KLIK LAJU-LAJU!

MARI BLOGWALKING DENGAN APESAL.COM

Yang Baik Hati =)

Cari cerita lama

Aku terkini

sebelum komen, baca dulu komen orang lain boleh? Bosan la nak balas komen yang sama.. sebab jawapan aku mesti sama punya. tak pasal2 aku jadi astro karang ulang tayang beberapa kali

* jangan orang astro sentap pulak dengan aku, suda

Isnin, 27 Jun 2011

Budak Tak Faham Ajar

Memang penipu la kalau ada antara korang ni yang kata dia tak pernah sekolah. Setiap orang pernah merasa zaman persekolahan. Zaman di mana hidup penuh dengan peraturan. Baju kena seragam, kasut kena bersih, kuku kena pendek, kena baca buku.

Zaman sekolah juga masa korang semua dok cinta monyet. Aci kerat jari, kebanyakan korang semua pernah bercinta masa sekolah. Aku je tak (aku memang baik). Masa ni juga korang banyak tak puas hati dengan orang lain (remaja.. jiwa memberontak katakan).

Disebabkan korang semua pernah melalui zaman sekolah, aku nak korang tolong bagitau aku, apakah respon korang tiap kali berhadapan dengan situasi di bawah. Sila bayangkan korang ada di situ. Sila jawab dengan tulus. Aku tak nak jawapan sekarang, tapi jawapan kalau korang masih di sekolah.

Situasi 1

Murid menyanyikan lagu Negaraku dengan lemau sekali. itu senario biasa di sekolah. Belum lagi kira mereka yang patah kaki. Tak pernah berdiri tegak masa lagu patriotik. PK Koku tidak puas hati dengan nyanyian murid-murid. Sampai satu tahap, PK Koku menyanyikan lagu Negaraku dengan bersemangat. Beliau cuba menunjukkan nyanyian yang bagaimana yang beliau harapkan.

Apakah respon murid (anda)?


Situasi 2

PK 1 menyuruh semua murid membeli stokin bertulis nama sekolah di koperasi sekolah. Ini kerana, apabila tidak diberi arahan seperti itu, murid-murid memakai stokin mengikut kehendak mereka. Rata-rata stokin di bawah paras buku lali. Malah ada yang stokinnya tidak kelihatan langsung dari luar kasut.

Macam-macam alasan diberikan oleh murid apabila disuruh membeli stokin. Sampai 1 tahap, PK1 berkata yang dia akan mengambil tindakan terhadap mereka yang tidak mematuhi peraturan itu. PK 1 berkata "Tingkatan yang mula-mula sekali yang saya hendak periksa mesti pakai stokin sekolah ialah murid tingkatan 5. Mereka ini sepatutnya menjadi contoh kepada adik-adik mereka. So, form 5, boleh tak saya nak awak semua pakai stokin sekolah pada hari Isnin ini?"

Apakah respon murid (anda)?


Situasi 3

PK1 sedang berucap semasa perhimpunan. Dia sudah berkali-kali mengingatkan murid agar senyap atau murid tersebut akan dipanggil ke hadapan. Namun masih ada pelajar yang bersembang. Akhirnya, PK1 telah memanggil seorang pelajar yang bercakap datang ke hadapan perhimpunan dan berucap (kerana murid itu bercakap semasa beliau berucap)

Apakah respon murid (anda)?

==============================================

Aku bukan seorang pelajar yang baik Tapi aku tahu bila aku patut diam dan bila aku patut menjawab. Aku juga tahu bila waktu untuk melawak dan bila waktu untuk serius. Namun, aku tak rasa budak sekarang macam tu. Pada mereka, cikgu sepanjang masa adalah melawak. Perkataan maaf memang jaranglah nak dengar walaupun terang-terang mereka salah (buat apa nak minta maaf? Kan cikgu dah selamat dah marah kan?)

Pada budak sekarang, cikgu dah macam kawan yang boleh disorak-sorak bila ko rasa dia menghiburkan. Korang boleh jawab dengan jawapan yang bodoh bila ditanya dengan serius asalkan korang dapat jawab (as long as you got the last word right?). Korang boleh bertepuk tangan dengan bangga bila ada kawan korang yang boleh menjawab atau membalas apa yang cikgu tu cakap. Korang tak cuba pun nak faham apa yang cikgu tu cuba sampaikan. Korang lupa yang cikgu tu sebaya malah mungkin lagi tua dari mak ayah korang.

Tu belum lagi aku cerita pasal budak lain bangsa yang suka mengutuk cikgu dengan bahasa dia sendiri. Mentang-mentang cikgu tu tak faham, ko tipu cikgu tu bila dia tanya balik. Serius aku kesian dengan manusia macam tu. Malanglah kalau korang semua yang aku maksudkan dalam entry kali ni tak berubah. Kalau korang tak pandai respek orang, jangan harap orang akan respek korang di lain waktu.

Ye, pukul kuat-kuat. Mentang-mentang tak boleh pukul, masing-masing naik lemak!
Serius aku muak dengan diorang (murid yang tak faham ajar)ni. Kalau budak kelas aku, memang aku dah pukul laju-laju dah.

Ahad, 26 Jun 2011

Tabiat baru aku

Si dia yang aku minati takde di Malaysia sekarang. Jadi kami jarang berinteraksi sekarang ni (macam la masa dia kat Malaysia kami selalu sembang). Dia sekarang asyik travel sana sini (maklumlah, duta kan?), menyebabkan zon masa memisahkan kami. Ye la.. kat Malaysia pukul 9 malam-aku baru nak online, kat tempat dia pukul 2pagi-dia dah tidur. Masa dia free, aku lak masih terkial-kial mengharungi kesesakan di Jalan Ampang.

