KLIK LAJU-LAJU!

MARI BLOGWALKING DENGAN APESAL.COM

Yang Baik Hati =)

Cari cerita lama

Aku terkini

sebelum komen, baca dulu komen orang lain boleh? Bosan la nak balas komen yang sama.. sebab jawapan aku mesti sama punya. tak pasal2 aku jadi astro karang ulang tayang beberapa kali

* jangan orang astro sentap pulak dengan aku, suda

Rabu, 30 Jun 2010

mari pakai contact lens.. lalala

sekarang ni aku pakai contact lens ke sekolah. jangan tanya kenapa.. susah aku nak jawab. maybe sebab aku dah jumpa contact lens yang murah. sebelum ni aku rasa, nak maintain contact lens, kosnya agak tinggi.

mmg aku amik contact lens yg sama power mcm spek aku. org kata, patut amik tinggi sikit sebab nak cover silau. so, mmg agak silau la pandangan aku lepas pakai lens tu. tp, tah nape, silau dia lain mcm lak arini.. aku dah mula risau.. what happen to me??

sampai kat jalan tun razak, aku tgk no plet keta depan. kabur.. ha?? mata aku makin teruk ke? ini disebabkan aku x pandai jaga mata ke? what happen? nape kerabunan ini lebih dasat dr biasa? seolah2 aku xleh nak decide aku rabun atau x.. otak aku xleh memberi input yang tepat.

aku pejam mata kanan.. confirm.. aku kerabunan.. aku pejam lak mata kiri.. eh.. clear?? maknanya 1 lens aku ni dah tertanggal la? mana lak nak cari nih?? dah la benda tu nipis je.. aiyo..

raba punya raba, jumpa balik.. masalahnya cane nak pakai? aku x bawa solution atau eye mo.. adoi.. kalau aku pakai spek (aku mmg bawa) mana lak nak letak lens tu?

last2, lepas parking je keta (by that time, lens dah melekat sebab kering) aku tuang je air masak yg aku bawa. kopek semula lens yg dah melekat tu.. ejas cermin pandang belakang, tenyeh lens ke mata..

ok.. cara ni jgn ditiru ok.. sangat x hygienic..

anyway, tahniah kat aku sbb berjaya pakai lens dengan berbekalkan air masak... lalala..

 lebih kurang gini la sengsaranya nk pakai lens

p/s: arini sangat best ok!! aku memanah, flying fox dan repelling.. aku juga makan nasi kerabu, mi rebus..total duit dibelanjakan = RM14
p/p/s: kak roziah, sori, saya xleh derma darah la.. tp nk ikut gi sana leh x?

Selasa, 29 Jun 2010

mak aku masuk wad.. =l

hurm.. mak aku masuk wad. semalam.

mula2 dia jez gi hospital sebab tgn dia xleh nak genggam. so doktor pon tulis surat utk dibawa ke hospital Al Islam kat kg baru. dah terlanjur gi sana, aku soh la dia check segala sakit2 dia.

disebabkan sungguh banyak la yang nak diperiksa, maka mak aku ditahan di wad. malam tu, kami ke hospital untuk membawa pakaian, telekung serta peralatan mandian mak. mak kata maybe esok (hari ni) akan keluar.

so, pagi tadi aku ke sekolah tanpa bekal (ye, mak yg masak bekal aku selama ni.. jangan jeles!) dah la aku bangun lambat. huhu.. oh! aku masih boleh gelak2 kerana boleh dikatakan mak aku yg menyerah diri ke hospital. patut xde pape.. semua akan ok..

tengah hari tadi, mak aku sms kata tangannya akan dibedah. aik?? kerana apa ye? rupanya tangannya sudah agak kronik.. kalau x silap pendengaran aku (kerana hp aku sudah tua telinganya) saraf tangan mak aku bertindih. lutut pula perlu diinjek sebab rawan sudah nipis..

so, mak aku akan bermalam sehari lagi di hospital. hurmm.. lauk aku dah beli dah (apa? masak? hahah).. nasi dah masak dah.. cuma, sanggup ke ayah aku gi KL mlm ni sorang2? hehe..

oh.. doakan mak aku ok ye...

p/s: masa aku dapat tau mak aku akan bermalam lagi sehari di hospital, aku tanya mak kalau nak aku bawa apa2 ke hospital. tau apa jawapan dia?
" mak nak nasi beriyani yang ko masak"
even kawan2 aku pun kata, "dasat tul lawak mak ko nih.. aish... saje perli ko suruh masak"

Ahad, 27 Jun 2010

Pudu Jail (lukisan dindingnya dalam kenangan)

"penjara pudu tidak akan diwartakan sebagai tapak warisan sejarah walaupun telah berusia 115 tahun kerana ia merupakan tempat banduan ditahan dan itu bukanlah sesuatu yang boleh kita banggakan"

lebih kurang begitu la pendapat salah serang sejarahwan negara... aku x ingat sape. sori..

bagi aku lak

1- apa yang korang banggakan sangat dijajah oleh bangsa asing hingga korang masih lagi pelihara dan pulihara kota A Famosa tu? tu lagi x patut dibanggakan.. tanda kita dijajah.. dah la kota tu dibina dari runtuhan masjid dan batu kubur org Islam.. haish.. tapi yg peliknya, jadi lak tapak warisan sejarah.. 

2- penjara tu mmg la tempat tahanan banduan. xleh dibanggakan. tapi, tu menunjukkan yang kita ada satu sistem untuk menghukum pesalah (huhu.. teringat kat mona fandey..aish..). dan kita patut buka penjara tu utk tujuan lawatan (mcm kebanyakan negara buat) biar org yg datang tu insaf sikit.

3- pekata, patutnya, simpan la sikit mana2 bahagian yg patut (especially bangunan utama dan tempat hukuman) kawasan padang segala tu, korang teroka la. buat la apa yg patut

4- xtau nape, aku paling sayang lukisan dinding tu sebenarnya.. bukan senang nk buat tu. mudah je org buang.. hurmm..


p/s: pudu jail pernah dibuka sekejap untuk lawatan tapi lepas tu ditutup semula dari org ramai. aku x sure kenapa. aku sendiri x sempat gi tgk.. teringin gak sebenarnya. siyes. budak2 sekolah patut dibawa ke tempat gini. biar mereka cuak nak buat jahat. nak harap hukuman dijatuhkan di khalayak ramai, mmg xkan berlaku la kan? melawat penjara tinggal je la alternatifnya..

dah tau x patut tapi nak buat gak

apa aku buat skrg? xde pape.. sekadar buang masa depan pc sambil makan sate ikan yg beli kat pasar. jeles? gi la beli! setakat RM0.20/btg pon nk kedekut! sedap sgt ke? hurm.. masih lg rasa original mcm masa aku darjah 1 dulu.. sangat menggamit memori..

ok.. ok.. aku online walaupun xde mood dan xde idea sebab aku mengharapkan yang 'dia' online. siyes.. ada kerinduan untuk bersembang dengannya. walaupun aku tau rasa tu x patut ada. ahh hati!! dah tau salah, nak jugak! degil dia nih.. babab kang (bayangkan aku kuarkan hati dan pukul dengan manja)

aku masih berharap yang diri aku rajin. dan cuba utk menyiapkan 2 keje yg pn norlina dah minta (isnin ni mesy- no way out ok!). oh, cik oryza!! berikan aku kekuatan seperti ko..

hurmm.. rasanya masih ada yong taufu x berusik atas meja.. baru kul 12.00. makan dulu la. ok x?

Sabtu, 26 Jun 2010

tutup buku

aku selalu kata hidup aku bosan. aku selalu teringin menjadi watak dalam buku cerita. sama ada nama aku, atau ciri-ciri orang xsempurna mcm aku jadi watak dalam buku..

guess what? aku rasa, skrg aku dah membawa salah satu watak dalam buku cerita. masalahnya, watak aku bukan la heroin atau kawan baik heroin.

sebaliknya, aku telah menjadi watak antagonist. watak jahat. watak yg dibenci oleh semua. or at least menyampah.

aku sendiri x suka. aku nak tutup buku ni.

tolong beri aku kekuatan

Khamis, 24 Jun 2010

kaitan PTK dengan PBS

nak tanya.. dulu, prestasi penjawat awam dinilai oleh pegawai atasan dia (utk tujuan anjakan gaji - melintang/ menegak) nape tukar ke PTK?

* sila kaitkan dengan peperiksaan awam yang akan digantikan dengan PBS

sekian =D

p/s: xde 1 pon kaedah pentaksiran yang sempurna setiap kaedah ada kelebihan dan kelemahan. cuma, sila la pastikan kaedah itu sesuai digunakan pada sasaran.. dunia ini bukan eksperimen kawalan (ideal). ada banyak faktor yg perlu dititikberatkan

UPSR dan PMR akan diganti dengan PBS??

UPSR nak diganti dengan PBS? hahaha.. habis la cikgu2 sekolah rendah lepas ni.. penat nak kejar suruh budak hantar folio/ kerja kursus.. contoh paling nyata sekarang, cikgu BM dan BI.. x terkejar nak buat lisan..

sian jugak la mereka yang ada IQ yg tinggi.. IQ anda x bermakna kalau anda xboleh nak auta panjang2 masa buat folio.. haha..

moral: menteri pelajaran perlulah terdiri daripada mereka yang pernah menjadi cikgu. baru dia tau hakikat sebenar dunia pelajaran hari ini.

p/s: pengakuan.. tadi aku taip PLBS.. bukan PLBS.. PBS je

Rabu, 23 Jun 2010

dilema2 bidang pelajaran hari ini.. (part 3)

3- peperiksaan
sekarang ni, kita ada peperiksaan UPSR, PMR dan SPM. banyak ke?korang rasa camne? pada aku x banyak pon.. ala.. dulu korang pon amik gak.. terasa banyak ke? kalau x banyak, buat apa mansuh? baru la leh tau tahap kita takat mana..

pelaksanaan
aku xtau sgt mcm mana pemarkahan untuk UPSR (ada keje kursus atau x.. mcm mana pemarkahan) tapi aku tau la sikit2 pasal periksa PMR dan SPM. utk PMR dan SPM, peperiksaan bukan la 100% on paper.. murid ada diberi kerja kursus.. in case, kalau dia xperform on paper (ngaku la.. kadang2 nasib gak tu tiba2 leh score), at least, kita dah nampak, keadaan student tu yg real depan kita.

