KLIK LAJU-LAJU!

MARI BLOGWALKING DENGAN APESAL.COM

Yang Baik Hati =)

Cari cerita lama

Aku terkini

sebelum komen, baca dulu komen orang lain boleh? Bosan la nak balas komen yang sama.. sebab jawapan aku mesti sama punya. tak pasal2 aku jadi astro karang ulang tayang beberapa kali

* jangan orang astro sentap pulak dengan aku, suda

Ahad, 20 Januari 2013

Dari Mata Seorang Perogol (bahagian 2)


CARA UNTUK MENGURANGKAN RISIKO DARI DISERANG

1] Jika seseorang sedang mengikuti anda dari belakang sama ada di jalan, di dalam lif atau tangga, pandang ke arah wajah mereka dan bertanya kepada mereka soalan, seperti "Pukul berapa sekarang?". Sekarang anda telah melihat wajah mereka dan boleh mengenal pasti mereka dalam kawad cam, ini akan mengurangkan kemungkinan daripada menjadi mangsa.

2] Jika perogol datang dari arah depan anda, halang dengan tangan anda di hadapan anda dan jerit "Berhenti!!!!". Kebanyakan daripada perogol memberitahu yang mereka akan meninggalkan wanita sahaja jika dia menjerit atau menunjukkan bahawa dia tidak akan takut untuk melawan balik. Sekali lagi, mereka mencari sasaran MUDAH DAN TIDAK MELAWAN.

3] Jika anda membawa semburan lada, jerit "SAYA  ADA SEMBURAN LADA" dan jangan teragak-agak untuk menggunakannya..

4] Jika seseorang menangkap anda, anda tidak boleh mengalahkan mereka dengan kekuatan tetapi anda boleh melakukannya dengan outsmarting mereka. Jika anda ditangkap di sekitar pinggang dari belakang, cubit dengan kuat penyerang anda sama ada di 
a) bawah lengan antara siku dan ketiak atau 
b) di paha atas dalaman. 
Jika cubitan anda benar-benar kuat, ia dapat mencederakan perogol dan mereka akan berputus asa.

5] Selain itu, anda juga boleh menyerang di kawasan pangkal peha. Serang tanpa teragak-agak dan gunakan segala kekuatan yang ada. Serangan yang berterusan akan menyebabkan mereka kehilangan masa. Tindakan anda juga mungkin menarik perhatian orang ramai ke arah mereka.


6] Jika mereka meletakkan tangan mereka kepada anda. Anda boleh memegang jari mereka dan tolak ke arah bertentangan (macam cerita kung fu). Buat sejauh mungkin. Ataupun, kilas tangan mereka sampai badan mereka terpusing

7] Kalau rasa ragu-ragu, jerit sahaja. Anda mungkin tersilap dan menuduh orang yang salah tapi tak lebih baik kehilangan air muka (ala.. bukannya jumpa orang tu lagi esok) dari menyesal sebab tak bertindak lebih awal.


SILA INGAT PERKARA-PERKARA INI!!

1. Petua dari Tae Kwon Do: siku adalah titik kuat pada badan anda. Jika anda cukup dekat dengan penyerang anda, gunakan siku anda sebagai senjata!.

2. Pesanan dari pemandu pelancong di New Orleans: "jika perompak meminta dompet dan / atau beg tangan, JANGAN serahkannya kepada perompak tersebut. Sebaliknya, campakkan dompet anda sejuh yang mungkin. Jika penyerang anda benar-benar berminat dengan dompet anda, lari laju-laju pada arah bertentangan semasa dia cuba mendapatkan dompet anda ia jauh dari anda .

3. Jika anda dicampak ke dalam bonet kereta: tendang keluar lampu ekor belakang dan selitkan lengan anda keluar lubang dan mula melambai seperti gila. Pemandu tidak akan melihat anda tetapi orang lain boleh melihat dan memaklumkan perkara tersebut kepada polis.

