KLIK LAJU-LAJU!

MARI BLOGWALKING DENGAN APESAL.COM

Yang Baik Hati =)

Cari cerita lama

Aku terkini

sebelum komen, baca dulu komen orang lain boleh? Bosan la nak balas komen yang sama.. sebab jawapan aku mesti sama punya. tak pasal2 aku jadi astro karang ulang tayang beberapa kali

* jangan orang astro sentap pulak dengan aku, suda

Isnin, 28 September 2009

nape aku jaki sangat dgn laki?

x la selalu.. kadang2 je..tapi aku xkira.. nyampah gak

1- semalam aku chat kat yahoo chatroom..aku tegur sorang guy ni agar xguna bahasa xsenonoh.. lepas bertekak beberapa ketika, dia kick aku..apa dia ingat dia dapat kick aku, dia hebat? boleh blah la lu

2- sometimes, aku rasa, laki ni sgt selfish.. selalu selfish.. nak kita je paham dia.. dia bz.. dia itu.. dia ini.. cuba kalau aku yg xbalas sms dia.. huh!

3- kwn aku, baru je frust dgn laki.. kwn bagai nk rak, selalu buat kwn aku keluar teman dia buat mcm2, alih2 nk kawin org lain.. alasan x serasi. woi.. klu ko xserasi dgn dia, jgn suruh dia teman ko makan.. jgn susahkan anak dara org

4- if ada pape, laki selalu tuduh pompuan ego.. padahal.. ko laki, ko la mulakan. kang klu pompuan lebih2, korang kata beria x ingat. x reti bertenang..

5- kalau gi kat chatroom, aku bnci betul tgk nick2 yg tah hape2.. x cukup dgn tu, nk tunjuk gersang kat room buat announcement bangang x tentu hala.. sib baik ada org nk tolong banned dia

6- pada lelaki, pompuan bawa kereta lembab.. ada betulnye tapi x perlu la ko buli pompuan yg bawa keta.. menyelit lane x bagi signal.. masuk tiba2.. xnk bagi ruang bila minta.. cuba kalau pompuan buat kat dia, tobat kena hon. bila laki gak yg buat, lek je

huhu.. byk lg tp tu je yg aku leh tulis.. ada isu, sensitif sikit, xleh aku sentuh.. tapi mmg la.. biasanya kalau laki n pompuan, laki ni lagi selfish.. nk pompuan paham semua apa dia buat.. kalau pompuan lak minta bnda yg sama, dia kata ngade2.. ahh!!!

p/s: aku x la anti lelaki.. aku masih suka lelaki tapi kdg2, mmg aku jaki dgn sikap dorang tu..

10 fakta menarik (part 3)

1- Ketua Perpustakaan Vatican, Rom (1819-1849), Giuseppe Caspar Mezzofanti mampu bertutur dalam 50 bahasa dan telah menterjemahkan hasil karya yang ditulis dalam 114 bahasa.

2- Wanita-wanita dari keturunan Pigmy di Lembah Congo, Afrika amat takut jika suami mereka terpikat dengan wanita-wanita lain. Bagi mengelakkan suami digoda oleh wanita lain, setiap isteri bertindak mengawal suami mereka dengan mengukir nama mereka di dahi suami masing-masing. Lantaran itu, sudah pasti suami mereka tidak lagi miang untuk mendekati wanita lain kerana nama isteri mereka sudah terpahat di dahi.

3- Kamera paling awal dicipta memerlukan seseorang beraksi selama lapan jam di depan kamera itu sebelum gambar dapat dirakamkan.

4- Kesebelasan pemain bolasepak Bulgaria yang menyertai pertandingan akhir Piala Dunia 1994 di USA berakhir dengan huruf `ov'.

5- Chimpanzee kelihatan mempunyai lebih banyak rambut daripada manusia. Sebenarnya binatang itu mempunyai bilangan rambut yang sama cuma lebih lebat.

6- Lelaki enam kali lebih mudah dipanah petir daripada wanita.

7- Sebanyak 50,000 perkataan digunakan oleh Ernest Vincent Wright untuk menghasilkan novel GADSBY. Tetapi tiada satu pun perkataan dalam novel itu yang mempunyai huruf 'E'.

8- Pencungkil gigi adalah objek yang biasanya menjadi punca rakyat Amerika Syarikat mati tercekik.

9- Pada 1905 seorang lelaki yang hanya dikenali sebagai Forestier telah memanjat 729 anak tangga Menara Eiffel di Perancis dalam masa 3 minit 12 saat untuk sampai ke puncak.

