KLIK LAJU-LAJU!

MARI BLOGWALKING DENGAN APESAL.COM

Yang Baik Hati =)

Cari cerita lama

Aku terkini

sebelum komen, baca dulu komen orang lain boleh? Bosan la nak balas komen yang sama.. sebab jawapan aku mesti sama punya. tak pasal2 aku jadi astro karang ulang tayang beberapa kali

* jangan orang astro sentap pulak dengan aku, suda

Jumaat, 30 April 2010

tolong halalkan segala yang aku terambil/termakan ye? plz????

huhu... tadi terbaca cerita ni kat blog en. norfadli.. huhu.. sangat takut.. rasa, macam ramai sgt org yg aku perlu minta halalkan.. klik kat sini kalau nak baca artikel yg sama tapi di blog yang berbeza.. =)

====================================================

Jika betul aper email yang aku dapat maka betul la ia..jika salah maafkan diri yang serba kekurangan...kerana terdapat iktibar disebalik kisah ini.....walaupun jika tidak benar...Allah s.w.t Maha Mengetahui...

Ada satu ceramah...disampaikan oleh Ustaz Ahmad Ismail daripada Singapura...
Di riwayatkan begini.....

Semasa Nabi Isa berjalan di satu kawasan perkuburan, ia terdengar suara dari dalam satu kubur suara lelaki yang menjerit-jerit meminta tolong dan dalam kesakitan yang amat sangat... Nabi Isa ingin mengetahui apakah yang telah terjadi kepadanya Sebagaimana yang kita tahu nabi Allah Isa mempunyai mukjizat boleh menghidupkan orang yang sudah mati. Maka nabi Allah Isa pun memohon doa kepada Allah SWT sambil menadahkan tangannya ke langit supaya menghidupkan lelaki tersebut.

Doanya dimakbul oleh Allah SWT, maka terbelah kubur itu dan keluarlah seorang lelaki yang sedang terbakar menjerit-jerit meminta tolong. Melihat akan keadaan lelaki tersebut, maka ditanya oleh nabi Isa kepada lelaki itu apakah kamu tidak sembahyang sehingga kamu diseksa sebegini. lelaki itu menjawab.. bahawa ia tidak meninggalkan sembahyang. ditanya lagi oleh nabi Isa adakah kamu tidak berpuasa.. lelaki itu menjawab... saya berpuasa dan lelaki itu pun berkata sesungguhnya ia taat akan perintah Allah SWT.... maka ditanya oleh nabi Isa lagi apakah yang kamu lakukan sehingga kamu diseksa sebegitu rupa? Maka berceritalah lelaki itu... Saya bekerja sebagai penjual kayu api dan saya akan mencari kayu api di hutan dan menjualkannya kepada sesiapa yang hendak membelinya.

Maka pada suatu hari datanglah seorang pembeli menemuinya utk membeli kayu api lalu diberinya wang dan disuruhnya hantar ke rumahnya . Maka pergilah saya mencari kayu dihutan dan apabila sudah dapat seberkas kayu di ikatnya elok-elok dan pergi lah saya hendak menghantar ke rumah si pembeli itu..

Dipertengahan jalan, saya merasa lapar dan teruslah saya berhenti untuk makan.... selepas itu saya pun meneruskan perjalanan ke rumah pembeli kayu itu. Sedang saya berjalan, saya terasa ada sisa makanan yang terselit dicelah gigi saya. maka dicuba berbagai cara mengeluarkannya dgn lidah tetapi tak berjaya.... kemudian dicubanya dengan menggunakan kukunya...tetapi tak berjaya juga. Akhirnya saya pun dengan menggunakan kuku saya mencungkil kayu api yang dipikul itu utk dibuat mencungkil gigi.

Maka akhirnya dapatlah mengeluarkannya. Maka saya teruskan perjalanan dan setelah sampai ke rumah si pembeli itu, saya pun menyerahkan kayu api itu dan terus pulang. Oleh kerana saya tidak meminta halal akan kayu yang saya cungkil dengan kuku saya tu, maka saya diseksa selama 70 tahun sebagaimana yang tuan lihat. Saya menyangka Allah tidak melihat akan perkara yang sekecil ini.... astaghfirullah al azim...



elok lah kita ambil ikhtibar akan riwayat ini...

Adakah kita pernah mengambil barang-barang drpd office samada drpd sekecil-kecilnya seperti paper clip, eraser dan sebagainya dan dibawa balik ke rumah untuk digunakan sendiri ataupun diberikan kepada anak-anak kita ???
Dan juga barang-barang orang lain yang kita pinjam tetapi tidak dikembalikan? Sekecil-kecil barang seperti tupperware, kaset dan sebagainya.. ..?

Sesungguhnya takutlah kita akan azab Allah kerana mati itu adalah benar...
Azab neraka itu adalah benar...
Dan syurga itu adalah benar...

so ingatla sekecil-kecil dosa yang kita lakukan akan dibalas hanya dengan izin-Nya kita akan terlepas dari di azab....sekian

Khamis, 29 April 2010

e=mc2? eh, silap... p=g/cm3


walaupun aku agak bz 2-3 menjak ni, aku xpaham, apa yg buat aku bz sebenar2nya? adakah aku sekadar berpura2? ataupun ini lah akibat kerja yg asik pending? adakah aku sudah berjaya menyiapkan tugasan yg sepatutnya sudah selesai? sempatkah aku menyiapkan tugas2 berkaitan dgn program besar aku sebelum tiba harinya? uhuh.. sungguh banyak perkara bermain kat otak aku nih.

tapi, kesibukan ni sedikit sebanyak membantu aku melupakan apa yg tgh serabut dlm kepala otak aku.. ye.. keserabutan ditenggelamkan oleh keserabutan yg lebih hebat.

tp.. bila nama dia naik balik dalam fon (dia sms aku), hurmm.. x la serabut sgt tapi.. tetap terkesan jugak la..hurmm...

adakah keserabutan peribadi aku kurang tumpat berbanding keserabutan kerja?

Rabu, 28 April 2010

Nokhtah Cinta

lagu ni mewakili apa yg aku rasa sekarang.. nak tujukan lagu ni pada org yg xkan menerimanya.. huhuh.. ah! perasaan ini amat indah!

Tajuk: Nokhtah Cinta

Penyanyi: Hafiz AF7

Ternyata semua bicaraku
Tersimpan di dalam hatiku
Ternyata semua soalanku
Tak pernah kau fikir di fikiran

Ternyata kau masih
Mencari kepastian dalam cinta
Dan disini masih
Menanti jawapannya

Korus
Tuhan tolong nyatakanlah
Padanya tentang cinta
Adakah masih diriku di perlukan

Tuhan tunjukkan padanya
Tentang apa yang ku fikirkan
Adakah cinta ini
Perlu untuk dirinya

Berbicara tentang cinta kita
Masih tiada noktah penghujungnya
Berbicara tentang perasaan
Simpan saja semua itu

Mengapa kau masih
Mencari kepastian dalam cinta
Dan disini masih
Menanti jawapannya

Ahad, 25 April 2010

blogger boy abis dah..


aku suka tengok cerita blogger boy. boleh katakan, aku x pernah miss citer ni kecuali terpaksa.. siap tangguh acara gi shopping barang dapur dengan mak sebab nak tengok cerita ni. oh, aku tengok yg ulangan je. aku malas nak rebut tv malam2 dengan ayah. lagipun, berbaloi sikit tgk 1 jam. ye x?