4. Wanita mempunyai kecenderungan untuk masuk ke dalam kereta mereka dan duduk melakukan pelbagai aktiviti (periksa beg la.. periksa telefon la.. touch up la..) sebelum menghidupkan kereta. JANGAN BUAT BEGITU! Pemangsa akan memerhatikan anda, dan ini adalah peluang terbaik untuk mereka menyerang anda. SEBAIK SAHAJA MASUK KE KERETA,TERUS KUNCI KERETA, HIDUPKAN ENJIN DAN BERGERAK PERGI

sambung bahagian 3....

(penat sungguh edit terjemahan langsung google nih. Kalau salah, minta maaf la ye)


Ahad, 6 Januari 2013

Dari Mata Seorang Perogol (Bahagian 1)


Sekumpulan perogol di penjara (di luar negara) telah ditemuramah mengenai faktor yang mereka lihat dalam memilih mangsa mereka dan di sini adalah beberapa fakta menarik:

Faktor-faktor pemilihan mangsa

1] Perkara pertama yang mereka lihat adalah gaya rambut. Mereka cenderung untuk memilih wanita yang mempunyai rambut fesyen ekor kuda, sanggul, tocang atau lain-lain yang boleh ditarik dengan mudah. Dengan kata lain, mereka lebih gemar mangsa berambut panjang. Wanita dengan rambut pendek jarang jadi mangsa kerana susah nak tarik dan paksa ikut arahan.

2] Perkara kedua yang dilihat ialah pakaian. Mereka akan mencari wanita yang pakaiannya mudah untuk dibuang/ditanggalkan dengan cepat. Ramai daripada mereka membawa gunting untuk mengoyakkan pakaian dan sebagai senjata.

3] Mereka juga mencari wanita yang menggunakan telefon bimbit mereka, mencari barang di dompet mereka atau melakukan aktiviti lain semasa berjalan kerana mereka dalam keadaan leka dan mudah dikalahkan.

4] Tempat nombor satu wanita paling kerap diculik/diserang adalah tempat letak kereta pusat membeli-belah. Nombor dua adalah tempat letak kereta pejabat / garaj. Nombor tiga adalah tandas awam.

5] Perogol akan menangkap mangsa dan segera bergerak ke lokasi kedua di mana mereka tidak perlu bimbang kemungkinan ditangkap.

6] Jika anda melawan, mereka akan berputus asa dan melepaskan anda kerana mereka menyedari anda tidak berbaloi dijadikan mangsa kerana ia akan memakan masa dan orang ramai mungkin akan tersedar ada sesuatu yang tak kena.

7] Perogol jarang memilih wanita yang mempunyai payung atau sebarang objek yang boleh digunakan sebagai senjata dari jarak jauh di tangan mereka. Kunci bukan penghalang kerana anda perlu benar-benar dekat dengan penyerang untuk menggunakannya sebagai senjata. 

Sambung ke bahagian 2...

Sabtu, 22 Disember 2012

Jalan-jalan di Singapura (bahagian 4)

Assalamualaikum..

Lama dah aku tak update blog ni. Malas. Tu je alasan aku. Dah-dah la salahkan benda lain..

Sebenarnya, banyak perkara berlaku masa bulan November hari tu. Tapi Aku takde resa na menaip. Ni pun aku menaip sebab aku rasa aku kena bertanggung jawab ke atas apa yang aku dah mulakan. Oh, ini mengingatkan aku kepada kerja sekolah yang aku tak buat-buat lagi. Hahah..

Jadi, seperti yang aku janjikan, ini adalah bahagian ke 4 tentang lawatan aku ke Singapura. Kalau nak baca tentang yang sebelum ni, klik la kat link ni:

Apa yang aku nak cerita ye? Hurrmmm..


PERSIAPAN PERGI JALAN-JALAN (tanpa pakej):



1- Sila tahu apa tujuan korang nak gi sana. Adakah untuk menikmati pemandangan? Adakah untuk melihat monumen? Untuk berhibur? Untuk menikmati makanan?

