KLIK LAJU-LAJU!

MARI BLOGWALKING DENGAN APESAL.COM

Yang Baik Hati =)

Cari cerita lama

Aku terkini

sebelum komen, baca dulu komen orang lain boleh? Bosan la nak balas komen yang sama.. sebab jawapan aku mesti sama punya. tak pasal2 aku jadi astro karang ulang tayang beberapa kali

* jangan orang astro sentap pulak dengan aku, suda

Sabtu, 28 Mei 2011

Biarkan peristiwa memalukan itu berlalu..

Semalam sambutan hari guru peringkat sekolah. Aku masuk persembahan tarian (gedik kan? wawawa) semuanya ok je masa latihan, xtau kenapa, masa persembahan, aku out of tempo. laju gile. orang belum pusing, aku dah habis pusing siap masuk step lain. ini semua gara-gara tak buat latihan akhir masa hari kejadian. haha!! Aku pula memang cepat lupa langkah. Aishh!!!

Yang tak bestnya ialah, aku adalah orang paling depan dan tengah. Aku terpilih duduk depan bukan sebab aku pandai menari tetapi disebabkan alasan yang lebih klasik - PENDEK! Tak cukup dengan dengan itu, kawan-kawan aku pulak jadikan aku sebagai panduan. Jadi, bila aku dah salah, terus la mereka hilang arah tujuan. LOST!
Saya sangat malu dan rasa bersalah atas kesilapan saya.. maafkan saya.. huhu..
1st time aku buat persembahan serius, orang gelak besar. Dan semuanya ini disebabkan oleh aku. Kawan aku? Memang dia dah tekad tak nak ikut lagi persembahan macam tu lagi sebab kawan-kawan yang lain semua bantai gelak dan kata mereka takkan lupa persembahan kami tadi seumur hidup.Maafkan aku kawan!

Sebenarnya aku masuk 2 persembahan. Menjadi Rumaizah, persembahan kedua pun aku buat silap. tapi ada aku kisah? Hah! Takde maknanya.. ok aku tipu.. of course aku kisah tapi aku rasa, dengan masa, orang akan lupakan kesilapan bodoh aku tu.

Seriously aku rasa bersalah kepada kumpulan tarian aku yang aku telah carca marbakan tu. Maafkan aku kawan. Serious.. aku sendiri tak nak malukan diri sendiri tapi memang aku berdebar gila sampai lupa step dan tak kisah lagu.. huhu

Jangan la give up. Tahun depan kita cuba lagi. Salah satu cara untuk buatkan orang lupa sejarah yang buruk, adalah dengan mencipta sejarah baru. Lagipun, budak-budak yang ada sekarang akan tamat tingkatan 5  dan pergi bersama memori semalam (paling lama 5 tahun lagi. Ala, persembahan Dokter Cinta kami 2 tahun lepas pun budak dah lupa lepas tengok persembahan hindustan kahwin 4 semalam). Kita buat memori baru pula untuk yang lain.

Lagipun, bila lagi nak tengok kita bodohkan diri kan? Masa Sambutan Hari Guru je la.Itupun masa persembahan je. Hari lain, kita sentiasa EXCELLENT dalam kerja yang kita lakukan! Ada orang berani complaint?

p/s: Seriously, bila tengok video tarian kami, aku pun gelak terbahak-bahak. Tapi aku sangat malu dengan diri sendiri sampai tak sanggup nak tengok lebih dari sekali.

p/p/s: Terharu ada budak Cina form 1 beri hadiah mug dan gula-gula padahal aku tak ajar dia pun. Sekadar jadi cikgu rumah sukan =). Terima kasih

