KLIK LAJU-LAJU!

MARI BLOGWALKING DENGAN APESAL.COM

Yang Baik Hati =)

Cari cerita lama

Aku terkini

sebelum komen, baca dulu komen orang lain boleh? Bosan la nak balas komen yang sama.. sebab jawapan aku mesti sama punya. tak pasal2 aku jadi astro karang ulang tayang beberapa kali

* jangan orang astro sentap pulak dengan aku, suda

Selasa, 9 Ogos 2011

TERIMA KASIH SEBAB BAGI BONUS..

Alhamdulillah.. sangat gembira bila tau yang kaki tangan kerajaan dapat bonus 1 bulan gaji. Seperti biasa, kerajaan ambil pendekatan beri separuh bonus masa nak menyambut aidilfitri dan separuh lagi masa hujung tahun nanti (Betul ke? Confident je aku. Harap-harap ye la)

Cuma, aku rasa aku lebih suka bila kerajaan bagi bantuan sama banyak pada semua penjawat awam. Macam tahun lepas kerajaan bagi semua penjawat awam RM1000. Aku lebih suka macam tu. Cuma amaun RM1000 tu terlalu sedikit. Aku cadangkan, bagi RM3000 pada semua penjawat awam..

Lalu korang pun akan berkata, "sangat tidak bersyukur perempuan ini"...
Oh yeah!! Oh yeah!!!

Hahaha... Seriously, manusia memang takkan puas dengan apa yang dia dapat. Tapi cadangan yang aku bagi ni bersebab. Sebab-sebabnya ialah:
1- Kebanyakan kaki tangan kerajaan yang bergred dan bergaji rendah terdiri daripada mereka yang baru berkeluarga. Anak semua kecil-kecil dan ada dalam 3-4 orang. Diharapkan dengan sumbangan/bonus sebanyak tu, dapat juga mereka menyimpan sedikit.. Serius, boleh tak korang bayangkan macam mana mereka hidup di KL dengan gaji bawah RM1000?? Sewa je dah RM500 minimum.. Belum lagi makanan, lampin anak, kenderaan
2- Kebanyakan orang yang bergred dan bergaji tinggi adalah mereka yang sudah tua. Denagn kata lain, anak semua dah besar panjang. Siap dah kerja jadi doktor lagi... Jadi, tak perlu la bagi mereka bonus sampai 1 bulan. RM3000 tu untuk seorang pun dah cukup. Percayalah, mereka tak perlu risau lampin cucu diorang
3- Secara logiknya, kerajaan akan sangat berjimat kalau semua kaki tangan kerajaan dapat bonus RM3000 seorang. kalau tak percaya, cuba kira sekarang. (ok, aku mula menyesal minta RM3000 je. Nak RM4000 boleh tak? Kerajaan tetap dapat jimat banyak dari bagi bonus ikut gaji. hehehe- See?? Manusia tak pernah puas dengan apa dia dapat)

Tu je buat masa ni. Sila ingat, aku sangat bersyukur denagn apa yang aku ada walaupun jujur, aku memang tak pernah puas. Ada je benda baru yang aku nak. Tapi serius, aku bersyukur sebab Allah memang mudahkan perjalanan aku. Cuma, aku selalu terfikirkan nasib mereka yang bergaji kecil ni. Aku kagum bagaimana mereka boleh hidup di bandar bernama KL ni..

Isnin, 8 Ogos 2011

Syaitan kena ikat tapi...

Kalau tak silap aku, dulu ada orang bagitahu aku, masa bulan Ramadhan, syaitan semua kena ikat. Tapi kenapa aku tengok minggu lepas, banyak sangat laporan kat berita kata orang kena bunuh?

Kalau diperhatikan, kebanyakan kes, semuanya serangan/ mayat dijumpai di rumah mangsa. Berita macam ni yang membuatkan semua rumah mengambil dasar pintu tertutup. Tak nak dah biar pintu tak berkunci, apatah lagi terbuka.

Contoh terdekat rumah aku la. Dulu rumah kami pintu terbuka je. Sengaja nak bagi angin masuk. Sebab tu peminta sedekah suka datang rumah kami. Sampai 1 tahap, peminta sedekah ni pakat bagi salam kat rumah aku je. Tak try pun rumah lain sebab rumah orang lain memang takkan buka pintu. Tapi sekarang ni, mak aku sendiri asyik pastikan yang pintu kami berkunci. Terutama masa ayah ke surau. Takut sangat kalau tiba-tiba ada orang yang tak diingini yang masuk.

Aku adalah orang yang berpegang kalau dah ajal, kaedah macam mana pun, meninggal juga la. Tapi aku lebih tenteram kalau orang tu mati sebab sakit atau kemalangan (ok aku jahat) tapi apa yang aku sampaikan di sini ialah, aku lebih suka kalau kematian tu bukan disebabkan oleh sikap manusia yang kejam.

Ye sacara saintifiknya manusia juga adalah sejenis haiwan tapi boleh tak jangan berperangai macam haiwan? Ada sebabnya kenapa Allah bagi kita akal. Tolong gunakan boleh tak? Ada sebab juga kenapa Allah bagi kita hati dan perasaan.

