KLIK LAJU-LAJU!

MARI BLOGWALKING DENGAN APESAL.COM

Yang Baik Hati =)

Cari cerita lama

Aku terkini

sebelum komen, baca dulu komen orang lain boleh? Bosan la nak balas komen yang sama.. sebab jawapan aku mesti sama punya. tak pasal2 aku jadi astro karang ulang tayang beberapa kali

* jangan orang astro sentap pulak dengan aku, suda

Ahad, 11 Februari 2018

KENAPA LAIN NEGERI, LAIN LOGHATNYA?

Macam yang pernah diceritakan sebelum ni, di tanah semenanjung ni memang sudah ada penduduk asal dengan bahasa masing-masing.

Apabila kerajaan srivijaya memilih untuk menggunakan bahasa melayu, raja telah menghantar wakilnya ke setiap ceruk tanah melayu untuk belajar bahasa melayu

Disebabkan masa tu tiada pendidikan formal, hanya pendidikan secara lisan, maka terdapat sedikit perbezaan sebutan bagi bangsa-bangsa yang tidak biasa berbahasa melayu ini

Kesan daripada bahasa asal dan bahasa melayu yang baharu diajar, maka muncul la dialek2 mengikut negeri (sebenarnya berpunca dari mereka x boleh nak bercakap BM sepenuhnya pada masa itu)

Harus kita ingat, kita akan menyebut perkataan seperti mana ibu bapa / penjaga kita menyebutnya.

Maka, sebab itu la kita mempunyai pelbagai dialek

Sumber: Dr Wan Marzuqi lagi

P/s: teringat masa atas flight dr Seoul ke KL terdengar sorg budak bercakap "ibu, ibu, tengok itu buk.. (Dalam loghat indonesia). Bila toleh, tengok2 anak Cina. 

Ada 2 kemungkinan:
1- Sama ada mereka dr Indonesia 
2- Budak tu lebih banyak luang masa dengan maid dari Indonesia

Jumaat, 9 Februari 2018

NAMA MELAYU PUNCA KITA LAYU? (part 2)

Alkisahnya.. Di antara negara China dan India, ada sebuah Gunung yang sangat tinggi. Orang India percaya, di situ la duduknya dewa2 dan Tuhan..

kedudukan yang tinggi untuk yang tertinggi.. maka gunung yang tinggi tu dipanggil HIM MALAYA (the highest)..

Apabila pedagang India membawa ajaran Hindu kepada raja Srivijaya di semenanjung, raja srivijaya sangat kagum dan suka dengan perkataan Him malaya... Maka, dia pun mengambil perkataan tersebut dan menamakan bangsa di dalam jajahannya sebagai MALAYUR 

Maka, sebenarnya, nama Malayur dipilih oleh raja Srivijaya kerana maksudnya (tinggi). Sekali lagi, telo dan sebutan memainkan peranan.. Beransur2 perkataan Malayur menjadi MELAYU

Kalau difikirkan balik, dalam bahasa Arab pun, Ali /Aliya bermaksud ketinggian

Sumber: Dr wan Marzuqi jugak

P/s: kalau ada pembetulan tolong maklumkan. Banyak gelak dan lambat buat catatan mungkin mempengaruhi ilmu yang melekat di dada

Rabu, 7 Februari 2018

NAMA MELAYU PUNCA KITA LAYU? Part 1

Alkisah, bangsa China dapat nama mereka sbb mereka dari negara China. Begitu juga orang India.. Bangsanya India sebab dari negara India.

Tapi, Jawah bukan la terdiri dari 1 negara. Maka, Jawi hanyalah gelaran untuk penduduk Jawa. Belum boleh digelar bangsa.

Pada masa itu, di kawasan Jawa ada beberapa kerajaan. Yang paling gah ialah Srivijaya dan juga Majapahit.

Maka, Srivijaya yang berasal dr Sumatera telahpun datang ke semenanjung. Pada masa itu, penduduk di semenanjung masih tiada nama bangsanya... Namun raja srivijaya sangat suka dengan bahasanya kerana beliau menganggap bahasanya mudah dan lunak digunakan.

Maka, raja srivijaya telah menghantar pegawai2nya untuk memastikan agar semua rakyat dalam jajahannya menggunakan bahasa yang sama (kita katakan bahasa melayu /BM. Sekali lagi diingatkan, perkataan melayu belum wujud)

Aktiviti perdagangan masih aktif di Selat Melaka. Pada masa yang sama, para pedagang mengambil peluang untuk menyebarkan agama masing2.. 

Raja srivijaya berminat dengan agama Hindu (berasal dari india)

Bersambung...

Sumber: Dr Wan Marzuqi gak

Isnin, 5 Februari 2018

KITA SEMUA ADALAH JAWA (mari belajar sejarah)

Tak nak mengaku?

Baca lagi...

..................................................


Pada suatu masa dahulu, 3 pedagang besar adalah dari Arab, India dan China. Untuk berehat, atau refill, mereka biasanya memang akan singgah di sekitar Selat Melaka/ Asia Tenggara (masa tu x pakai lagi nama Asia Tenggara)

Pada masa itu, kawasan tanah melayu ni dah ada penduduk asalnya (tp x disebut bangsa apa... Masing2 dengan komuniti masing2 dan ada bahasa masing2)

Gelaran yang diberi oleh orang Arab kepada kawasan Selat Melaka ini ialah JAWAH (bermaksud Tenggara) dan digunakan juga oleh pedagang India.. Namun disebabkan telo India, perkataan Jawah menjadi Jawa.

Dan penduduk2 di kawasan Jawa ini dipanggil JAWI..

Sumber: Dr Wan Marzuqi. Hak hak..

P/s: Dr Wan pesan, kena rajin membaca dan mencatat. Tapi aku malas baca.. Catat terus boleh kan Dr?