Ahad, 22 Mei 2011

Baru baca blog anti MLM

2 minggu lepas aku join kawan-kawan aku pergi buat facial di Wisma Elken. Bayaran yang dikenakan cuma RM8. Tu yang aku sanggup pergi tu. Hurmm.. aku tak berapa pasti tentang produk penjagaan kulit dia (ok.. produk dia memang tak sesuai untuk muka aku. Kulit aku rengsa mencuba produk yang sangat mahal tu. Siap naik jerawat lagi) tapi dia punya alat Eternal Beauty tu memang macam bagus (orang kata nampak la muka agak lift- no more bread face.. haha)
Inilah bendanya yang konon bagus tu.. Aku nak try cari yang versi murah punya. Yang bayar direct kat penjual. Bukan bayar pada penjual-penjual
Yang pergi dengan aku adalah bos kecik aku. Beliau juga seperti aku agak sceptical dengan MLM ni. Seperti aku, dia juga merasakan alat Eternal Beauty tu bagus tapi harganya tidak sepatutnya mahal seperti yang dinyatakan oleh Elken. Berapa harganya? Kalau tunai RM1880. Kalau hutang 3 tahun jadi RM2880. Jadi, kami merancang untuk cari alat yang seumpama dengannya di Magicboo.. Haha..

Beberapa kali bos kecik aku berkata, "Ada je produk orang Melayu yang setara dengan produk Elken, Hai-O ni, tapi kenapa produk mereka tak seHot produk luar ni? Sampai orang sanggup bayar berpuluh kali ganda lebih mahal"

Aku cuba untuk memberi jawapan yang tepat dan akhirnya mendapat jawapan ini "Cuba akak perhatikan betul-betul siapakah yang biasanya akan berada di atas dalam MLM ni? Adakah mereka jenis orang yang akan mengambil produk melayu? Mereka mesti akan ambil produk mereka ataupun akan ambil produk luar negara. Sebab biasanya kalau luar negara macam ada 1 keyakinan yang benda tu memang terbukti berkesan. Bila dalam negara, produk tempatan terutamanya melayu, macam ada 1 double standard. Tu belum cerita lagi tentang modal"

Bos kecik aku mengangguk. Bukanlah dia baru tahu tentang hal ini. Dia sedar cuma dia tak faham kenapa orang masih tak sedar.

Selepas sesi cuci muka, mulalah orang-orang Elken ni cuba mengajak kami menjadi ahli. Kami yang dari awal memang dah berniat untuk berteguh hati untuk tidak join hanya tersenyum sahaja. Ada di kalangan kawan aku yang menjadi ahli kerana hendak membeli produk Elken.

Aku mengaku aku pernah beberapa kali jadi mangsa MLM tapi tak ke mana. Kenapa? aku tak sanggup ajak orang lain join benda tu. Aku tak sanggup. Aku tak tau la orang yang kaya dengan MLM ni, adakah mereka sangat mementingkan diri sampai tak kisah orang lain yang terpaksa berbelanja besar asalkan mereka kaya ataupun mereka benar-benar berniat nak tolong orang. Kalau betul nak tolong orang, kenapa tak jadi je downline orang tu? Jadi ahli sekali lagi. Apa sangat la modal yang awk keluarkan kan? kan dah dapat ribu-ribu hasil memujuk orang lain?

Kenapa tiba-tiba je aku buka cerita MLM balik ni? Hehe.. Aku sebenarnya sekarang tengah baca blog Aidid Mu'addib. Beliau ni memang la penentang MLM yang hardcore. Aku respek dia! haha.. Walaupun bahasa dia mengancam jiwa raga. Tapi apa yang dia sampaikan memang betul. ku memang sokong dia tapi maaflah, aku tak mampu nak buat entry macam dia. Dia memang kelas sebab sanggup buat research segala bagai.dan sebagai orang yang pernah terpedaya dan hampir diperdaya (banyak kali orang ajak masuk MLM. tak percaya, cuba KLIK SINI)

Akhir sekali, janganlah join MLM. Tak senang nak cari orang dik oii!!!
1st time aku besarkan gambar dengan harapan korang sedar yang korang tak mungkin kaya dengan MLM. Kalau korang kaya, tahniah la sebab korang memang 1 dalam 10,000 (aku lak antara 9,999 lagi yang tak berjaya.. haha)

Sabtu, 21 Mei 2011

Aku nak bela pet!!!!