utk PMR, amik contoh KH. 40% markah dtg dari keje kurus yg murid buat dari form 1- form 3. so, budak kena la buat. kalau x, xde markah. masalahnya, budak xleh xde markah. masalahnya lagi, kalau masa tu dia dah form 3, tp markah form 1 dia xde, budak tu xleh buat semua keje kursus fom1 tu (dia mesti selesai dalam tahun semasa). so, cane nak bagi markah ek? adoi.. tu belum cerita budak yg suka ponteng. x pernah buat keje kursus.. padahal markah keje kursus mmg kena kumpul tiap tahun.. kalau x lengkap, naya la cikgu tu nanti. so, apa lagi yg cikgu tu boleh buat? haha.. ada sampai 1 tahap tu, bagi je budak tu tiru kerja kursus kawan dia.. yg lagi best, ada cikgu yg minta tolong kwn buat terus utk tolong kwn yg pemalas tu-terpaksa) sebab tu aku benci masa jadi pentaksir KH dulu. kena menipu utk tolong budak yg ntah layak ditolong atau x

so, tercapaikah objektif kerja kursus tu? aku xkan blame cikgu2 tu. korang pon jgn pandai2 blame. caye la.. cikgu tu dah buat mcm2 cara. dah xleh sgt, baru buat kaedah gitu. kalau korang bagus sgt, sila pastikan anak2 korang x timbulkan masalah begitu pada cikgu dia. cukup la suruh anak korang je. anak org lain xyah (walaupon keje cikgu2 ialah suruh anak2 org lain buat keje kursus dgn baik)

utk SPM lak, aku rasa lebih kurang sama je. mcm subjek aku, kalau nak lulus (paling teruk D la) pastikan ko buat semua amali. konfem D dalam SPM. tapi ada gak budak aku dapat E. nape? amali x cukup la tu. yup, aku mmg pemalas. tu salah aku.. aku dah kejar dorang.. hambat dorang.. buat kelas masa cuti.. tp kalau dia xdtg jugak, aku biar.. lantak ko.. SPM ko. aku dah lepas (itu yg aku dok ulang2 kat budak). malahan, aku la antara cikgu yg paling hebat sbb dengan hati keringnye, aku biar je budak2 aku xleh amik SPM sbb xcukup modul mengikut syarat layak amik SPM. (aku kejam? ye. tapi aku adil pada org lain. aku dah panggil budak tu dtg sekolah, dia xnak. dah mintak kawan2 dia pujuk, dia xnak. kalau aku menipu utk dorang, aku x adil pada budak lain yg buat dengan penuh perasaan. lagipun, tu tujuan pentaksiran kan? menilai budak bukan sekadar atas kertas)

kesimpulannya, idea pentaksiran melalui kerja kursus ni sangat bagus.. cuma aku rasa kurang sesuai utk peringkat budak2 ni. setakat utk mengajar dorang ok la. tapi kalau utk pentaksiran, lagi byk yg buruk dari baiknya. aku x rasa yg dorang ni dah bersedia. U lain.. kat U mereka dah matang.. mereka sedar mereka perlu buat betul2 tapi budak sekolah x. yg sedar, kelas depan je la.. kelas belakang? huhu.. last2 yg terbeban, cikgu2 gak. semata2 utk pastikan result ok
===================================================

post mortem (bedah siasat/tindakan selepas terhadap hasil)
setelah melalui pelbagai prosedur yg sangat susah, akhirnya keputusan budak keluar. ada yg dapat 8A (PMR) ada yg 8E.. yang ajaibnya, dua2 pelajar ni dpaat naik tingkatan 4. bezanya kelas je.. adoi.. agak2 la kan.. kalau budak tu dapat 8E, apa maknanya? bersediakah budak tu nak naik tingkatan 4?

tahun ni, aku dapat seorang pelajar yg dah 3 thn x sekolah (last dia sekolah masa darjah 6). boleh x korang bayangkan, budak yg dah x sekolah 3 thn tiba2 naik form 4? dah la dia ni x reti membaca. mujur baik budaknya.. laju buat keje.. poin aku ialah, budak ni x ready nk masuk form 4.. membaca pon xlepas, cane ko nk suruh dia belajar sains (dalam BI) pastu jawab exam?

1st time aritu aku tanda kertas 4% dgn 8% aku lak yang terasa nak meraung2.. tu baru aku yg hadap 2 org budak.. aku xtau la camne cikgu2 lain (yg ajar byk kelas) menghadap isu ni. nak suruh aku ajar membaca? hoho.. cannot.. habih budak tu karang.. aku ni ni baran.. kalau dorang tu 8 thn, aku tabah gak la.. tp dah 16 thn.. aku xleh sabar punya..

apa motif aku bebel2 nih?

gini la.. pada aku:
1- adakan peperiksaan selaras masa darjah 3, UPSR, PMR dan SPM (jadah ko! org nk mintak kurang, ko soh tambah)
2- kalau budak2 x pas semua paper dalam exam tu, jangan bagi dia naik kelas. ko ulang la sampai lulus (dan tolong la tetapkan standard yg tinggi sedikit utk bagi lulus. maksud aku, kalau x pas subjek dalam paper PMR, jangan bagi naik tingkatan 4)
3-kalau budak tu cerdik, bagi la dia lompat kelas (sekolah rendah la ni.. ada yg kecik2 lagi dah pandai kan?). takut dia bosan.tp bagi jugak dia pulang ke asal kalau dia rasa xleh bawa.. (pape hal, semua exam kena amik ok)
3- subjek agama sangat penting ok.. dari darjah 1 patut dah ajar pasal solat, puasa segala bagai.. akhlaq tu lagi 1..

ok la.. exam darjah 3 yg aku nak cadangkan tu adalah untuk pastikan budak2 tu lepas 3M. kselagi dia x lepas 3M, biar la dia ngulang.. at least, masa darjah 4, dia dah boleh membaca, menulis dan mengira.. soalan xyah la aras tinggi2.. tp mesti subjektif (sebab nk tengok dia menulis dan membaca). xnak soalan objektif.

yang masa UPSR tu, agak2 la dorang dah boleh buat karangan.. soalan matematik yg tinggi sikit arasnya.. pemerhatian terhadap sekeliling.. xyah soh buat eksperimen pon xpe.. cuma supaya mereka lebih peka.. masa ni la gak nak ajar mereka lisan kan?(pada aku, exam UPSR skrg dah ok)

kalau UPSR dia dah lepas, maknay pandai la budak tu.. boleh la ajar aras lagi tinggi.. dan seterusnya..

sebab, apa yg aku nampak ialah, kita ada peperiksaan. peperiksaan kita mmg bagus. standard la.. tp lepas tu, kita melakukan apa yg patut pada keputusan yg budak2 tu dapat.. kalau dah budak tu x pandai membaca, jangan bagi dia naik kelas. biar dia lepas, baru ajar peringkat seterusnya. malu? itu juga leh jadi motivasi..

ini x, x pandai baca pon bagi gak naik kelas. sudahnya sampai ke form5 x pandai membaca. yup, hasrat kerajaan semua belajar sampai SPM mmg la tercapai tp berkuliti x? ada nilai x sijil tu? (ala.. senang citer, kalau fail pon, ko tetap leh masuk kolej kan? yg penting duit)

lagi 1, tetapkan 1 standard piawai bagi keputusan peperiksaan. skrg ni kita gunakan graf normal utk tentukan pencapaian. ini adil bagi budak pada tahun semasa tetapi x adil jika nak banding dengan tahun2 lain sedangan kita nk org yg x merosot kebijaksanaan mereka. jadi, tetapkan standard. jangan asik ubah2 gred (tp sesuaikan jugak la dengan soalan)

kalau cadangan 1 dan 2 aku diikut, ini bermakna lebih banyak sekolah rendah perlu dibina. sekolah menengah xyah banyak2.. cikgu pon, lantik la secara berjemaah.. biar budak2 kecik ni dapat pendidikan yg cukup dari awal.

tu lagi 1 dasar kerajaan.. buat je dasar baru, xleh masuk mana2 kalau x pas BM. x malu ke, lahir kat malaysia tp xleh cakap BM? cait! aku rasa, kalau aku lahir kat jerman, aku dah leh cakap jerman dah skrg ni! aku bukan racist (aku nak belajar bahasa mandarin untuk paham apa budak aku umpatkan. hehe.. jeles tgk dorang citer mcm2 mcm aku kat taiwan lak!) cuma, kalau org tu xboleh nak bertutur dlm bahasa rasmi negara dia sendiri, nampak sangat dia x respek negara ni. bangla dengan indon pon boleh cakap bahasa kita. malu la sikit!

bersambung lagi... tapi nk tido dulu.. esok nak gi sekolah jugak..

p/s: mana pergi SPMV? nape la dimansuhkan. dah elok dah sangat dorang bezakan level SPM dan SPMV. at least, budak2 yg lemah tu boleh kuasai bahagian tertentu yg dorang wajib tahu.. xleh la nak samakan budak yg lemah dan bijak..

dilema2 bidang pelajaran hari ini (part 2)

saje aku asingkan ikut part.. kang korang pening lak.. yup, aku x semestinya betul. tp aku bagitau apa yg aku nampak. dan aku merupakan seorang guru di sekolah yang boleh dikatakan budak2nya boleh tahan baik (sekolah pompuan beb!)

masuk dilema yg lain plak..

2- sekolah-sekolah sekarang terlalu exam oriented
sedar x sejak bila perkara ni terjadi? xsedar.. hehe.. xpe.. sebenarnya perkara ni terjadi sejak ada pelbagai anugerah yang diberikan oleh KPM kepada sekolah2.. kalau anugerah je xpe sebenarnya.. bagus.. kira mcm bagi insentif.. baru la org bersemangat..

yang menjadi masalah ialah, bila sekolah dibeza2kan.. sekolah kluster la.. sekolah bestari la. sekolah harapan la. sekolah cemerlang la.. aku xtau ada bape banyak lagi anugerah utk sekolah. dan sekolah2 yg dapat tu, konfem la up namanya.. negeri mana yg dapat tu, konfem la up juga nama negerinya.. so, berlaku la persaingan antara jabatan. masing2 nk kata negeri aku best (sape yg x mcm tu kan? bagus sebenarnya tuh)

so, utk menjadikan negeri tu plg best, sekolah kena la best.. so, kalau sekolah nk best, result kena la best.. tolong betulkan aku kalau apa yg aku ckp td salah. betulkan. best kat sini bukan dari akademik je sebenarnya. dari segi koko pon ye jugak. (tu yg lagi serabut tu). x cukup dengan tu, mana2 negeri/ jabatan/ sekolah yg x perform, kena kondem lak. tu yg lagi menyebabkan sekolah2 kena struggle utk score (especially akademik la)

sudahnya, cane cikgu2 nk pastikan budak2 leh score? apa lagi? spot soalan.. analisis soalan apa selalu keluar. ajar budak2 lemah. biar walaupun dia xdpt semua, tp at least dia boleh jawab soalan tertentu. xde la fail. syllabus of course kena abis. exam bukan ikut sekolah kita je. 1 malaysia kan? err.. maksud aku.. berpusat.