aku minat cerita tu sebab aku mmg minat si qi (khusyairi kan?) tu.. dah la watak dia mmg perghh.. kalau la aku leh jadi cikgu begitu ye? pastu, aku mmg minat cheryl samad.. ok, julie voon memang cantik. tapi aku minat cheryl gak. nak buat cane? aku memang minat org keding2 nih.

n aku gembira, bila episod terakhir arini, budi pilih maya. aku lak yg terlebih excited. ye.. aku mmg jiwang orgnye.. mmg xdapat diselamatkan.. huhu.. tapi aku ada 1 soalan bodo tentang cerita ni..

memang trend sekarang ke, laki n pompuan menyewa bilik berbeza dalam rumah yg sama?

p/s: aku suka sgt dulu cerita getting together. yg aku ingat, pelakonnya ako mustafa dan elaine daly. tv3 xnak tayang balik ke?

tq kepada semua =) =)

birthday aku adalah pada 21/4 yg lalu.. ye.. terang2 aku letak kat kat nick aku yg aku pakai merata2.. jadi aku amat malas nak jawab bila seseorang yg aku anggap rapat tanya, "bila birthday awak?" duh.. aku pompuan ok.. kalau ada nombor kat nick tu, biasanya mesti birthday.. xkan la plak no plet kereta?

aku terima ucapan selamat hari jadi, seawal pukul 5.32 ptg hari selasa (20/4) org tu takut dia miss birthday aku kah? xtau.. pape pon, terima kasih, kepadanya. ucapan kedua dari yin kun dalam fb.. yg ketiga, dr cik oryza dalam ym.. ye, kesemuanya pada 20/4.. psstt.. cik oryza berangan nak jadi org pertama.. tapi dapat jadi org ketiga je.. hehehe

so, masa birthday aku, aku mmg ada kelas dengan 5 MPV. macam biasa, mula2 aku marah dorang sakan.. lepas tu buat amali lolipop..

lepas amali lolipop, aku nk budak2 ni check kertas jawapan diagnostik masing2. mana tau, aku kena tambah markah ke.. apa ke.. tp dorang leh buat perangai sengal gerak slow2.. main2.. aku dah kata jgn lepak kat tepi bengkel, lepak gak.. paling best, siap leh main tutup lampu.. xpe.. aku sabor.. budak2 aku mmg sengal.. xpe..

sampai la kak mas berbunyi.. "cik rumaizah... tengok anak murid cik rumaizah ini..." adoi!!! apa la plak ni?? aku pun bangun..

yeah!!! kek hari jadi untuk aku!!! sekali lagi! tahun lepas diorang dah celebrate birthday aku. tahun ni mereka celebrate lagi!! waa.. tq.. tq..

xnak panjang2.. sebab banyak gambar.. tgk gmbr sudah...


ye.. aku xtau nk buat reaksi apa.. aku terkejut.. siyes terkejut.. sila tgk lilin itu.. aku berumur 20 tahun, tahun ini ye!


aku share birthday tahun ni dengan thurga.. masa tgh buat amali, dia hadiahkan aku 1 gula2 dan kata, " hari ini birthday saya cikgu!"
tahun lepas ada fadhilah jugak yg sama birthday dengan aku..


inilah kek nye.. comel kan?



dorang suruh aku ambil lilin yang dipacak dalam kek dengan gigi. masa aku tgh nk amik lilin tuh, wai ling tekan lak kepala aku kat kek. ah!! xleh jadi nih! habih hidung aku!


aku cepat2 kejar wai ling dan lap hidung dan mulut serta tudung aku yg comot kat lab coat dia.. hahaha!! nk buli aku!


hadiah birthday dari cheah shin..


huhu... tq to:
1- 5 mpv..
2-2 darling aku.. 1 menyanyi dalam fon, 1 sms lagu happy birthday
3-semua kawan yg wish. tahun ni la paling ramai org wish aku..
4- fb sebab menyiarkan tarikh lahir aku..
5- kepada late wisher.. korang wish gak walau terlewat

tq... =)

p/s: to all guys blogger, ini baru la entry gadis2, ok?

bila ayam bercakap bahasa itik dan angsa yang menjadi hakimnya

aku duty minggu ni (19/4-24/4) huhu.. sangat mencabar ok.. dah la aku volunteer kat yana nk tulis 2 laporan bahasa inggeris sebab aku nak minta tolong dia buka pintu bilik guru. aku x mungkin sampai awal ke sekolah.

it end up, aku bukan sahaja tulis 2 laporan bahasa inggeris, malah aku juga terpaksa tulis report selama 4 hari sebab yana gi astaka utk kawad kaki pada hari jumaat dan hari sabtu, dia gi iring budak taekwondo..

tapi aku nak cerita pasal kejadian hari jumaat.
==========================================================

kak A: cik mai mana, cik mai?

aku dengar suara kak A dari kejauhan. alahai.. apa kejadah pulak ni?

R: hah mai, ko guru bertugas kan? ni ada budak mengadu, ada senior baling2 ais kat dorang. siap basahkan beg budak. ni kes buli ni!
siyes, aku bayangkan camni.. ramai2 form5 baling ais kat budak form1.. hampeh!

huh! dasar! hari aku bertugas la korang buat perangai! cuba la buat perangai minggu depan ke.. kenapa pilih hari ni?

aku ikut la budak2 tu ke tempat kejadian. untuk 1 sebab yang aku x berapa pasti, budak tu berlari penuh perasaan ke kantin (tempat kejadian) sampai kat sana, ada la beberapa budak.. yg aku pasti, ada shafina dengan farah amira.. adoi!! xkan budak aku kot yg buli tu? hampeh! 1 keja lak aku nak usrahkan dorang balik

aku jerkah shafina dengan farah amira. aku mmg dah hangin sgt dah.. memalukan aku betul budak2 5 MPV ni! penat je aku ingatkan pasal tatasusila masa mula2 masuk kelas dulu.

budak form 1 tu dengan excited nye bercerita kejadian itu.. masa aku dengar citer tu, aku plak rasa nak lempang2 budak form 1 tu..

pastu, salmi dengan umi lak datang.. salmi nak cakap, tapi budak form 1 tu nak cakap gak.. aku cakap kat budak tu, aku nak dengar dulu cerita salmi.. masa tu, memang tangan aku dah piat telinga si salmi tu.. pipi dia aku dah lempang 2-3 das (dengan nada manja)

itu bukan salmi.. dan kuku yang menawan itu bukan kukuku.. tapi aksi tu, dah hampir2 dah

dah dengar cerita mereka, aku pun, hadap2 dua2 belah, aku pun cakap...
aku: masalah sebenarnye kan, kecik aje.. awak xfaham mereka, mereka x faham awak. pada awak, mereka salah sebab cakap kasar, tapi itu memang cara dia.. dia x berkasar tp memang gaya dia mcm tu. dia x cari gaduh pon dengan awak.. ok?

ye.. kes tu tamat begitu je.. budak form 1 tu minta maaf sebab buat aku kelam kabut. aku x minta maaf kat salmi. hehe.. aku? minta maaf? xyah la.. isnin ni aku nak belanja dorang pon..