Serius, kalau doraemon tu betul-betul wujud, aku memang nak bela dia. Sebab? Dia baik, comel, dan yang paling penting, dia ada poket! Ok.. kanggaru pun ada poket tapi poket doraemon ada macam-macam barang yang best!

Aku memang membesar dengan komik Doraemon. Dulu tajuk dia Tora Aman. Serius dalam Bahasa Indonesia (ye, rakyat Malaysia suka terbit buku sahaja tetapi tidak alih bahasa). Aku takkan lupa aku dipanggil sebagai munafiq dek ustaz aku sebab curi-curi baca Doraemon masa kelas al-quran. Huhu.. Trauma tak hilang lagi nih! Haha

Berbalik kepada poket Doraemon. Aku memang sangat berkenan dengan barang-barang dia. paling aku berkenan dengan Pintu Suka Hati (Pintu Ke Mana Sahaja). Gila seronok kalau aku ada pintu tu! Tak perlu la aku menempuh kesesakan Jalan Ampang dan Jalan Tun Razak. Tak perlu la aku risau harga minyak makin naik. Tak perlu la aku bangun tidur dan bersiap awal-awal ke tempat kerja.

Aku janji takkan pergi tempat yang tak patut pergi dengan pintu ni!
Hoho!! jangan la ingat aku ni pemalas gila ya! Aku cuma akan guna untuk pergi kerja dan balik kerja je. Aku dah tak tahan dengan kesesakan di Kuala Lumpur ni. Semalam je aku stuck di jalan lebih dari 2 jam! (Sampai aku sempat terfikir la nak jadi Puteri Gunung Ledang minta Sultan Mahmud bina flyover dari tempat kerja aku ke rumah). Sampai aku bercita-cita nak sewa rumah di Kg. Baru dan berjalan kaki pergi kerja. Jimat duit minyak! Sampai aku terfikir nak minta tukar tempat kerja ke tempat yang takde masalah kesesakan jalan raya (ada ke?)

Sebenarnya, semua barang doraemon pun aku minat. Aku suka juga lampu pengecil. Senang aku nak buat jamuan. Buat makanan sikit, lepas tu kecilkan semua tetamu supaya kami boleh makan puas-puas.. dah kenyang, besarkan la diri balik kan?

Aku juga nak mesin masa. Boleh la aku undur waktu dan ubah/ betulkan kesilapan yang aku perna buat. Aku juga nak pergi ke masa depan dan nak tengok adakah aku kaya kalau terus hidup macam ni. Hahaha!!! Ok, aku tipu, aku sebenarnya nak tengok, bakal suami aku handsome ke tak.
Nak bertemu bakal pengantin lelaki.. lalala..
Suka juga kain pembalik masa, Boleh la aku baharukan balik semua benda yang buruk di rumah aku ni. Lepas tu jual balik kalau barang tu aku dah tak perlu lagi. Tak pun, bagi kat orang pun takpe. Asalkan tak perlu buang dan membazir.

Tapi, kalau aku hanya boleh pilih 1, aku akan pilih Pintu Suka Hati. Itu yang paling berguna di zaman yang mencabar ni. So, kepada sesiap yang ada Doaremon, sila beritahu aku ok?

1 ekor Doraemon sudah baik. 3 ekor Doraemon? Memang kekayaan berganda! Kalah Prosperity Burger
p/s: By the way, Doaremon ada tak alat untuk cepat kurus?

Khamis, 19 Mei 2011

Puding Roti Cincai

Petang tadi, sambil menunggu budak-budak buat amali, aku dan Kak Mas dah lapar gila. Argghh!!! Tak tahan!! Maka, Kak Mas pergi la ambil roti dari pejabat.

Aku tengok je apa yang Kak Mas nak buat. Kak Mas memang tere bab masak hentam-hentam ni. Hari ni lak dia nak buat puding roti. So, ini la resepi yang aku nak share dengan korang semua.
=====================================

Puding Roti Ala Barang Terbuang (sadis tak nama?)