apa yg aku bebelkan ni? yup.. mmg sekolah skrg agak exam oriented. mmg cikgu2 xsempat nk mendidik. mengajar je sbb nak budak score. tp sape yg buat benda tu jadi mcm tu? org2 yg kat atas tu la. kalau ko x tekan, org bawah ko xkan buat begitu. dah la makin lama makin bertambah syllabus.. tolong la.. kalau korang sahsiah yg baik, kurangkan sikit akademik tu (chup, aku x maksudkan xyah belajar byk2..) maksud aku ialah, kembali la ke asal.. aku tgk, apa yg adik aku belajar dlm bio tingkatan 4, sama mcm apa yg aku belajar masa kat matrik.. apa kes? perlu ke sampai begitu sekali syllabus tingkatan 4. dah gitu, cane kami nak tekankan kat budak2 jangan buang sampah.. hormat orang tua, jangan menjawab ikut suka tekak, jangan lupa solat.. (sebab pihak HEM xleh tahan budak utk bagi ceramah disiplin sbb tu dah ganggu waktu pelajaran)

p/s: yup.. sekolah tempat belajar. ada 2 aspek yg cuba diajar. akademik dan sahsiah. siyes, x terkejar korang kalau dua2 benda ni nak kejar serentak. dan kalau ikut islam, antara akademik dan sahsiah (akhlaq), sahsiah lagi penting. apa guna pandai tapi kejam kan? tapi nak buat camane.. kalau nak negara maju, mesti pandai dulu.. ye x? biar ada ramai org mcm profesor klon.. hahaha..

dilema2 bidang pelajaran hari ini.. (part 1)

kenapa aku kata bidang pelajaran? well, nama pon kementerian pelajaran.. harus la bidang pelajaran kan? bukan pendidikan.. lagipun, kan ramai org kata, cikgu skrg mengajar je.. x mendidik.. betul x? ye la.. bila x jadi, semua salah cikgu. padahl, bape jam je sehari cikgu A mengadap murid B (maksud aku, secara spesifik la.. cikgu x masuk semua kelas tiap hari) berbanding dgn ibu bapa yg patut luang lebih masa dengan anak?

nope, aku x kondem mak bapak. kadang2 mak bapak dah buat sehabis baik. tp anak tetap buat perangai. kenapa? ada byk faktor. kehidupan yg sangat moden, kawan2, infrastruktur, tarikan sosial.. bla3.. ok.. aku xnak buat karangan kat sini. cukup la aku jawab karangan BM dulu..

my poin is, even mak ayah yg patutnya rapat dgn anak pon lom tentu leh bentuk anak dia ikut apa dia nak. apatah lagi cikgu? maksimum anak dalam 1 famili berapa org? 15? cikgu pulak ada berapa ramai anak murid? 150?(aku bertuah sebab murid aku thn ni 36 org je. tp mmg xde org kenal aku la.. huhu)

berbalik pada tajuk.. dilema2 bidang pelajaran hari ini..

1- guru tidak lagi mendidik, sekadar mengajar.
tolong beritahu aku, cane kami nak didik budak? peraturan terkini mengatakan, kalau murid tu pakai tudung, x boleh buka tudung murid tu (secara tertutupsekalipun) walaupun utk tujuan spot check. maka, kalau la bawah tudung budak tu ada love bite ke.. ada salib ke.. rambut hijau ke.. lantak la.ko nak tatu pon boleh.

dah la xde peraturan mewajibkan budak islam utk bertudung. sangat x paham la aku. kata islam agama rasmi. bukan suruh budak non muslim pon yg pakai. yup, belum tentu pun dorang baik kalau bertudung tapi sekurang2nya kita ajar dia.

guru juga xleh amik tindakan kat budak (budak dan ibu bapa sgt boleh laporkan pasal guru ok..) pukul? mmg haram terus la utk student pompuan. alasan.. tu dah mencabul hak mereka (ironiknya, makin byk la pulak kes mak bapak dera anak. paling best, generasi yg xleh dipukul ni la yang banyak membunuh org-buang bayi yang dia dah kandung 9 bulan). apa tindakan yg sekolah boleh buat? surat amaran.. panggil mak bapak (yg 80% xkan dtg pon) dah pastu paling hebat, buang sekolah (yg lepas tu budak leh mintak masuk balik sbb dia ada hak nk belajar-pdhal, konfem la ko kena buang sbb ko ponteng. xnak belaja)

pernah kwn aku, dibaling marker oleh budak. dia terlalu geram lagu mencekak kolar baju budak tu. apa yg budak tu kena dr pihak sekolah? amaran.. kawan aku pun kena amaran sbb dia x patut cekak baju budak tu.. yup, maybe kwn aku silap sbb cekak kolar budak tu. tp, kalau korang kat tempat dia, agak2 la org baling barang, adakah korang akan biar je? kalau biarkan, ko tggu je la esok lusa semua budak baling barang kat cikgu. xpuas hati sikit je campak barang..

hebat kan darjat cikgu?

bersambung........

p/s: aku tahu akan ada org bijak pandai yg akan kata guna la pendekatan lembut.. bla3.. aku suka org yg sangat ideal dan positif begini.. org2 seperti anda sangat digalakkan masuk dalam bidang pelajaran ni.. jangan lupa mintak KPLI dan DPLI tahun depan k.. oh,, kalau boleh DPLI la.. sebab masalah disiplin paling obvious di kalangan murid sekolah menengah (dah besor.. pengaruh banyak)

Ahad, 20 Jun 2010

update diri ala2 mcm kat facebook. haha!!!


sepantas kilat, aku sudah menjadi ahli glitterati semula.. tq en. anif atas nasihat yang diberikan.. =)

esok dah isnin.. hai la.. kena sekolah dah.. 1st day sekolah, mesti jalan jem.. kenapa ek? stick je la ke jadual asal.. haish!!!

malasnya nak gi perhimpunan rasmi...

tadi try makanan korea. sedap gak.. tapi.. rabak RM16!! waaaa!!! tapi lepas ni, nak gak sekali sekala belanja diri sendiri lagi!

buat facial.. rabak RM50. halal la.. dah setahun x buat (ayat nak sedapkan hati)

sedang berusaha mencari suami yang kaya agar x perlu bekerja.. hahaha!!! (tolong jgn anggap siyes ok! aku nak org yg ada kembar seiras! dan alim! dan hensem.. dan.. oh.. d list never end!)

kenari masih belum mandi buih! esok kot. pas dah mandi, baru la tergamak nak hantar gi ACT.. tah nape, kuat betul kenari ni teguk minyak.. aish!!

bila gi ACT? lepas dah dapat gaji.. firasat mengatakan byk nak kena servis nih! aish..

soalan percubaan lagi 1-2 soalan kot x siap.. skema sekali.. xde mood nak buat kotak2 segala.. hai la!!

minit mesyuarat.. harem!! haha..

modul latihan.. ok la.. (pdhal x usik langsung!)

siyes!!! malas nak gi sekolah. boleh x bagi alasan mcm budak2 ni? (sakit perut, sakit kepala, senggugut, BANGUN LAMBAT, tertinggal bas...)

kini aku tidak glitterati lagi..

status glitterati aku dah ditarik balik oleh nuffnang. bila aku baca, dia kata puncanya ialah ada antara blog aku tu xde hit langsung. so, dia anggap mcm x menjalankan fungsi la..

huhu.. of course la xde hit.. blog2 yg lain tu adalah link semata2 sbb aku xnak semakkan blog aku dgn link2 sekalian (jgn kecik hati ye.. aku bukan kata korang punya link tu menyemak, tapi maksud aku, terlalu byk tulisan dalam 1 muka buat aku pening. lagipun, aku hepi dpt klik link korang kat page yg spesifik). aku ni x tahan tgk huruf banyak2 (walaupon aku suka membebel)

disebabkan aku bukan lagi ahli glitterati, maka aku dah xde hak ke atas Innit.. wa!! sedih.. walaupun Innit ni xde la berjasa sgt, tapi aku semcm dah biasa, buat entry je, report kat Innit.. wawawa!!!

bukan tu je, ada lagi la kot kelebihan lain yg aku x dapat dah (tp aku x berapa paham. so aku x kisah)

ok la.. saje nak ngadu. tiba2 aku teringat balik tujuan aku berblog.. nak membebel, bercerita, mencari kwn yg sejiwa yg suci baca bebelan aku. bukannya nak cari duit. insyaAllah gaji aku cukup.. amin!!

p/s: kalau dlm seminggu ni, aku xdpt glitterati balik, aku nak amik neobux la plak.. hahaha!!!

Sabtu, 19 Jun 2010

mari bergosip!

hurmm.. nk cite pasal apa? pasal Ifa Raziah yg byk kondem org dalam galaksi td, atau nk citer tentang hakikat dunia perguruan hari ini?

ok la.. cite pasal Ifa Raziah.. dulu.



tadi, sementara menunggu cerita menarik, kami buka la tv9.. ada rancangan Galaksi. pengacara dia Irma Hasmie.. aku xde la amik port sangat cite2 lain.. (aku sgt x kisah apa nk jadi dengan artis kat Malaysia sebab mereka bukan role model aku) tapi aku mmg sangat mendengar la cerita pasal Ifa Raziah.. ada 2 cerita tentang dia ni

Cerita 1
pasal dia dicekup oleh pencegah maksiat
xtau berlaku kat mana. sebab aku x berapa mendengar pada awalnya.. tapi aku bajet, kat hotel la kot kan.. tah cane, Ifa Raziah kena cekup dengan Pegawai Pencegah Maksiat..

maka, bengang la Ifa Raziah, sbb masa tu, dia dengan hubby dia. pehal lak nak tangkap? dah tu, yg kena terjah tu lak, dia dgn krew2 lain (aku xsure krew drama atau studio nyanyian..)

dia pon gi la marah2 dan berkata, nape x siasat dulu terus terjah? dah tu, dah tau dia yg nk kena cekup, nape x bawa pegawai wanita? dan dia kata lagi, "nape x selidik dulu, ifa raziah ni mak janda atau bini org? kan dah cekup aku dengan laki aku, skrg ko yg malu!"

bagi aku la..
lorr.. apa yg kecoh sgt? org tu bertindak mengikut aduan. pastu, dapat aduan, harus la segera terjah. kalau dia nak kaji selidik dulu sape orgnye, dah kawin ke belum, berapa jam kemudian baru dia leh terjah? ko maybe la dgn laki ko, org lain yg bukan dgn laki dia? kalau pencegah maksiat tu slow, alamat, dah selesai la projek maksiat dia. ko ada paham?

dah ko dgn laki ko, tunjuk je la bukti (kad or surat nikah).. apa susah? perlu ke kecoh?