- Untuk bahagian ni aku buat silap. Aku tak tahu apa tujuan aku pergi ke Singapura. Banyak kali aku ditanya 'nak ke mana?' 'tahu tak cara nak pergi?'. Aku pergi memang pakai terjah tanpa fikir panjang. So, korang tau la apa akibatnya kalau buat sesuatu tanpa tujuan kan? Korang akan lost. Takde hala tuju.

2- Dah tau mana nak pergi, sila la cari maklumat, macam mana caranya korang nak pergi ke tempat yang hendak dituju tu.
-Dah semestinya, kalau Singapura ni, yang mudahnya adalah dengan menaiki MRT. Sebab? Kitorang tak reti nak drive kat Singapura. Lagipun dengar cerita macam leceh je. Lagipun harga parking dia agak meruntun jiwa jugak la. Kalau boleh, dapatkan terus peta-peta yang sepatutnya. 

3- Jangan lupa juga survey kat mana korang nak tidur. Jangan la bajet yang korang ni hebat sangat sanggup tidur kat mana-mana. 
-Macam aku aritu, aku survey bilik guna Asiaroom.com. Dapat la bilik RM120/malam termasuk cukai. Aku suka Asiaroom sebab dia bagi dari serendah-rendah bajet yang ada.

4- Tukar duit siap-siap
- Biasanya tukar duit kat Malaysia lagi untung. Tapi beza sikit je kalau tukar kat sana pun. Kalau korang guna ATM maybank, korang boleh buat roaming supaya boleh cucuk duit kat oversea. Sila buat sebelum bergerak ke sana. Boleh gak pakai kad kredit tapi aku tak reti. hehe.


5- Sila maklum yang kebanyakan negara luar ni jenis wipe je.. istinjak tanpa air. 
-Hehe.. so, kalau korang tak biasa, maka, sila la bawa botol air kosong banyak-banyak untuk tadah air sebelum berurusan di bank. Aku dapat pengajaran ni masa pergi China dulu.

6- Kalau boleh, bajet siap-siap perbelanjaan
- Hurmm.. harga barang kat Singapura lebih kurang harga barang kat Malaysia. TAPI kadar matawang dia tak sama. SGD1 = RM2.50. Jadi, kalau korang beli nasi goreng biasa kat Malaysia RM4, kat sana SGD4. Jadi, agak-agak la nak makan berapa kali sehari, dan berapa bajet makan.


APA YANG AKU NAMPAK

1- Harga barang mahal
-Serius, masa mula-mula aku sampai Singapura, aku asyik ulang "Aku sayang Malaysia" "Nasib baik aku duduk Malaysia". Haha.. Semua benda mahal kot. So, aku agak terkira-kira apa aku nak beli, nak makan. Ye la.. mungkin kalau aku bergaji SGD mungkin aku tak kisah sangat kot. Makanan punya harga macam ok la kot. Tengok tempat. Tapi yang aku tak boleh terima ialah, ada setengah tempat tu (bukan hotel), selipar jepun pun mahal. Tak terhadam aku!

2- Bahasa
- Huhu.. bukan berniat nak racist tapi aku mendapati, kalau nak tanya apa-apa, kalau tanya pada orang cina, dia akan jawab BI tapi kalau tanya bangsa lain, ada harapan jawapan dalam BM. Maka, dalam masa aku kat Singapura tu, aku memang sangat tere bertanya arah dalam bahasa inggeris. Nak tulis balik dah lupa dah. Haha

