak tangan aku macam polka dot)
Selain itu, pernah tak sahabat2 mengalami masalah tapak tangan berpeluh atau lembab ke? jika ya, itu tandanya badan kita mudah diserang sel2 kanser. (Kalau tak silap, kawan aku pernah tanya doktor, katanya masalah hormon. Macam aku, kadang-kadang berlaku, kadang-kadang tak. So, mungkin memang masalah hormon)
Jika perut ibu jari berwarna biru kehijauan maknanya seseorang itu mengalami masalah resdung, alergi, dan penyakit paru2.sekiranya, perut ibu jari ada urat hijau kebiruan maknanya anda seorang pengidap gastrik.
Selain itu, urat biru / hijau pada pergelangan tangan, tapak tangan, sepanjang jari dan betis kaki maknanya seseorang itu mengidapi stress atau tekanan dalam kehidupan sehariannya. (Aku la tu. Tapi rasanya dari kecil lagi dah ada. Stress betul hidup aku nih! Aishh...)
Seterusnya, ini saya kira yang paling menarik untuk kita tengok sekiranya kita sebagai seorang wanita. cuba sahabat2 tengok pada kuku setiap jari anda..jika terdapat bulan sabit berwarna putih di setiap jari anda bermakna anda mengalami hormon yang tidak seimbang.
Tapi berlainan pulak sekiranya anda mempunyai bulan sabit yang berwarna putih itu hanya pada ibu jari sahaja, itu menandakan anda seorang yangsihat..insya allah...(Aku la ni. Ooo.. Sangat sihat rupanya... Patutlah berat naik je memanjang)
Ramai manusia yang mengorbankan kesihatan pada satu ketika untuk mendapatkan wang ringgit, tetapi akhirnya terpaksa mengorbankan wang ringgit untuk mendapatkan kembali kesihatan yang hilang.
~MORAL: JAGALAH KESIHATAN KITA..IA ANUGERAH YANG TIDAK TERNILAI DARI YANG MAHA ESA
=======================================
Nak baca lagi? boleh pergi SINI
Ahad, 23 Oktober 2011
Tarikh Luput (Expiry Date)
Entry ni pendek je..
Ingat tak pakcik India yang jadi tokei kedai Mini Melur? Tak ingat? Baca kejap kat SINI.
Dah beberapa hari aku tegok Mini Melur tutup. Sedih gak. Ingatkan nak bantu (dengan membeli di kedainya) tiba, entah semalam ke 2 hari lepas, Fadhlina bagitau aku yang Pakcik India tu dah meninggal. Dia tau pun sebab Makcik Ani (jiran), beritahu mak dia.
Hurmm.. Aku kena terima hakikat.. Pakcik India tu dah tua.. dan dia sakit.. Aku harap, semua orang yang aku kenal ada banyak lagi masa. Memang mereka masih sihat (Alhamdulillah) tapi kita tak dilahirkan dengan sebarang tanda untuk beritahu kita bila tarikh luput (mati) kita.
Membuatkan aku terfikir, dah cukup ke amalan aku? Entah-entah kejap lagi giliran aku menyusul tiba. Dah la aku banyak berdosa kebelakangan ni.. Hurmm...
Ingat tak pakcik India yang jadi tokei kedai Mini Melur? Tak ingat? Baca kejap kat SINI.
Dah beberapa hari aku tegok Mini Melur tutup. Sedih gak. Ingatkan nak bantu (dengan membeli di kedainya) tiba, entah semalam ke 2 hari lepas, Fadhlina bagitau aku yang Pakcik India tu dah meninggal. Dia tau pun sebab Makcik Ani (jiran), beritahu mak dia.
Hurmm.. Aku kena terima hakikat.. Pakcik India tu dah tua.. dan dia sakit.. Aku harap, semua orang yang aku kenal ada banyak lagi masa. Memang mereka masih sihat (Alhamdulillah) tapi kita tak dilahirkan dengan sebarang tanda untuk beritahu kita bila tarikh luput (mati) kita.
Membuatkan aku terfikir, dah cukup ke amalan aku? Entah-entah kejap lagi giliran aku menyusul tiba. Dah la aku banyak berdosa kebelakangan ni.. Hurmm...
Jumaat, 21 Oktober 2011
Menjaga budak-budak 'Taiwan' menjawab periksa
Seriously, aku adalah cikgu yang baik. tet!!! Perasan.. Kenapa aku kata aku baik?