Kejarangan berinteraksi menyebabkan aku menjadi seperti pungguk rindukan bulan. Selalu la aku tengok Ym! list aku nak pastikan dia online ke tak (walaupun aku tahu dia tak mungkin online). Kalau aku on FB pun sama. Aku akan klik 5-6 kali chat list dlm FB aku.

Tabiat ni kadangkala terbawa-bawa hinggakan kalau dia tengah sembang pun dengan aku (sangat jarang), aku tetap akan tengok list Ym! dan fb chat aku. Entah siapa pula aku cari, aku tak pasti. Yang pastinya, memang aku jenguk la dua-dua list chat aku ni.

Korang macam mana? Ada tak tabiat baru yang hadir kebelakangan ni? Ye ke takde? Ke korang tak perasan?

p/s: Aku selalu tertinggal barang aku (telefon, beg, pendrive, kunci dll) di tempat orang. Kawan aku sampai kata tu bukan tabiat aku. Tapi aku memang SUKA tinggalkan barang.. Hahaha.. Iye la tu..

Sabtu, 25 Jun 2011

Nak cari meja... Nak cari meja..

Sebenarnya aku agak sibuk sekarang. Sebab? Sekolah aku jadi tuan rumah Karnival MPV peringkat negeri tahun ni. Duh... jangan kata Multi Purpose Vehicle. aku dah bosan dengar. MPV = Mata Pelajaran Vokasional. Aku takde kaitan dengan kenderaan MPV ye. Sila ingat itu.

Karnival MPV ni diadakan untuk memperkenalkan subjek MPV pada orang ramai dan memberi peluang untuk budak-budak MPV ni untuk merasai suasana menjalankan perniagaan. ya la, biasanya budak-budak MPV ni paling akhir sekali orang ingat kalau ada apa-apa. ni je la peluang diorang nak tonjolkan diri diorang.
Ada 34 kumpulan MPV yang terlibat. Ada dari subjek katering, pemprosesan makanan (subjek aku la tu), penjagaan muka dan dandanan rambut, seni reka tanda, lanskap dan nurseri, membuat perabot dan pendawaian domestik.

Sebagai cikgu MPV di sekolah tuan rumah, automatik aku kena jadi setiausaha program. Dengan terpaksanya aku terima tugas tu. aku kena cari 34 buah meja besar (at least), 11 tong gas memasak, dan lain-lain lagi. Senang je sebenarnya kerja ni tapi disebabkan aku selama ni tak pernah buat kerja susah, maka agak terasa la bebannya.

Buat masa ni, kerja ni nampak macam dah selesai sebab aku dah fax surat kepada semua yang terlibat cuma aku masih lagi belum mendapat jawapan dari setiap orang yang terlibat. Huhu.. berdebarnya. Belum lagi cerita pasal gerai aku sendiri yang kena menjual pada hari kejadian.

Serius, aku agak drain out nak merealisasikan program yang takde peruntukan. Sampai duit panitia aku sendiri kena pakai sebab pengetua tak bagi minta duit PIBG. Lepas dah hantar semua surat, aku terasa nak perlahankan langkah. Aku mengharapkan jawapan positif dari setiap orang yang aku mohon macam-macam tu.

So, sekarang aku nak minta tolong sesiapa yang suka buat poster atau flyers.. Tolong buatkan flyers untuk karnival aku ni boleh tak? Aku nak hantar ke pejabat-pejabat berhampiran dan email secara rambang kat seluruh rakyat Malaysia (ayat kena berapi ok!). Maaf, takde bayaran untuk korang. Paling hebat aku boleh buat ialah belanja semasa karnival berlangsung.

Ada tak yang sudi? Ada tak? Ada la.. Please!!!!!

p/s: tahu tak mana-mana pihak yang boleh bagi pinjam meja secara percuma? Mana tahu in case DBKL tak ada meja banquet pada hari yang kami nak... huhu. Gas memasak pun.. mana tahu kalau Petronas reject kertas kerja aku sebab sangat lame..

p/p/s: Apa-apa pun, aku harap semuanya berjalan lancar sebab ni program JPN ok.. Bukan main-main punya..

Khamis, 23 Jun 2011

Wayang cerita korea

Sekarang aku macam dah tetapkan kuota 1 filem korea sehari untuk diri aku. Macam-macam cerita Korea yang aku dah tengok. Biasanya aku akan pilih genre yang ringan. Dan disebabkan aku seorang yang hopeless romantic, maka aku biasanya akan menonton cerita genre komedi romantik.

1 lagi prasyarat untuk aku menonton ialah, hero dan heroin haruslah orang yang cantik.. ok, aku tipu. Aku tak kisah heroin tapi aku sangat kisah hero. Hero mesti hensem!

Sambil-sambil aku browse filem dan pelakon di mysoju.com, aku ternampak la pulak OST My Girl. Aku pun apa lagi, mula la cari karaoke OST My girl. Sambil aku berkaraoke, aku pun menatap la wajah Seol Gong Chan aku lagi.. Waaa... Dia sangat hensem!!!! Waaa!!!! Seol Gong Chan hsi...

Itulah punca kenapa saya jarang update status.. sila maafkan saya yeh??? yeh?? yeh la...