3- Pengangkutan Awam
- Hurmm.. MRT. Nak kata kedudukan dekat, ada la 7 minit gak berjalan dari hotel. Tapi dah namanya pergi negeri orang, pandai la nak hidup kan? Kalau kat sini, ada aku nak jalan? Waalaikumussalam. Dan jaringan antara MRT dia boleh tahan bagus gak la. Walaupun kadang-kadang antara stesen pertukaran tu tak dekat, tapi tak terasa sangat sebab sepanjang perjalan berbumbung dan berhawa dingin (macam dalam bangunan). Macam kita, nak tukar, kena keluar jalan, lalu panas bagai. Masa menunggu pun pendek sedikit. Memang beza 1-2 minit tu tak banyak tapi, bilangan orang dalam tren sangat berbeza dalam 1-2 minit tu. Tu yang buat orang Malaysia berkira kot. Tapi aku nampak, kita sedang berusaha ke arah yang lebih baik.
-Teksi, rate agak mahal. Kalau malam, lagi la mahal. Dan, mereka biasa call teksi kalau kat kawasan Orchard Road. So, kalau ada teksi  lalu, tak yah la susah-susah tahan. Ada orang punya tu.
- Kat sana ada lorong bas. Malaysia pun ada. Tapi rakyat kita selfish di negara sendiri. Peduli hapa dengan lorong bas? Yang penting, dia cepat. Rakyat kat sana ikut peraturan sebab tak nak kena saman.


4- Sampah
- Aku duduk kat Geylang.. Ada je sampah. Cuma mungkin la tak sedahsyat Chowkit. Heheh..

5- Orang sana tak gemuk.
- Huhu.. mungkin gaya hidup dia sangat laju, sibuk, dan mereka bergantung pada MRT, jadi mereka bergerak sangat laju. Berjalan pun laju. Masa masuk dalam MRT, boleh dikatakan, payah nak jumpa orang gemuk. Selalunya, kami-kami la yang paling gemuk. Huhu.. 
See?? Diorang tak gemuk kan?


*****************************************

Secara keseluruhan, perjalan aku ke Singapura memang agak terkebil-kebil sebab kami tak berapa tahu apa yang kami nak lihat di Singapura (aku nak dating je sebenarnya. hahah) tapi bagi aku, terkebil-kebil tu juga merupakan 1 pengalaman. Memang tak sama dengan pengalaman kalau berjalan dengan pakej yang lebih teratur dan dah tau tarikan tempat yang dilawati.

Pape pun, aku ok je. Nama pun cari pengalaman. Mungkin pergi lagi kot lain kali. Tapi kali ni, tujuan nak masuk USS je la. Aku sebenarnya tak heran sangat taman tema sebab aku seakan ada nasib buruk dengan taman tema. Tiap kai pergi, mesti ada barang hilang. Tapi kali ni, try je la kot. Mana tau. itu pun tengok keadaan macam mana.

Dari segi bajet...
Hari pertama - RM 192.13
Hari kedua - RM 139.50
Hari ketiga - RM 44.45
Jumlah - RM 372.08 @ SGD 148.83

Tolak RM 171.70 yang aku dah spent siap-siap sebelum masuk Singapura dan setelah balik semua ke JB, jumlah perbelanjaan aku setelah jejak kaki ke Singapura ialah RM 200.375 @ SGD 80.15

p/s: Puan Zaiton, saya belanja RM200 ok! Hahah.. Tapi saya rasa lebih sikit sebab kira-kira aritu macam RM225.. huhu

Ahad, 28 Oktober 2012

Bila Nak kahwin?

Pernah tak korang ditanya, " Bila nak kahwin?"
Apa jawapan korang?

Aku dah pernah try bagi macam-macam jawapan. Dari " tahun depan (tapi tak tau tahun bila)", "tunggu kurus" hinggalah " tunggu orang pinang"

Serius, aku sangat terharu sebenarnya dengan mereka yang ambil peduli dengan keadaan aku yang masih membujang. Terima kasih sebab risau aku tua sebelum sempat beranak. Terima kasih sebab risau aku mati keseorangan. Demi Allah, aku pun tak terbayang hidup sorang-sorang sampai ke tua. Aku sama macam orang lain, berharap untuk punya keluarga sendiri. Tak nak hidup sorang-sorang masa tua nanti. Tapi, adakah aku fikirkan benda tu sepanjang masa?

Tett!!! Aku tak fikirkan benda tu sepanjang masa. Aku lebih risau berat badan yang tak turun-turun. Aku risaukan simpanan aku yang belum banyak lagi. Aku risaukan tiket yang makin lama makin mahal hingga aku tak mampu nak jalan-jalan. Ahh!! Pendek kata, banyak je benda yang aku fikirkan.

