Ini kisah makcik aku dan anaknya. Aku tak sure yang mana..
Sekarang kan ada iklan sabun lifebuoy yang ada sorang perempuan ada kulit kering lepas tu ada doktor yang asyik tegur, "Lina, jaga kesihatan ye". Tengok tak? 1 hari, selepas beberapa kali menonton iklan itu, adik saudara aku bertanya emaknya (makcik aku).
Adik saudara: Mak, mak, sabun tu ada banyak vitamin eh?
makcik aku: aah..
Adik saudara: Elok la kan banyak vitamin?
Makcik aku: Aah..
Adik saudara: Dia asyik kata banyak vitamin, banyak vitamin, sabun tu kena makan eh mak?
Makcik aku: Errr.....
Cari cerita lama
Aku terkini
sebelum komen, baca dulu komen orang lain boleh? Bosan la nak balas komen yang sama.. sebab jawapan aku mesti sama punya. tak pasal2 aku jadi astro karang ulang tayang beberapa kali
* jangan orang astro sentap pulak dengan aku, suda
Sabtu, 10 September 2011
Selasa, 6 September 2011
BUNUH LAMPU
Pada suatu malam, selepas makan malam, aku tengok ayah atuk macam dah nak terlelap. Aku pun tanya tanya la pada atuk aku.
Aku: Ayah atuk nak tidur dah ke? Nak Along matikan lampu ke?
Ayah Atuk: Takpe takpe.. Kejap lagi ayah atuk nak turunkan tilam.. nak pasang kelambu.. Takpe, dah siap nanti, ayah atuk BUNUH sendiri lampu. Ko matikan kipas je.
Aku: Ooo.. ok... (bunuh lampu???)
Sampai sekarang aku tak pasti, ayah atuk aku serius atau bergurau guna perkataan bunuh tu.. Tapi aku tengok, lampu boleh menyala lagi esok.. Mungkin atuk aku pengsankan je lampu tu kot... =p
Jumaat, 2 September 2011
Catatan Syawal 1432H Bahagian 1
Lama aku tak update. Ada macam-macam sebab. Sebab utama adalah aku takde idea. Takde cerita sangat. Hinggalah aku balik beraya.
Raya kali ni agak sederhana. Mungkin kerana hakikat yang duit aku pun agak sederhana amaunnya. Ya, aku dapat bonus setengah bulan gaji.. Dan aku dapat tunggakan selama 8 bulan. Memang best! Masa tengok akaun bank... WALAWEH!!!!
| Agak-agak berapa RM ada ni? |
Tapi, setelah ditolak hutang (jangan berhutang tanpa sebab ye kawan-kawan) dan membaiki En. Ken kesayangan (hurmm.. haritu aircond je prob. Tiba-tiba semalam dengan bau hangit, asap putih, aircond bocor.. apakah?) maka duit aku tinggal tak berapa banyak la.
![]() |
| Asap putih ye.. en. ken? bukan.. |
Tahun ni aku dapat menganyam ketupat dengan jayanya. Aku juga dapat memasukkan beras dalam ketupat (dengan dibantu oleh adik saudara aku). Aku juga dapat tengok CSI (yang diulang-ulang) di ASTRO. Tahun ni kami tak gerak ke mana-mana. Sekadar duduk di rumah menunggu tetamu sebab dah menjadi kebiasaan, sanak saudara yang akan mengunjungi rumak atuk aku sebab atuk aku merupakan Pak Long/ Abang Long.
Jahat tak jahat, kami di rumah yang menjadi tukang bancuh air dan mencuci gelas, mengira, berapa rombongan yang dah datang, dan berapa lagi yang akan datang =) (penat woo basuh gelas..)
![]() |
| banyak gelas terlibat woo.. |
Masuk hari kedua, kami dah tak larat nak makan makanan raya. Kami dah mula mencari ikan dan sayur untuk dijadikan lauk. Tapi, seperti yang dijangka, tidak banyak kedai yang buka.