========================================================

kisah sebenar...

kat kantin, budak form 1 ni letak beg kat kerusi. dtg la budak form 5 ni, alihkan beg sebab nak duduk. dtg lagi sorang, alih pulak lagi beg tu. dia x perasan plak kat kerusi tu ada air teh o ais limau.. so, basah sikit la beg budak tu..

budak tu plak, dia dah form 1, dia demand lak kakak form 5 minta maaf (kalau kat sekolah aku dulu, mmg selamat la ko). tu yg akk form 5 tu bengang.. "so what?" itu la ayat si salmi.. tu yg jadi isu sangat..

bila si salmi xnak minta maaf (sebab bukan dia yg buat beg budak tu basah, org lain yg buat), si farah ni baling air batu kat dia. terkena la pulak kat budak form 1 tu.. tu yg budak tu gi ngadu kat cikgu..
===================================================

kesimpulan:
1- budak form 1 cina itu sangat la tah apa2.. isu kecik.. xyah la berkira sangat.. beg dia basah sebab wap air (pada plastik air) yg terkena kat beg dia.. sikit je pun.. tapi dia nak gak ngadu.. tapi disebabkan mereka x leh menggunakan bahasa malaysia dengan betul, org dah salah faham..
2- budak form 1 itu mengadu kepada kak F - teacher kesayangan 1 sekolah (aku x jeles ye. aku bangga jadi guru paling ditakuti.. ok la.. aku ni no 2 selepas wong) dan mereka2 ini mmg tend utk caye cakap budak2 kecik ni.
3- aku sangat syg dan bangga dengan budak 5 MPV, so, jgn la budak 5 MPV buat taik.. aku bagi dorang cukup2 kat situ gak.. tapi, Alhamdulillah, pada aku, mereka semua ni baik, cuma sengal, malas n suka main2..
4- kalau ko dah buat salah, minta maaf.. walaupun salah ko tu kecik. ko x rugi apa2.. orang akan respek ko lagi ada la..
5- tolong minta maaf dengan ikhlas ye.
minta maaf je la.. ko akan nampak comel jika minta maaf

6- jangan risau.. insyaAllah, salmi xkan saman aku.. baru tadi dia SMS minta maaf x hadir kelas tambahan..

p/s: aku rasa, kalau ada org baca report aku, mesti org tu gelak sampai tergolek2.. banyak betul kesalahan tatabahasa Bi aku.. hampeh!

Sabtu, 24 April 2010

An Obituary printed in the London Times

dapat dari ijah.. huhu.. ada betulnya apa yg dikatakan dalam petikan ni.. dunia sekarang sangat mengarut..
==========================================================
Today we mourn the passing of a beloved old friend, Common Sense, who has been with us for many years. No one knows for sure how old he was, since his birth records were long ago lost in bureaucratic red tape.

He will be remembered as having cultivated such valuable lessons as:

- Knowing when to come in out of the rain;
- Why the early bird gets the worm;
- Life isn't always fair;
- and maybe it was my fault.

Common Sense lived by simple, sound financial policies (don't spend more than you can earn) and reliable strategies (adults, not children, are in charge) ...

His health began to deteriorate rapidly when well-intentioned but overbearing regulations were set in place. Reports of a 6-year-old boy charged with sexual harassment for kissing a classmate; teens suspended from school for using mouthwash after lunch; and a teacher fired for reprimanding an unruly student, only worsened his condition

Common Sense lost ground when parents attacked teachers for doing the job that they themselves had failed to do in disciplining their unruly children. It declined even further when schools were required to get parental consent to administer sun lotion or an aspirin to a student; but could not inform parents when a student became pregnant and wanted to have an abortion.

Common Sense lost the will to live as the churches became businesses; and criminals received better treatment than their victims. Common Sense took a beating when you couldn't defend yourself from a burglar in your own home and the burglar could sue you for assault.

Common Sense finally gave up the will to live, after a woman failed to realize that a steaming cup of coffee was hot. She spilled a little in her lap, and was promptly awarded a huge settlement. Common Sense was preceded in death, by his parents, Truth and Trust, by his wife, Discretion, by his daughter, Responsibility, and by his son, Reason.

He is survived by his 4 stepbrothers; I Know My Rights, I Want It Now, Someone Else Is To Blame, and I'm A Victim

Not many attended his funeral because so few realized he was gone.

If you still remember him, pass this on.

If not, join the majority and do nothing

Jumaat, 23 April 2010

CONTEST : Apa Saya Nak Buat Kalau Diberi RM100?

apa aku akan buat kalau aku diberi rm100? huhu.. banyaknye yg aku nk buat..
1- aku leh beli komik conan byk2... lalala.. before this aku dah ada 60 episod yg biasa punya.. huhu..
2- x pon, aku leh belanja budak2 aku mkn spaghetti.. (err.. aku beli bahan je.. dorang yg masak.)
3- kalau duit ni masuk akaun maybank, confirm aku terguna untuk shopping online. hurmm...

tapi, mak kata, hadiah biasanya tanda tuah.. kena simpan.. jadi, boleh x, kalau nak mintak encik ini tolong bank in dalam giro? mana tau.. leh guna utk beli sijil simpanan premium. mana tau tiba dapat kereta mcm ni ke kan?
x pon, tolong masukkan dalam asb.. comel gak tuh..

p/s: soalan ini sangat susah.. sebab aku dah biasa menahan keinginan utk membeli sesuatu barang yg aku nak.

p/p/s: pape pn, saya nak gak rm100 tu! bagi saya eh? bagi saya eh? plzzzzz!!!!!!!!!!!!

Khamis, 22 April 2010

contest: apa saya nk buat kalau diberi RM100?(iklan penaja dulu)

jalan2 pergi blog netts kerepek. tiba2 aku nampak iklan ni...

CONTEST:Apa Saya Nak Buat Kalau Diberi RM100..

aku apa lagi? dengan tamaknya, terus klik ke banner tu pastu aku pun sampai la kat blog lelaki ini. sangat la pemurahnya encik ini.. maka aku pun nak join.. mana tau, tuah menjadi org yang dah tua beberapa hari ni..

korang pon, try la. mana tau, tiba dapat. err.. tolong jangan lupa jasa aku masa tu ok?



tag: gambar ke 8 dari folder ke 8

aku telah di tag. oleh sape lagi kalau bukan PUAN SUHIDA? tq su.. aku pun tgh xde idea ni nak tulis apa.. dapat tag ni, at least, leh cover kekeringan aku..

syarat2 tag ni:
1. Go to your photo files, select the 8th photo folder.
2. Select the 8th photo in that folder.
3. Post that photo along with the story behind it.
4. Then challenge 8 blogging friends to do the same
====================================================


hohoho.. ini dia gambar bertuah itu.. gambar lama nih.. kanak2 kecil itu adik bongsu aku) kini sudah mahu ambil spm tahun ini.. dia kata, rasanya masa ni, dia darjah 3.. kalau ye, maknanya masa tu, umur aku dalam 20 thn.. huiyo!!

siyes, aku x berapa ingat bila (tahun) gambar ni diambil. yg aku tau, ni la 1st time aku jejak kaki ke cameron highland.. famili trip.. ada famili cik non, cik han, cik sally, mak atuk, ayah atuk.. huhu.. semua ada.

kami dapat sewa apartment. xsure la guna nama cik non atau cik han. best gak apartment tu. tapi ingatan aku mcm xberapa terang.. lagipun masa tu musim hujan.. banyak kabus.. ye ingatanku berkabus..

gambar ni ditangkap sebelum kami gi ladang strawberi kot.. best ladang strawberi tuh.. yg paling best sebab dia jual aiskrim strawberi yg sangat pekat.. nyum! nyum!

