KLIK LAJU-LAJU!

MARI BLOGWALKING DENGAN APESAL.COM

Yang Baik Hati =)

Cari cerita lama

Aku terkini

sebelum komen, baca dulu komen orang lain boleh? Bosan la nak balas komen yang sama.. sebab jawapan aku mesti sama punya. tak pasal2 aku jadi astro karang ulang tayang beberapa kali

* jangan orang astro sentap pulak dengan aku, suda

Isnin, 24 September 2012

Jalan-jalan di Singapura (bahagian 3)

Aku tak pasti dah berapa hari sejak entry pertama pasal aku jalan-jalan kat Singapura dan aku masih takde mood sebenarnya tapi aku bertekad kena habiskan jugak. Lantak la. Kalau nak baca Bahagian 1 dan 2 boleh klik sini:
Jalan-jalan di Singapura (bahagian 1)
Jalan-jalan di Singapura (bahagian 2)

Jalan-jalan di Singapura (bahagian 4)

============================================

Hari Ketiga (30/5/2012 - Rabu)


Hari terakhir. Hari ni akan balik ke Batu Pahat. Dan nampak gayanya aku takde can la nak jumpa orang kegemaran aku.. huhu.. eh, tah-tah dia tengah shooting kat KL kot masa tu? Oh, Aaron Aziz!! Haha..

Kami kemas beg dari malam tadi. Hari ni niatnya nak cari sarapan kat tempat yang best sikit. Jadi, kalau kena keluar awal cari makan, tu la yang kami akan buat. 

Kami check-out hotel. Kami tanya la orang kaunter macam mana nak pergi Chinese Garden. Tiba adik tu kata, "tak best la pergi situ kak. Baik pergi Botanical Garden". Ah.. kat mana pulak tu?

Jeng! Jeng! Jeng!!!! Adik tu keluarkan peta. Peta yang menunjukkan stesen MRT dan tarikan di sekitarnya. Erkk?? Awat dia tak tunjuk awal-awal??? jawapan dia "Dah akak tak mintak!" Erk!

Pergi ke MRT bersama misi. Nak pergi Marina Bay. Orang kata cantik nak bergambar situ. Lepas beli tiket, pandangan teralih ke belah kiri "Eh, cafe ni halal la!!" Nama cafe tu Ananas Cafe. Aku tak sure MRT lain ada ke tak tapi kat MRT Al- Juneid ada cafe ni.

Boleh tahan juga la menu dia. Aku beli bubur ayam (memang kegemaran aku). Budak lain beli nasi lemak dengan lauk sampingan. Serius aku suka bubur ayam aku! Dah la sedap! murah lak tu!
Bubur aku yang best! Macam bubur McD ok!

Nasi lemak Fadh. Juga SGD2! Antara makanan murah kat Singapura

Lepas makan, kami pergi ke Marina Bay. Hurmm.. secara dasarnya dia adalah pusat membeli-belah ala-ala KLCC.. Besar. Tapi 1 kedai pun kami tak masuk. Lalu je. Tujuan kami nak bergambar je. Nak dapatkan view. Nak tunjuk bukti dah sampai Singapura. Hahaha!!! Jadi, Ini buktinya!! Tadaa!!

Dari Marina Sand Bay menghadap Bandar Singapura

Budak peramah dengan pakcik peramah

Lepas bergambar dan budak laki 2 orang tu puas sembang dengan sorang pakcik ni, kami pun bergerak ke MRT. Masa ni, KESEMUA beg kami diperiksa. Makcik yang periksa tu baik. Siap buat lawak lagi tapi dia tetap periksa semua beg.

Fadh nak beli lagi cenderamata. Jadi, sekali lagi kami ke Jalan Bugis. Lagipun, Restoran Zam Zam terletak di  Jalan Arab yang memang dekat dengan Stesen Bugis.

Selepas menambah cenderamata, kami try jugak beli air buah yang dijual di situ dan seperti yang aku jangka, rasanya agak tawar (air + buah je kot) tapi ok la jugak.. dan kami pun mencari Restoran Zam Zam..