Cerita 2
pasal dia kena hentak dengan helmet oleh adik dia
mak Ifa Raziah ni baru meninggal.. so, Ifa Raziah ni pon mintak la duit khairat kematian mak dia dr adik dia ni.. adik dia xnak bg kerana xnak bg dia joli. dia pon kata, " ala takat RM500 tu, xde la aku nk joli.. ni aku dah keluar duit RM3000 utk uruskan semua.. bla3.." pastu dia cakap lagi, "dah la masa mak hidup, ko yang banyak menghabiskan duit mak.'' (ok, aku lupa dialog seterusnya-sori)

tah cane, tiba2, adik dia gi hentak kepala dia 2x dgn helmet. (adik dia bengong) pastu adik dia amik lak pisau nak tikam dia. tah cane leh terlepas, masuk dalam bilik, adik dia tinju lak muka dia..

dia pun gi buat laporan polis.. dengan bingainya, polis kata oo.. ini bukan kes polis, ini masalah keluarga.. sila setelkan sendiri.." (ye, ada ciri2 bangang di situ). so, Ifa Raziah pon mula la kutuk polis lak..

pastu, wartawan pun tanya, " x rasa segan ke buka pekung di dada ni? cerita kelemahan keluarga sendiri?" (ye, aku nyampah dgn wartawan hiburan sekarang. terlalu suka menggali terlalu dalam utk isu yg x perlu. apa kata ko tanya, akak suka clubbing katne? minum apa?")

dia pon jawab, " saya bukan nak buka pekung di dada sendiri. tapi tu la.. ada pihak yg tertentu, yg tempat saya buat aduan tu.. bala3.." (aku dah x amik port sbb komputer dah on.)

bagi aku la..
huhu.. ko balik kg sorang je ke masa tu? hubby ko xde ke? org lain? how come boleh ko berdua je dgn adik ko? hurmm.. bukan apa, kalau ada org lain, xde la ko kena hentak dgn helmet dan kena tinju..

err.. aku rasa kan, statement yg adik dia yg menghabiskan duit mak masa beliau masih hidup tu, ko je yg tau. org lain xtau.. kat situ la yg ko dah buka pekung.. hurmm..

well, aku rasa, kalau ko citer pasal polis je tadi, maybe aku akan berada di pihak ko.. tapi sbb tadi ko dah kutuk pegawai pencegah maksiat utk perkara yg mmg dah keje dia, jadi, bila isu ke2 nih.. aku dah jadi mcm kureng caye sikit. bukan kureng caye tp.. hai.. korang paham2 je la

p/s: maaf kerana jadi wartawan hiburan hari ni. ok la tu.. blog aku ni pon ala2 blog tabloid kan?

Jumaat, 18 Jun 2010

soalan berkaitan kekejaman Israel (aku yang tanya sebab aku baru keluar dari tempurung)

huhu.. tiba2 terfikir tentang Gaza, Israel dan ... membuatkan aku nak tanya beberapa soalan bengong..

1- apa jadi dgn kapal MV Rachel Corrie yg dirampas ek? jadi harta Israel ke?

2- apa lak jadi dgn bekalan bantuan?

3- mcm mana Mesir boleh bersekutu dengan Israel ek? kan Palestin tu Islam? kan Al-Azhar kat Mesir? kan Al-Azhar tu tempat tersohor bila berkaitan dgn pengajian Islam?

4- Mcm mana, pompuan2 Israel tu tergamak duduk di bawah kerajaan yg begitu kejam ek? x yah la cerita pasal askar2 dia.. maksud aku, pompuan2 lain.. aish.. x rasa lain mcm ke tgk kekejaman bangsa sendiri? cth: setiausaha Israel (kalau x silap, pompuan)


p/s: sorry kalau soalan aku dangkal.. aku serius x paham dengan isu dunia ni.. aku tau Israel jahat. tu je.. yang lain aku x paham..
p/p/s: aku x sanggup nak paste gambar yang lebih kejam..

Keajaiban Nombor Dalam Al-Quran

sekali lagi, benda ni aku amik dari email aku.. dah bertahun2 dah benda ni duduk dlaam inbox.. harap2 memberi manfaat kat kita

p/s: kalau ada maklumat yg tepat, sila la bagitau dengan sopan (aku ni sensetif gile weh!!) dan aku akan remove benda ni kalau fakta x betul..

==============================================================

Ajaib tetapi benar! Lihatlah sebahagian daripada hasil kajian seorang cendekiawan Islam terhadap kandungan Al-Quran. Didapati banyak perkara telah disentuh dan telah dibuat kajian oleh manusia seperti nombor, astronomi, angkasalepas, perubatan, geologi, kejuruteraan, minda dan sebagainya.



Bilangan tentang perkara yang disebutkan di dalam Al-Quran:

DUNIA - 115 kali
AKHIRAT - 115 kali

MALAIKAT - 88 kali
SYAITAN - 88 kali

HIDUP - 145 kali
MATI - 145 kali

FAEDAH - 50 kali
KERUGIAN - 50 kali

UMMAH - 50 kali
PENYAMPAI - 50 kali

IBLIS : PENGHULU SYAITAN - 11 kali
MOHON PERLINDUNGAN DARIPADA IBLIS - 11 kali

BALA/MUSIBAH - 75 kali
BERSYUKUR - 75 kali

BERSEDEKAH - 73 kali
BERPUAS HATI - 73 kali

ORANG YANG SESAT - 17 kali
ORANG YANG MENINGGAL DUNIA - 17 kali

MUSLIMIN - 41 kali
JIHAD - 41 kali

EMAS - 8 kali
KEMURAHAN HIDUP - 8 kali

KEAJAIBAN - 60 kali
FITNAH - 60 kali

ZAKAT - 32 kali
BERKAT - 32 kali

MINDA - 49 kali
NUR - 49 kali

LIDAH - 25 kali
SUMPAH - 25 kali

NAFSU - 8 kali
KETAKUTAN - 8 kali

BERCAKAP DI KHALAYAK RAMAI - 18 kali
BERDAKWAH - 18 kali

KESUSAHAN - 114 kali
KESABARAN - 114 kali

MUHAMMAD - 4 kali
SYARIAT - 4 kali

LELAKI - 24 kali
PEREMPUAN - 24 kali

SOLAT (SEMBAHYANG) - 5 kali

BULAN - 12 kali
HARI - 365 kali

LAUTAN - 32 kali
DARATAN - 13 kali

LAUT dan DARAT = 32 + 13 = 45

Justeru itu, peratusan laut = 32/45 x 100 = 71.11111111 peratus
Peratusan daratan = 13/45 x 100 = 28.88888889 peratus
JUMLAH = 100 peratus

Kajian sains oleh manusia telah membuktikan bahawa air meliputi 71.111 peratus daripada bumi dan tanah meliputi 28.889 peratus.

Begitulah kebesaran dan keagungan ciptaan Allah SWT!!


Nota: Diterjemahkan daripada karya asal yang dipetik daripada "The Series Of The Scientific Miracles In Quraan," oleh Dr. Tariq Al Suwaidan.

Rahsia Lelaki - forward dari email ja..

di copy paste dari email... setuju ke x, sila bagitau ye sebab aku sendiri xtau.. lalalala... oh ya.. yg tulisan sendeng tu, pendapat aku ye.. hehe

=========================================================
Beberapa Perkara Tentang Lelaki

* Lelaki juga boleh menjadi seseorang yg begitu sensitif dan mengambil berat (prihatin) - ok la.. mmg ada la.

 
* Jika seseorang lelaki meminati wanita, wanita itu tak semestinya cantik. Cukup dgn budi bahasa dan kesopanan yg tinggi. Malah lelaki boleh menyukai wanita yg mempunyai banyak persamaan dengannya sama ada dari segi pemikiran atau minat. Oleh itu, banyak yg boleh dibualkan atau dikongsi bersama. - ye kot? tah. xtau

* Kebanyakan masa, lelaki sebenarnya tidak mengetahui perasaan sebenar yg dirasakan oleh seorang wanita. - duh.. tanya je la.. masalahnya korang xnak bertanya..

* Lelaki boleh menerima penolakan dgn baik. - ye ke?
 

* Lelaki cuba menonjolkan sikap kelakiannya utk menambat hati wanita... - be yourself sudah..

* Lelaki memang dilahirkan dgn perasaan yg kuat terhadap wanita..sebab itu mereka suka melihat wanita, menjeling wanita dan menonton Baywatch! Atau mencuci mata di tepi pantai atau swimming pool. - alasan.. padahal x semua laki gitu kan? saje je bagi alasan yg tah pape nk pertahankan diri.. duh..

* Kebanyakan lelaki resah bila berhadapan dgn situasi ingin mengajak wanita keluar kali pertama! - betulkah?


* Lelaki cuba meniru gaya selebriti atau berlagak macho hanya kerana ingin memikat hati wanita. - ok.. nampak gaya, xde sesapa pernah cuba nak memikat hati aku.. xpernah lagi jumpa lelaki yg berlagak macho

 
* Bila lelaki cakap.."Emm..tengoklah dulu"..itu seringkali bermaksud dia berkata tidak atau kurang setuju. - oohh.. ok.. baru tau.. sorry.. pasni xkan paksa lagi dah kalau dengar ayat tuh

* Bila lelaki cakap direct to the point dalam sesuatu hal, dia sebenarnya ingin bersikap jujur dan berterus-terang dan mengharapkan wanita memahami maksudnya. - ok, aku leh terima yg nih. tapi tolong la guna perkataan yg x menyakitkan hati.. boleh x?
 

* Kebanyakan lelaki yg nampak 'desperate', datang dari sekolah all boys! - no comment! aku ajar sekolah all girls

* Adalah biasa lelaki cemburu terutamanya apabila perempuan asyik menyebut nama lelaki lain. - oohh.. korang sebut boleh?? kitorang x leh pulak? dan korang kata pompuan kuat cemburu

* Lelaki tak boleh belajar kesemuanya pasal perempuan dari library atau buku semata2. Oleh itu mereka selalu keliru dengan sikap perempuan..dan tak faham kenapa perempuan bersikap begitu begini... Kadang2 lelaki perlu mengetahui lebih mendalam tentang bagaimana berhadapan dengan perempuan supaya hubungan dapat berjalan dgn lebih baik. - tu la.. lain kali tanya.. dan tolong peka.. payah la kalau semua benda kena cakap..

* Betapa hebatnya lelaki itu bersikap romeo dan 'flirting' dengan ramai wanita..dia tetap hanya ada seorang teman wanita yg istimewa... yang lain hanya kawan.. - sama la dengan pompuan.. kitorang pon saje je jamu mata.. xde niat lain pon..

* Bila lelaki tertengok dada wanita dan wanita itu menyedari... maafkan saja. Kebanyakan lelaki tak sengaja... .Mereka merasakan kejadian wanita itu begitu indah! - eww.. tah pape punya alasan.. yak! tengok muka dah la..