Bahan-bahan:
Roti
Telur 1 biji
Susu sejat
Marjerin
Seri kaya
Kismis

Kaedah:
1- Pecahkan telur. Campurkan susu, marjerin dan seri kaya. Kacau hingga puas hati.
2- Ambil roti. Koyakkan sesuka hati. Letak atas dulang tak lekat (non-stick)
3- Tuangkan campuran telur, susu marjerin dan kaya ke atas roti.
4- Tabur kismis
5- Bakar dalam ketuhar (suhu 180c)

p/s: Puding roti yang terhasil adalah agak basah dan lembut. Jangan tanya aku macam mana nak buat puding tu keras ke.. kering ke.. Aku makan je tadi.
p/p/s: Nama puding roti tu begitu sebab kami guna barang-barang yang saki-baki kat bengkel.
p/p/p/s: Dulu mak aku buat guna air teh atau nescafe susu sebab rumah kami takde susu sejat.

Lebih kurang gini la hasilnya. Tapi ni cantik.. yang Kak Mas punya tadi cincai je.. tapi sedap gak..

Rabu, 18 Mei 2011

Tiada Tajuk

Terlalu banyak benda yang nak dibuat, tapi terlalu sedikit masa. Terlalu banyak benda hendak dibeli tapi terlalu sedikit duit..

Haha.. Typical Rumaizah kan? Apa yang aku bebelkan ni? Aku sebenarnya tengah dok survey harga rumah. Sekali lagi.. Yup! Aku tak mampu beli rumah di kawasan tanah tumpah darahku ini. Aku kena tumpahkan darah kat tempat lain pulak (chup! bila pulak darah aku tumpah di KL/Ampang ni?)

Sememangnya kawasan Selangor dan KL tak layak diduduki oleh rakyat marhaen seperti aku yang bergaji bawah 3K. Apatah lagi jika rakyat marhaen itu bercita-cita nak beli rumah teres. Apatah lagi kalau dia nak bukaan rumahnya sekurang-kurangnya 20x60.. Hahaha!! Teruskan berangan wahai Rumaizah!

Aku juga mengintai-ngintai akaun bank aku yang seperti segan-segan sahaja nilainya.Haha!! Boleh ke dapat pinjaman perumahan penuh? Kalau dapat pun, macam mana aku nak hidup kalau duit di bank aku defisit nilainya? Nampak gaya terpaksa la aku ulangkaji segala potongan yang aku buat. Kurangkan atau hentikan terus potongan yang tak perlu (dengan kata lain, makin kuranglah saving aku)

Sambil tu, aku tengok-tengok juga makanan yang boleh membantu aku detox. Ye.. Aku terasa seperti diri aku sebuah span (bukan Sponge Bob Square Pant) kerana aku hanaya menyerap apa yang aku makan dan tidak membuangnya. Aku dah cuba kurangkan separuh dos makanan aku berbanding biasa. Tapi nampak gaya macam tiada apa yang berubah.

Kita serap semuanya ye adik-adik!!
Jadi, aku berharap selepas detox ni, lebih mudah la aku nak buang segala benda yang tak patut dari badan. Masalahnya, harga produk detox pun.. Wahh!! sangat mengancam jiwa dan raga aku. Kan seronok kalau aku ni memang ditakdirkan keding? Makan apa pun keding gitu je! Boleh la aku makan puas-puas dan beli baju macam-macam (eh, aku dah jumpa prospek baru untuk boros!)

Ah! Kusut betul! Kalau korang kenal mana-mana orang kaya yang tak tahu nak buat apa dengan duit dia, daripada dia duk bele kereta sport, baik korang cadangkan dorang melabur kat aku! so, cepat-cepat kenalkan dorang kat aku ye! Aku menunggu je orang nak sponsor ni! Hahaha!!! (Dah mula berangan jadi duta pusat pengurusan badan!!)
Bestnya kalau aku dapat jadi duta pusat pengurusan badan!!!

