KLIK LAJU-LAJU!

MARI BLOGWALKING DENGAN APESAL.COM

Yang Baik Hati =)

Cari cerita lama

Aku terkini

sebelum komen, baca dulu komen orang lain boleh? Bosan la nak balas komen yang sama.. sebab jawapan aku mesti sama punya. tak pasal2 aku jadi astro karang ulang tayang beberapa kali

* jangan orang astro sentap pulak dengan aku, suda

Ahad, 21 Julai 2013

Sebelum Ke Korea (Bahagian 2)

Hurm.. Hari ni aku nak sambung bahagian kedua tentang persiapan ke Korea.. hurmm... Untuk baca Bahagian 1 boleh klik SINI

5- Makanan.

Aku tanya la pada kawan yang dah pergi ke Korea dan baca la sikit-sikit. Boleh tahan gak harga makanan kat Korea ni. Mahal!!! Jadi, Kalau nak berjimat, sila bawa makanan siap-siap dari sini. Lagipun, kena ambil kira gak senang atau tak nak cari makanan kan?

Maka, kami pun menyediakan lebih kurang 5-10kg makanan termasukla beras. Sardin, bubur segera, mi segera.. ok la untuk 3 orang kan?


Bubur segera kegemaran aku. Ada 2 jenama. Berasli dan Natures Own. Dua-dua sama sedap. Aku suka perisa cendawan dan rumpai laut. Perisa ayam agak banyak halia. Tambah pepper lagi.. sedapnya.. humm..


6- Pakaian

Disebabkan sekarang ni musim panas, maka kami bawa baju biasa-biasa je. Aku bawa 7 helai baju kot (serius banyak kan? Berat gile beg aku. Tu belum campur baju tidur lagi.Tapi mujur la aku bawa baju banyak. takde ruang nak ampai baju)


7- Tukar duit

Setelah membaca dan menelefon sana sini, akhirnya aku tukar duit di Ampang Park. Nama pengurup wang tu ialah Agensi AntaraDuit. Harga dia memenag best! Di kala orang lain cas RM2.85/KRW1000, tempat ni cas RM2.818 je. Kawan aku kata, pengurup wang kat Giant Taman Dagang pun murah jugak. Try la banding ye.

Aku tukar RM2500, jadi aku dapat la dalm KRW887. hurmm.. cukup tak agak-agak untuk 11 hari? Mula-mula aku cadang nak roamingkan kad ATM aku, tapi terlupa. Harap-harap cukup la.

duit-duit korea. lepas ni aku malas nak sebut KRW1000. Aku sebut $1 je. $1 @ KRW1000 lebih kurang RM3.


Ok, tu dulu kali ni. Sambung lagi nanti..

Sabtu, 20 Julai 2013

Sebelum ke Korea (bahagian 1)

Bahagian Ke 2 di SINI

Setelah ditegur oleh, En. Anif sebab tak menepati janji (hok3), maka hari ini aku akan cuba menulis serba sedikit tentang perjalanan aku ke Korea. Tapi disebabkan ni adalah bahagian 1, maka korang takkan dapat cerita aku di Korea. Sebaliknya aku akan ceritakan kisah sebelum perjalanan bermula.(sejak bila la aku buat preview post ni?)

Semuanya bermula pada tahun lepas. Aku tak pasti, kenapa aku nak sangat pergi Korea. Mesti ada sebabnya kan? Tapi aku dah lupa. Beberapa kali jugak la aku try ajak kawan pergi tapi selalu la, kalau bukan masalah masa, masalah tambang agak mahal.

Entah macam mana, pada pertengahan / akhir tahun 2012, ada la AirAsia buat promosi pergi ke sana. Aku terus tak fikir panjang, terus tempah tiket. Bila aku kata aku tak fikir panjang, sila la percaya ye. Sebab aku sedang membayar harga tindakan terburu-buru aku tu sekarang.


1- Tiket

Dipendekkan cerita, aku telah menempah tiket untuk pergi ke Korea pada 2-12/6/2013 (11 hari ya! Jangan tak tau).. Agak tersedak juga aku dengan ketamakan aku ni. Siap terlajak dari tarikh cuti sekolah. Tapi nak buat macam mana? Nasi dah jadi bubur. Kalau tukar tiket, aku kena bayar denda dan beli tiket baru. Tak mampu aku.. huhu.. Patutnya aku boleh la gunakan CRK aku yang tak pernah berguna lagi. Tapi aku silap, Pengetua nak juga aku ambil CTG. Dengan kata lain, perkhidmatan aku pada bulan 6 tidak dikira kerana aku telah mengambil cuti selama 3 hari. Jangan tanya perasaan aku. Frust tak terkira.