Sebab aku sanggup bacakan soalan peperiksaan untuk budak-budak Taiwan (i'm being sarcastic here!) yang aku ajar. Serious, aku akan bacakan dari awal hingga akhir kalau mereka minta sipa dengan penjelasan.
Kenapa? Mudah. Sebab mereka memang tak faham apa yang mereka baca. Itu pun kalau mereka boleh baca tulisan rumi. Kalau mood aku baik, aku siap tolong diorang semua buat karangan ( aku bagi format je.. Isi sila buat sendiri la.. takkan tu pun aku? baik aku yang exam)
Masa aku mula-mula posting dulu pun, aku siap bagi budak buka soalan, lepas dah tengok soalan, boleh buka buku study dulu. Kira aku bagi soalan bocor la ni.. Haha..
Mesti korang terfikir, baik ke aku kalau aku seperti menggalakkan penipuan dan markah budak ni tak sebenar-benarnya usaha diorang?
Well, itulah taktiknya.. Mula-mula bagi tiru (tak juga meniru... cuma bocorkan soalan, bantu mana yang patut.. tapi aku maklumkan la pada cikgu mereka yang bagi buka buku).. lepas tu, pada peperiksaan akan datang, aku akan kurangkan pertolongan aku. Dan menjelang tingkatan 5 aku takkan bantu mereka lagi dengan alasan, SPM nanti, mereka tak boleh buka buku.. Mereka kena berlatih tak buka buku.
Alasan aku tetap tak boleh diterima?
Ok la.. Ada sebabnya aku buat macam ni.
1- Aku tak sampai hati nak kecewakan cikgu-cikgu yang ajar dorang. Aku ajar kelas lemah. Dan budak lemah ni, kalau dia tengok dia tak boleh jawab soalan tu, dia takkan usaha jawab. Dia akan biarkan kosong. Jadi, aku bagi mereka buka buku supaya mereka cuba menjawab. Ini akan menunjukkan usaha mereka untuk menjawab dan menggembirakan cikgu yang ajar mereka (dan aku beritahu juga hal ini pada murid aku. Aku selalu suruh mereka cuba jawab agar cikgu mereka tak kecewa)
2- Budak-budak ni pada aku, sangat mudah di'psiko'kan (wujud ke perkataan tu?) Bila mereka tengok yang mereka boleh mendapat markah, hati mereka akan terbuka untuk usaha lebih sedikit pada masa akan datang. Tapi tu la.. kita kena tetapkan ground.. Kena ada syarat.. Tak boleh bagi mudah-mudah je.
Jujur, aku tak tahu la macam mana keputusan SPM subjek aku tahun depan sebab budak-budak 'Taiwan' aku ni masih tak berapa faham BM. Tapi, takpe la.. Cukup la sekadar aku buat mereka ni nak berusaha untuk tak sakitkan hati cikgu mereka dengan tidur dalam kelas dan hantar kertas kosong masa ujian dan peperiksaan..
Korang ada cadangan yang lebih baik tak untuk aku mengadap budak-budak aku ni?
Ahad, 16 Oktober 2011
Bak balik duit aku!
Aku boleh dikatakan seorang yang agak berkira dalam membeli barang. Even seposen dua pun aku kira. Melainkan ada orang teman aku membeli belah dan orang tu tak berapa willing uk patah balik ke kedai yang lebih murah (kalau aku, aku sanggup je) atau aku dalam keadaan terdesak atau setelah dicongak tambang dan segalanya, lagi berbaloi beli yang tu.
So, kisahnya, aku dah survey la beberapa tempat harga 1 barang ni. Harga di Carrefour RM8.50. Tiba tadi, aku pergi Tesco harganya RM7.98.. Banyak kan beza harganya? Apa lagi? aku dengan happynye pun menyauk la barang tu.. Tiba di juruwang, harga yang di punch oleh juruwang ialah RM8.59!!
Eh!! Macam mana boleh macam ni? Harga di rak lain! Aku sepatutnya jimat RM0.52.. ni, aku dah rugi RM0.09.. Mana boleh jadi???
Aku utarakan isu tu pada kawan aku. Kawan aku kata, dia pun pernah alami masalah yang sama. Harga di rak RM30++ tiba di kaunter RM50++.. Masalahnya, bila dia bantah harga tersebut, bila diminta semak semula, harga di rak sudah ditukar. Mak aku pun pernah alami perkara yang sama. Kalau ikutkan peraturan, patutnya kami patut dapat harga yang tertulis di rak tapi sudahnya, kami hanya pulangkan balik barang tu- tak jadi beli.