bila nk gi cameron lagi ek?
=======================================================

xtau nak tag sape.. nak tag semua boleh? yang paling utama adalah
jijan (dia pantang nampak kamera. suka bergambo.)
cik oryza (aku tau, mesti gambar makanan),
rye (lg 1 suka bergambo)
mie (mesti ko byk gambo kan?buat la.. buat la..)
safinah (kamera mahal bukan utk disorokkan)
en. anif ( buat la.. plz...)
uthe ( jgn sedih2.. buat tag ni)
kak dila (tolong la reti)

selamat membuat.... hahaha

Selasa, 20 April 2010

Pujaanku

adit, ko sangat romantik. kalau ada kembar, tolong gitau ye
tita, ko memang sengal. masa dia bawa ko gi restoran mahal, ko nk gi jalan2..
pastu kata dia x romantik..


masa aku belajar dulu, semua orang heboh, minat gile kat cerita Ada Apa Dengan Cinta. huhu.. jujur, aku hanya suka lagu2 dalam cerita tu. cerita, aku xberapa suka. sebab? aku rasa Cinta tu hampeh, lagi dulukan bf dari kawan..

antara cerita indon yg paling aku minat ialah Eiffel I'm In Love. ye, cerita itu juga ada sedikit bangang tapi aku suka gak. watak hero sangat sweet ok.. dan hensem.. dan heroin sangat kiut.. uh.. uh.. aku suka segala2nya tentang cerita itu..

dan apa yg buat aku lebih suka sangat dengan cerita itu ialah, semasa birthday aku yg ke 24, orang yang aku suka telah menghadiahkan aku cd (burn je..) cerita ni. walaupun sekadar cd burn, aku sangat menghargainya. hanya Tuhan je yg tau berapa kali aku tengok cerita tu.. huhu..

apa khabar dia sekarang? hehe.. x lama lagi, nak jadi ayah dah.. tahniah awak! =)

anyway, dalam cerita tu, lagu ni la yg paling aku suka.. siap minta dia tolong download mp3 lagi! (aku kan baru je belaja download lagu nih..)

enjoy ye!
========================================================

Tajuk: Pujaanku (OST Eiffel i'm in love)

Penyanyi: Melly Goeslow dan Jimmy


Melly:
Andaikan malam tiada pernahkan berakhir
Setiaku bersamamu mungkin tak berujung
Betapa rindu ini tak pernah mati
Kekasih hatiku hanyalah engkau

Jimmy:
Saat mulut manismu memanggil namaku
Hatiku pun bergetar bagai terserang rindu
Bertapa aku menyanjungimu
Buta mata dan hati untuk yang lain

Korus:
(Melly & Jimmy)
Memetik gitar menyanyi syair yang tulus
Persembahan kalbuku
Nantikan dikau ditidur lelapku
Pujaanku

Jimmy:
Burung berkicau tanda setia pada pagi
Ku dengan engkau tak bisa dipisahkan lagi
Jantungku kau mintapun kan ku berikan
Betapa dalamnya cinta untukmu

Ulang korus

Isnin, 19 April 2010

permaidani

Permaidani
penyanyi: Aris Ariwatan

Rimbun dan redup kasihMu
Kau tempat ku berpayung
Di manakah lagi dapat ku rebahkan
Rasa gundah ini

Nun Kau teguh di sana
Pengasih dan penyayang
Pun ku masih terleka
Meneguk ihsanMu
Walau ku sedari

Oh... nyamannya
Bila dipelukan rinduMu
Mengimbaulah sentosa

Bentangkan ku permaidani
Dari baldu berwarna putih
Moga tak ku terasakan
Cubaan yang ku galas ini
Kepada Mu titianku
Hijrahkanlah diri ini

Ku Pinjam Satu Bintang


Tajuk: Ku Pinjam Satu Bintang
Penyanyi: Alyah & Riz

[P] Ku rindukan dia
Ku mahu belaian manja
Ku ingin selalu di sisinya

[L] Inikah bahagia
Inikah kasih asmara
Bernyanyilah hatiku dengan cinta

chorus 1:
[L&P] Ku tak ingin lagi berjauhan
Usah kau hampiri perpisahan
Seharusnya kau mengerti kasih
Hanya engkau di hatiku

chorus 2:
[L&P] Andai mampuku menyentuh awan
Akan ku pinjamkan satu bintang
Dan ku pancar seri yang gemilang itu
Kasih ke wajahmu

[L] Ku berjanji sayang
[P] Ku menunggu dikau pulang
[L] Membawa cintamu yang terindah
[L&P] Dengarlah kata hati
Oooo… oooo…

[L] Ku rindukan kasih dia
[P] Ku mahu belaian manja
[L&P] Takkan ku lupa cinta pertama

#chorus 1 dan chorus 2#

[L] Ku berjanji sayang
[P] Ku menunggu dikau pulang
[L] Membawa cintamu yang terindah
[L&P] Dengarlah kata hati

Dengarkanlah kata hati
Dengarkanlah bicaraku

Ahad, 18 April 2010

gambar dinner

bawah sekali: siew teng, swee lie, yik mun
atas dari kiri: siew li, salmi, isma, yin kun, umi, shafina

gambar ni aku pau dari FB yik mun. tapi x semua ada kat situ.. mana tah dorang yang lain nih? padahal aku dah suruh tgkp gambar ramai2..

tengok la.. betapa semangatnya siew teng dan yin kun (kat belakang-terlindung. tengok gambar bawah je) beli kebaya.. just to make sure yang mereka x langgar arahan pentadbir.. yik mun plak sanggup beli baju ala kurung moden.. ok.. swee lie memang seksi. siap ko nanti..

dari kiri: yik mun, yin kun, cikgu simaa (bukan aku ye), swee lie, siew li

motif aku? aku nk bagitau yg anak murid aku ini sangat la obedient orgnya.. org kata A, A la yang dibuat (ok, kadang2 dorang tetap sengal-remaja mana yg x?)

ye.. anak murid aku sangat baik kan? walaupun aku akan hantar 7 surat amaran ponteng hari isnin ni (kelas aku 18 org je), aku rasa, batch ni la budak cina yg paling baik aku pernah ajar.. sentiasa ikut cakap cikgu dia.. budak melayu? hurmm.. baik gak.. tp lebih sengal.. haha..

bila aku tengok gambar ni, aku terpikir "isk.. nape la, anak murid ok je ikut peraturan, cikgu dia plak, leh tunjuk kepala batu, xnak attend program sekolah?"

well, jujur, aku sendiri x bangga dengan tindakan aku. aku x bangga tinggalkan wan keje tangkap gambar tu sorang2. walaupun dia kata dia boleh buat, tapi aku tau dia bengang dengan aku.

tapi, aku rasa, aku kena make a stand here.. aku kena stick pada apa yg aku rasa betul. dan aku rasa, x pergi ke dinner (sebab aku xnak buat kerja utk program yg x memikirkan budak aku) adalah betul. aku x menghalang dinner tu. malah, aku galakkan lagi budak2 aku pergi.

maaf kalau korang rasa tindakan aku kali ni melampau. percaya la. ni 1st time aku buat gini. selama ni, aku pun adalah jenis manusia yg play by the rules.. tapi kali ni aku x mampu nak ikut peraturan..

eh, by the way, aku memang senggugut tau! sampai siang tadi aku melepek je.. kalau ada yg x puas hati, aku jawab je la nanti.