 
* Bila sesuatu hubungan putus di tengah jalan, lelaki juga rasa bersedih..cuma dia tak menunjukkannya kesedihannya di depan orang. - ye ke? ok la.. ada la yang begitu..

* Bila seorang perempuan meminati seorang lelaki, perempuan itu patut bagi hint! Mana tau lelaki itu juga menaruh minat. Senang usahanya nanti... - ok.. kenapa lak pompuan yg kena bagi hint dulu? kenapa bukan laki? kang nanti kalau gitau suka, tiba korang lak x suka, mana kitorang nak letak muka? tolong ingat ye, pompuan lagi pemalu dari laki

* Adalah memalukan bagi lelaki jika tak berupaya menolong wanita. - harus!!! korang kan lagi gagah dr pompuan!!

* Kebanyakan lelaki cukup lemah dgn air mata perempuan. Mereka lebih tewas sekiranya air mata itu mengalir dari perempuan yg dikasihi. Sebab itu dikatakan air mata senjata perempuan. - ok wanita2 sekalian.. kumpul air mata banyak2.. tapi jangan nangis masa pakai maskara.. huduh la kalau maskara tu cair!
 

* Lelaki bukanlah sempurna 100%, walau bagaimanapun rupanya atau pandangan luarannya. Jadi, perempuan janganlah mengharapkan semua yg hebat dari lelaki! Mereka juga normal dan mempunyai kelemahan! - sama gak dengan pompuan.. so, jangan la harap sgt yg pompuan ni paham korang ataupun pandai buat semua benda yg mak korang pandai..


==============================================


p/s: obvious sgt ke yg aku saje nak up trafik ke blog aku? hahaha...

Khamis, 17 Jun 2010

Build Your Legacy (Promot sebab terasa sangat berbaloi..)



' BUILD YOUR LEGACY '

- using CASIC formula by FAZRUL ISMAIL -
(TOTAL SUCCESS Training & Consultancy)
Tarikh: 19-20 JUN 2010
Tempat: DEWAN SEMINAR KOLEJ PENDETA ZAABA, UKM BANGI
Medium: BAHASA MELAYU
Harga Istimewa:
BAYARAN SEBELUM 15 JUN : Pelajar RM50 Pekerja RM80
BAYARAN SELEPAS 15 JUN : Pelajar RM70 Pekerja RM100

emel: zunnur7@gmail.com

sms: 013-9484200



==============================================


kepada semua yang berminat untuk mendalami kelebihan dan perkaitan al-fatihah dalam kehidupan, gi la kursus ni..

aku dah gi dulu.. mmg berbaloi!!

anda akan diajar tentang
1- terjemahan ayat dlm surah al fatihah..
2- 5 elemen dalam al-fatihah
3- macam mana nk apply 5 elemen al-fatihah dalam setiap aspek kehidupan..

kalau nk maklumat lanjut, sila klik SINI

kalau gi ramai2, maybe ada diskaun.. huhu.. kalau nk tanya direct kat penceramah pon boleh.. klik kat SINI ye.

p/s: aku suka ungkapan penceramah ni.. " saban hari kita terima pelbagai ujian dan cabaran.. sedikit demi sedikit diri kita decompose, sekali sekala kita kena ambil masa utk compose semula diri kita.. dengan kuliah keagamaan" (ok, aku ubah sikit statement dia.. aku ni cepat lupa orgnye)

p/p/s: kalau orang sanggup bayar beribu utk gi ESQ 165, nape x try gi BYL ni?

Award Blog Paling Comel

huhu.. seperti biasa, SU sangat teguh memberi tag dan award kat aku. tq su... tp beutiful blogger award tu ko dah bagi dulu.. huhu..

so, rasanya, baik aku jawab award yg ni la ye...

==============================================
jangan x tau.. award ni ada pasword.. pasword dia ialah sila lengkapkan pantun di bawah..

__________________,
__________________,
Memang aku rasa blog aku comel,
Kenapa korang jealous ke?
.
.
aku ni mmg ratu pantun ok.. kalau org leh main chess lama2, aku lak leh amik masa lama2 utk buat 1 pantun. hahaha!!!

so, ini pantun aku...

Budak kecil mcm2 peel,
Main sampai terhantuk kepala,
Memang aku rasa blog aku comel,
Kenapa korang jealous ke?

aku tau kat pembayang A kat maksud E.. lantak le.. yg penting, rima dia kena.. huhu

Sekali lagi, terima kasih su..

=======================================

ok, aku amik award aku skrg!



yeeha!!! andre! andre!

PadaMu ku bersujud - Afghan

aku terdengar lagu ni masa tengok iklan Janji Kekasih untuk slot Zehra kat TV3. terus aku taip OST Janji Kekasih.. dapat la lirik lagu ni..

tengok2, lirik dia sangat la bagus... penyanyi dia pon.. alahai.. mmg la aku suka.. aish...

=======================================

Tajuk: PadaMu ku bersujud
Artis: Afghan

Ku menatap dalam kelam
Tiada yang bisa ku lihat
Selain hanya nama-Mu ya Allah

Esok ataukah nanti
Ampuni semua salahku
Lindungi aku dari segala fitnah

c/o:
Kau tempatku meminta
Kau beriku bahagia
Jadikan aku selamanya
Hamba-Mu yang slalu bertakwa

Ampuniku ya Allah
Yang sering melupakan-Mu
Saat Kau limpahkan karunia-Mu
Dalam sunyi aku bersujud

Cara Syaitan Membuka Aurat Wanita

jujur, aku copy paste je artikel ni dari SINI.. yang menulisnya adalah en. fazlisyam. dia ada blog tentang tumbuh-tumbuhan.. menarik tu blog en. fazlisyam ni.. (siyes, nape lain mcm je ayat aku nih?)

ok.. pendekkan bebel.. sila baca ye.

==============================================

Syaitan dalam menggoda manusia memiliki berbagai cara strategi, dan yang sering dipakai adalah dengan memanfaatkan hawa nafsu, yang memang memiliki kecenderungan mengajak kepada keburukan (ammaratun bis su'). Syaitan seakan mengetahui kecenderungan nafsu kita, dia terus berusaha agar manusia keluar dari garis yang telah ditentukan Allah, termasuk melepaskan hijab atau pakaian muslimah.

Berikut adalah cara bertahap:

I. Menghilangkan Definisi Hijab
Dalam tahap ini syaitan membisikkan kepada para wanita, bahawa pakaian apapun termasuk hijab (penutup) itu tidak ada kaitannya dengan agama, ia hanya sekadar pakaian atau gaya hiasan bagi para wanita. Jadi tidak ada pakaian syar'i, pakaian, dengan apa pun bentuk dan namanya tetap pakaian.

Sehingga akibatnya, ketika zaman telah berubah, atau kebudayaan manusia telah berganti, maka tidak ada masalah pakaian ikut ganti juga. Demikian pula ketika seseorang berpindah dari suatu negeri ke negeri yang lain, maka harus menyesuaikan diri dengan pakaian penduduknya, apapun yang mereka pakai. Berbeza
halnya jika seorang wanita berkeyakinan, bahawa hijab adalah pakaian syar'i (identiti keislaman), dan memakainya adalah ibadah bukan sekadar gaya ( fesyen ). Biarpun hidup bila saja dan di mana saja, maka hijab syar'i tetap dipertahankan. .

Apabila seorang wanita masih bertahan dengan prinsip hijabnya, maka syaitan beralih dengan strategi yang lebih halus. Caranya?

Pertama, Membuka Bahagian Tangan
Telapak tangan mungkin sudah kebiasaannya terbuka, maka syaitan membisikkan kepada para wanita agar ada sedikit peningkatan model yakni membuka bahagian hasta (siku hingga telapak tangan). "Ah tidak ! apa-apa, kan masih pakai jilbab dan pakai baju panjang? Begitu bisikan syaitan. Dan benar si wanita akhirnya memakai pakaian model baru yang menampakkan tangannya, dan ternyata para lelaki melihatnya juga seperti biasa saja. Maka syaitan berbisik," Tu.. tidak apa-apa kan?

Kedua, Membuka Leher dan Dada
Setelah menampakkan tangan menjadi kebiasaan, maka datanglah syaitan untuk membisikkan perkara baru lagi. "Kini buka tangan sudah menjadi lumrah, maka perlu ada peningkatan model pakaian yang lebih maju lagi, yakni terbuka bahagian atas dada kamu." Tapi jangan sebut sebagai pakaian terbuka, hanya sekadar sedikit untuk mendapatkan hawa, agar tidak panas. Cubalah! Orang pasti tidak akan peduli, sebab hanya sebahagian kecil sahaja yang terbuka.

Maka dipakailah pakaian fesyen terbaru yang terbuka bahagian leher dan dadanya dari yang fesyen setengah lingkaran hingga yang fesyen bentuk huruf "V" yang tentu menjadikan lebih terlihat lagi bahagian sensitif lagi dari dadanya.

Ketiga, Berpakaian Tapi Telanjang
Syaitan berbisik lagi, "Pakaian mu hanya gitu-gitu saja, yak "cool" cari fesyen atau bahan lain yang lebih bagus! Tapi apa ya? Si wanita berfikir. "Banyak fesyen dan kain yang agak tipis, lalu bentuknya dibuat yang agak ketat biar lebih sedap/cantik dipandang," syaitan memberi idea baru.

Maka tergodalah si wanita, di carilah fesyen pakaian yang ketat dan kain yang tipis bahkan transparent. "Mungkin tak ada masalah, kan potongan pakaiannya masih panjang, hanya bahan dan fesyennya saja yang agak berbeza, biar nampak lebih feminin," begitu dia menokok-nambah. Walhasil pakaian tersebut akhirnya membudaya di kalangan wanita muslimah, makin hari makin bertambah ketat dan transparent, maka jadilah mereka wanita yang disebut oleh Nabi sebagai wanita
kasiyat 'ariyat (berpakaian tetapi telanja! ng).

Keempat, Agak di Buka Sedikit
Setelah para wanita muslimah mengenakan pakaian yang ketat, maka syaitan datang lagi. Dan sebagaimana biasanya dia menawarkan idea baru yang sepertinya "cool" dan "vogue", yakni dibisiki wanita itu, "Pakaian seperti ini membuat susah berjalan atau duduk, soalnya sempit, apa tak sebaiknya di belah hingga lutut atau mendekati paha?" Dengan itu kamu akan lebih selesa, lebih kelihatan lincah dan energik." Lalu dicubalah idea baru itu, dan memang benar dengan dibelah mulai dari bahagian bawah hingga lutut atau mendekati paha ternyata membuat lebih selesa dan leluasa, terutama ketika akan duduk atau naik kenderaan. "Yah.... tersingkap sedikit tak apa-apa lah, yang penting enjoy," katanya.