Fadh apa lagi! dengan pantas dia order Murtabak Singapore perisa kambing. Acap perisa ayam kot. Aku? Nasi goreng biasa! Hahaha.. Murah dan kenyang untuk perut aku.

aku makan nasi goreng yang boleh tahan. Fadh dan murtabak kambing dia. Semua order air kathira (yang warna putih tu) kecuali aku. Tak minat! Huhuhu

Lepas makan, kami solat di Masjid Sultan. Lepas solat, kami pun bergerak ke stesen MRT Bugis untuk beli tiket ke Woodland. Di Woodland, kami naik bas ke ICQ (kastam johor) dan dari situ, kami tukar bas lagi ke stesen bas Larkin.

Di Larkin, aku ambil tiket ke Batu Pahat sementara 3 kawan aku balik ke KL

So, perbelanjaan aku pada hari ketiga
1- Sarapan (bubur ayam) = RM5 (SGD2)
2- MRT Al-Juneid - Marina = RM3.75 (SGD1.50)
3- MRT Marina - Bugis = RM2.75 (SGD1.10)
4- Nasi goreng biasa = RM10 (SGD4)
5- MRT Bugis - Woodland = RM5.50 (SGD2.20)
6- Bas Woodland - ICQ = RM3.25 (SGD1.30)
7- Bas ICQ - Stesen bas Larkin = RM1.70 (SGD0.68)
8- Bas Larkin - Batu Pahat = RM10 (SGD4)
9- Air buah Bugis Street = RM2.50 (SGD1)
Jumlah = RM44.45 (SGD17.78)

Dalam bahagian 4, kita akan buat kesimpulan, kesilapan dan pengajaran sepanjang berada di Singapura ye

Sabtu, 15 September 2012

Gemuk sebab tak makan

Korang sedia maklum yang aku ada masalah obesiti. Huhu.. ye. tu bukanlah sesuatu yang boleh dibanggakan. Macam-macam la ubat diet aku pernah try. Tak berjaya. Makin gemuk ada la.

Oleh itu, aku ambil keputusan untuk pergi ke fakulti perubatan UPM pada hari Jumaat lepas. Niat di hati nak try dapatkan susu sama macam Fadh. Susu free tuh! Hehehe..

Macam biasa, kalau aku nak pergi mana-mana mesti dengan Fadh dan Saufi. dan of course Fadh kena ada sebab dia yang nak tunjuk jalan.

Sampai je kat klinik kaunseling pemakanan tu (ye, aku kena kaunseling), aku dan Saufi ambil berat badan dan ukuran ketinggian. So, kami sekali lagi tahu keputusan yang dah memang tahu. Kami obes!! Huhu..

Lepas tu kami ambil pula tekanan darah. hurmm.. Dulu aku ada masalah tekanan darah rendah. Sekarang, tekanan darah aku dah mula tinggi. Tahniah kepada darah sebab berjaya rentas garis normal 2 kali. Huhu.. Last sekali, kami ambil bacaan kolesterol dan bacaan kolesterol aku lebih dari yang sepatutnya... aish!!

Semasa sesi berjumpa dengan dietitian, beliau memang la tanya dengan terperinci apa yang aku makan dalam sehari. Dari sarapan hingga makan malam. Dari saiz nasi yang aku ambil, sampai la sama ada dalam sandwic ada letak mentega atau tak. Kuih berapa keping.. Atas meja ada makanan tak. Detail gila kan?

Akhir sekali, sesi nasihat (kaunseling sebenarnya). Masa ni aku dan Saufi jalani sesi bersama. Haha.. aku request nak 2 orang sebab takut kena marah sorang-sorang. Hahaha..

Nasihat untuk En. Saufi ialah, tolong kurangkan amaun tiap kali makan. Baru la aku tau betapa banyaknya dia makan.. Isk3... Untuk pengetahuan korang, sekali dia makan, nasi dia adalah sebanyak 1 mangkuk sup ye! Gila banyak! Hahah.. beliau juga dinasihatkan agar tidak crash diet (aku la orang yang bagitau dia ni suka crash diet. hahaha!!!) Beliau juga dinasihatkan agar melakukan defisit kalori dengan mengurangkan jumlah makanan yang diambil sehari. Bersenam juga dapat membantu beliau.

Bersenam juga dapat membina otot yang akan menggunakan lebih banyak tenaga apabila bekerja.
Untuk aku pula, dietitian kata aku makan tak banyak dah. Ok dah. Cuma metabolisma aku adalah sangat rendah sebab aku tak makan tengah hari dan sangat tidak bersenam. Jadi, aku juga digalakkan untuk makan dengan kerap (makan tengah hari adalah wajib) tetapi amaun makanan hendaklah kecil. Aku disarankan untuk makan dalam 1200kcal sahaja sehari. Senaman adalah perlu. Aku angguk je la.

