KLIK LAJU-LAJU!

MARI BLOGWALKING DENGAN APESAL.COM

Yang Baik Hati =)

Cari cerita lama

Aku terkini

sebelum komen, baca dulu komen orang lain boleh? Bosan la nak balas komen yang sama.. sebab jawapan aku mesti sama punya. tak pasal2 aku jadi astro karang ulang tayang beberapa kali

* jangan orang astro sentap pulak dengan aku, suda

Khamis, 30 September 2010

perjalanan yang panjang... masa yang panjang juga..

disebabkan aku xtau jalan2 kat kl ni, jalan yg pendek pun jadi panjang.. tp xpe la.. at least aku x sesat..



kisahnya.. aku ni cikgu penasihat kelab olahraga. ketua aku (cikgu gak) merupakan salah seorang pengadil, maka aku jadi la pengurus pasukan..

dijadikan cerita, harini aku perlu menghadiri mesyuarat pertandingan olahraga luar musim.. aku xsure mesyuarat katne.. sape pengelola.. yg aku tau nama smk seri rampai, sk tmn melati.. so, aku assume, mesyuarat kat sri rampai.. aku bukan assume. aku hampir pasti. aku baru je photostat surat tu pun.

pagi tadi hujan lebat. aku offer hantar mak aku ke pejabat. kami keluar dalam kul 6.47 pagi. tapi aku hepi sebab aku xyah tergesa2 gi sekolah. mesyuarat kul 8.30.. beli petrol, pam kata kad kredit xleh terima.. aish... bayar cash. masa nk gi sri rampai, aku tersalah selekoh, terpaksa buat bulatan supaya boleh lalu depan carrefour wangsa maju.

8.07 pagi, aku masuk ke SMK Sri Rampai. aku parking kereta dgn jelitanya. tapi aku xsure lak katne mesyuarat. aku pun pergi ke pejabat sekolah utk bertanya tempat mesyuarat.

sangat menghampakan. semua org x endahkan aku. aku hanya berdiri je sbb aku xtau nk tanya sape kat pejabat tu. semua mcm tgh busy. semua x kisah kat aku.. mata aku melilau pandang sana sini. tiba2, mata aku menangkap sebaris ayat " mesyuarat olahraga luar musim di SK Taman Melati"

argh!!! aku salah sekolah! aku kol kak baniyah.. dia kata mmg kat SK Tmn Melati. disebabkan aku xtau jalan lain, aku pun amik la jalan jauh keluar ke jalan genting klang baru pergi ke taman melati... aku sampai ke sekolah tu jam 8.28..

balik? malas la nak cerita  xtau mana silapnya, jalan genting klang masih lagi sesak pada jam 9.50pagi. aku sampai sekolah pukul 10.25. tepat2 waktu aku kena mula mengajar. tapi disebabkan aku malas, aku masuk kelas 1 jam lewat (jgn tiru aksi aku ok! budak2 aku dah besar dan aku suruh mereka timbang barang sementara tunggu aku datang)

Sabtu, 25 September 2010

PERTANDINGAN: ENTRY TERBAIK (entry lain ada kat bawah)

PERTANDINGAN INI DILAJAKKAN BEBERAPA HARI DISEBABKAN CIK WAN TELAH MEMIILIH ENTRY AKU TAPI MASIH BELUM PILIH ENTRY DIA SENDIRI..

bila dia dah bagi entry dia, insyaAllah, tamat la pertandingan ni walaupun x ramai peserta... =(. tapi selagi x tutup ni, korang join la ye? =( plzzz....

==============================================

ini ada entry yg melekit (sticky post)... kalau jadi la. entry2 lain ada kat bawah ni..
=================================

buat pertama kalinya.. aku nak buat pertandingan. huhu.. harap2 ramai la yg join ye..

Cara-cara penyertaan
1- Tolong iklankan pertandingan ni kat blog korang supaya lebih ramai join.. (lagi ramai, lagi syok kan?)
2- Pilih 1 entry aku dan publish kat blog korang. link kan semula ke blog aku nih..
3- Pilih 1 entry korang yg terbaik, pastu bagi link utk entry tersebut. link entry aku yg korang pilih dan link entry terbaik korang boleh la korang letakkan kat ruangan komen ye..