Inilah tahapan awal syaitan merosak kaum wanita, hingga tahap ini pakaian masih tetap utuh dan panjang, hanya fesyen, corak, potongan dan bahan saja yang dibuat berbeza dengan hi! jab syar'i yang sebenarnya. Maka kini mulailah syaitan pada tahap berikutnya.

II. Terbuka Sedikit Demi Sedikit
Kini syaitan melangkah lagi, dengan tipu daya lain yang lebih "power", tujuannya agar para wanita menampakkan bahagian aurat tubuhnya.

Pertama, Membuka Telapak Kaki dan Tumit
Syaitan Berbisik kepada para wanita, "Baju panjang benar-benar tidak selesa, kalau hanya dengan membelah sedikit bahagiannya masih kurang leluasa, lebih elok kalau dipotong sahaja hingga atas mata kaki." Ini baru agak longgar. "Oh...... ada yang yang terlupa, kalau kamu pakai baju sedemikian, maka jilbab yang besar tidak sepadan lagi, sekarang kamu cari jilbab yang kecil agar lebih serasi dan sepadan, ala....... orang tetap menamakannya dengan jilbab."

Maka para wanita yang terpengaruh dengan bisikan ini terburu-buru mencari fesyen ! pakaian yang dimaksudkan. Tak ketinggalan kasut tumit tinggi, yang kalau untuk berjalan, dapat menarik perhatian orang.

Kedua, Membuka Seperempat Hingga Separuh Betis
Terbuka telapak kaki telah biasa ia lakukan, dan ternyata orang yang melihat juga tidak begitu ambil peduli. Maka syaitan kembali berbisik, "Ternyata kebanyakan manusia menyukai apa yang kamu lakukan, buktinya mereka tidak ada reaksi apa-apa, kecuali hanya beberapa orang. Kalau langkah kakimu masih kurang leluasa, maka cubalah kamu cari fesyen lain yang lebih menarik, bukankah kini banyak skirt separuh betis dijual di pasaran? Tidak usah terlalu terdedah, hanya terlihat kira-kira sepuluh centimetre saja." Nanti kalau sudah biasa,
baru kamu cari fesyen baru yang terbuka hingga separuh betis."

Benar-benar bisikan syaitan dan hawa nafsu telah menjadi penasihat peribadinya, sehingga apa yang saja yang dibisikkan syaitan dalam jiwan! ya dia turutkan. Maka terbiasalah dia memakai pakaian yang terlihat separuh betisnya kemana saja dia pergi.

Ketiga, Terbuka Seluruh Betis
Kini di mata si wanita, zaman benar-benar telah berubah, syaitan telah berhasil membalikkan pandangan jernihnya. Terkadang si wanita berfikir, apakah ini tidak menyelisihi para wanita di masa Nabi dahulu. Namun bisikan syaitan dan hawa nafsu menyahut, "Ah jelas tidak, kan sekarang zaman sudah berubah, kalau zaman dulu para lelaki mengangkat pakaiannya hingga setengah betis, maka wanitanya harus menyelisihi dengan menjulurkannya hingga menutup telapak kaki, tapi kini lain, sekarang banyak lelaki yang menurunkan pakaiannya hingga bawah mata kaki, maka wanitanya harus menyelisihi mereka iaitu dengan mengangkatnya hingga setengah betis atau kalau perlu lebih ke atas lagi, sehingga nampak seluruh betisnya."

Tetapi? apakah itu tidak menja! di fitnah bagi kaum lelaki," bersungut. "Fitnah? Ah...... itu kan zaman dulu, di masa itu kaum lelaki tidak suka kalau wanita menampakkan auratnya, sehingga wanita-wanita mereka lebih banyak di rumah dan pakaian mereka sangat tertutup. Tapi sekarang sudah berbeza, kini kaum lelaki kalau melihat bahagian tubuh wanita yang terbuka, malah senang dan mengatakan ooh atau wow, bukankah ini bererti sudah tidak ada lagi fitnah, kerana sama- sama suka? Lihat saja fesyen pakaian di sana-sini, dari yang di pasar malam hingga yang berjenama di pusat membeli belah, semuanya memperagakan fesyen yang dirancang khusus untuk wanita maju di zaman ini. Kalau kamu tidak mengikutinya, akan menjadi wanita yang ketinggalan zaman."

Demikianlah, maka pakaian yang menampakkan seluruh betis akhirnya menjadi kebiasaan, apalagi ramai yang memakainya dan sedikit sekali orang yang mempersoalkannya. Kini tibalah saatnya syaitan melancarkan tahap terakhir dari tipu dayannya untuk melucuti hijab wanita.

III. Serba Mini
Setelah pakaian yang menampakkan betis menjadi pakaian sehari- harian dan dirasa biasa-biasa saja, maka datanglah bisikan syaitan yang lain. "Pakaian memerlukan variasi, jangan yang itu-itu saja, sekarang ini fesyen skirt mini, dan agar sepadan, rambut kepala harus terbuka, sehingga benar-benar kelihatan indah."

Maka akhirnya skirt mini yang menampakkan bahagian bawah paha dia pakai, bajunya pun bervariasi, ada yang terbuka hingga lengan tangan, terbuka bahagian dada sekaligus bahagian punggungnya dan berbagai fesyen lain yang serba pendek dan mini. Koleksi pakaiannya sangat beraneka ragam, ada pakaian untuk berpesta, bersosial, pakaian kerja, pakaian rasmi, pakaian malam, petang, musim panas, musim sejuk dan lain-lain, tak ketinggalan seluar pendek separuh paha pun dia miliki, fesyen dan warna rambut juga ikut bervariasi, semuanya telah dicuba. Begitulah sesuatu yang sepertinya mu! stahil untuk dilakukan, ternyata kalau sudah dihiasi oleh syaitan, maka segalanya menjadi serba mungkin dan diterima oleh manusia.

Hingga suatu ketika, muncul idea untuk mandi di kolam renang terbuka atau mandi di pantai, di mana semua wanitanya sama, hanya dua bahagian paling ketara saja yang tersisa untuk ditutupi, kemaluan dan buah dada. Mereka semua mengenakan pakaian yang sering disebut dengan "bikini". Kerana semuanya begitu, maka harus ikut begitu, dan na'udzubillah bisikan syaitan berhasil, tujuannya tercapai, "Menelanjangi Kaum Wanita."

Selanjutnya terserah kamu wahai wanita, kalian semua sama, telanjang di hadapan lelaki lain, di tempat umum. Aku berlepas diri kalau nanti kelak kalian sama-sama di neraka. Aku hanya menunjukkan jalan, engkau sendiri yang melakukan itu semua, maka tanggung sendiri semua dosamu" Syaitan tak ingin ambil risiko.

Penutup
Demikian halus,! cara yang digunakan syaitan, sehingga manusia terjerumus dalam dosa tanpa terasa. Maka hendaklah kita semua, terutama orang tua jika melihat gejala menyimpang pada anak-anak gadis dan para wanita kita sekecil apapun, segera secepatnya diambil tindakan. Jangan biarkan berlarut-larutan, kerana kalau dibiarkan dan telah menjadi kebiasaan, maka sakan menjadi sukar bagi kita untuk mengatasinya. Membiarkan mereka membuka aurat bererti merelakan mereka mendapatkan laknat Allah, kasihanilah mereka, selamatkan para wanita muslimah, jangan jerumuskan mereka ke dalam kebinasaan yang menyengsarakan, baik di dunia mahupun di akhirat.

Wallahu a'lam bisshawab.

Sumber idea dan buah fikiran: Kitab "At ta'ari asy syaithani", Adnan ath-Thursyah 

=============================================
p/s: namo lagi baju lengan 3/4.. huhu (baru beli aritu.. aish..) tapi.. hurm.. bab pakai stokin ni yg aku payah sikit.. (hai lah diri.. nape susah benar nak jadi baik?)

Rabu, 16 Jun 2010

meh la bagi link...

awal tahun aritu.. ada la sorang kwn ni suruh aku follow blog dia.. aku yg lurus ni pon tekan la butang follow kat blog dia..

dia: pasni, ko selalu la check blog aku. mana tau ada update yg ko leh pakai
aku: err.. camne aku nk check update ko
dia: kan ko dah jadi follower aku?
aku: jadi?
dia: ko gi la check kat dashboard ko.. tgk la senarai blog yg ko follow.. ko tgk la update..
aku: oo..

tapi, aku masih lagi x berapa selesa nak gi dashboard nak check update blog2 yg aku follow.. so, kepada mereka yg follow aku dan aku follow mereka, jgn la kecik hati aku jarang gi blog korang..

so, sesapa yg nak aku link ke blog korang, leh la letak link blog korang kat bahagian komen entry nih.. xyah follow aku pon xpe.. xnak link aku pon xpe.. sbb aku pon, tgk dulu, adakah blog korang sejiwa dgn aku.. kalau sejiwa.. mmg aku akan link la korang punya blog kat list tempat aku lepak tu..

so, letak la link korang ye (semua org. yg aku dah follow ke.. x follow ke..yg aku dah link, jgn gatal2 letak link. kalau nk tau aku dah link atau x, gi check kat tab kawan2 aku dengan tempat aku lepak)

xpe.. xyah follow aku.. xyah link aku.. aku mmg suka mencari blog yang sejiwa dgn aku.. huhu

aku enggan kehilangan kalian..

ingat x, aku pernah tanya:
1- anda sangat menyayangi seseorang itu hingga anda berharap, jika ajal yang memisahkan, biarlah..
a) anda yang pergi dahulu
b) dia yang pergi dahulu
kenapa?

x ingat? kalau x ingat, gi baca balik kat SINI

xde sape pon jawab soalan aku tuh.. hampeh tul la.. haha.. aku pun sebenarnya susah nak bagi jawapan.. hingga lah malam tadi.. aku rasa, aku dah dapat jawapan yg solid.. aish..

jawapan aku ialah..
a) biar aku yg gi dulu

dulu, aku rasa aku kuat.. dan aku rasa aku sgt x selfish.. hinggakan aku tergamak kata, biar dia yg gi dulu.. biar aku yg tanggung penderitaan merindui dia.

tah mcm mana tah, malam tadi, sebelum tido, aku terbayang muka ayah atuk dan mak atuk di kampung (aku baru pulang dari kampung, ingat?).

aku terbayangkan ayah atuk aku yang makin kurus, yg makin kurang pendengaran dia, yg tgh berkira2 utk menempah gigi palsu sbb sekarang dia terpaksa mengunyah dengan gusi, yg sangat suka makan benda2 manis (cth: kek coklat) dan yg 3x masuk ke raudhah masa umrah baru2 ni berdoa utk anak cucu dia..

