KLIK LAJU-LAJU!

MARI BLOGWALKING DENGAN APESAL.COM

Yang Baik Hati =)

Cari cerita lama

Aku terkini

sebelum komen, baca dulu komen orang lain boleh? Bosan la nak balas komen yang sama.. sebab jawapan aku mesti sama punya. tak pasal2 aku jadi astro karang ulang tayang beberapa kali

* jangan orang astro sentap pulak dengan aku, suda

Ahad, 2 September 2018

Terima kasih... Kedai runcit?

Hari ni aku nak bagi tribute kepada kedai runcit dekat rumah aku. Dan rumah korang.

Kenapa?

Sape sini pernah bisnes? Berapa % korang mark up keuntungan?

Korang rasa, berapa % atau berapa sen lak keuntungan yang di mark up oleh kedai runcit kat rumah korang?

Ya.. Tak banyak pun.. 20sen? 30sen? Rm1?

Ya, beli di aeon big lagi murah.. Tapi. Banyak mana pula aeon big beli utk stok? Banyak mana pula kedai runcit rumah korang tu beli stok?

Memang ada sesetengah perniagaan boleh mark up banyak. Siap ada yang boleh mark up sampai 100%. Tapi bukan kedai runcit.

Tolong jangan lupa, mereka pun perlu bayar sewa, bayar bil, bayar duit petrol utk beli stok tiap pagi/malam.. Bayar gaji, dll.

Yup, kadang aku pun berkira. Tapi aku ingatkan diri, xyah berkira sangat dengan kedai runcit. Boleh la bayar lebih sikit asalkan dekat.

Situasi yang sama kepada pengusaha stesen minyak. Berapa sangat la untung jual petrol tu.. 10-20sen/liter? Mereka memang bergantung pada volume jualan.

Tapi itu juga bermakna mereka kena sediakan modal yang besar untuk beli stok. Sebab tu mereka cuba dapat untung lebih dengan kedai serbaneka mereka.

Oleh itu... (Maaf cikgu BM, penanda wacana aku teruk)

Tahniah dan terima kasih kepada peniaga kedai runcit/pam minyak sebab berkhidmat untuk penduduk setempat dan cuba bertahan selagi boleh.

Khamis, 15 Februari 2018

BILA PENJAJAH PELAT

Kali ni pendek je.. Sekadar nak habiskan saki baki

Nama asal Sumatera adalah Samudera. Ini kerana, penduduk Acheh pada waktu itu melihat ke Lautan Hindi yang sangat luas. Maka, oleh sbb itu, perkataan samudera digunakan untuk menamakan pulau itu..

Datanglah penjajah dengan telonya nak menyebut samudera sangat susah. Yang terhasil ialah samatra (bila eja ke rumi terhasil la sumatra).

Kenapa x ikut je ejaan samudera? Sebab, masa tu, tulisan rasmi orang Jawi / melayu ialah tulisan Jawi. Maka, xde maknanya mat saleh tu nak pandai baca. Orang melayu pula x betulkan ejaan mat saleh tu sebab pada awalnya tulisan rumi sangat alien utk org Melayu /Jawi

Sama la kesnya dengan Pulau Borneo tu... Asalnya semuanya adalah Brunei.. Datang si pelat ni, jadi la Brunei tu Borneo...

Hah, maka, tulisan asal bangsa kamu wahai Melayu, adalah tulisan Jawi. Pergi belajar balik tulisan jawi tu. Jangan jadi bangsa yang kehilangan tulisannya

Sumber: masih lagi Dr Wan Marzuqi

Selasa, 13 Februari 2018

MELAYU, SI PELAYAR

Pulau Pandan jauh ke tengah,
Gunung Daik bercabang tiga, 
Hancur badan dikandung tanah,
Budi yang baik, dikenang juga

Sepatutnya isu, pantun ini milik kau atau aku,
Kuih ini aku punya, permainan itu aku juga punya x berlaku antara Malaysia dan Indonesia

Janganlah kita lupa yang Melayu ini adalah bangsa pelayar. Apa yang ada dari Sumatera, di sini pun ada kerana kita dari rumpun yang sama

Kita mula berbeza apabila sempadan politik kita dicipta oleh penjajah dan seterusnya bagaimana kita mengecap merdeka dan meneraju negara selepas merdeka.

Jadi, mari berhenti bergaduh nasi lemak siapa yang punya ya.. Awak ada sate, kami pun ada sate.. Beza rasa sbb tekak je.

Berbalik kepada pantun di atas.
Katanya, kalau mengikut geografi, memang terdapat Pulau Pandan (antara Pulau Lingga dan Pulau Singkep) dan Gunung Daik (di Pulau Lingga)

Tapi dari 1 sudut lain pula, keluasan empayar Melayu dahulu adalah meliputi Sumatera, segenting Kra (Pattani), Brunei hingga ke Filipina.

Terdapat 3 wilayah melayu yang besar menggunakan darussalam untuk wilayah mereka iaitu 
Brunei darussalam, Acheh Darussalam dan Patani Darussalam.

Dan ketiga2 negeri / wilayah inilah yang dikatakan Daik (negeri penuh kedaulatan)

Pergh... Cuba bayangkan betapa bangsa pelayar ni memasukkan ilmu geografi dan bahasa mereka.. Indah kan?

Sumber: Dr Wan Marzuqi dan blog mersing.my

P/s: pembetulan adalah dialu2kan

Ahad, 11 Februari 2018

KENAPA LAIN NEGERI, LAIN LOGHATNYA?

Macam yang pernah diceritakan sebelum ni, di tanah semenanjung ni memang sudah ada penduduk asal dengan bahasa masing-masing.

Apabila kerajaan srivijaya memilih untuk menggunakan bahasa melayu, raja telah menghantar wakilnya ke setiap ceruk tanah melayu untuk belajar bahasa melayu

Disebabkan masa tu tiada pendidikan formal, hanya pendidikan secara lisan, maka terdapat sedikit perbezaan sebutan bagi bangsa-bangsa yang tidak biasa berbahasa melayu ini

Kesan daripada bahasa asal dan bahasa melayu yang baharu diajar, maka muncul la dialek2 mengikut negeri (sebenarnya berpunca dari mereka x boleh nak bercakap BM sepenuhnya pada masa itu)

Harus kita ingat, kita akan menyebut perkataan seperti mana ibu bapa / penjaga kita menyebutnya.

Maka, sebab itu la kita mempunyai pelbagai dialek

Sumber: Dr Wan Marzuqi lagi

P/s: teringat masa atas flight dr Seoul ke KL terdengar sorg budak bercakap "ibu, ibu, tengok itu buk.. (Dalam loghat indonesia). Bila toleh, tengok2 anak Cina. 

Ada 2 kemungkinan:
1- Sama ada mereka dr Indonesia 
2- Budak tu lebih banyak luang masa dengan maid dari Indonesia