Ayah aku adalah antara orang yang risau aku tak kahwin-kahwin lagi. Ye la.. kawan yang sebaya dekat kawasan ni, masing-masing dah kahwin. Pernah sampai 1 tahap, ayah aku terfikir nak pinang laki untuk aku. aku ulang balik dengan huruf besar. "AYAH AKU NAK PINANGKAN MANA-MANA LAKI UNTUK AKU". Mujur dia tak cakap depan aku. Dia cuma cakap dekat mak. 

Adakah aku begitu terdesak? Aku harap tak la. Aku kesian sebenarnya dekat ayah aku. Serius, dia dah berumur 60 tahun dan dia je pakcik tua kat sini yang masih belum ada cucu. Aku faham kerisauan dia. Mesti dia asyik fikir, apa yang tak kena sampai anak dara dia tak laku-laku sampai sekarang?

Tu belum cerita lagi tentang saudara mara yang asyik bertanya. Tanya direct kat aku takpe la. Ni siap bercerita kat belakang. Aik??!! Kenapa kau risau pasal aku? Sebab anak kau semua dah kahwin? Jadi kau dah takde apa nak risau? Begitu? Kalau betul risau, tolong la carikan. Jangan sekadar bertanya dan bercerita.

Tapi sekarang aku rasa aku dah dapat jawapan yang baik kalau-kalau aku ditanya lagi lepas ni.

Baru-baru ni, ustazah kat sekolah aku bercerita tentang jodoh. Tentang dia orang Terengganu yang tak suka orang Terengganu tapi akhirnya kahwin dengan orang Terengganu juga. Ikutkan dia dah bertunang dengan orang lain dah tapi sebab jodoh, jadi juga dengan orang yang dia tak suka tu.

Ok, cerita tu nampak cliche. Memang la.. Sebab ni blog aku. Aku tak nak cerita pasal ustazah tu panjang-panjang. Aku cuma nak sedut ayat ustazah tu iaitu:
" Pada masa kita disenyawakan, telah tertulis untuk kita jodoh, ajal dan maut kita. Dah siap tertulis denagn sape dan bila kita kahwin. Sebab tu, kadang-kadang kita nak juga tapi tak dapat. Maknanya bukan rezeki kita, bukan hak kita, bukan jodoh kita la. Dan ada juga yang kita elak, tapi memang itu la yang ditentukan untuk kita. Kadang-kadang kita rancang nak kahwin umur berapa tapi Tuhan dah tentukan lebih dulu nak kita kahwin bila"

Tu jawapan pertama yang aku akan guna lepas ni. Dan ada lagi 1 jawapan yang aku rasa sesuai juga untuk digunakan lepas ni iaitu:
"Tuhan takkan uji hambaNya dengan ujian yang tak mampu mereka pikul. Mungkin, ujian untuk aku ialah jodoh yang lambat. Tu bermakna aku mampu terima ujian tu. dan mungkin, ujian jenis ni  je la yang aku mampu tanggung. Tuhan tak bagi ujian tu pada kau mungkin sebab kau tak boleh hidup tanpa pasangan kau."

Aku harap, dengan jawapan ni dan nada yang betul, aku dapat la membuatkan orang yang banyak soal tu diam sekejap. Berhenti-berhenti la kata aku memilih. Beli ikan di pasar pun kita nak pilih yang elok. Inikan pula lelaki yang bakal jadi pasangan seumur hidup. Takkan tak boleh memilih kot? Lagipun, kita boleh memilih kalau ada calon. Kalau takde calon, nak pilih apanya?

Ok, saje je tulis pasal ni. Takde isu atau cerita pun di sebaliknya. Cuma, aku dah takde idea sangat dah nak tulis apa.. hehehe...

Aku akan jawab A terus sebab terharu yang dia tak bagi  pilihan jawapan 'NO'