Temu janji kami yang seterusnya adalah pada 5 Oktober nanti. Aku sepatutnya hilang 3kg masa tu. Ngeri weh!!! Boleh ke? Dah la aku naik 2kg dalam masa 2 hari nih... Apa kes?

Pape pun, doakan la aku kurus ye? Aku dah malas nak tambah koleksi baju aku. Jangan risau, kalau aku kurus pun, baju saiz S aku masih ada lagi.

Khamis, 13 September 2012

Deja Vu - Shahanshah

Huhuhu.. aku tak berapa tahu lagu ni. Ake pernah dengar sekali je kot dalam kereta. Tu pun tang korus je. Dan aku rasa korus dia sgt kena dengan aku.. huhuhu..

Jadi, nah! Ambil ni! Pergi karaoke!

p/s: ada orang kata tajuk dia deja vu. Ada orang kata Seperti Deja Vu. Aku nyanyi je.. Takde sebut pun tajuk dia

===============================================

Tajuk: Deja vu
Artis: Shahanshah


Kau muncul di depan itu
Tika aku mula melupakanmu
Kini ku dalam pertama
Seperti dejavu kau pun tahu

Tanpa ada penjelasan
Kau datang dan pergi
Aku cuma mainan
Cinta ku bukan palsu
Tak seperti cintamu

Tuhan tolong jauhkan diriku
Dari si dia kerna ku tak mampu
Menahan dari mencintai dirinya
Kerna cintamu tak mungkin ku miliki

Kau pergi sekali lagi
Tika aku mulai mengharapkanmu
Cintaku bukan palsu
Tak seperti cintamu

Tuhan tolong jauhkan diriku
Dari si dia kerna ku tak mampu
Menahan dari mencintai dirinya
Kerna cintamu tak mungkin ku miliki


Dari wikipedia:
Déjà vu, from French, literally "already seen", is the phenomenon of having the strong sensation that an event or experience currently being experienced has been experienced in the past.

Selasa, 4 September 2012

Jalan-jalan di Singapura (bahagian 2)

Huhu.. sori.. Janji nak update kelmarin. Ni dah berhari-hari baru aku update bahagian 2. Boleh la kata aku sibuk beraya.. heheh.. Kalau nak baca bahagian 1 boleh baca kat

Jalan-jalan di Singapura (bahagian 1)
==========================

Hari Kedua (29/5/2012 - Selasa)

Hurmm.. masih lagi terkesan dengan kepenatan semalam. Aku demam. Malam tak payah cerita la. Siap berdengkur. Punya la dahsyat..

Kami gerak pukul 8 kot.. Aku dah lupa. Kami ambil keputusan untuk sarapan di kedai mamak yang berhampiran dengan hotel kami. Aku yang dalam keadaan bajet gila pilih untuk makan nasi lemak kosong berlauk telur. Aku tak ingat aku minum air apa. Mungkin teh ais la kot. Sebab untuk nasi lemak basic + air, aku dicaj SGD4.30.
syahdu kan?
Hari ni, kami rancang nak pergi Sentosa Island!!!! Yeehaa!!! Ok, aku tak tahu kenapa aku excited tapi boleh la. Kami ambil MRT ke Front Harbour. Dekat situ, kami pergi Vivo dan ambil Sentosa Express ke Pulau Sentosa. Ada 4 stesen dan kami pergi ke stesen paling hujung iaitu kawasan pantai.

Tahukah anda yang orang Singapura takde pantai lain selain yang terdapat di Pulau Sentosa ni? Maka, andai kata mereka teringin nak berkelah, maka Pulau Sentosa ni la tempatnya. Ada pembaca beritahu aku, selain Pulau Sentosa, Singpura ada beberapa pantai lagi. Huhu.. maaf ye. Aku silap sebelum ni. Masih ada beberapa pantai di Singapura seperti Pantai Changi, Pantai di East Coast Park, Sembawang Park dan Pasir Ris Park. Ada juga Pulau Ubin dan Pulau Kusu.