Ahad, 15 Mei 2011

jangan baca kalau tak suka entry jiwang dan leleh

Pagi tadi aku ambil keputusan untuk beritahu dia yang aku suka dia. Aku cuba untuk buatkan perkara itu nampak ringan walaupun ia merupakan 1 beban untuk aku. Beban kerana suka pada orang yang tak boleh aku suka. Orang yang tak patut aku suka.

Aku juga minta agar dia block aku dari FB dia sebab kalau aku masih dalam lingkungan kawan dia, aku mesti selalu 'mengintai' perkembangan terkininya..

Balasan daripadanya ialah " Terima kasih untuk perasaan itu" tapi dia masih belum block aku dari FB dia.

macam mana agaknya aku nak beritahu dia yang aku tahu aku ni tiada makna pada dia, yang kehadiran/ ketidakhadiran aku dalam hidup dia tak beri kesan pada dia, yang aku hanya sekadar hobi bagi dia TAPI aku tak rasa macam tu?

Adalah sangat penting bagi aku agar dia block aku. Kenapa bukan aku yang block? Haha.. aku dah cuba tapi tak berjaya. Aku akan add dia semula bila rindu aku bertamu semula. Kalau dia yang buat, aku yakin keadaan tu akan kekal selamanya.

Sekali lagi, hati aku tersalah parking. Aku tahu, Allah hanya akan menguji hambanya dengan ujian yang mampu hambanya terima. Cuma, aku terasa penat. Aku mesti lebih berhati-hati lepas ni. jangan ulang kesilapan yang sama.

Sekali lagi, hati aku terluka dan kosong kembali.. Tapi aku yakin, semuanya akan pulih paling lama pun 6 bulan lagi.

Sambil-sambil tu, untuk mempercepatkan lagi proses pemulihan, apa kata korang kenalkan aku dengan kawan-kawan korang yang hensem, putih, kurus, baik, kaya, dan single? Itulah ubat yang paling mujarab untuk aku.. Hehehe...

Kenalkan tau!

Penuh tapi Kosong!

hari ini, aku bangun seawal 7.40 pagi, terus mandi, hantar adik aku ke sekolah dan terus ke LRT Cempaka untuk ambil Wan. Dia kata nk pergi ke Tasik Perdana. Tapi sebelum tu kami singgah tesco. Aku nak beli macaroni. Wan nak beli memory card (ada ke patut, lupa nak masukkan memory card dalam kamera??) Sampai di sana, aku posing sakan. Hahaha.. dia je la orang yang suka (terdesak sebenarnya) tangkap gambar aku.

Pukul 11.00 kami bergerak pulang. Cadangnya nak sarapan sama (sarapan pukul 11 lebih) tapi di pertengahan jalan, aku dapat kol dari kawan. Mereka minta aku tunggu mereka di sekolah untuk pergi buat facial.. hah?? Bukan ke facial tu pukul 2? Ni baru pukul 11?? Apa hal?

Pukul 11 lebih aku dah sampai sekolah. Masa tu, kepala aku dah sakit sebab tak makan lagi dan sebab panas. Tak boleh jadi ni! Terus la aku beli roti krim jagung sebungkus. Nak legakan kepanasan, aku masuk dalam Balai Seni Lukis. 1 jam juga la aku menunggu! Bila semua dah berkumpul, kami pun bergerak la ke Jalan Klang Lama.. Sesi belajar facial tu habis pukul 5 lebih. Kami dapat la makan biskut 1 peket.

Sampai je sekolah, aku terus pergi ke Jusco Taman Maluri. Selepas Maghrib aku ada janji dengan kawan. Dia sampai pukul 8 lebih. Terus aku ajak pergi makan di medan selera. Lapar gila!

Pukul 8.50pm, mak dah telefon suruh balik. Pukul 9.10 aku keluar dari parkingJusco tapi stuck di Shamelin lebih setengah jam. dapat je U-turn, aku patah balik, lalu Jalan Kuari. huhu.. sampai rumah pukul 10.10pm..