teringat plak kat kat mak atuk yang pakai inai dengan aku. yang tgh dok merancang warna langsir dan sarung kusyen untuk raya tahun ni.. yang mesti teringin nak makan sate tiap kali kami balik kampung..

terbayang pula kat ayah aku yg garang. yg boleh dikatakan selalu x approve apa2 je yg anak dia buat. ajak makan luar pon xnak (tp kecik hati bila tau kitorang selalu makan kat luar x ajak dia) ayah yg membolehkan kami makan udang goreng yg besar (kami jarang makan udang besar-ayah x bagi. dia gatal) sebab udang yg patut jadi umpan dia mancing x abis..

terbayang kat mak.. mak yg teman aku tido saban malam kat hospital masa aku baru lepas operation apendiks pecah dulu.. mak tido kat kerusi je.. sbb xtahu yg kami boleh minta katil utk dia.. mak yg saban pagi bangun pukul 4.30 pagi untuk masak sarapan untuk aku dgn ika.. yg kejut aku pukul 5.30 utk rasa masakan dia cukup rasa ke x.. mak yg teringin sangat nak makan rambutan.. dah 2 minggu dah ni.. hurmm..

ye! keputusan aku muktamad.. aku xnak kehilangan mereka.. kalau dikira dari segi umur, mungkin mereka yg pergi dulu.. tp tah la.. aku x rasa aku sanggup kehilangan dorang.. bila difikir2 balik, alhamdulillah, aku belum pernah kehilangan org yg rapat dengan aku. sama ada saudara yg rapat, kawan yg rapat. sape2 je la yg rapat. aku x pernah lagi kehilangan mereka.

mungkin, sbb tu, buat masa ni, aku pilih A sebagai jawapan aku.. dan aku xnak pikir kemungkinan B yg berlaku..

mak, ayah, mak atuk, ayah atuk, angah, oden, ika, kawan2 sekalian.. aku sayang korang semua.. maaf la kalau aku selalu sakitkan hati korang. tp siyes, aku hargai kehadiran korang dalam hidup aku.

Selasa, 15 Jun 2010

Susahnya Nak Buat Dosa, Senangnya nak Buat Pahala..

kemas2 email.. tiba.. aik?? menarik nih.. apa lagi.. forward kat blog le...

Kalau nak ke disko bukan murah.
Kurang-kurang kena bayar RM25 cover charge.
Konon dapat free first drink.
Tapi yang dibagi air yang harga kat 7-Eleven cuma RM1 je...

Senangnya Nak Buat Pahala...
Kalau gi masjid tu, free je.
Dah le takde cover charge,
minum free bukan first drink je.
Berkoyan-koyan pun boley.
Silap-silap dapat makan free lagi...

Susahnya Nak Buat Dosa...
Kalau nak berzina tu, bukannya semudah ABC.
Susah. Nak sewa hotel (duit tu)...
Nak belanja awek tu makan (duit lagi)...
Silap-silap kena tangkap basah.
Ha... Boleh masuk paper free.
Kalau majikan tau, boleh kena buang keje. Laaagi haru...

Senangnya Nak Buat Pahala...
Kalau nak pose sunat tu, anytime, anywhere.
Bangun pagi takde breakfast, terus niat pose.
Dapat dah pahala.
Bukan setakat dapat pahala, siap dapat jimat duit lagi.
Pose tu kan boleh kekang nafsu.
Cume tak masuk paper je.
Tapi insyaAllah masuk syurga.
Laaagi best!

Susahnya Nak Buat Dosa...
Mengumpat tu best kan?
Tu lah hobi hampir semua manusia hari ni.
Tapi, ngumpat punye sedap, keje tak jalan.
Yang keje tu, bos tengok, abis kena haruk.
Yang suri rumah sepenuh masa lak, suami balik tengok sume tak siap, tarik muka.
Gi makan kat kedai Timah Janda, jeles lak tuh.
Timah Janda lak kena umpat...

Senangnya Nak Buat Pahala...
Berzikir mengingati Allah tu cukup mulia.
Allah akan mengingati hambaNya yang mengingati Dia.
Orang pun tak marah. Makin saspek ade. Eh! Respek la...
Suami balik tengok keje sume siap, isteri lak terkumat-kamit berzikir.
Manis je muka.
Nak keluar rumah pun takut rugi.
Beban keje pun kurang terasa...

Susahnya Nak Buat Dosa...
Bagi orang tamak, kumpul harta memang takkan cukup sampai bila-bila.
Kejor le harta dunia ni. Makin jauh dia lari.
Sampaikan ibadah pun terabai, dunia tak gak dapat².

Senangnya Nak Buat Pahala...
Jadik zuhud tu bukan je mulia, malah cukup memudahkan.
Takyah nak sibuk² tamak haloba.
Jiran beli TV baru, sofa baru, langsir baru, lantak ko la.
Sebab dia dapat hutang baru,
kita lak dapat iman yang sentiasa diperbaharukan.
Mane lagih best?

Susahnya Nak Buat Dosa...
Orang kate "Nak hidup terpaksa la menipu".
Ha'ah! Hidup la ko kat neraka. Hehe...
Penipu ni bukan setakat Tuhan benci, manusia pun lebih-lebih lagi.
Kalau tipu duit lagi parah.
Hidup sentiasa dalam ketakutan.
Silap² kantoi, kena ganti.
Tak pun... Saman court dalam... (ikut gaya Aziz Satar dalam Bujang Lapok)

Senangnya Nak Buat Pahala...
Orang jujur ni bukan sahaja dikasihi manusia & malaikat, malah Allah akan sentiasa memberkati hidupnya.
Mungkin dia jadik mangsa pembelit² kat dunia ni, tapi dia takkan jadik mangsa belitan ular kat neraka.
Hidup pun aman, bukan dalam ketakutan.
Bahagia je...

p/s: huhu.. kenapa benda yang patut susah tu, senang je aku buat? hai la diri..

cinta monyet - drama tv3 dolu2...

sampai je dari kampung haritu, aku terus online.. sakan.. kul 12 sampai, terus on komputer.. dasat sungguh ketagihan ini..

bila aku nak off, aku tengok TV masih on. aku terus la tekan butang off. tiba suara mak memecah keheningan malam.. "sape suruh tutup? mak tgh tengok!"

citer apa la agaknya yang buat mata mak celik pukul 1 lebih tu? aku pun tengok la sekejap..

aiyoo!!! citer Cinta Monyet.. lakonan kumpulan Nico dengan Linda Rafar.. hero dia, Dino.. aiyoo!! so kiut la dia!! (oh, aku rasa dia sudah mempunyai anak yg ramai sekarang.. haha)

terus aku melekat.. aku mmg suka tengok cerita ni dari dulu lagi.. cuma, aku menyesal x tengok dari awal.. cerita itu sgt sweet ok.. dgn linda rafar x pakai mekap nye.. dengan dino yang sangat comelnya (dah baper kali aku ulang statement tu?)

korang mesti terpikir, apa la yg makcik ni bebel? haha.. saje.. teringat sesuatu dr zaman dulu.. mana satu Dino? tgk gambar kat bawah ni ye!
dari kiri: DINO, Affa dan Nico. kiut giler Dino tu kan? kiut kan? kan?

p/s: x lama lepas tu, Nico lak jadi hero dalam drama yg diadaptasi dr novel Aznil 'Yo! It's Me!' . kecewa tul aku Nico yg jadi hero.. aku masih harap Dino yg jadi hero.. aish...

Isnin, 14 Jun 2010

Pergilah Ayu (OST shah jihan)

hurmm.. lagu ni merupakan OST untuk drama shah jihan dalam slot akasia tv3.. tiap2 hari kul 6.30 petang.. ganti citer Adamaya kot kalau x silap.

aku xtgk sgt pon cerita ni.. tp tiba tadi, aku terdengar, aku suka lak 1 part dari lagu ni.. tp macam tah pape la plak kalau amik part tu je.. so, aku amik la 1 lagu ni.. in case kalau korang nk nyanyi masa tgk drama tu ptg2 ke.. ok gak la..

part mana yg aku suka? part doa tu.. yg aku tanda **.. sila la tgk nanti ye..

Tajuk: Pergilah Ayu
Artis: Fabulous Cat

(L)
Kosong hidupku tanpa mu
Cerminku membayang bayanganmu
Pameran kasihku layu
Tiada dirimu tiada untukku

(P)
Tinggalkanku dalam anganku
Sakitku mencintaimu
Deritaku merinduimu
Lemah hati menginginkanmu

(L)
Kau hilang terus kau menyepi
Tewasku bila ku ketahui
Berita kau sudah berpunya
Hancur hatiku
Berkeping-keping jadinya

(P)
Hilangku bukan kerana cinta
Hilangku bukan untuk menyeksa
Bagiku semua tiada berharga
Biarku telan semua derita

(P)
Pergilah kau pergi dariku
Biar kujalani hidup tanpamu
Tiada cinta dan kasihmu
Meski hati merelai

rap:
Mati hariku di kotak sepi
Di situ kau mula mahu mengenalinya
Langkahku songsang telahku sedari
Semula ku hias kau jauh dah pergi

Putus komunikasi kau elakkan diri
Ku mencari jalan kembali kau mahu terus pergi
Ku ingatkan kau memori kau tutupkan telinga
Nyata tiada kita nyata tiada jalan penyambungnya

**
Ya Allah maha pemurah dan maha pencipta
Terima kasih atas pertemuan antara aku dan dia
Jika nyata bukan dia pemilik tulang rusukku
Kikiskanlah pesonanya dari kedua mata
Dengan segala kelebihan dan kekurangan yang ada
Bahagiakanlah mereka berdua ku doakannya
PadaMu ku pohon sucikanlah hatiku
Sehingga dapat melaksana kehendak dan rencanaMu
Amin

Chorus (L)
Pergilah pergilah ayu
Jangan kau hiraukan tentang diriku
Pergi kau pergi kau ayu
Ku anggapkan ini satu tragedi

Kau hapuskan semua yang kita bina
Kau hancurkan harapku
Untuk hidup bahagia
bersamamu

(P)
Berkali kau bersumpah untuk berubah
Tapi janji kosongmu
Tak sudah sudah
Entah sampai bila
Kau lepaskan saja aku

Ulang Chorus

(P)
Pergilah kau pergi dariku
Biarkan ku jalani hidup tanpamu
Tiada cinta dan kasihmu
Meski hati merelai

Khamis, 10 Jun 2010

Panduan Hidup 2010

entry ni aku pau direct dari Wai.. huhu.. aku suka entry ni dan aku nk share dengan korang. tapi kalau korang nak baca kat blog dia pon boleh.. kalau ni gi blog dia, klik sini k

===============================================

Here's the real handbook you will need to bring along everywhere you go.....