Berbalik kepada pantai-pantai di Pulau Sentosa. Ada 3 atau 4 pantai di sini. yang aku ingat ialah Siloso dan Palawan. Lagi 2 aku lupa (sori..) dan pantai ni boleh dikatakan sangat bersih. Aku tak pasti la sebab orang Singapura memang pembersih atau pekerja pembersihan Pulau Sentosa sangat cekap. Cuma 1 downside mandi kat sini ialah, kau boleh nampak kapal daa kat belakang. aish!!


Pantai Siloso

Kawasan paling hujung di Singapura


Ikutkan aku sangat teringin nak naik skyline dan luge. Tapi atas sebab-sebab tertentu, kami batalkan. Nak naik segway. Mahal gila ok! SGD12 untuk 5 minit. Kejadah? Ada orang kata ada di Taman Tasik Perdana. Baik naik di situ je. Ada juga sky ride. Pun mahal. Boleh dapat kat Genting highland.

Segway yang mahal.

Last-last kami ambil keputusan nak try 4D cineblast. Aku dan Fadh beli 2 je. Extreme Log Adventure (naik 1 benda macam bot, lepas tu kita terasa macam kita ni kayu balak dan melalui perjalanan kayu balak dari masa ditebang hingga ke tempat pengumpulan balak. Best!) dengan Pirate (cerita pendek pasal seorang budak cuba gagalkan usaha lanun rampas harta bapa dia. Memang real la lebah dia. huhu). Kami tak try Desperado (naik atas plana mekanikal dan cuba tembak penjahat dekat skrin. Siap ada markah lagi!) dan mungkin kami tersilap sebab Acap dengan Safwan main Desperado 4 kali! Kalau bukan sebab kami suruh berhenti, aku rasa sampai ke malam mereka masih main Desperado tu.

2 hero yang tak bosan-bosan main Desperado

Dan aktiviti paling penting yang kami lakukan di Pulau Sentosa ialah bergambar dekat globe USS. Tak masuk pun USS sebab tak bawa duit. Bergambar je dulu. Lain kali kot.


Pukul 3 lebih. Kami dah penat dan lapar. Kami pun pergi ke Vivo City untuk makan. Berpusing-pusing cari foodcourt halal, Mujur ada. Aku makan nasi goreng biasa. Hohoho.. puas hati. Kenyang! Air aku tak beli. Aku just minum air yang aku bawa (jimat beb!)

Sama ada aku memang kantoi adalam bab arah ataupun Vivo City sengal sebab tak buat papan tanda ke surau, kami gagal jumpa surau. Aku dah mula baran. Dah la aku baran dengan toilet dia yang sangat cerewet. Takde air 1 hal. Nak tadah air kat sinki pun payah. Sakit hati aku!

Last-last, kami balik. Malas nak cari. Jama' takhir la hari ni. Kami pergi ke Bugis street untuk cari cenderamata. Berdasarkan pemerhatian aku selama ni, adalah sangat useless aku beli barang macam-macam. So, aku tumpang Fadh untuk beli keychain (SGD5/12pcs). Fadh, Safwan dan Acap beli t shirt. Ok gak la harganya. SGD10 boleh dapat 3 atau 4 t shirt.

Kedai di Bugis street. Nasib baik tutup hari tu. hahaha!!

Lepas shopping, kami balik. Penat kot! Malas nak fikir nak dinner di mana, kami ambil keputusan untuk makan mi segera je. Kami beli di 7E yang berhampiran dengan hotel kami. Jenama Myojo. Ni la satu-satunya barang buatan Singapura yang aku beli. Hehe..

product of Singapore
Dan sekali lagi, malam itu, selepas solat, kami pengsan! Tapi mesti kemas barang dulu!!! Esok nak gerak pagi-pagi. Banyak lagi tempat nak cover. Acap je yang masih bertenaga. Entah berapa banyak tempat malam tu dia jalan sorang-sorang aku pun tak pasti..


So, catatan perbelanjaan untuk hari kedua yang panjang ialah:
1- Sarapan: RM10.75 (SGD4.30)
2- Tambang MRT Al-Juneid - Front HArbour: RM4.50 (SGD1.80)
3- Sentosa Express (2 hala): RM7.5 (SGD3)
4- 4D Log Ride + Pirate: RM75 (SGD 30)
5- Nasi goreng di Vivo City: RM11.25 (SGD4.50)
6- Tambang MRT Frount Harbour -  Bugis: RM4.50 (SGD1.80)
7- Keychain 12pcs: RM12.5 (SGD5)
8- Tambang MRT Bugis - Al-Juneid (ulang alik): RM3.25 (SGD 1.30)
9- Mi segera: RM6,25 (SGD2.5)
JUMLAH = RM135.50 (SGD54.20)

so.. tinggal 2 bahagian je lagi. Tunggu!!!