Wahai pasar raya sekalian.. Aku tau korang sentiasa dapat sambutan dan tak pernah sempat nak buat kerja.. Tapi, kalau korang nak ubah harga barang, silalah pastikan harga di rak tu turut diubah. Jangan la buat pelanggan terkilan / rasa tertipu kerana harga di rak lain tapi bila punch, lain pulak. Kalau lagi murah takpe. Ni lagi mahal. Sedangkan dia boleh dapat harga lagi murah di tempat lain.
Kalau memang salah pihak anda, maka silalah betulkan harga itu serta merta tapi silalah bagi harga yang lebih murah (yang tertulis di rak) pada pelanggan anda. Itu hak mereka dan tak terfikirkah anda yang dia dah tolong anda peka pada harga yang tak ditukar?
Itu belum lagi aku cerita produk yang takde tanda harga. Memang ada tempat untuk semak harga tapi alat tu pula bukan main susah nak guna.. asyik tak dapat kesan je..
Rakyat Malaysia memanglah selalu ditidakkan hak mereka. Macam aku tadi, patut aku demand harga RM7.98 tu tapi aku tak nak la gaduh sebab beberapa sen tapi bayangkan kalau 10 orang macam tu? Tu belum lagi aku cerita tentang hak pengguna untuk saman semua produk yang bagi janji-janji manis tentang kehebatan produk dia sedangkan benda tu tak berkesan pun pada pengguna.
Wahai rakyat Malaysia, sila buka mata. Mari kita peka hak kita. Sudah-sudah la menjadi orang yang bertimbang rasa pada perkara yang tak kena. Cukup-cukup la kita serah hak kita pada orang.. Kalu nak bertimbang rasa, kat jalan tu sila (haha.. aku la yang tak bertimbang rasa tu) masa di pintu bolehla tolong pegang untuk mudah orang masuk.. Tapi janganlah bertimbang rasa sangat dalam bab menyerahkan hak anda pada orang.. Ini bukan masalah mengejar keduniaan. Ini masalah tak membiarkan hak anda dirampas. Jangan sampai 1 hari nanti, anda mendapati orang yang bukan hak dapat lebih dari anda yang berhak!
p/s: Tahukah anda bahawa jika sesuatu produk mendakwa (claim) yang produk mereka mampu melakukan sesuatu (contoh: kulit menjadi cantik seperti artis ...) secara bertulis, misalnya di akhbar atau majalah, TETAPI anda tidak mendapat kesan yang dijanjikan, anda boleh saman syarikat tersebut kerana menipu.
Sabtu, 15 Oktober 2011
Hatiku Milikmu - Nera
Haha.. Aku tak tau sejak bila aku minat lagu ni. Dan kenapa aku minat. Yang pastinya suara budak sekolah aku nyanyi lagu ni masa buat persembahan adalah lagi sedap dari suara penyanyi asal. Sangat best.
Masa gi karaoke hari tu, ada gak aku cari lagu ni tapi tak jumpa. Kecewa!!! Pape pun, aku dah puas karaoke lagu ni masa nak buat entry ni.. harap korang pun gembira berkaraoke ye
Tajuk Lirik Lagu: Hatiku Milikmu
Artis/Penyanyi: Nera AF9
Pernahkah engkau hargai
Cintaku yang sejati
Pernahkah engkau mengerti
Kan diriku ini
Betapa hebatnya cintamu
Memberiku sejuta pilu
Betapa agungnya asmaramu
Membuatku terpaku
Di sisimu aku terdiam seribu bahasa
Di hatiku bergetar sejuta rasa
Namun sukar untuk aku meluahkan
Ku cinta padamu
Nafasku terhenti bila melihat dirimu
Terasa pantas degupan jantungku
Mungkinkah hatiku milikmu jua
Ku sayang padamu
Kan ku abadikan dikau
Suatu kenangan yang manis
Yang tak mungkin aku lupa
Untuk selamanya
Kan ku coretkan kenanganmu
Dalam sanubariku ini
Agar jadi yang terindah
Dalam hidupku ini
Di sisimu aku terdiam seribu bahasa
Di hatiku bergetar sejuta rasa
Namun sukar untuk aku meluahkan
Ku cinta padamu
Nafasku terhenti bila melihat dirimu
Terasa pantas degupan jantungku
Mungkinkah hatiku milikmu jua
Ku sayang padamu
Bagai bahtera
Dilanda badai
Gelora cintamu
Mengoncang jiwaku
Ombak mencari
Daratan yang damai
Oh cintaku
Di sisimu aku terdiam seribu bahasa
Di hatiku bergetar sejuta rasa
Namun sukar untuk aku meluahkan
Ku cinta padamu
Nafasku terhenti bila melihat dirimu
Terasa pantas degupan jantungku ini
Mungkinkah hatiku milikmu jua
Ku sayang padamu
Kanku coretkan kenanganmu
Dalam sanubariku ini
Agar jadi yang terindah
Dalam hidupku ini
p/s: aku memang suka karaoke. ada sesapa nak belanja aku karaoke? Sila bersedia untuk pitam!! Haha!!!