* korang x perlu follow aku. ni pertandingan je.. saje suka2..

Apa akan berlaku selepas itu?
1- aku akan tgk entry aku yg mana jadi pilihan hati korang.
2- aku akan publish entry korang yg terbaik tu dan link kan balik ke blog korang. so, org lain yg baca leh la gi blog korang lak
3- aku akan lantik beberapa juri utk tolong aku pilih pemenang.. aku akan cuba cari juri yg sebaik mungkin.

Tarikh tutup:
19/9/2010    25/9/2010
bukan apa.. aku tau, bulan puasa ni, mesti x ramai yg online je kan? so, bg masa lama sikit

Apa rasional aku buat pertandingan ni?
1- aku nak tau, org suka baca entry yg mcm mana. since aku adalah aku dan aku x mungkin boleh menulis seperti org lain, maka aku nak tau la entry aku yg bagaimana org suka baca. tolong jujur ye
2- aku seorang yg suka membaca. jadi, aku nak la baca entry2 korang..

hadiah?
alamak! nanti aku check balik apa yg ada boleh dijadikan hadiah.. 1 yg pasti, hadiah tu x la mewah.. tp aku akan cuba pastikan yang nilainya lebih tinggi dari kos penghantaran (sgt x berbaloi bayar kos penghantaran tinggi2 tapi hadiah tu murah je). tp, sekali lagi ingatkan, hadiahnya x mahal.. jangan marah tau!

jangan baca.

1st of all aku nak gitau awal2 yang entry ni mungkin ada sedikit ciri2 racisme.. well, bukan la aku nak menjadi seorang racist sebenarnya, tapi aku mmg x puas hati dengan orang yang mengutuk negara aku ni. busuk2 mana sekalipun, ni tempat aku lahir. so, aku mmg hangin la.

2nd, kalau korang x tergolong dalam mana2 golongan yg aku kondem ni, jangan la terasa hati ok.. sedikit rasa racis itu biasa.. sebab secara logiknya, kita mesti la lebih sayangkan bangsa kita lebih dari bangsa lain. sama seperti kita sayang keluarga kita berbanding keluarga lain.. so, mmg boleh paham la kalau kita  lebih prefer bangsa sendiri berbanding bangsa lain. itu lumrah.

yg aku marah ialah org yang terang2 mengutuk bangsa lain. dapat2 mengutuk kat dunia maya ni yang berpuluh juta org boleh tengok. dapat2 lak bila ko cakap dalam BI.. lagi la ramai org boleh paham. lagi aku hangin bila ko masuk isu agama. come on la... apa motif ko? kalau hukum hudud dijalankan sekalipun, ko xkan terlibat la.. apa ko risau? rumah ibadat? aish.. aku rasa, surau yg byk kena roboh. dapat2 sejak 1 malaysia ni.. memang terjaga la kebajikan semua org (x pasal2 aku jadi promoter 1 malaysia!)

============================================

akhirnya aku sakit hati. orang selalu kata yang melayu ni racist la.. segala bagai.. hakikatnya? sorry.. apa yg aku nak kata ni x apply kepada semua yang berbangsa lain. apa yg aku cakap ni hanya apply kepada bangsa lain yang rasa bangsa melayu ni x setaraf dengan dorang.

kalau betul, cina dan india tidak racist, kenapa x nak masuk sekolah kebangsaan? kenapa mesti nak ada sekolah jenis kebangsaan? sebab sekolah biasa x cukup bagus? see??? u all being racist. lepas tu mula la berpuak2 bila dah sekolah menengah.. cina dgn cina.. india dgn india, melayu dengan melayu.. benda mcm ni x kronik sgt kalau kat sekolah biasa. nak belajar bahasa masing2? ada je belajar di sekolah.. apa masalahnya? tu belum lagi aku ungkit tentang sekolah cina tak perlu belajar sains dan matematik dalam bahasa inggeris.