Sabtu, 17 April 2010

sorry sayang..


disebabkan pibg yg berkira dgn MPV, aku mmg xde hati nak gi dinner. ye la.. kejadah aku nk buat keje utk mereka sedangkan mereka x hargai budak2 aku langsung. kalau pergi ni makan je, nak gak aku pergi. kalau pergi, keje aku, kena tangkap gambar. malas aku

so, aku mula merangka2 utk dapatkan mc. aku x kira. nak ckp kena sakit perut ke.. apa2 la.. n mcm yg aku kata, semalam aku sedikit demam. arini kebah..

haha.. kul 3 lebih tadi, sahabat karib datang. so, aku senggugut.. yeay! ada alasan xpergi dinner. ye la.. dinner mesti nk enjoy kan? watpe pergi kalau sakit perut? betul x? betul x?

tapi... tadi aku dapat call dari yin kun.. budak2 5 mpv suruh gak aku gi nelayan. dorang semua dah berhabis duit beli baju cantik2 n dorang nak bergambar dgn aku.. adeh.. kalah aku bila dengar mereka suruh aku datang (aku mmg mudah cair dengan pujukan org ok)..

hurmm... serba salah aku.. kang, kalau aku gi sana, jadi isu lak.. " aik? kata sakit perut? boleh lak datang?"

apa patut aku buat?

p/s: yin kun baru call balik.. aku kata xboleh pergi..
p/p/s: sorry girls... teacher love u all... i promise, i'll make it next time.. siyes..

Jumaat, 16 April 2010

marah yang masih membara


semalam, masa aku dalam kemarahan, bibir aku bergetar-ye, tu tanda aku BENAR2 marah. 1 hari suntuk jantung aku memang berdegup laju lain macam je. dan aku berpeluh lain mcm.. malam lak rasa berlengas.. macam la aku bersukan. penat lain macam.

dan hari ni, aku gi sekolah. mula dengan mood yang baik. hinggalah ditegur oleh seorang guru.. "masih marah lagikah?"
"huh.. saya dah marah dalam fb, dalam blog.. 1 dunia yg membaca dah tau" (err.. xramai yg baca page aku)
"nape awk x letak je dlm page sekolah?"
"page sekolah kita mana aktif?"
"page PIBG aktif apa?"
"xpe la. malas saya nak menyibuk kat sana"
" tapi kan, kalau akak sebagai parents pon, akak x setuju kalau dorang nak buat bengkel tu. betul la dorang kata, tu tangunggajawab sekolah."
" masalahnya, dorang x paham ke, jabatan dah xde duit? thn lepas, jabatan dah suruh sekolah guna peruntukan yg sekolah dapat, tapi sekolah pilih untuk pasang tile dan tampal atap."
"tu la.. jabatan tolak ke sekolah. sekolah terus senyap"
"tapi xpe la.. saya paham.. AJK pibg tu, anak mereka xde yang duduk kelas belakang. semua kelas pandai. lagipun, bagi semua orang, bengkel tu tanggungjawab saya. jadi biar aje la saya yg usaha sorang2 mcm mana nak pastikan bengkel tu dalam keadaan baik kan?sebab tu xde org nak bela nasib bengkel saya!"

aku terus blah. hati aku bengkak.
================================================================

aku ajar MPV. bengkel besar gile. barang2 memang gah. aircond ada 5. 2 dalam bilik dingin utk buat coklat. 1 dalam bilik guru.

bengkel siap thn 2008. bulan 6 2009, kelima2 aircond kami dirompak. keje dilakukan beransur2. pak guard dah lapor pada bos masa dia tgk compressor tu mcm terjatuh. tapi bos kata mmg gitu kot.. haha! pandai!

akibat compressor yg dirompak, letrik putus. pam air terbakar. ini menyebabkan bekalan air lak terganggu. dah la paip dalam bengkel mmg ada yg patah. berlanjutan, dinding mula basah.. mcm ada paip pecah kat dalam dinding.
tengok la dinding yang basah tu. sepak sikit je, terus berderai..

last2, air terus xde. terpaksa la budak aku angkut air dr luar untuk buat amali. bayangkan la.. 18 orang, amali individu.. nak membasuh guna 1 je punca air.. kami sambung guna salur getah dari luar masuk ke bengkel. aku dah hantar surat ke jabatan. dah banyak kali dah tp xde jawapan. aku paham, jabatan xde duit la tu tapi kami dapat la 1 pam baru. tapi air masih xde.sambungan air dari paip luar.. kalau ikut kementerian kesihatan, benda ni salah
==============================================================

majlis makan malam amal.. tujuan sebenar nak kutip duit utk buat blazer pengawas, librarian dan PRS. ramai cikgu membantah.

dalam bantah membantah, kami jual juga kad. 1 cikgu kena jual 10 kad. dan aku antara guru yang berjaya jual 10 kad. kesemua kad aku dibeli oleh budak kelas aku-5MPV-kelas last di kalangan kelas tingkatan 5.

kenapa budak kelas aku beli? siyes, dorang ni mmg slow tapi dorang mmg baik. ikut je arahan. kata wajib pergi, dia pergi la.. wajib pakai sopan, dorang ikut jugak.. mmg sangat mengikut arahan.. ye.. mereka la budak kelas belakang yg org x pernah heran pon melainkan dengan pandangan, inilah budak kelas belakang
===============================================================

aku rasa, bila aku dah berjaya jual 10 kad, aku berhak la minta sedikit duit kutipan tu utk membaiki bengkel aku. bukan utk keselesaan aku je. tapi utk penuhi keperluan PnP. untuk budak2..

tapi aku silap. dialog kat atas tadi la buktinya. pada mereka, buat apa nak keluar duit untuk sebahagian kecil budak kan? dah la budak kelas belakang!

"ah! lantak la! anak aku xkan masuk pon kelas tu. lantak korang la nak tunggu giliran basuh pinggan cane pon. buat apa keluarkan duit pada mereka yg x memberi hasil?"

aku rasa, tu yg bermain dalam otak dorang.dulu, boleh la aku bagi basuh kat luar. sejak banyak sangat sisa basuhan tertinggal dalam longkang, aku suruh basuh kat bengkel je.. tunggu je la giliran..
==============================================================

wahai PIBG ku sayang.. pentadbir dan cikgu2 sekalian.. niat korang nk buat blazer budak mmg murni. aku tau, korang takut kalau budak2 korang tu mati kesejukan akibat x pakai blazer.. soalan aku, berapa ramai daripada mereka yg menyokong program korang? berapa org prefect/PRS/librarian yg pergi?

ye.. budak2 aku sengal.. kelas belakang katakan.. tapi, kenapa aku antara cikgu yg berjaya jual 10 kad? dah la budak2 aku sendiri yg beli. itu pon, korang berkira nk keluar duit utk kemudahan mereka.

ingat la.. bengkel tu sekarang, mungkin hanya 5 mpv dan 4 mpv yang guna. korang konfiden ke, anak2 korang yg form1,2 dan 3 tu xkan masuk kelas MPV aku? memang pikir singkat! otak cetek!

tangkap gambar utk program esok, kalau aku sihat, aku gi la. kalau x, minta maaf wan, awak cari la kroni lain. akak sampai naik demam dah sebab terlalu marah. yup! mula2 akk nak beli mc je. tapi skrg akk mmg dah sakit kepala.. kemarahan memang penyakit yg hebat! dia boleh buat kita sakit!

berkira? x la.. cuma aku xsanggup nak membazir tenaga utk mereka yg x hargai langsung apa yg aku buat. kalau aku gi pon, aku nak makan je. xnak buat keje. ala.. bukan dorang nampak pon.. dalam gelap.. 900 orang.. mana orang perasan..

betul x?

p/s: ada org pernah kata, " kalau nak blog dikujungi ramai, mesti cerita benda yg positif je.." aku dah try.. sbb aku pun nak pembaca aku hepi.. tapi sori la.. aku mmg x mampu hepi sekarang..

p/p/s: sori sebab akhirnya korang nampak gak aku punya true colours. kalau terasa ngeri, sila pergi jauh2.. aku yg sebenar jauh lebih mengerikan dari ini!

p/p/p/s: maaf! aku bukan seorang yang berpura2.. dan aku baran!