Isnin, 3 September 2012

Duit Raya 2012

Duit raya.. Biasanya budak yang dapat. Tapi tahun ni atas cadangan Shairah, aku bagi duit raya pada makcik pakcik aku. Alasan Shairah, " sebab mak ayah dia yang bagi kita duit raya selama ni." hahah.. Dan aku terpedaya. Maka, no no duit raya untuk sepupu kecil tapi duit raya untuk makcik pakcik.

Tapi, bila aku hulur duit raya pada makcik pakcik aku, mereka semua terkejut. "Ye ke ni? Sampul kosong aku tak nak la." jawapan aku ialah "Betul.. buat apa nak tipu? Hanya untuk makcik dan pakcik. Anak-anak along tak bagi."

Aku rasa ada betulnya bagi duit raya kat pakcik makcik ni sebab secara logiknya, mereka yang banyak berbelanja bila raya tiba. Nak beli baju, nak beli makanan, semua mak ayah yang buat. Jadi, walaupun duit yang aku bagi tak banyak, aku rasa mereka layak mendapatnya.

Ada yang kata, "bagi duit raya kat kanak-kanak lagi bagus sebab mereka tu tak banyak dosa. Masih belajar lagi.." Haha... kan? 

Tapi, bak kata Haji Bakhil, " Budak kecil tak boleh pegang duit banyak-banyak." dan aku setuju. Sebab mereka banyak duit la nanti mereka tambah koleksi mainan, beli top up la, tukar handphone la.. Zaman dah berubah kan?

Dan mereka akan kata lagi, " Tapi budak kecik lagi happy dapat duit raya. Orang tua tak sangat.."

Banyaknya duit raya dia!!! Ambil gambar dari SINI

Ye ke? Cuba korang bagi duit raya dekat orang tua. Korang akan nampak 1 reaksi yang lain dari mereka. Serius. Aku nampak reaksi tu dari pakcik makcik aku. Mereka rasa tak percaya. Mereka tak sangka ada orang ingat mereka. Lebih-lebih lagi kalau kau bagi pada pakcik makcik yang kau jarang bersembang. Makcik yang dah biasa, jadi jurucakap lagi bagi pihak aku. Haha..

Tapi aku tak tau la kalau aku yang perasan sorang. Tapi, entry ni tertulis sebab aku rasa gembira sangat dapat duit raya masa pergi open house Sabtu lepas. See?? Siapa kata orang tua tak happy dapat duit raya?  Tah berapa kali aku cakap terima kasih pun aku tak ingat. Aku memang happy sangat-sangat. Bercampur segan.. hihihi..

Cuma 1 yang aku kurang suka. Masa raya haritu, ada la budak yang berbunyi, " Jangan pergi dekat dia. Dia bagi RM1 je. Sikit". Memang selamat la budak tu kena ceramah dengan aku. 

Bukan budak je yang ada bunyi. Makcik aku sorang pun ada yang bunyi macam tu. Aku tau dia gurau tapi gurau tu, biar la bertempat.. boleh tak? Jangan tunjuk sangat yang kau materialistik boleh tak? Tapi disebabkan dia orang tua, aku takde la membidas sangat. Ikut mulut aku yang laser ni, memang... aiii.... nak kena ni. Tapi aku biar otak kawal lidah aku dulu.

Duit raya.. Tak boleh dinafikan, walaupun berapa umur kita, bila kita dapat duit raya, kita tetap happy gila. Cuma ingat 2 perkara:
1- Setiap RM1 yang kita bagi pada orang, kecil je nilai dia
2- Setiap RM1 yang kita dapat dari orang, sangat besar nilai dia.

Jangan komplen, jangan banding. Lagipun, ini berkaitan dengan keseronokan mengumpul duit dari sanak saudara kan? Dan sila ingat. Dengan RM1, kau boleh dapat 2 keping kuih. Nak banyak lagi, kumpul lagi duit baru beli..

Akhir sekali, duit raya aku sekarang dah RM6. Korang ada? Hahaha..

p/s: aku dah tahu.. Budak kecil dapat duit raya rasa gembira. orang tua dapat duit raya rasa terharu. =)

Ahad, 2 September 2012

Syarat calon suami aku nanti ialah..