Rabu, 12 Oktober 2011
Kerja hujung tahun..
Apa aku buat hari ni bila dapat MC? Aku buat apa yang sepatutnya orang sakit buat iaitu... tidur! Aku sangat tak produktif walaupun aku tahu banyak kerja aku kena buat. Memang la ni masalah utama tiap kali tiba hujung tahun.
So, apa pula list kerja aku kali ini. Kerja-kerja ku yang belum siap ialah:
1- slip keputusan peperiksaan percubaan
2- buku koku budak
3- soalan peperiksaan ting 4 (padahal tinggal print je)
4- kad readingthon
5- laporan dan pelan taktikal kelab
6- buku koku kelab
Ok, tu je dapat aku pikirkan sekarang.. Aku tak boleh berfikir dengan nyata sangat. Aku masih demam. Aku kagum orang yang demam sehari je.
So, apa pula list kerja aku kali ini. Kerja-kerja ku yang belum siap ialah:
1- slip keputusan peperiksaan percubaan
2- buku koku budak
3- soalan peperiksaan ting 4 (padahal tinggal print je)
4- kad readingthon
5- laporan dan pelan taktikal kelab
6- buku koku kelab
Ok, tu je dapat aku pikirkan sekarang.. Aku tak boleh berfikir dengan nyata sangat. Aku masih demam. Aku kagum orang yang demam sehari je.
Selasa, 11 Oktober 2011
Demam
Ini adalah entry yang telah disiapkan lebih awal...
Masa kecil dulu aku selalu sangat demam. Demam yang grand punya. Mesti demam panas.. Demam sejuk-sejuk ni aku tak main. Serius. Memang panas la. Tapi aku ada 1 masalah. Badan aku tak panas masa aku demam. Jadi orang tak percaya la bila aku cakap aku demam.
Masa aku darjah 5 (tahun 1993), aku ingat lagi. Aku punya la demam teruk. Gigil habis dah masa pergi pejabat mak. Ya la. Pergi pejabat mak dulu, lepas tu, baru mak bawa pergi klinik. Masa tunggu giliran di klinik, tiba-tiba aku agak segar. Pada masa aku dipanggil doktor, aku macam dah sihat. Doktor siap ingat aku sengaja nak ponteng sekolah. Dia kata "OK je. Suhu dia 37.5 je. Takde lah teruk sangat pun". Aku sangat sentap masa tu. Terus aku pergi sekolah esoknya. Sudahnya, masa di sekolah, hidung aku berdarah. Aku disahkan demam dan dapat MC 1 minggu.
Masa aku form 1 (tahun 1995) pula, sekali lagi aku demam masa hujung tahun. Mujurlah dah habis peperiksaan. Mula-mula aku tak layan jugalah. Tapi bila dah orang semua suruh duduk bilik tak perlu pergi prep, aku pun ikutlah (tak best ok duduk aspuri sorang-sorang. bukan boleh buka TV pun). Sekali lagi, bila aku jumpa doktor, aku kena marah. Doktor kata aku sihat je. Balik je dari hospital, aku muntah-muntah. maka, matron la yang bagi aku duduk bilik sakit 1 minggu. Ye... sekali lagi, 1 minggu.
Lama aku tak demam. Tapi masa aku di semester 5 di UPM (tahun 2003), aku mengalami sakit perut yang sangat teruk. Aku muntah-muntah. Masuk hospital Putrajaya, dapat 2 botol drip (dan sedas kena marah dengan doktor konon aku fake sakit aku) aku dibenarkan balik. Balik rumah, perut masih sakit dan aku masih muntah-muntah tapi doktor tak dapat detect kenapa. Aku balik ke UPM tapi masa tu aku memang tak larat. Aku demam beberapa hari sampai mak bawa aku ke hospital. Rupa-rupanya aku demam sangat panas. Suhu dah 39. Pendekkan cerita, rupa-rupanya apendiks aku pecah. Aku ada jangkitan dalam perut. tu yang demam tu. Dan demam aku hanya kebah 1 minggu lepas pembedahan. Tu pun sebab doktor bagi ubat banyak-banyak. Dia tak sanggup nak tahan aku kat hospital lagi dah.