Aku anggarkan aku keluar rumah pukul 8.10am.. aku jejak semula rumah pukul 10.10pm.. 14 jam aku di luar hari ini! Perghh!! Aku kagum dengan pencapaian aku hari ini. Sampai je rumah, aku terus online! penuh betul jadual aku! huhuhu!!

TAPI... kenapa aku masih terasa KOSONG??? Hurrmm... Argghh!!! Aku tak suka apa yang aku rasa ni! Benci!

Isnin, 9 Mei 2011

Nak daftar advertlets ke tak?

Haha...Kecelaruan melanda. Ini semua gara-gara perasaan tamak mula melanda..

Apa kes Rumaizah ni? Ok la.. Aku telah melakukan aktiviti senaman jari iaitu blogwalking. Bila pergi ke blog orang, mula la aku baca pelbagai benda. Termasuklah tentang pengiklanan di blog.

Seperti yang korang maklum, sekarang ni, aku dah letak banner Nuffnang di blog aku. Alhamdulillah, dah dapat pun cek pertama (Tak menahan ok! Cecah je RM50 terus aku claim! Haha) dan sekarang aku masih lagi dapat income (sikit-sikit)

Selain Nuffnang, aku tengok ada juga Advertlet. Syarikat pengiklanan ni pun agak glamour di kalangan blogger. Malah, ada beberapa blog mengatakan Advertlet ni lagi best dari Nuffnang. Jadi, aku agak bercita-cita juga la nak memasang banner Advertlet kat blog aku (duit mudah beb! Siapa tak nak?)

Abaikan perkataan part 2 tu

Cuma, ada 1 perkara melemaukan aku .Aku sekarang adalah ahli glitterati Nuffnang. Disebabkan aku ahli glitterati ni, aku dapat bayaran lebih sikit la kot.. dan aku boleh pasang widget yang boleh promot entry aku kat blog lain (walaupun hakikatnya orang takde pun datang blog aku sebab widget tu) Kalau aku pasang iklan lain, status glitterati akan terlucut. Dengan kata lain, kadar bayaran aku pun kurang.la.. Adakah bayaran dari pengiklan baru nanti semasyuk bayaran Nuffnang aku? Berbaloikah aku menggadaikan keglitteratianku?

Siapa yang arif tentang hal ini, tolong la respon. Ada je orang yang galakkan aku join Advertlet, aku terus daftar malam ni juga.. Aiceceh!!!

p/s: En. Anif, Mangga Ad tu ok ke tak ek?

A Shoulder To Cry On - Tommy Page

Sambil berYm, aku dengan sorang kawan aku ni asyik la pula mengepost lagu kegemaran kami. Aku letak lagu aku, dia letak lagu dia.. Aku pun terjumpa lagu ni balik.. sangat bermakna.. nak kongsi dengan korang juga la

Penyanyi: Tommy Page
Tajuk: A Shoulder To Cry On

Life is full of lots of up and downs,
And the distance feels further when you're headed for the ground,
And there is nothing more painful than to let you're feelings take
you down,
It's so hard to know the way you feel inside,
When there's many thoughts and feelings that you hide,
But you might feel better if you let me walk with you
by your side,

And when you need a shoulder to cry on,
When you need a friend to rely on,
When the whole world is gone,
You won't be alone, cause I'll be there,
I'll be your shoulder to cry on,
I'll be there,
I'll be a friend to rely on,
When the whole world is gone,
you won't be alone, cause I'll be there.

All of the times when everything is wrong
And you're feeling like
There's no use going on
You can't give it up
I hope you work it out and carry on
Side by side,
With you till the end
I'll always be the one to firmly hold your hand
no matter what is said or done
our love will always continue on

Everyone needs a shoulder to cry on
everyone needs a friend to rely on
When the whole world is gone
you won't be alone cause I'll be there
I'll be your shoulder to cry on
I'll be there
I'll be the one you rely on
when the whole world's gone
you won't be alone
cause I'll be there!

And when the whole world is gone
You'll always have my shoulder to cry on....


p/s: by the way, tommy page sangat kiut.. huhu

Ahad, 8 Mei 2011

Keputusan UPU dan kolej matrikulasi dah keluar..