10- Beberapa negara di dunia diambil nama tokoh. Negara-negara tersebut adalah - Bolivia, diambil dari nama Simon Bolivar; Colombia diambil dari nama Christopher Columbus, Nicaragua diambil dari nama kepala suku Nicarao, Liechtenstein diambil dari nama Johann von Liechtenstein, Saudi Arabia diambil dari nama Raja Saud, dan Filipina diambil dari nama Raja Phillip. Amerika Syarikat pun namanya diambil dari nama seseorang, iaitu nama penjelajah Amerigo Vespucci.

Ahad, 27 September 2009

siput kat lampu merah

aku dah kata dah.. aku mmg xleh pay attention kat sesuatu keje.. nk kata ada penyakit hyperactive, x gak... selalunya hypoactive ada la.. tapi aku mmg jenis xleh bagi tumpuan lama kat satu2 perkara...

1 je yg aku suka... pergi kelas, dengar apa cikgu ajar, dgn syarat, aku ada nota yg dh siap, tinggal aku nk jot down point tambahan je.. kalau x, aku jenuh nak menulis apa org tu ckp.. aku xsuka..

hakikatnye, aku dah tinggalkan zaman sekolah.. skrg, aku lak jadi cikgu.. haha.. sori la cikgu... dulu saya mmg xsuka hantar buku latihan.. saya mmg malas menulis... tiba sekarang, saya kena tanda buku budak.. boring2...

nasib baik ada lagu2 soundtrack my girl.. ceria sikit hidup aku...oh.. seol gong chan...

caye x kalau aku kata, aku baru siap lg 2 kertas..?? argh!!! benci....

10 fakta menarik (part 2)

1- Tanduk atau sumbu badak bukan berasal daripada tulang-belulang tetapi terjadi daripada bulu-bulunya yang berkumpul dan mengeras.

2- Seoul adalah ibu negeri Korea. Dalam bahasa ibundanya, Seoul bermakna `ibu negara'.

3- Jika ikan jerung membuka mulut dalam tempoh masa yang lama, ia akan mati lemas kerana air akan masuk ke dalam mulutnya.

4- Setengah haiwan dapat meramal bencana, gempa bumi, banjir, ribut taufan, letusan gunung berapi dan sebagainya. Obor-obor misalnya tahu kehadiran taufan 10 atau 15 jam sebelum ianya berlaku dan ini memberi peluang kepadanya untuk menyelam lebih jauh ke dasar laut. Orang Jepun gemar memelihara ikan emas kerana ia dapat mengesan gempa bumi. Ia memberi petanda akan berlaku gempa bumi dengan melompat keluar akuarium beberapa jam sebelum kejadian.

5- Dalam satu pertandingan kerja-kerja seni yang diadakan di Barcelona Academy of Arts, para pelajar diberi diberi masa sebulan untuk menyiapkan hasil kerja masing-masing. Pablo Picasso yang ketika itu berusia 15 tahun menyiapkan peperiksaan itu dalam masa sehari sahaja dan dia memenangi tempat pertama, menewaskan peserta-peserta yang lebih dewasa daripadanya.

6- Dr James Barry, wanita menyamar sebagai lelaki menjadi jeneral dalam tentera Ratu Victoria. Dr Barry menyertai pasukan perubatan tentera, berkhidmat selama 40 tahun sebagai doktor bedah dan juga ketua penyelia kepada beberapa buah hospital. Dalam tempoh itu, dia dikenali sebagai Dr James Barry, seorang lelaki. Jantina sebenar beliau hanya diketahui pada 1865 apabila dia meninggal dunia.

7- Jerung adalah binatang berbahaya, malah sebelum ia ia dilahirkan lagi. Saintis Stewart Springer telah digigit oleh satu embrio jerung pasir semasa beliau sedang memeriksa ibu jerung tersebut yang sedang hamil.

8- Semut mempunyai otak yang paling besar dalam alam haiwan, jika dibandingkan dengan nisbah saiz badannya.

9- Cacing gergasi Australia- cacing terpanjang di dunia boleh membesar sehingga 2 meter panjang.

10- Anugerah Oscar mendapat namanya pada 1928 apabila Margaret Harrick, Pengarah Eksekutif Academy of Motion Picture Arts and Science USA mendapati bahawa ukiran patung manusia itu mempunyai rupa yang seiras dengan bapa saudaranya, Oscar.