KLIK LAJU-LAJU!

MARI BLOGWALKING DENGAN APESAL.COM

Yang Baik Hati =)

Cari cerita lama

Aku terkini

sebelum komen, baca dulu komen orang lain boleh? Bosan la nak balas komen yang sama.. sebab jawapan aku mesti sama punya. tak pasal2 aku jadi astro karang ulang tayang beberapa kali

* jangan orang astro sentap pulak dengan aku, suda

Selasa, 26 Februari 2013

Lepaskan - Wanna

Seperti yang korang sedia maklum, aku suka lagu sedih. Aku dah lama nak letak lagu ni. Tapi asyik terlupa / tak sempat/ dah letak pun tapi aku lupa.

Jadi, sila la sedih baca lagu ini... huhuhu..

================================================= 


Tajuk - Lepaskan
Penyanyi- Wanna

#
Ku jadi tidak tentu arah, 
Entah apa yang ku khuatiri
Sejak terjadi cerita itu
Cerita itu

@
Makan minum ku dah tak terjaga
Asyik memikirkan tentang kamu
Mungkinkah benar 
Mengapa ku tidak menyedari 

%
Lepaskanlah lepaskan semua, 
Tiada makna jika bersama
Dalam hidupku oh setiap hari
Yang kita pasti ada masalah 

*
Lepaskanlah lepaskan semua, 
Tiada makna jika bersama, 
Dalam hidupku oh setiap hari 
Yang kita pasti ada masalah, dengannya 

Ulang #, % dan *

Ahad, 24 Februari 2013

Kluangman - Krisya

Aku minat kartun. Dah besar ni pun minat, masa kecik lagi la minat. Dulu, kartun Malaysia memang boleh kira sangat dengan sebelah tangan. Dah la edisi terhad. Gambar pun bergerak tersekat-sekat. Tapi aku tetap minat. Contohnya cerita Keluangman.

Tak macam sekarang. Memang terbaek la kartun kita sekarang. Aku memang minat ah Boboi Boy tu. Tapi, walaupun minat macam mana pun, Aku tetap tak boleh hafal keseluruhan lagu dia.

Tak macam dulu. Lagu Keluangman tu, memang mudah la nak hafal. Sampai sekarang aku hafal. Kui.. kui.. kui..

So, kepada mereka yang seusia dengan aku, aku hadiahkan korang lirik lagu ni..

======================================================================
Tajuk: Keluangman
Penyanyi: Krisya

Keluangman dan Tiongman (ke Tiongboy?)

Dia...
Bagai seorang pahlawan
Menjadi pembela
Pada yang tiada upaya

Dengan ketangkasan
Langkah pergerakannya
Menewaskan musuh
Yang membuat angkara

Dialah perwira

Biarpun di mana jua
Dia datang
Di kala malam tiba
Melakukan tugas mulia

Di desa juga di kota
Dia datang
Memberikan baktinya
Agar hidup aman sejahtera

Keluangman
Keluangman
Keluangman

Rabu, 20 Februari 2013

Homestay untuk kaki pancing (siap ada cruise lagi!)

Korang gila memancing? Kalau ye, meh aku jeleskan korang dengan gambar ni

Ni ikan  apa ek? Betul ke dia ikan Pipi Tebal?
dan gambar ni..

Ikan Kurau separuh tinggi aku,

OKlah. Sebenarnya aku nak promot homestay pak ngah aku ni.. Dia buat homestay ni memang untuk mereka yang suka nak rehat-rehat kat kawasan sungai. Nama Homestay tu Fatimah Azahara. Kat Sungai Kong Kong, Masai, Johor. Sangat tenang. Sesuai untuk seisi keluarga. Kalau korang nak minta dia bawa korang cruise kat kawasan sekitar pun boleh.