Khamis, 15 April 2010

entry emo! ye aku jahat! so what??!!

gi sekolah arini aku pakai sebab kononnya nak poco2.. sampai je sekolah. lepas kena tegur dgn PK1 sebab hantar surat ke YDP PIBG x melalui dia. aku minta maaf sebab aku mmg x tau.. dan PK1 dengan pon gitau, "permohonan awak ditolak!"

aku jez jawab, " ye saya tau. MPV mmg x relevan kan?" aku xnak tgk muka dia. aku try berlagak biasa tapi kat luar, terus je aku menyumpah!

kat bilik guru aku mengamuk lagi. aku mmg xleh terima. Kak Norli kata dia kena marah dgn PK1 sebab sampaikan surat pada YDP tanpa melalui dia. aku tanya, kenapa x lulus? kak norli kata, benda tu ada dibentang tapi dibiarkan tanpa jawapan. sekali lagi aku bengang aku pun bagi la

huh! mentang2 la kelas aku kelas belakang, budak x berapa pandai, sedap aje la dia xnak tunaikan permintaan aku.

news flash cikgu2 SMKPT! kalau la aku yg sedikit tu xleh dibetulkan.. padahal kerosakan tu mengganggu P&P, korang agak2, korang tu akan dibaiki ke???

hahaha!!! siyes, korang kena tipu kali ni! caye la.. yang penting, pada dia, hanyatu je..

yup! memang betul pepatah utk dia.. "yang penting, muka cun. spender koyak, bukannya orang nampak!"

Selasa, 13 April 2010

bila kerje berduet dibuat solo

boleh dikatakan, lebih kurang camni la keadaan aku sekarang

la ni (masa opis hour) aku buat modul n soalan percubaan. huhu.. patut ok la kan.. ada masa 3 hari utk buat soalan dgn tenang.. tapi siyes aku rasa tension gile..

apa x nye? aku buat sorang2.. kak borlena baru pas bersalin (dah 1bulan lebih kot). pn norlina lak lupa nk bagi surat kat naziha.. so, dengan bengongnya aku solo je la.. org lain duet atau trio.. aku solo.. sgt x mantop ok..

sampai je, aku on laptop n aku pasang lagu.. pusing sana sini, buat soalan, pening2 jap.. ah!! sangat x produktif.
dah 2 hari, aku masih x siap sepenuhnya percubaan dan skemanya.. baru ada 5 soalan pengiraan kos copy paste yg xde skema.. yeay! esok last day. mau aku balik last-lagi! huh!

doa aje la. by the time aku dah submit semua keje, aku x mcm ni. aish!! ni belum lagi stress balik2 nak terus buat amali! barang x beli lagi. argh!!!!
p/s: wan, mesti awk suka entry ni kan? =p

Isnin, 12 April 2010

Always Getting Over You

dah lama aku suka lagu ni.. walaupun aku x tengok american pie.. dan aku masih suka. enjoy!! (lirik je la)

singer: Angela Ammons

Do, do, do, do, do [6x]

Was it not enough stimulation
Hit by a brick the other day, just when I thought that I'm okay
You didn't like my conversation
I can't come up with something new
It doesn't really matter what I do

So here's my observation
You could never see it through my eyes
And I'm too tired to try

So don't call and say you're coming back for me
It don't mean nothing I'm always getting over you
And don't lie and say you're over me
It don't mean nothing I'm always getting over you

Do, do, do, do, do [2x]

Was it too much aggravation
You're telling me the way but I won't see
Then I change my mind you disagree

I used to be your inspiration
You chase I run you disappear
I know it's never over

So don't call and say you're coming back for me
It don't mean nothing I'm always getting over you
And don't lie and say you're over me
It don't mean nothing I'm always getting over you

Do, do, do, do, do [5x]

Was it not enough stimulation
Hit by a brick the other day, just when I thought that I'm okay
You didn't like my conversation
I can't come up with something new
It doesn't really matter what I do

So don't call and say you're coming back for me
It don't mean nothing I'm always getting over you
And don't lie and say you're over me
It don't mean nothing I'm always getting

Do, do, do, do, do [till the end]

So don't call and say you're coming back for me
It don't mean nothing I'm always getting over you
And don't lie and say you're over me
It don't mean nothing I'm always getting over you

Ahad, 11 April 2010

terima kasih segalanya


aku ada 1 pengakuan..

aku ni sangat la rendah diri.. ok.. statement tu nampak mcm mengada gile.. aku paham. tapi cane aku nak hurai ek? n trust me, walaupun aku nampak kelihatan seperti suka membebel, aku sangat x pandai nak menghurai.. mengarut je lebih.

mudahkan ayat..
mcm aku sering cakap, aku selalu jeles dengan org yg ramai follower, traffic dia mantop, komen dari pembaca dia punya berlambak.. err.. aku pernah cakap kan? tapi aku redha je sebab dari dulu lagi aku bukan jenis yang boleh menarik orang dengan statement aku.. kiranya, aku bukan la orang yang baik untuk diajak bersekongkol dalam MLM.

tiba tadi aku check feedjit. tengok, ada orang dari surabaya yang mencari blog aku.. uish!!! bangga giler!! dah la dulu ada orang pernah cari aku kat internet.. dan aku pasti, tu bukan kerja aku sebab orang tu salah eja nama ayah aku..

ok, benda ni mungkin perkara biasa je bagi sesetengah org tapi bagi aku sangat bangga dan riak la.. sebab aku x rasa aku ni jenis yg boleh buat org menoleh 2x untuk mendengar apa yg aku cakap.. korang paham ke maksud aku ni?

gini.. masa aku sekolah dulu, aku ni sangat la x glamer (ok aku tipu! aku sangat glamer masa sekolah menengah atas sebab yang sangat x best. aku dibenci oleh semua budak laki- tapi tu x kira la kan?). kiranya, orang jarang la nampak aku.. perasan sape aku. siyes.. aku sangat low profile. kalau ada la org yg kata aku x low profile, orang adalah kawan aku sendiri-aku kecoh bila bersama rakan.. tapi caya la. org yg x kenal aku, mesti x perasan kewujudan aku kat mana2 (fakulti.. sekolah.. kolej.. bla3..)

nape? sbb xde pape yang striking pada aku. aku x cantik (bukan hodoh!). aku x happening (ye, aku lebih suka terperuk di hostel menonton tv).. aku x pandai (bukan bodoh!) dan aku x segala2nya.. aku adalah sangat everage. so, manusia yg everage ni selalu la xdiperasani oleh sesapa kan? ye la.. nak describe pon susah.. " mai yang mana?" "ala.. yang biasa2 tu.." pernah ke? xkan berlaku kan?

dan, aku sangat la jenis yang memerlukan feedback dari orang. sebab pada aku, tu la tanda yang orang perasan aku wujud. dan mereka sudi untuk melayan aku.. sebab tu la, aku sangat la suka membaca komen yang orang tinggalkan kat aku. kalau ada, memang aku balas laju2.. dan aku juga suka tinggalkan komen kat orang walaupun, mungkin ada antara komen aku tu macam lame gile

disebabkan aku sedar sangat kelemahan aku ini, maka aku sangat la gembira dan berterima kasih bila ada orang sudi:
1- menjadi follower aku (walaupun aku dulu x paham apa fungsi follower dan masih lagi paham)
2- ulang datang ke blog aku
3- memberikan komen utk setiap perkara yg aku bebeli.
4- membaca entry ni sampai sini

sekian. terima kasih

yang sangat menghargai anda:
~Mai~

Khamis, 8 April 2010

tag: Kamu perlu diet!