Masuk raya ketiga, kami dah mula terintai-intai kedai Hasim di pekan (mi bandung kedai Hasim sangat Rock ok!!) tapi kedai dia sentiasa penuh. Tapi petang tersebut kami dapat juga pergi kedai Hasim sebab kami menerima tetamu yang tak dijangka.
![]() |
| Aku rasa sebenarnya ni gambar mi rebus. Setahu aku, mi bandung takde tauhu kan? |
Petang raya ketiga, kami diziarahi oleh cucu atuk aku (sepupu aku) yang dah lama terpisah. 2 orang anak pakcik aku dengan isteri pertama dia. Mereka curi-curi pergi ke rumah ayah mereka dan pakcik aku bawa mereka ke rumah atuk aku. 2 orang lagi adalah anak pakcik aku yang dah lama membawa diri (ada konflik sikit dulu) tapi berhubung semula sebab mereka perlukan atuk aku sebagai wali.
Aku bukan seorang yang mudah menangis. Tapi aku sangat happy. Ye, mereka takkan boleh mesra lagi dengan kami seperti kami rapat dengan sepupu-sepupu lain tapi.. sekurang-kurangnya kami berkenalan semula. =)
Aku dengan makcik pergi ke kedai Hasim membeli nasi goreng dan mi goreng untuk tetamu-tetamu istimewa kami (lauk di rumah habis sebab beli cukup-cukup). Tapi mak dan ayah aku tak sempat untuk membeli mi bandung. Sold out! Inilah kali pertama kami balik kampung tak dapat makan mi bandung. Frust beb!
Catatan kali ni tiada motif. Hanya kisah raya tahun aku kali ni. Mungkin, ada orang akan kata, entry aku patutnya dia singkan kepada beberapa entry. Biarlah.. Aku memang tak pandai menggarap cerita. Kalau aku pandai, dah lama BM aku dapat A1 (kalau sekarang, A+)
Ada cerita lain. Tapi nanti-nanti la aku cerita. Aku ni tengah potong baris adik aku guna komputer ni.. Huhu..
Sabtu, 27 Ogos 2011
Maaf zahir dan batin
Maafkan aku kalau entry kali ni sangat geli geleman tapi aku nak tanya jugak.
"Siapa rindu aku?? Angkat tangan tinggi-tinggi cepat!!"
Jelas, aku sedang berada dalam kerunduman idea. Aku tak tahu apa nak tulis dalam blog. Tak nak salahkan kerja sebab sepanjang bulan puasa ni aku tak sesibuk mana. Tak nak salahkan adik-adik yang balik dan berebut untuk online sebab waktu kami online berbeza (tapi dalam hati, ada gak la salahkan. kena beratur ok). Semuanya memang atas kelemahan aku sendiri.. huhu..
Tapi takpe la. Malam ni mungkin malam terakhir aku online sebelum Syawal menjelang. Jadi aku nak ambil kesempatan ini untuk minta maaf banyak-banyak dekat semua yang membaca blog ni. Minta maaf kalau aku terlebih cakap sampai korang terasa. Kurang bagi maklumat sampai korang rasa entry tergantung. Maaf kalau apa yang aku cakap buat korang tersinggung. Seriously, aku dah cuba tapis bahasa aku sebaik mungkin. Aku yang sebenar adalah lebih.. err.. baran? Kurang asam?
Pendek kata, maafkan aku atas segala keterlanjuran yang aku telah lakukan. Blog ini sebenarnya adalah tempat aku meluah rasa. kalau korang tak kenal aku di dunia nyata, kemungkinan besar cerita tu takde kaitan dengan korang. Jadi tak perlu la terasa. Mungkin prinsip kita tak sama. Itu sahaja... Sekali lagi, minta maaf banyak-banyak..
| Seperti biasa, gambar adalah dicuri. Yup.. aku sedar kat situ tulis 1430H.. Tak kisah la tahun bila, motif gambar tetap sama.. Maafkan aku.. m( _ _ )m |
p/s: Aku sedang berusaha untuk tulis cerita.. ala.. cersapen (cerita sangat pendek) je.. tapi aku perlukan masa untuk mengeluarkan idea.. tolong doakan idea tu keluar dgn lancar ye
Langgan:
Catatan (Atom)