Disebabkan kami ada 11 hari di Korea, maka aku pun buat keputusan nak ke Jeju. Tempat cerita My Girl tu!!! Aku tempah tiket dari syarikat Eastar Jet. Mujur la syarikat tu ada web bahasa Inggeris. Mula-mula aku nak minta tolong dengan orang yang boleh cakap Korea tapi dia minta duit servis RM100 (huk3!! mujur dia balas email lambat, aku dah beli dulu!)

Ada banyak syarikat penerbangan yang pergi ke Jeju tapi kalau dari Seoul, syarikat penerbangan bajet yang ada ialah Jeju Air, Eastar dan T'ways. Aku mula-mula macam minat t'ways sebab dia paling murah (kot?) tapi disebabkan web dia dalam hangul, aku pun riki Jeju Air dan Eastar Jet je. Harga kedua-dua syarikat ni lebih kurang je tapi kebetulan, tiket Eastar lagi murah masa tu, maka, Eastar la yang kami pilih.



Sebenarnya, aku tempah bilik dulu baru tempah tiket flight. Nak dijadikan cerita, aku boleh pulak tersalah beli tiket dekat Eastar Jet. patut aku pergi Seoul 5 Jun tapi aku terbeli tiket 4 Jun. Akibatnya, aku kena bayar denda tukar tiket. Mujur Eastar ni tak cekik darah macam AirAsia. Kos tukar tarikh hanyalah RM15. Malah, kalau aku tukar tiket dalam 24 jam, aku tak payah bayar denda. Tak macam AirAsia. Pantang ada peluang, nak cekik darah je.


2- Tempat Penginapan

Setelah menempah tiket ke Korea, maka aku pun mula la menempah bilik di sana. Seperti biasa, partner in crime aku mesti la si Fadh. Maka, berlaku la beberapa malam kami dok mencari bilik untuk tidur sepanjang kami di sana. Macam-macam kaedah carian kami guna. Akhirnya kami guna khidmat Booking.com untuk menempah bilik di Seoul dan Hostels.com untuk menempah bilik di Jeju. Pada aku, website-website ni sangat memudahkan. Harga dia pun berbaloi-baloi.. cuma, korang kena rajin survey la..Ingat tak masa aku pergi Singapura dulu pun aku guna khidmat AsiaRooms.com?


3- Mencari Maklumat

Percayalah bila aku kata, Korea adalah negara paling mudah kalau korang nak pergi berjalan secara backpacking. Ada sangat banyak blogger yang cerita pasal pengalaman mereka ke sana (oh, aku pun akan jadi salah seorang dari mereka!! Wow!!) Tetapi, maklumat yang paling best, kami dapat dari forum cari.my. Perghh.. ada berbelas-belas 'rumah' di bawah tajuk melancong ke Korea. Apa maklumat korang nak? semuanya ada. Terima kasih kepada ahli-ahli forum cari.my. Semua maklumat yang mereka letak di situ adalah dari hasil pengalaman dan pembacaan mereka dari blog-blog lain. dan mereka meletak maklumat tersebut dengan sangat tersusun. Mudah kerja korang.

Sambil-sambil tu, kami buka juga website Korea Tourism. Saja gatal.. Cari no telefon bagai.. buat apa cari no telefon? Aish... Nanti aku cerita ye.


4- Pengangkutan.

Disebabkan sistem tren di Seoul adalah sangat awesome, maka korang yang berjimat dan muda, haruslah naik tren sepanjang berada di Seoul. Kalau korang ada tablet, sila la download aplikasi sistem subway dia. sangat membantu korang untuk begerak semsa di Seoul.

Tak seperti di Seoul, Pulau Jeju takde train. Baca punya baca, kebanyakan backpackers sewa teksi (dengan pemandu) tetapi harganya agak mahal (kira-kira 130,000 won = RM390 untuk khidmat selama 8 jam). Sebenarnya ok harga tu, tapi kata nak jimat.. cari la cara lain.. Tapi, aku sempat la jugak kontek driver teksi tu. Dan mereka membalas dengan sangat pantas! Seperti la internet tu sentiasa kat tangan, tak lepas-lepas. 

Dan memang itu maksud aku. Sebab, driver teksi tu balas email aku guna iphone ye.. ada pulak sorang driver ni, siap add aku dalam fb lagi. Tak ke hebat tu?

Setelah, berfikir dan membaca blog-blog orang, kami buat keputusan untuk menyewa kereta sahaja. Kami sewa kereta dengan KT Kumho. Tak la mahal sangat terutamnaya kalau korang jadi ahli. Kami sewa kereta yang paling murah iaitu Kia Morning/Picanto. Kos sewa kereta kami selama 4 hari 3malam hanyalah KRW58,500 (RM175.50). Cuma, kami kena la mohon permit memandu antarabangsa. Orang yang terpilih ialah Fadh. Harga permit ialah RM150/tahun.



Panjang sangat dah.. sambung bahagian 2 nanti ye.. huhu..

Gambar? Eh, tak berlepas lagi kan? Gambar apanya??