Serius aku tak sangka. Rupa-rupanya kawan-kawan dan makcik aku ambil serius syarat-syarat bengong yang aku cipta untuk bakal suami aku.. hahah.. Patut la mereka tak pernah kenalkan aku dengan sesiapa. Rupanya mereka takut aku reject siang-siang orang yang mereka nak kenalkan.

Apa agaknya syarat aku yang berat tu? Hahah.. syarat-syaratnya ialah:
- Hensem
- Kurus
- Tinggi
- Putih
- Baik
- Kaya

Aku rasa tu je kot. Hah?? Korang berbulu baca syarat aku? Korang pun ambil serius jugak? Memang la sama dengan kawan-kawan aku. Hahah...

Tapi serius. 4 syarat fizikal yang pertama tu sebenarnya adalah kecenderungan aku. Aku memang minat lelaki yang putih, kurus, tinggi dan hensem. Kenapa? Sama la jugak kenapa korang minat orang hitam manis, orang ketak, orang sepet, orang mata bulat.. macam tu je. Aku mudah tertarik dengan lelaki yang ada keempat-empat ciri tu. Tapi tak bermakna aku tak minat orang yang tak kurus. Aku minat gak apa Ako Mustafa? Haha..

Dan, keempat-empat ciri tu takde pada aku. Jadi, adalah penting aku dapatkan 4 baka fizikal tu supaya anak aku nanti tak gemuk, pendek, hitam tak cerah (aku cerah sebenarnya tapi tak nampak cerah. camne tu?) dan tak berapa cantik. Aku tau bagaimana perasaan jadi orang begitu. Sepanjang masa rasa low self-esteem. Dapat pulak ada kawan yang suka sangat nak banding-banding. "Yeay!! Aku lagi ringan!!".. "Kau pendek, kau depan sekali". Setiap kali. Kalau bergambar pulak, mesti kena duduk tepi sekali. Masa jadi cikgu ni je la aku dapat merasa bergambar kat tengah. Tu belum cerita lagi apa yang budak laki sekolah aku dok humpat aku dulu. Tah apa yang diorang benci sangat kat aku tah?

Mesti ada orang kata, "Tak bersyukur sungguh kamu ni!".. Ya ampun.. Aku bukan tak bersyukur. Aku sedar,  ada orang lagi malang nasib dia dari aku. Serius aku insaf dengan kesempurnaan yang tuhan bagi pada aku. Tapi, itu kelemahan aku. Sepanjang hidup aku, aku rasa sangat kurang keyakinan diri sebab aku tak secantik orang lain. Aku tak minta untuk jadi cantik. Aku hanya nak bakal anak aku nanti hidup dengan ada keyakinan terhadap diri sendiri.  Jadi aku terasa adalah menjadi kewajipan pada aku untuk mencari baka yang baik untuk anak aku.. hehehe

Aku rasa orang takkan pertikai syarat baik. Jadi aku skip ke syarat kaya. Kaya tu subjektif. Aku ada keinginan nak ada rumah atas tanah. Aku dah terbayang, raya nanti, semua anak balik. Masing-masing ada bilik kecil untuk keluarga mereka. Ada ruang untuk mereka parking kereta. Pada aku, kalau pada masa tua nanti suami aku boleh dapatkan kami 1 tanah dan dirikan rumah yang macam aku bayangkan tu, kaya la tu.

Aku bukan nak laki kaya yang mewah gila-gila.. Aku tak minta kereta Polo. Aku tak minta dia ada Ferrari. Tidak la sekaya tu. Cuma aku nak boleh hidup senang. Aku takde la kena fikir 18 kali kalau nak beli apa-apa. Kalau nak berjalan tu, takde la aku perlu bajet gila-gila macam sekarang.

Tapi.. Kalau la dapat laki kaya gila kat aku, takkan aku nak tolak kan? Hahaha..

Pastu, ada pulak kawan aku yang berkata, " Kau ni.. ada ke letak syarat macam tu. Soleh tak nak? Beriman? Bertanggungjawab? Penting tu.."

Hurmm... Bagi aku, soleh, beriman, bertanggungjawab tu semua wajib. Aku tak yah letak syarat. 

