KLIK LAJU-LAJU!

MARI BLOGWALKING DENGAN APESAL.COM

Yang Baik Hati =)

Cari cerita lama

Aku terkini

sebelum komen, baca dulu komen orang lain boleh? Bosan la nak balas komen yang sama.. sebab jawapan aku mesti sama punya. tak pasal2 aku jadi astro karang ulang tayang beberapa kali

* jangan orang astro sentap pulak dengan aku, suda

Isnin, 30 April 2012

Pakaian menunjukkan bangsa dan agama

Baru kejap tadi aku tengok gambar budak-budak sekolah di internet. Seperti yang korang maklum, remaja sekarang adalah pemimpin masa depan.

Dan, aku sangat takut melihat bakal pemimpin tu. Pemimpin sekarang yang aku rasa masa muda pun aku rasa jauh lebih bersopan pakaiannya dan bermoral tingkah lakunya pun dah bermasalah. Apatah lagi dengan bakal pemimpin masa depan yang sekarang ni, sangat susah aku nak bezakan bangsa dan agamanya.

Tolong ye, aku bukan cerita tentang 1 Malaysia. 1 Malaysia pada aku bermaksud rasa bangga dan cinta dan rasa perlu kepada untuk mempertahankan negara tak kira dari segi apa. Yang aku dok komplen sekarang ni ialah para remaja yang dok hanyut ikut arus modenisasi. Berpakaian tah apa-apa.

Ya aku tau, sekarang ni memang era Kpop. Meminati lagu Korea adalah 1 kemestian. Kalau tak, kau memang tak ikut perkembangan. Tapi, perlu ke kau ikut berpakaian singkat paras peha, tunjuk ketiak dan.. arghh.. aku tak nak sebut semua. Dan serius, aku rasa orang Korea datang Malaysia pakai baju sopan je (cuma tak tutup aurat la)

Maafkan aku tapi bukan ke Melayu kat negara ni dilahirkan sebagai seorang Islam? Bukan ke Islam dah ajar macam mana cara berpakaian yang sepatutnya? Kenapa kau nak ikut juga cara berpakaian bangsa lain tu? Dia lain.. Dia bukan Islam.. Jangan la ikut bulat-bulat.

Pakaian melambangkan seseorang. Ya, ada je orang bertudung yang buat jahat. Ada je orang seksi yang baik TAPI pakaian yang menutup tu sepatutnya boleh menjaga tingkah laku. Kalau dah baju tak semenggah, lagi la korang tak segan nak berkelakuan tak semenggah. Sebab tu, korang tak suka nak melepak dengan baju sekolah. Korang tak nak orang tau yang korang budak sekolah lagi. 

Soalannya sekarang, kenapa tak berpakaian seperti orang Islam? Tak nak orang tahu yang kau tu Islam ke?

Aku tak nak sebarkan gambar budak Islam yang seksi. Aku dapat dosa gak

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Semua orang boleh komen. Dan aku laparkan komen dari korang.
Tapi letak la nama.. Tak suka nak panggil korang Tanpa Nama