Pulau Pandan jauh ke tengah,
Gunung Daik bercabang tiga,
Hancur badan dikandung tanah,
Budi yang baik, dikenang juga
Sepatutnya isu, pantun ini milik kau atau aku,
Kuih ini aku punya, permainan itu aku juga punya x berlaku antara Malaysia dan Indonesia
Janganlah kita lupa yang Melayu ini adalah bangsa pelayar. Apa yang ada dari Sumatera, di sini pun ada kerana kita dari rumpun yang sama
Kita mula berbeza apabila sempadan politik kita dicipta oleh penjajah dan seterusnya bagaimana kita mengecap merdeka dan meneraju negara selepas merdeka.
Jadi, mari berhenti bergaduh nasi lemak siapa yang punya ya.. Awak ada sate, kami pun ada sate.. Beza rasa sbb tekak je.
Berbalik kepada pantun di atas.
Katanya, kalau mengikut geografi, memang terdapat Pulau Pandan (antara Pulau Lingga dan Pulau Singkep) dan Gunung Daik (di Pulau Lingga)
Tapi dari 1 sudut lain pula, keluasan empayar Melayu dahulu adalah meliputi Sumatera, segenting Kra (Pattani), Brunei hingga ke Filipina.
Terdapat 3 wilayah melayu yang besar menggunakan darussalam untuk wilayah mereka iaitu
Brunei darussalam, Acheh Darussalam dan Patani Darussalam.
Dan ketiga2 negeri / wilayah inilah yang dikatakan Daik (negeri penuh kedaulatan)
Pergh... Cuba bayangkan betapa bangsa pelayar ni memasukkan ilmu geografi dan bahasa mereka.. Indah kan?
Sumber: Dr Wan Marzuqi dan blog mersing.my
P/s: pembetulan adalah dialu2kan
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Semua orang boleh komen. Dan aku laparkan komen dari korang.
Tapi letak la nama.. Tak suka nak panggil korang Tanpa Nama