apa yang buat aku marah sangat? sebab video kat bawah ni. pada mereka, orang melayu ni orang indonesia. dia x tengok org melayu ni sebagai pembuka negeri di malaysia ni.
sekali lagi.. aku x kondem semua yg x sebangsa dengan aku. ada antara mereka yg sangat baik. dan aku akui kdg2 diorang ni jauh lebih baik dari bangsa aku sendiri. dan aku juga sangat suka mereka. yg aku komplen ni adalah mereka yang claim sayangkan negara tapi mereka asyik tau kondem je. masalahnya, disebabkan mereka yang segelintir ni la boleh jadi bergaduh sesama kita.

orang melayu sendiri pun 1. bila bangsa lain buat sesuatu, dikatanya jangan cepat melatah.. jangan cepat sangat ikut perasaan.. bagi peluang.. tapi, bila bangsa sendiri, ah!! ambil tindakan segera. budak ini perlu diajar! jangan bagi peluang (ye, aku termasuk dalam golongan itu juga)

nape tiba aku buka isu ni? sebab aku tertngok komen seorang yg berbangsa lain di youtube yg menyuruh org melayu balik indonesia atau jadi petani sahaja. kurang ajar betul dia itu! apa hak ko nak suruh orang buat macam2? ko yang buka malaysia?

by the way, masa aku g KLIA aritu, aku tgk hanya bangsa lain je yg ramai dpt g oversea bwh tajaan JPA. bangsa aku boleh dikira dengan jari. tu pon korang xpuas hati. aku xkan tanya bila baru korang puas hati. cuma, kalau rasa malaysia ni x sayang korang, x cukup baik utk korang, sila la pilih mana2 negara yang sesuai dengan citarasa korang.

p/s: tolong bagi muka pada Namewee.. jangan hukum dia.. hukum org mcm aduka teruna je.. biar lagi ramai bangsa lain yg buat video kondem negara ni.

p/p/s: hanya bangsa aku aje yg boleh join tergelak bila bangsanya dikutuk org

p/p/p/s: belajar cakap BM dengan baik / belajar untuk bersopan. dan aku percaya korang sayangkan negara ni  setakat belajar pandai2 dan kaya, tu utk kepentingan sendiri. xyah berlagak la kata sayang negara

Jumaat, 24 September 2010

sila bayar hutang PTPTN anda.

masa aku masuk universiti dulu, seperti org2 lain aku pun dpt la duit dari PTPTN. kalau x silap, kami dapat RM1500 in advance. pastu, disebabkan aku amik sains, aku dapatla pinjaman RM7000 setahun.

Alhamdulillah, disebabkan kerajinan dan kedegilan mak aku, aku dapat biasiswa JPA. since aku dapat biasiswa tu pada tahun kedua, UPM telah menggunakan sebahagian duit utk tahun 1 aku utk bayar separuh pinjaman PTPTN (RM3500) aku. aku sangat hepi.

biasiswa JPA x sebanyak PTPTN tapi ok la.. masuk lebih awal.. x yah risau bayar.. cuma sekali je JPA lambat masuk. masa tu, makan nasi lemak RM1 je la utk mkn mlm.

ok.. cut the crap!

apa yg aku nk tulis ni adalah tentang orang yang liat sangat nak bayar hutang.. liat tu tahan lagi sebab kita mmg macam2 tanggungan tapi yang aku berbulu ni.. dengan orang yang langsung x bayar... jangan cerita pasal org yang x kerja ataupun xde keje tetap.. tu aku paham la masalah dia..  ni yang dah kaya pun x nak bayar.. apa kes? x malu ke pakai duit orang pastu x bayar? dah la ko dah kaya.. apa masalah ko sebenarnye?

mcm2 la alasan yg diberi.. interest tinggi sangat.. mahal sangat kena bayar.. bla.. bla.. bla.. hello.. nape x pikir semua tu masa korang baca perjanjian tu? siyes, mudah je perjanjian PTPTN tu.. kalau rasa cekik darah, jangan la terima.. tp ye la.. korang terdesak.. terpaksa la amik

pastu, ni sesetengah orang la.. mentang2 agak mewah la dapat duit PTPTN, masa belajar, berbelanja bagai nak rak.. sila ingat ye, duit tu utk belajar dan perbelanjaan penting masa korang belajar.. bukan utk korang melaram beli baju tiap semester. makan2 is acceptable la.. wayang? sendiri mau ingat la.. x perlu la selalu.. henfon? haha.. basic sudah la.. dah keje nanti. lantak ko la

apa yg aku ckp ni mmg realiti.. ada kwn aku, tiap sem beli baju baru.. ada plak, selalu benor tgk wayang.. ada plak, merayap ke sana sini.. sudahnye, hujung sem kering... bayangkan kalau mereka berjimat? mesti byk dorang dapat simpan kn?