Jumaat lepas, aku demam. Start kena masa perjumpaan di dewan. Memang tak selesa. Mood ke laut. orang cakap apa semua aku malas nak layan. Menjelang tengah hari, aku rasa bilik guru dah macam bilik dingin. Aku tunggu salji turun je masa tu. Tak tahan sejuk, aku pergi tidur di surau. Bangun je tidur, kepala aku sakit gila. Berdenyut-denyut. Masa ambil mak, aku mengadu pada mak. Mak rasa dahi aku lepas tu tampar (main-main punya) kata aku tipu. Aku sentap terus menangis masa tu juga.
Sejak dari tu, aku demam. Malam kebah sikit tapi pukul 1, bulu roma semua meremang. Sejuk gila. Hujung minggu, aku memang makan ubat ikut masa. Tapi macam ni juga. Tak sembuh-sembuh. Mak dah siap beli air 100 plus takut demam denggi. Kalau orang rasa, mesti tak percaya sebab dahi aku memang tak panas tapi kalau mereka rasa kaki dengan tangan aku, memang sejuk gila. ya, aku memang jenis panas dalam. Masalahnya termometer tak bagitahu doktor begitu. Tu yang lemah tu.
Hari ni (Isnin) aku pergi sekolah, selsema pula meyerang. Konon nak pergi klinik tadi tapi masa tak mengizinkan. Haha.. Aku sengaja nak pergi klinik esok (Selasa) dengan harapan dapat MC. Akan dapat tak agak-agak? Aku tak pernah ambil MC sepanjang 5 tahun aku kerja. Ni 1st time. Agak-agak boleh dapat tak? Aku harap boleh... Tak best la kesat hingus guna lengan baju...
update: Aku dapat MC esok!!! yeay!!!
Isnin, 10 Oktober 2011
Mood macam lalang
Fuhh... kasi tiup sama itu habuk yang sudah tebal pada blog. Sedangkan adik toshi yang aku guna tiap hari pun berhabuk, apatah lagi blog yang dah tak berusik ni? Nampaknya tahun 2011 memanglah tahun aku bermalas-malasan.. Aishh!!!!
Hurm.. sepatutnya minggu lepas boleh sangat kalau aku nak update blog. Maklumlah, minggu ni PMR. Memang agak lapang la aku.. 5 waktu aku dengan Peralihan takde. Happy gila! Happy bukan sebab aku takyah jumpa budak-budak tu. Tapi sebab memang agak rehat la kalau masa 18 waktu ni.. Yeeha!!!!
Tapi, macam yang korang sedia maklum, aku ni macam lalang. Arah mana angin bertiup, arah tu la aku tunduk.. Cup!! Bukan nak kata aku ni takde pendirian (ok, tu pun ye jugak sebenarnya) tapi maksud aku ialah, aku mnulis ni memang ikut mood... Dan nampak gayanya, mood tu agak kurang tahun ni. Sangat berlawanan dengan berat aku yang berlumba-lumba naik (mood adalah berkadar songsang dengan kadar kenaikan berat badan.. hahaha)
Aku rasa, malam ni, aku ada mood nak menulis. So, aku nak terus tulis beberapa entry.. Sila doakan impian aku jadi kenyataan..
Oh, untuk pengetahuan korang:
1- Di telinga aku ada earphone dan aku tak pasang lagu pun.
2- Aku sedang berniat untuk menjauhkan diri dari seseorang tapi belum ada kekutan lagi nak jauhkan diri dari dia.. apa kes?
3- Esok PMR dah habis. Aishh!!! Kena start mengajar 23 waktu balik...
Ahad, 2 Oktober 2011
Kampung saya di Ampang
Agak pelik kalau aku jawab macam tu bila orang tanya kampung di mana kan? Kampung apanya Ampang ni? Hakikatnya, Ampang Selangor dan Ampang KL adalah berbeza ye. Ampang KL adalah sangat bandar manakala Ampang Selangor adalah kawasan pinggir bandar (ada kawan aku kata kawasan hutan! Adeh!)