HANDBOOK – 2010

Health:
1. Drink plenty of water.
2. Eat breakfast like a king, lunch like a prince and dinner like a beggar.
3. Eat more foods that grow on trees and plants and eat less food that is manufactured in plants.
4. Live with the 3 E's -- Energy, Enthusiasm, and Empathy.
5. Make time for prayer.
6. Play more games.
7. Read more books than you did in 2009.
8. Sit in silence for at least 10 minutes each day.
9 Sleep for 7 hours.
10. Take a 10-30 minutes walk every day. And while you walk, smile.

Personality:
11. Don't compare your life to others'. You have no idea what their journey is all about.
12. Don't have negative thoughts or things you cannot control. Instead invest your energy in the positive present moment.
13. Don't over do. Keep your limits.
14. Don't take yourself so seriously. No one else does.
15. Don't waste your precious energy on gossip.
16. Dream more while you are awake.
17. Envy is a waste of time. You already have all you need.
18. Forget issues of the past. Don't remind your partner with his/her mistakes of the past. That will ruin your present happiness.
19. Life is too short to waste time hating anyone. Don't hate others.
20. Make peace with your past so it won't spoil the present.
21. No one is in charge of your happiness except you.
22. Realize that life is a school and you are here to learn. Problems are simply part of the curriculum that appear and fade away like algebra class but the lessons you learn will last a lifetime.
23. Smile and laugh more.
24. You don't have to win every argument. Agree to disagree.

Society:
25. Call your family often.
26. Each day give something good to others.
27. Forgive everyone for everything.
28. Spend time with people over the age of 70 &under the age of 6.
29. Try to make at least three people smile each day.
30. What other people think of you is none of your business.
31. Your job won't take care of you when you are sick. Your family and friends will. Stay in touch.

Life:
32. Do the right thing!
33. Always speak the truth even if it leads to your death.
34. GOD heals everything.
35. However good or bad a situation is, it will change.
36. No matter how you feel, get up, dress up and show up..
37. The best is yet to come.
38. When you awake alive in the morning, thank GOD for it.
39. Your Inner most is always happy. So, be happy.
Last but not the least:
40. Please Forward this to everyone you care about.

atas permintaan seseorang.. dah tukar baju dah

Atas permintaan seorang dan sokongan beberapa orang (kalau cakap semua, mcm ramai sangat. tapi hakikatnya mmg semua la - yang membaca blog aku), aku dah salin baju blog ni..

tapi, aku kena korbankan aku punya tab menu yang link ke blog/page yg lain.. dan innit aku. mana dia pergi ek? xpe la.. insyaAllah boleh buat kot. tapi nanti la.

so, apa komen 'baju' baru aku ni? ok ke? ke patut tukar apa2 lagi? ke.. patut balik ke asal? ke..? ke..? bagitau je la pe korang rasa.. kalau aku mampu, aku ubah le.. kalau x, aku buat toya je..

selamat memberi sokongan!!

terima kasih!!

Rabu, 9 Jun 2010

nota cinta coffe-mate

huhu.. (asik start gini jek? ahh.. lantak la).. aku baru lepas (masih lagi actually) menonton drama pendek nota cinta yang coffemate buat.. skrg ni dah ada 2 episod.. kalau minat gi la tengok episod 1 dan episod 2 ni..

cerita episod 1 sangat sweet.. episod 2 sangat syahdu.. oh, episod lain aku x pasti lak cane..  berapa episod cerita ni pon aku x pasti. tapi agak menarik la gak.. aku sendiri x sabar2 nak tgk drama ni sampai habis.. lalala

heroin dia sangat comel ok.. suara pon comel.. aku try gak cari sape nama heroin tu, tapi x jumpa la plak. hero dia.. hurmm.. so-so la.. (maafkan aku kalau dia adalah artis terkenal dan anda minat dia.. aku xtau)

kalau ikutkan ada pertandingan untuk drama pendek ni. tapi aku mcm malas la nak masuk sbb aku tau aku xkan menang (sangat negative thinking ye? haha). kalau korang nak masuk pertandingan tu, gi la kat sini eh?

pape pon, enjoy cerita ni ye.. aku mmg suka citer2 pendek gini

p/s: aku dah try insert gambar sebab comel tapi disebabkan background aku hitam, x cantik lak jadinya..

cerita setahun lewat

hari isnin dan selasa, aku suruh budak2 datang sekolah. untuk buat ulangan amali yang dorang x kompeten. ye la.. dah kena daftar SPM katakan.. mesti la setelkan semua.. naik sekolah nanti, masa dah suntuk sgt dah..

Pina (anak murid aku) dari hari Isnin dok kata, " saya ada benda nak gitau cikgu.. tapi nanti la". aku buat x tau je la.. ye la.. dah org xnak gitau, xkan nak paksa kan?

keesokan harinya (semalam = selasa) Fana menempel kat meja aku bersama Pina.. so, berlangsung la dialog di bawah:
Fana: haish cikgu.. Pina ni tah apa2.. cikgu ada peminat tau cikgu. hensem lak tu. kalau jadi, dah kawin dah cikgu.. ni salah budak ni la ni.. harap je dah form 5 tapi x besar2 lagi
Pina: ye la.. aku mana tau..
Fana: ko mmg slow..
Aku: apa benda yang korang dok bebel2 ni?
Pina: xde cikgu.. ustaz saya, dia minat kat cikgu.. tahun lepas dia tgk muka cikgu dalam majalah.. dia tanya cikgu dah kawin ke belum, saya cakap la belum.. dia tanya lagi umur berapa? saya cakap la cikgu 26.. cikgu 26 kan thn lepas?
Aku: saya 28 la thn ni..
Pina: oo.. dia sebaya la dgn cikgu kalau gitu.. pastu dia tanya, ada no telefon cikgu x? saya jawab la x.. betul la cikgu.. saya xde no cikgu masa tu.
Fana: ko la slow! nape ko x mintak je nombor cikgu pastu bagi kat dia?
Aku: la.. xpe la.. x kisah pon..
Pina: tapi cikgu, ustaz saya hensem.. tp tu la.. dia dah kawin dah minggu lepas..
Aku: haha.. buat apa citer lagi dah.. konfem2 dah kawin.. lain kali, citer la masa dia bertunang ke.. lalala..
Fana: ni semua salah ko. kalau x, cikgu dah kawin dah..

haha... ok.. aku sangat kembang semangkuk kerana diminati oleh seorang ustaz.. kalau la ustaz tu tau betapa ganasnya aku.. haha..

tapi tu la.. kalau aku dapat ustaz tu pon best gak. dapat la aku menjadi lebih baik dr skrg kot?? tah la.. harap2..

p/s: sebenarnya aku rasa si Pina tu x suka aku masa tu (tahun lepas) sebab aku garang sangat. tu yg dia x berusaha untuk ejas tu.. tahun ni baru dia berani dengan aku.. huhu..
p/p/s: haha.. tq la bebudak sekalian sbb risau cikgu korang ni x kawin lagi.. haha.. rilek.. ada la tu..
p/p/p/s: kalau korang ada kenal mana2 ustaz yg baik, hensem, dan bujang, tolong gitau aku cepat2 k? jgn tunggu sampai setahun
p/p/p/p/s: ye la.. ye la.. aku x garang2 dah lain kali...

Ahad, 6 Jun 2010

update di kala xde idea

akhirnya, cuti sekolah tiba jugak!! yeay! boleh la rehat lupakan segala kerja2 sekolah (walaupon hakikatnya esok aku kena gi sekolah buat amali dengan budak dan aku tgh kerisauan sebab aku terlupa nak beli coklat putih. aku juga risau coklat yang aku beli x cukup. adeh!)

hurmm... siyes aku perlukan cuti ni.. aku rasa sesak napas sangat kat sekolah 2-3 hari ni.. tah la xtau pe punca. kerja yg xpernah aku siapkan? hutang kerja yg berlambak? masalah sosial remaja2 bilik guru? tah, aku sendiri x pasti.

aku dah janji nak update blog dlm masa cuti ni tapi aku fail berbuat demikian 2 hari lepas.. sibuk? xde la. nama pon cuti kan. siyes.. aku hanya duduk dan tido dan menonton tv dan online (sambil menunggu putera idaman aku muncul. agak2nya, dari mana putera idaman aku leh muncul ek?)

banyak sebenarnya yang nak aku bebelkan kat blog ni... tentang perkara yang buat aku sesak.. tentang apa yg aku x puas hati.. tentang org yg aku nk tegur.. tapi payah sikit.. kenapa? aku takut org yg aku tegur itu terasa dan akhirnya bermusuh dgn aku. (ok, aku mmg pengecut! aku akui tu) tah la.. aku kena belajar lagi kot ilmu menegur org.. tapi siyes.. banyak tul benda yang aku nak komplenkan.. dan lepas tu aku harap ada la org yg akan sokong poin aku.. kalau x nak sokong dok diam2.. aku hanya nak org yg menyokong (tapi x tulis pon lagi apa benda nya kan?)

arghh!!! apa benda yg aku bebelkan ni? tah. aku mmg camni. bila dah byk sgt pikir, mula la x dapat susun maklumat dgn baik dlm otak.. selalu nak kena defrag baru ok kot?ok.. aku akan defrag lepas amali 2 hari ni..

11.45 malam.. hari ni 6/6/10.. sheila.. selamat menjadi 28 tahun!!! hahaha... oh.. bila difikirkan, dah 1 thn daripada tarikh aku gi china thn lepas.. tapi akumasih lagi x habiskan laporan lawatan aku tu.. baru cerita hari ke3.. ok, aku ada benda nk ditulis dalam entry aku dtg..

nape typo je ni? huhu.. sori la. paham2 kan je la ye? dah lama x menaip.

Khamis, 3 Jun 2010

Goodbye


Tajuk:   Goodbye
Artis: Air Supply

I can see the pain living in your eyes
And I know how hard you try
You deserve to have much more
I can feel your heart and I simpathize
And I'll never criticize
All you've ever meant to my life

I don't want to let you down
I don't want to lead you on
i don't want to hold you back
From where you might belong

You would never ask me why
My heart is so disguised
I just can't live a lie anymore
I would rather hurt myself
Than to ever make you cry
There's nothing left to say but goodbye

You deserve the chance at the kind of love
I'm not sure i'm worthy of
Losing you is painful to me

I don't want to let you down
I don't want to lead you on
i don't want to hold you back
From where you might belong

You would never ask me why
My heart is so disguised
I just can't live a lie anymore
I would rather hurt myself
Than to ever make you cry
There's nothing left to say but goodbye

You would never ask me why
My heart is so disguised
I just can't live a lie anymore
I would rather hurt myself
Than to ever make you cry
There's nothing left to try
Though it's gonna hurt us both
There's no other way than to say goodbye

p/s: hurm.. xde kena ngena dgn aku.. cuma aku mmg  suka lagu ni