Dan yang paling utama, haiwan membunuh untuk memstikan kelangsungan hidup dia. Dia membunuh (lebih tepat memburu sebenarnya) untuk mendapatkan makanan. Yang kau manusia, kau dah samun orang tu, dah la. Buat apa nak ambil nyawa?

Dah la. Aku nak pastikan aku dah kunci pintu ke tak Aku harap semua umat Islam selamat dari melakukan kejahatan dan menjadi mangsa kejahatan.. hurmm..

Ahad, 7 Ogos 2011

Selera makan tetap membara di bulan Ramadhan

Sedar tak sedar, dah seminggu dah kita puasa. Aku tengok anak bulan pun dah mula remaja. Dah separuh dah. Macam cepat sangat masa berlalu. Fasa pertama Ramadhan dah nak berakhir dah.

Kononnya, aku bercita-cita untuk melatih diri aku untuk jangan makan banyak-banyak masa bulan puasa ni. Masa sebelum puasa dulu, dah pasang niat, konon masa sahur dan berbuka nak makan kurma sahaja. Sila baca sekali lagi NAK MAKAN KURMA sahaja.

Hakikatnya, dah dua hari aku makan nasi 2 round masa berbuka. Habislah.. Baju-baju semua memang dah makin mengecut (sila baca dan fahamkan betul-betul).. Ada peluang la raya ni aku pakai baju saiz L pula. Ternyata aku belum cukup bijak mengawal nafsu makan aku ni..
Harap-harap, aku lebih bijak dalam 3 minggu akan datang ni. Sangat tak best untuk beralih saiz. Baju semua elok lagi.. Sayang nak buang.

Kalau korang ada idea macam mana nak kekang selera makan aku yang hebat ni, sila beritahu aku ya?

Selasa, 2 Ogos 2011

Perkaitan antara makanan dan kehidupan

Apakah rasa makanan yang paling sedap? Manis? Kalau macam tu, gula la makanan paling sedap di dunia. Bukan manis? Habis tu? Pedas? Kalau macam tu, cili la makanan paling sedap dalam dunia. Bukan juga? Habis tu? Masam? Senanglah.. makan sahaja cuka setiap hari.

Apa pula rasa yang paling tak sedap? Pahit? Habis tu, kenapa ramai orang berhabis duit untuk minum kopi di Starbucks?

Hakikatnya, makanan yang sedap tak terdiri dari satu rasa sahaja. Beberapa rasa dan rencah dimasak bersama barulah menghasilkan masakan/makanan yang sedap. Misalnya tomyam (oh, tiba-tiba teringin nak makan tomyam pulak dah). Pada tomyam ada rasa masam, manis, masin dan pedas. Sama juga dengan kopi. Rasa pahit ditambah rasa lemak dan manis... Ummm...
Perghh..

Yup, memang rasa pahit kopi lain. Tak sama dengan pahit panadol. Tapi masih lagi pahit kan?

Dan, walaupun aku sangat suka tomyam, aku rasa, aku tak mampu nak menelan tomyam setiap hari dalam setahun. Kadangkala aku perlukan variasi dalam hidup.

Begitu juga dengan hidup. Memang secara teorinya, kita nak hidup kita manis sahaja. tak nak lah pahit-pahit ni. Tak nak lah nangis-nangis, syahdu-syahdu ni. Kalau boleh, tiap hari nak hidup dengan tersenyum dan gelak ketawa.

Hakikatnya, hidup ni sama juga macam masakan. Perlukan adunan secukup rasa. Takkan manis sentiasa. Mesti ada masam, masin, pedas dan pahit (hoh, tadi kata suka kopi la, koko la.. tapi pahit tak suka). Dan jika kita dah biasa dengan adunan itu, sekali-sekala, Tuhan akan bagi kita adunan yang baru (asyik tomyam je, sekali-sekala pekena paprik pun sedap juga kan?)
Aku suka paprik yang berkuah. Boleh letak kat nasi

Kenapa? Supaya hidup kita lebih berperisa. Supaya kita dapat belajar dari apa yang kita lalui. Supaya kita tidak rigid (kaku/kelu/terkedu) bila berhadapan dengan sesuatu perkara.

Ye, kadangkala kita tak sukakan perisa yang kita tak biasa. Tapi, kalau kita belajar untuk menerima dan menyesuaikan diri dengan perisa baru tu, mungkin satu hari nanti kita dapat menerimanya.

Dan yang paling penting, Kita akan paling menghargai sesuatu makanan tu semasa kita lapar (tak percaya, cuba la bagi makanan kat orang yang kebuluran/ dah beberapa hari tak makan). 

Kalau diterjemahkan dalam kehidupan, kita akan menghargai apa yang kita miliki pada waktu kita sangat memerlukannya. Jadi, bersabarlah kalau nikmat tu belum tiba lagi. Pada saat kita memerlukannya, Tuhan pasti akan beri dan masa tu, alangkah nikmatnya hidup ni.

Oh, kalau kita tengok ada orang susah hendak menerima apa yang berlaku dalam hidup dia, jangalah maki dia. Sebaliknya pimpin dia untuk menerima apa yang berlaku. Ajar dia makan tomyam tu. Mana tau, lain kali, dia pula yang akan ajar kita makan laksam?