Keputusan ke universiti dan kolej matrikulasi dah keluar. Adik aku dapat:
1- Kolej Matrikulasi Selangor di Banting
2- Unimas di Kota Samarahan

Adik aku ni, alkisahnya, tak pernah la duduk sendiri. Jadi bab pengurusan diri tu kurang sikit (macam aku lebih la kan?) jadi, bila keputusan dah keluar, bila diberitahu je dapat Sarawak, perkara pertama yang adik aku keluhkan ialah, " Ala.. siapa nak basuh baju Ika?"

Biar aku ulang semula ayat aku. Adik aku ni memang kurang sikit kalau bab pengurusan diri. Sepanjang dia bercuti ni, bab masak memang tak perlu risau la. Lepas la kalau untuk dia mengisi perut sendiri. Cuma bab membasuh ni, dia memang kurang sikit.

Cadangnya, kalau dia dapat Matrikulasi Banting tu, memang balik tiap minggu la gamaknya. Tapi bila mengenangkan persaingan antara pelajar matrik, calon STPM, diploma dan pelajar program foundation universiti, program matrikulasi ni seperti menjadi pilihan akhir. Adalah lebih baik ambil foundation sebab universiti mesti mendahulukan pelajar foundationnya dahulu berbanding calon lain kan?

Selain dari itu, kawan adik aku juga mengajaknya untuk menyambung pelajaran di Mesir dalam bidang perubatan (by the way, kerajaan nak stop sekejap pengambilan student medic? Apa kes? Selalu fikir pendek la menteri-menteri sekarang ni! Takpe, benda ni aku ulas lain kali)

Mak aku sekarang sedang berkira-kira nak pindah ke Sarawak. Dia nak teman adik aku sebab dia risau takde orang nk tengok adik aku. Kalau dia pindah sana, semua ikut, rumah ini aku yang punya!!! Wakakakaka!!!

Adakah kalau adik aku nak peri sambung belajar di Mesir, mak aku akan ikut jugak? Tidak. Alasan dia mudah. Kawan adik aku ada.. Haha

Serius, kalau mak aku tunaikan kata-kata dia, mak aku akan jadi emak yang pertama minta tukar tempat kerja dan berpindah sebab anak sambung belajar..

By the way, aku sedang berkira-kira untuk mewasiatkan komputer aku ni kepada adik aku. Dengan kata lain, aku akan berpisah dgn Adik Toshi yang hensem, yang baik, yang taat, yg kadang2 ngada tapi aku sangat sayang.. Hurm.. kena peluk cium selalu, kena format, kena pindahkan fail..

Anyway, tahniah utk adik aku kerana dapat sambung belajar.. Lepas ni aku dah tak yah ambil nombor untuk online!! Yess!! (padahal adik aku yang selalu mengalah! haha!!)

Khamis, 5 Mei 2011

Ini Bahasa Indonesia, bukan Bahasa Malaysia

Baru-baru ni ada penjual buku datang ke sekolah aku untuk menjual Atlas Anbiya' (lebih kurang begitulah tajuknya). Hurm.. Atlas ni menunjukkan peta di mana terletaknya tempat-tempat yang terlibat dalam kisah pengembaraan para rasul, misalnya, tempat lahir, tempat perang dan lain-lain lagi.

Aku dan kawan aku memang la excited sangat nak beli sehinggalah cikgu perpustakaan (cikgu yang aku dan kawan aku desak supaya beli) membelek Atlas tersebut dan menegur. " Ni kenapa ejaannya begini? Ini bukan buku Bahasa Malaysia kan? Ni bahasa Indonesia" hujah cikgu perpustakaan (CP) kami.


Dipendekkan cerita, walau apa pun hujah yang diberi oleh penjual buku tersebut, CP kami tidak membeli buku tersebut. Hujahnya mudah: Kami tidak mahu membeli buku yang diterjemah ke dalam Bahasa Indonesia kerana tidak mahu murid keliru dan mungkin terikut-ikut semasa menulis karangan. Aku setuju dengan pendapat beliau.