tu masa belajar.. dah keje ni, kalau dorang boleh keluar duit beli baju sakan... beli kereta grand.. makan best2.. nape dorang xleh peruntukkan sikit duit utk byr hutang tu? betul la cdgn kerajaan tu.. kalau ko rasa ko ni jenis boros, buat je potongan gaji.

aku ada sorang kawan.. dia amik diploma kat kolej swasta. masa tu dia pakai pinjaman MARA.. bila sambung degree, dia amik lak PTPTN. lepas habis degree, dia xde kerja selama setahun kalau x silap. bila dia dapat kerja pun, hanya sebagai kerani kontrak di badan kerajaan. so, phm2 je la.. besar mana sangat gaji dia.

tapi, dalam dia hanya bergaji kecil, dia tetap bayar pinjaman MARA dia. dia tetap bayar PTPTN dia.. dia tetap dapat kumpul duit untuk kawin dan dia tetap dapat kumpul duit utk beli kereta (walaupun 2nd hand). akhirnya, setelah 4-5 thn jadi kerani kontrak, kawan aku tu dapat la jadi pegawai kerajaan gred 41..

see?? kalau nak, seribu daya.. xnak, macam2 la alasan korang.. x malu ke dengan kwn aku tu? dalam susah2 dia, dia bayar gak PTPTN dia. 

kaunselor sekolah aku beritahu, org dari PTPTN pernah bagitau pada dia agar pesan siap2 kat budak.. dah pinjam PTPTN tu, sila la byr.. sesungguhnya PTPTN pinjam duit dari KWSP dengan kadar faedah 5%.  dan mereka minta 4% (tu masa tu la). agak2 la.. kalau PTPTN gagal la bayar hutang kat KWSP, apa jadik dengan duit KWSP kita tu?

x kisah la kalau korang kata patut dapat belajar percuma la.. patut tu sumbangan negara la.. negara lain x mcm kita la.. sekali sekala, tolong la jgn ungkit benda tu. pada masa korang sign perjanjian PTPTN tu, korang dah tau yg korang berhutang.. dan korang tau hutang wajib bayar balik

cadangan aku... kalau ada duit byk dalam KWSP, guna duit tu, bayar habis je hutang korang tu.. kalau rasa berisiko sangat, guna la utk bayar separuh ke.. sekurang2nye, kurang gak la interest dan baki korang kena bayar.. tp, kalau rasa payah sangat, byr sikit2 tiap bulan pon xpe.. tp, x terasa langsung la duit pinjaman korang tu mcm dah terbayar.. kalau boleh, jgn la byr sikit2 sangat... memalukan ok.. makan tempat grand.. baju, handbag, kasut, kereta semua grand tp byr hutang RM50 je sebulan.. cait!

kepada yang masih belajar. sila berjimat dari sekarang.. jangan enjoy sakan.. kedekut selagi boleh. bukan kedekut actually tapi beringat.. sebab yg korang dok belanja tu bukan duit korang.. dah keje nanti, baru la korang enjoy (tapi jgn lupa saving ok)

maaf kalau korang rasa aku x betul.. tp tu la.. pada aku, dah berhutang, bayar la.. kita pon x suka kan kalau org hutang kat kita pastu x bayar? bukan takat dengan PTPTN.. dengan bank, dengan orang.. kalau ada hutang, byr la.. kalau rasa korang terperangkap dengan beban hutang, ha.. cepat2 la kontek AKPK..

p/s: kepada mereka2 yg berhutang dengan aku, tolong la bayar hutang ye.. walaupun x banyak, tapi sekurang2nye, bertambah gak la dana dalam bank aku tu.. huhu