1- adakah anda pernah diet? bila? kenapa?
pernah.. selalu.. sebab x cukup tinggi.. aish.. dengan berat sekarang kalau tinggi 170cm, aku mmg jadi model dah

2- Apakah maksud diet pada anda?
pemakanan yang seimbang. mesti mengandungi segala zat mengikut keperluan manusia. tu teori yang aku belajar la..
personally pada aku, diet= jangan makan. haha (sebab aku makan banyak)

3- berapakah berat anda sekarang?
timbang sekolah: 60kg
timbang umah: 59kg
timbang kat pusat darah: 63kg

4- bilakah waktunya anda paling berat? paling ringan?
paling berat, tahun lepas before puasa 68kg (timbang kat pusat darah tu penipu!!!)
paling ringan masa tgh pantang pas operation, 46.8kg

5- berapa berat idaman anda?
42kg? tapi xkan tercapai. kalau tercapai pun, nanti kepala nampak besar... huhu.. 47-48 suda.. (20kg beza ok...)

6- apakah diet yang anda amalkan? berjaya ke?
masa kat u: lunch bihun sup/bubur nasi. dinner: nasi, tempe, sayur, air soya (masa ni la i kurus.. awww!!)
masa sekarang: makan pukul 1.30 malam (sila ikut jika nak gemuk!)

7- baca balik semua jawapan anda di atas. masih nak diet lagi ke?
haha.. diet? apa tu? kuih ke? kalau kuih, nak la.. lalala..

8- Kenapa anda rasa anda kena diet?
pikir logik cukup.. Mek salam pantai timur tu berat dia 58kg (ringan dari aku) dan lagi tinggi dari aku tapi dia tetap nampak berisi..kalau aku masuk tv, mau x muat skrin tu kot?

9- ejas gambar di bawah mengikut saiz badan anda (pendapat sendiri. jangan tanya orang)
comel aku kan? Aww!!


10- tag la beberapa orang yang anda suka. nyatakan sebabnya
aku baru je reka tag ni... jadi aku nak tag semua orang yang baca tag ni... pergi sebar luaskan pada semua ya? hahahaha!!!

Rabu, 7 April 2010

wafer/waffle/wiper?

(A)

(B)

(C)

hari ni aku buat amali coklat salutan. disebabkan aku malas nak suruh budak2 ni jual coklat, aku suruh je dorang beli coklat dan wafer sendiri.

disebabkan x tahu di mana nak beli coklat dengan harga murah, aku suruh budak2 kumpul rm2/org, aku yang tolong belikan. tapi aku xnak belikan wafer. pada aku, dorang mesti la tau rupa wafer tu. xkan xtau kan?

tadi, masa nak mula amali, salmi tunjuk kat aku wafer yang mak dia tolong belikan.. uh..uh.. aku kaget.. nape wafer dalam surat khabar?

salmi: tah la cikgu. mak saya beli kat pasar semalam.. pastu dia beria simpan dalam peti sejuk. bila saya nak keluarkan je, dia jerit, ko jangan gatal2 salmi!
aku: uh..uh.. ni saya rasa bukan wafer ni..

================================================================

SL: cikgu, macam mana nak potong wafer ni cikgu?
aku: awak potong macam ini, buat 4 segi...
SL: waa... sangat kiut la cikgu..
aku: salmi, mcm mana la awak boleh beli benda ni?
salmi: saya xtau cikgu.. mak saya yang belikan..
aku: ini waffle... bukan wafer.. wafer tu yang biskut...
salmi: oo.. saya ingatkan yang itu wiper...
aku: ha????

p/s: korang agak2 la, antara A, B dan C, yang mana agaknya aku guna untuk buat coklat salutan?
p/p/s: anyway, aku hepi, hari ni semua datang dan semua kompeten.. tq.. n tahniah!

Isnin, 5 April 2010

award: top blogger 2010



wah!!! rumaizah dapat award!! yeehaa!!

terima kasih saya ucapkan kepada kedua ibu bapa saya yang telah mendidik saya hingga dewasa.. xlupa juga kepada cikgu tadika, cikgu sekolah rendah dan menengah, lecturer u, matrik dan maktab.. rakan2 yg selama ni menyokong saya, dan yang paling utama, kepada Suhida yang x jemu2 memberi award (tapi dulu x amik sebab x reti) dan tag kepada saya...

atas rasa kegembiraan yang terlampau ini, saya ingin berkongsi tag saya ini bersama2 rakan2 blogger lain iaitu:
Mie - kerana anda rajin layan pembaca
cikgu BI - kerana anda membantu ramai org yg x tere BI
cikgu firol - kerana saya minat awak!! (ooppsss!)
en. anif - kerana awak sempoi tapi best.. (tah la.. susah nak explain)
merdayka - kerana awk suka buat tutorial. hehe
jijan - kerana awak kroni saya
cik oryza - kerana kita dah kawan (kroni maya)
awgnasuha - kerana saya minat gambar2 awak
hadi mad nor - tah la.. tiba suka blog awak
cursing malay - kerana awk sweet walaupun mulut pedas!!
farhan - kerana saya suka komik awak. sila update laju2 ok!!

kepada penerima award, sila amik award laju2 ok... jangan risau, dia suruh bagi award ni pada blogger yg aku rasa best! lagipun korang punya trafik konfem lagi hebat dari aku..

sekali lagi.. TERIMA KASEY!!!

tag: apa2 aje

tag ini diberi oleh en. Merdayka (aku rasa panggil dia budak drum ke hapa tah? dah lupa). actually panjang lagi soalan tag nye tapi upline aku nih amik 5 soalan je..

1 - Bila kali terakhir anda pergi bercuti dan kenapa/sebab anda nak pergi bercuti?
kali terakhir.. rasanya pergi langkawi. aah.. langkawi.. dengan famili. masa tu baru je lepas LIMA 09.
sebab waktu tu cik han ajak. bayar murah beb! 1 kepala RM100 je utk 3hari 2 malam. all in termasuk tambang. mmg best gilo!!

2 - Berapakah umur anda? (jangan malu2 nak announce)… dan adakah anda rasa puas dengan pencapaian anda diusia anda sekarang ni?..
baru nak masuk 28.. yup! muda lagi.
puas hati? mana buleh! banyak lagi nk kejar..

3 - (tak jawab pun tak pe) Saya tahu anda seorang yang gemar bergambar didepan kemera! jadi pergi ambik kemera anda dan snap gambar wallet/beg duit anda! jangan la malu nak cakap berapa harganya sebab kuantiti nilai dalamnya lebih berharga!
huhu.. xde kamera sekarang.. kamera panit kat sekola..
skrg aku memakai wallet paling mahal aku penah ada.. mak aku beli kat Siam.. kalau x silap, harga dia RM12@RM15

4 - Anda mungkin seorang blogger, bila waktu yang paling anda suka untuk update/kemaskini blog anda dan kenapa anda pilih waktu itu?
x tentu masa.. bila idea datang.. (cewah!!)