Ini mengingatkan aku kepada perjalanan aku ke China dahulu. Apabila kami pergi ke kilang krim anti lecur, makcik yang membuat tunjuk cara itu juga menggunakan Bahasa Indonesia. Pemandu pelancong juga bertutur menggunakan Bahasa Indonesia.

Semasa emak aku menunaikan haji di Mekah, dia juga memberitahu yang jika orang Arab hendak bertutur dalam Bahasa Melayu, mereka akan bertutur dalam Bahasa Indonesia.

Di TV sekarang pun tengah hangat iklan pertandingan Pidato Bahasa Melayu. Bila aku teliti betul-betul pertuturan mereka, nah! Ini bukan bahasa Malaysia sebaliknya Bahasa Indonesia.

Hurm.. apa yang aku cuba sampaikan ialah, negara kita beria nak mempunyai rakyat yang boleh bertutur dalam Bahasa Inggeris (hinggakan pensyarah aku pernah secara halus menggelar aku bodoh kerana tidak bertutur Bahasa Inggeris dengannya). Begitu risau dengan rakyat yang tidak dapat bertutur dalam Bahasa Inggeris lantas tidak dapat kerja (lalu diwujudkan PPSMI yang nyata tidak memihak kepada hampir sebahagian murid berbangsa Melayu- aku cakap sebahagian! Aku tidak bercakap tentang engkau yang bijak! tetapi tentang sebahagian yang begitu berusaha untuk pandai mengira tetapi tertinggal kerana masalah bahasa. Yang berusaha memahami teori sains tapi gagal sebab ibu bapa di rumah tidak bercakap dalam bahasa inggeris!)

Padahal, pada pendapat aku, para cerdik pandai ini sepatutnya berusaha untuk mendaulatkan Bahasa Malaysia. Sepatutnya, mereka berusaha untuk menterjemahkan buku-buku ilmiah ke dalam Bahasa Malaysia dan menjadikannya lebih menarik untuk dibaca oleh golongan kanak-kanak dan bukannya sekadar mencetak semula buku dari terjemahan Bahasa Indonesia. Barulah budaya membaca dan berilmu dapat diterapkan dari awal. Ini tidak, semuanya sekadar cetakan semula.

Tapi, mana mungkin kan? Semua para cerdik pandai sibuk membuat kajian dan hendak menulis hasil kajian mereka dalam Bahasa Inggeris. maklumlah, Bahasa Inggeris kan bahasa ilmu (Arghh!! ini lagi satu penyataan yang aku sangat tidak setuju! Kalau betullah ada bahasa yang merupakan bahasa ilmu, maka Bahasa Arab la yang patut dapat gelaran tu! Al-Quran kan sumber ilmu?)

Sekian. (Aku berhenti macam ni sahaja sebab tak tahu nak tamatkan macam mana. Hehehe)

Isnin, 2 Mei 2011

8 Sebab Kenapa Rumaizah Kena Kurus

1- Sebab kereta ayah dia sangkut setiap kali lalu di bonggal jalan (trauma ok.. nampak bonggol je angkat kaki. apa kes?)
2- Sebab semua baju dia dah mula tetas jahitannya
3- Sebab BMI dia menunjukkan yang dia dah nak masuk kategori obesiti
4- Sebab kawan dia kata, muka dia nampak muda tapi badan dia macam makcik (kejam gila kawan dia tu)
5- Sebab dia takde duit nak beli baju banyak-banyak (semua baju dah mula tak muat. sendat sana sini)
6- Sebab dia teringin pakai baju cantik tapi baju cantik takde saiz dia-lebar dan pendek
7- Sebab dia risau, spare tyre dia (perut) lebih mantap dari spare tyre en. KENari dia
8- Sebab dia nak ngorat laki hensem, baik, putih, tinggi dan kaya.. hahahaha (ok, aku tipu. tapi tak cukup 8 sebab kalau tak letak ni)