Sebenarnya selama ni, kalau orang tanya kampung di mana, aku akan jawab "Kampung ayah di Sabak Bernam. Kampung mak di Batu Pahat". Aku tak jawab pun di mana kampung aku. Tapi, kenapa tiba-tiba hari ini aku nak ubah cara aku menjawab?
Semalam merupakan sambutan lorong terbuka untuk Jalan Melur 12. Pakcik Kamil yang bagi ucapan alu-aluan. Yang paling syahdu adalah bila dia kata
"Dulu, kita akan raya ramai-ramai ke rumah 1 sama lain. Masa tu anak kita kecil lagi. Jadi, masa raya kita angkut mereka semua sekali pergi beraya. Tapi sekarang ni, anak-anak kita dah besar. mereka pula yang dah ada anak-anak kecil mereka dan mereka pula yang datang ke rumah kita. Jadi, memang takdelah peluang kita nak beraya macam dulu lagi. Sebab tu la kita buat majlis ni, supaya kita ramai-ramai dapat berjumpa dan berbual"
Oh, touching sungguh ucapan tu. Dan sentap. Terasa beb. Mak aku je yang belum ada cucu lagi.. Maaf ye mak ayah. Bukan along tak nak. Dah takde yang ngorat, nak buat camane kan?
Sebenarnya majlis open lorong ni memang dah lama dah kami buat. Masa ni la mak-mak duduk bersembang.. Kami yang anak-anak sekalian bertukar-tukar cerita dan ayah-ayah sekalian buat kedai kopi tanpa perlu bayar duit kopi. Seriously, dulu aku suka nak join majlis ni.
Tapi, lama-kelamaan aku dah makin kurang gembira untuk menyertainya. Kenapa? Sebab, saban tahun, kawan aku semakin kurang. Rata-rata sudah berkahwin dan of course tak duduk dengan mak ayah la kan? Jadi, tidaklah mereka ni hadir jamuan raya tu. Dah 2-3 tahun jugalah aku hanya duduk dengan mak aku je kalau pergi. dengan kata lain, aku akan duduk dengan makcik-makcik sekalian.
Tahun ni lagi best. Mak balik kampung. Adik aku pula tiada. Aku nak pergi dengan siapa? Mujur ada Fadhlina. Dapat gak aku kawan makan. Mula-mula Fadhlina nak makan dengan emaknya tapi bila dia tengok mak dia dah selesa bersembang dengan makcik-makcik yang lain, maka kami makan bersama. Kami duduk berdekatan dengan jiran aku (merangkap kawan bermain semasa kecil dan kawan adik Fadhlina. Oh, aku pernah minat abang jiran aku ni. Haha)
Dan, sekali lagi, majlis makan-makan sambil bertukar-tukar cerita berlangsung. Aku rasa, orang yang hadir tu takdelah makan banyak pun. lebih kepada bersembang sahaja.
Semasa balik, aku bertembung dengan seorang lelaki tua. Aku cam siapa dia! Dia pakcik Shaari. Dulu, dia kerja RISDA sama dengan mak, ayah, pakcik Kamil dan penduduk Taman Melur yang lain. Lepas bersara, dia buka kedai runcit di rumahnya. Masa kecil-kecil dulu aku selalu pergi kedai dia.
Tapi tuanya dia.. berjalan pun dah pakai tongkat. Rambut memang putih sepenuhnya. Berjalan pun macam payah je. Tapi dia turut hadir ke majlis raya. Melihat kepada keadaan Pakcik Shaari, aku makin sayu.. Dulu aku kecil dan dia tak setua ini. Sekarang aku dah nak masuk 30 dan dia sudah susah nak berjalan.
Bukan Pakcik Shaari je. Boleh dikatakan aku dapat melihat semua pakcik dan makcik yang dulu muda beransur-ansur menjadi tua. Mereka juga sudah tentu dapat melihat detik-detik kami yang dulu kecil sekarang dah semakin besar dan membina keluarga masing-masing..
Dan Taman Melur yang dahulu merupakan kawasan perumahan baru yang didiami oleh mereka yang baru berkeluarga kini telah bertukar menjadi sebuah taman di mana pakcik-pakcik berjalan di pagi hari dan bermain bersama cucu di waktu petang (kecuali untuk mak ayah aku)
Kalau Taman Melur bukan kampung aku, mana lagi?
p/s: IC aku 14 tapi aku duduk di Selangor dan aku memang tak tahu jalan-jalan di KL
Langgan:
Catatan (Atom)