5 - Apakah yang berlegar2 dalam fikiran anda sekarang?
xleh gitau! korang kecik lagi!

6 - tag 3 org lain yang anda suka (ayat aku sendiri)
yeay!!! aku nak tag Suhida, cik oryza n jijan..

last... tq en merdayka!!!

Ahad, 4 April 2010

malaysia dah merdeka? ye ke? harap2nya

masa belajar, pernah kami buat debat kedai kopi kat kolej. 1 pertandingan debat. tapi kononnya santai la.

topik kami waktu tu ialah, pasal Malaysia ni dah merdeka ke x.. gitu la.. aku xingat sangat. tapi aku ni pihak pembangkang. kiranya, aku kata malaysia ni x merdeka lagi la..

poin biasa ialah, kita nampak je merdeka tapi pemikiran masih dijajah.. hiburan, fesyen, masih mengikut acuan barata.. (even kemajuan dan pendidikan pun kita nak ikut acuan sana).. bla3... pastu, aku dapat poin tambahan (ni pendapat aku la) malaysia ni x betul2 merdeka, sebab title kita ialah negara komanwel. kita kena join sukan komanwel, kena hadiri persidangan.. kita kena berada dalam kelompok negara yg pernah dijajah oleh british tu.

kalau betul kita dah merdeka, nape kita nk kena pakai title komanwel tu? biar la merdeka. suka hati nak gi ke x. ni aku rasa, kalau x pergi, mau kena bagi surat tunjuk sebab kot. dan tadi, aku pergi la melawat ke blog coretan perantau.. bila aku baca je entry dia, lagi la aku terasa yg negara kita ni belum pon lagi bebas dari penjajahan.

kenapa aku cakap camtu? sendiri mau ingat la.. ko hantar askar ko untuk mengawal istana org. apa maknanya? dan ko memakai duit yg sangat banyak utk hantar org ke sana. kan ke lagi baik kalau ko guna duit tu utk kebajikan rakyat ko?

bukan persoalan sekali sekala atau selalu.. tapi persoalan aku ialah, kalau dah merdeka, nape masih tertakluk pada mereka? (dgn kata lain, xde la merdeka sangat kan?)

ye aku tau, kita tertakluk pada perjanjian.. bla3... (sama jugak macam kita terikat dgn perjanjian kita kena jual air kat singapura walaupun kadang2 rakyat kita sendiri bercatu air). jadi, aku harapkan, pemimpin sekarang dan masa depan, lebih bijak membuat keputusan (dan memilih peguam yg lebih bijak. x la kalah tiap kali perbicaraan dengan negara lain)

sori.. entry ni bukan sebab aku anti negara ni. siyes aku sayang malaysia. negara ni, rakyatnye, dah banyak berbakti pada aku. aku habiskan belajar pun berdasarkan biasiswa JPA. kalau bukan jasa malaysia dan rakyat2nya, jasa sape lagi?

dan kalau jadi pape, aku xtau nak lari ke mana. ni la tempat aku dilahirkan. begitu juga mak dan ayah aku. atuk aku. walau ada susur galur jawa, tapi atuk aku sendiri berjuang utk malaysia masa dia muda. dan aku juga, rasanya sedang berbakti kepada negara. walaupon x sehebat cikgu firol (up cikgu firol sikit) dan atuk aku, tapi aku mencuba sebaik mungkin.

oh ya! dan aku sangat bangga dengan proton dan perodua!

Sabtu, 3 April 2010

teringat balik 6 - undo

masa ni cuti sem. mak cadangkan la aku keje kat opis dia.. masukkan data banci.. dapat la duit sikit..

disebabkan aku baru lagi masuk ke bidang memasukkan data (sebelum tu aku cuma buka stapler dan susun borang), aku banyak la lakukan kesilapan..

aku: alamak! akak! saya dah tersalah masuk maklumat.. tapi saya dah klik enter dah.. cane ni?
kak Y: ala.. ko undur je la..
aku: undur? cane?
kak Y: ala.. ko klik je la undur.. dia pergi la balik borang tadi..

aku pun, cari la butang undur tu.. habis 1 window aku teroka, x jumpa gak. last2 aku give up, aku gi kat komputer akak tu..

aku: akak, mana butang tu?
kak Y: ala.. tu pun ko x jumpa.. ni ha...

kata kak Y sambil menunjukkan butang UNDO dengan pointer mousenya...

Jumaat, 2 April 2010

teringat balik 5 - mari bersahur

bila? bulan ramadhan 1997

masa tu kami duduk dorm sementara. 1st come 1st serve basis.. nanti pas raya baru susun balik, campur2 senior n junior.

aku dok kat dorm harmoni 8 dengan timah, ezu, err.. sape lagi ek? dan kalau x silap aku, sally dok dorm hujung. harmoni 10.

==============================================================

"alahai adik.. bangun la dik!!! penat akak masak ni semua.. bangun la sahur... kenapa la malas bangun sahur.. bagun la dik..."

sekali lagi, nyanyian akak dining hall membangunkan aku utk sahur.. standard, kul 3.45-4.00 la tu maknanya. aku bangun, gi toilet cuci muka. on the way, aku kejut sally. pas pakai lebih kurang, aku amik kunci kat bilik warden, buka pagar, terus menuju ke dining hall..

masa tu, abang dining hall yg hensem tgh jaga lauk... huhu.. best2!! dia mmg hensem.. hinggalah aku dengar statement ni..

" aku confuse la. tiap hari, muka dia ni gak yg turun sahur. dia ni x cuti ke?"

erk?? sampai hati dia cakap gitu.. x patut betul..

dah la aku mmg tengah cuti masa tu.. =( dush!dush!

aku.. adalah superman..

benda dah lama tapi aku baru je try...

Your results: You are Superman

























Superman
60%
Spider-Man
50%
Hulk
50%
Green Lantern
45%
Robin
42%
Batman
40%
Supergirl
38%
The Flash
25%
Iron Man
25%
Catwoman
20%
Wonder Woman
13%

You are mild-mannered, good,
strong and you love to help others.


Click here to take the Superhero Personality Test

p/s: aku superman?? hurmm.. harap2..

Khamis, 1 April 2010

mari mengepau 1

bila: masa syawal 2009

ST: cikgu, selamat hari raya..
aku: selamat hari raya..
ST: cikgu, nak duit raya cikgu
aku: eh, kenapa pulak?
ST: ye la.. sudah raya, kena bagi duit raya leh...
aku: eh.. raya kami x macam raya cina.. raya cina, orang dah kawin kena bagi orang belum kawin kan? raya kami, siapa yang belum kerja, kena bagi orang yang dah kerja duit raya..
ST: macam itu meh?
aku: macam itu lorr..
ST: kenapa?
aku: sebab, orang dah kerja ada banyak benda nak kena bayar.. macam saya kena bayar kereta, bayar rumah, elektrik.. macam kamu budak2, mak ayah beri belanja setiap hari kan? ha.. jadi u all semua x perlu duit.. kami la yg kena dapat duit raya..
ST: oo.. mcm itu oo??

ST amik masa dan berfikir. dia kemudian menyeluk poketnya dan mengeluarkan RM1 utk dan menyerahkan duit itu pada aku.

ST: ini cikgu, duit raya untuk u..
aku: betul ni?
ST: ini betul2 maa...
aku: err.. ST, saya tipu saja tadi.
ST: hoo?? x ape lorr.. amik saje lorr..
aku: saya gurau saje la...

nasib baik hati aku masih suci.. kalau x, selamat dah rm1 tu