Bot untuk cruise di kawasan sekitar dan untuk pergi memancing di Pengelih

Kalau korang kaki pancing, korang boleh la sewa bot dia. Tak tau mana nak pergi? Apa lagi, sebab dia pak ngah aku.. korang mintak la dia tolong bawa korang kat lubuk ikan.. untuk korang, dia buat punya la. Tak pun, korang memancing je la dari rakit dia (ye.. dia ada rumah, rumah rakit dan bot)

Rumah rakit

Rumah rakit Zoom In

Baru-baru ni, parents aku dah pergi ke sana. Mak aku kata, kalau nak bawa ramai-ramai pun takpe sebab, walaupun katil tak banyak, tapi Pak Ngah aku ni sediakan banyak tilam. Korang boleh bentang dan golek puas-puas (huhu.. kami kat kampung memang bentang tilam, suka tido ramai-ramai kat hall)

Kat rumah dia juga ada dapur.. untuk korang masak hasil tangkapan korang.. Memang cun ah! (makcik aku yang bagitau. hehehe)

Pemandangan dari rumah rakit ke homestay Fatimah Azahara
Makan jangan risau. Ada banyak kedai yang murah kat sekeliling tu. Mintak je Pak Ngah aku ni tunjuk (pstt.. sebenarnya Pak Ngah aku ni sangat kebosanan.. kalau korang nak dia berkepit dengan korang sepanjang masa pun, aku rasa dia tak kisah)


Ala-ala macam kat kampung nelayan kan?

Sori, aku tak tau berapa harga penginapan kat homestay pakcik aku ni. Dia pun aku rasa, memang masih baru. Tak tau nak cas berapa. So, korang bincang la dengan dia direct ye.

Homestay ni sangat sesuai kalau korang nak lari dari kebingitan kota. Bukan rumah batu. Rumah papan je. Memang la homestay (inap desa) sebenar. Nak memancing, pergi je kat rakit dia. Dia tak marah punya. Nak cruise? Nak gi cari tempat mancing lain? Bagitau je. Memang ni la homestay yang sesuai dengan korang.

Tapi kalau korang nak homestay rumah batu berhawa dingin, jenis memancing kat kolam, well, aku ucapkan terima kasih sebab baca sampai sini. Kalau korang tak kisah, sebarkan la pada kawan-kawan yang memang berminat dengan aktiviti memancing dan alam sekitar.

Kalau korang berminat, sila hubungi Haffas Shahrom (Pak Ngah aku) di 019 777 4583. Cakap la korang kawan aku ke, peminat aku ke, pakwe aku ke, mesti dia layan baek punya!!

Isnin, 18 Februari 2013

Ketagih Flow Free Pulak Dah...

Aku ada 1 masalah besar. Aku tengah ketagih main game. 

Nope, bukan game facebook. Aku malas nak bagi komitmen dan aku benci terpaksa ikut masa dia. bukan masa aku.

Bukan juga game tembak-tembak ke, Super Mario ke, bahkan bukan Pacman pun sebab aku sangat tak cekap bila benda tu perlu kepantasan jari dan mata (aku main snake dalam Nokia pun tak pernah dapat makan lebih dari 10)

Bahkan, main Bejeweled pun aku tak boleh sangat. Nyampah!

Game yang aku tengah ketagih sangat ni ialah Flow Free. Poin utama permainan ni hanyalah sambungkan 2 titik yang sama warna tanpa langgar trek warna lain. Kalau berjaya pada percubaan pertama, dia akan bagi markah penuh. kalau ada kena buat 2-3 kali, dia setel gak tapi markah tak Perfect. Yang bestnya, kau boleh try balik level tu sampai dapat markah Perfect (Perfect tu perkataan yang dia guna. Maknanya level tu ko setel dengan cun dan sempurna pada sekali percubaan).


Mana aku dapat game ni? Ala.. kat browser Google Crome tu kan ada bahagian application.. aku ambil kat situ je.. dia bagi link terus. tak pun, cuba korang klik link INI. Tapi, aku rasa, kalau korang tak install application ni, rekod permainan korang yang lalu, dia tak simpan la kot. Aku tak pasti.

Cuba la main.. Cuba la.. kalau korang suka puzzle, mesti korang suka game ni. Tapi sori la.. Kalau korang ni jenis yang gemarkan kepantasan, game ini bukan jawapannya.

Oh, by the way, masa aku tulis entry ni, aku tengah berada di level 3 (9x9) regular pack.