Macam ni la. Anggap aku nak beli kereta. Anggap la syarat-syarat yang aku letak kat atas tadi macam aksesori. Melengkapkan dan menjadi kelebihan sesebuah kereta dari kereta lain. Lebih kurang macam syarat nak kereta jimat minyak, road tax murah, selesa, senang cari spare part (eh, aku tengah cerita pasal En. Ken ke?) 

Manakala, ciri-ciri beriman, soleh, bertanggungjawab dan lain-lain tu sama seperti kereta mesti boleh isi 4 orang.. ada bonet, boleh bergerak, ada bumbung dan lain-lain lagi. Kalau syarat macam ni pun aku kena nyatakan, maka perlu la aku nyatakan yang aku nak bakal suami aku nanti lelaki.

So, kepada kawan-kawan dan makcik aku, jangan la pening-pening nak carikan orang nak matchkan kat aku. Kenalkan aje.. Aku on je... Malah, boleh dikatakan, orang yang aku minat dari zaman sekolah sampai la sekarang, takde pun ciri-ciri tu (kadang-kadang tak putih pun, kadang tak tinggi pun, kadang tak hensem pun).. Tapi aku minat gak.. Sebab, aku jumpa kelebihan lain yang menarik perhatian aku.

Tapi aku ada pengakuan. Aku kalau orang matchkan ni, tak pernah menjadi. Bukan apa. Segan. Kalau bukan aku yang segan, laki tu yang segan. Macam ada 1 expectation dari perkenalan tu. Dia jadi tak natural. Huhu.. Harap-harap lepas ni, jadi la... Lalala

Apa lagi? Pergi skodeng orang sekeliling dan kenalkan kat aku cepat! Hahaha..

Oh, sila bagitau siap-siap kat orang yang korang nak kenalkan kat aku tu yang aku ni tak pandai masak dan mengemas. Masak aku boleh belajar la.. tapi kalau mengemas tu... err.. Boleh tak laki aku tu macam Amir Asyraf (Vanila Coklat) pandai mengemas? Nanti aku belajar la slow-slow...

Nak suami macam Amir Asyraf boleh? Pandai kemas rumah tu!!!
p/s: Mesti korang nyampah aku buat entry gini. Tapi kalau orang cantik buat entry gini, mesti korang setuju kan?

Sabtu, 1 September 2012

Hujan turun, jualan tak laku

Aku suka hujan. Siapa yang tak suka hujan? Semua orang suka hujan. Betul tak?

Tapi, tiap kali hujan turun pada petang Sabtu, aku mula la terfikir, kesiannya peniaga pasar malam (pasar malam dekat rumah aku tiap Sabtu). Mesti tak ramai orang pergi beli hari ni. Mesti barang mereka tak habis. Apa agaknya terjadi dengan barang jualan mereka tu? Terbuang begitu sahaja kah?

Kalau hujan, mesti hasil jualan peniaga pasar malam merosot kan?
Sama juga tiap kali aku tengok orang jual barang mainan di pasar malam. Kadang-kadang aku terfikir, berapa banyak sangat la jualan dia pada hari itu. Yang lebih buat aku syahdu ialah, biasanya yang jual permainan ni orang Melayu. 

Ok. yang pastinya, orang yang jual mainan takkan buang barang dia kalau tak laku sebab mainan tak basi. Tapi, berapa banyak sangat la dia dapat 1 malam.

Kenapa aku kecoh nak fikir tentang hasil jualan orang? Sebab, aku selalu buka gerai tiap kali sekolah aku buat bazar. Dan setiap kali tu aku akan beria beli barang dan Kak Mas akan beria masak. Dan aku sangat tahu betapa kecewanya tiap kali barang yang kami masak tak habis.

Mujur, duit yang kami guna adalah duit bengkel. Mujur juga, bukan aku yang penat jagar gerai. Budak yang jaga (tapi sebab tu juga la tak berapa nak jalan. Budak aku pasif sikit. Pemalu konon). Mujur juga makanan tu tak terbuang sebab kami boleh bagi budak-budak tu makan.

Tapi tu cerita kami. Macam mana pula cerita penjual pasar malam? Macam mana pula cerita pekedai runcit? Ye la.. Sekarang kan banyak pasar raya. Kadang kala, kami membeli juga di kedai runcit. Tapi bila tiba aktiviti restock barang dapur, aku sendiri pergi carrefour je. Senang. Semua ada.

Macam mana nasib peniaga kecil ni? Hurrmm....