Esok subjek aku ada:
1 - Tingkatan 5 - Seminar teknik menjawab soalan di SMK Raja Abdullah. Aku bertugas sebagai fasilitator untuk slot ice breaking dan motivasi. Masalahnya aku takde mood langsung nak buat sebarang persediaan.. aish!!! serius.. nak cari slideshow lama pun malas. Nak cari yang baru lagi malas. Nak pikir apa nak cakap esok pun aku malas. Oh, bas, aku baru sms orang tu pukul 11.50 pm tadi
2 - Tingkatan 4 - Ujian Julai. Aku tak sure kertas mula pukul berapa tapi aku baru lepas siap taip.. hehe. Esok aku kena fotostat dan edarkan soalan pada cikgu yang terlibat. Aduh... Jangan bagitau pengetua aku ok. Soalan memang sedikit. 12 soalan je aku buat untuk 2 jam. Harap-harap budak aku boleh jawab.
Siang tadi pula, selepas menjawab soalan ujian, aku telah mengerah budak-budak aku untuk pergi buat amali. Sempat jugala merek buat 2 amali keropok. Cayalah!!! Padahal, memang patutnya kejap je. Hehe.. Aku suruh mereka buat kerja laju-laju dengan memberi alasan kononnya aku nak berjumpa dengan boyfriend.
Budak-budak aku memang teringin nak tengok cikgu dia happy (duh..). So, bila mereka dengar aku nak dating, tudung aku kena tepung pun, mereka beria tolong bersihkan.. Hahah.. style la korang... Semua anak murid aku begitu ye. sangat sporting. Tapi, janganlah mereka yang cerita pasal boyfriend masing-masing, semua aku kutuk balik. Hahaha
Dah la. cadang nak tulis pendek je tadi. Jumpa lagi
Cari cerita lama
Aku terkini
sebelum komen, baca dulu komen orang lain boleh? Bosan la nak balas komen yang sama.. sebab jawapan aku mesti sama punya. tak pasal2 aku jadi astro karang ulang tayang beberapa kali
* jangan orang astro sentap pulak dengan aku, suda
Selasa, 26 Julai 2011
Isnin, 25 Julai 2011
Mencuri Masa di Makmal Komputer
Khamis, 21 Julai 2011
HOSPITAL KERAJAAN MEMANG TERUK!
Aku baca status FB seorang kawan fb aku. status dia berbunyi begini..
"apabila hospital swasta dah macam klinik kesihatan kerajaan,punyalah ramai..apa tandanya?rakyat semakin mewah atau rakyat dah tak larat nak tunggu..."
Apa agaknya respon dari kawan-kawan dia? Apa agaknya respon korang pulak?
Hah! aku tahu, rata-rata korang akan salahkan hospital kerajaan yang lembab.. tunggu berjam-jam tapi tak panggil-panggil lagi. Dapat pula lepas tu jururawat bapak la garangnya. menengking sahaja kerjanya.
Betul tak?
Well, orang yang menunggu tu, bukan menunggu dari petang semalam atau malam tadi. Mereka pun baru sampai pagi tadi. kaki tangan hospital secara logiknya akan punch card pukul 7.30 pagi. Jadi, secara logiknya kaunter akan dibuka pukul 8.00 pagi.
Bilik rawatan memang la banyak tapi orang yang datang lagi ramai. Jadi secara logiknya perlukan la masa untuk layan seorang demi seorang kan?
Sila ingat juga yang caj yang dikenakan oleh hospital kerajaan adalah murah. Jadi, secara logiknya, semua orang berpusu-pusu ke situ. termasuk la juga warga asing. dan korang sendiri tahu betapa ramainya warga asing terutama di KL ni.
Korang rasa korang mampu? Sila la pergi ke hospital swasta. Perkhidmatan mereka mesti tip top. Korang daftar kata nak check sakit perut je, terus dia akan tahan korang, bagi minum 4 jag air, lepas tu ajak buat ultrasound.
Kalau hospital kerajaan, korang memang kena beratur kalau nk buat pembedahan. Kalau hospital swasta, lepas check je ultrasound, terus dia konfemkan masa pembedahan pukul 2 hari yang sama. Terus dia boleh diagnose penyakit ko kata cystic ovary. Dia assignkan doktor sakit puan terbaik yang dia ada. Lepas tu masa bedah, tengok-tengok rupanya apendiks yang pecah. Takpe, no problem! Panggil doktor lain.
Kalau hospital kerajaan, takde maknanya la doktor nak jumpa ko selalu. Dia banyak pesakit lain. Tapi kalau swasta, doktor sakit sakit puan pun jumpa ko.. doktor yang rawat apendiks pun jumpa ko. Gila caring mereka nih
Makan pulak, aiyo.. kalau hospital kerajaan sangat tak sedap ok? Kalau hospital swasta, ko nak apa? cakap je. Semua boleh dapat. Kalau staf tak bagi makanan yang ko nak, ko boleh baling tray dekat staf tu, ko boleh maki dia sesuka hati. Diorang takkan angkat muka punya.
Kalau hospital kerajaan, macam tak sabar-sabar je nak halau ko balik, tapi kalau hospital swasta, takpe.. duduklah.. sampai awak betul-betul sihat.
Aku pernah mengalami apa yang aku ceritakan di atas. Nenek aku pembedahan apendiks di hospital kerajaan. Aku pula pembedahan apendiks (pecah) di hospital swasta. Aku duduk di hospital selama 9 hari. Aku hanya boleh makan bermula pada hari ke-6. Hari 1-5 aku bergantung pada drip. So, nak lepas geram, memang aku bantai order sanwic tuna tiap malam dan order macam-macam makanan. Tu belum cerita aku tengok TV tanpa henti.
Sebab apa perkhidmatan hospital swasta sangat terbaik? Sebab, kos bilik sahaja RM128/hari. Kos makanan pula RM46/hari tak kira la ko boleh makan atau tak. Kos pembedahan aku tak pasti tapi yang aku pasti, tiap kali doktor datang jumpa aku tanya aku ok atau tak, tiap kali tu juga aku dicaj tak kurang dari RM100. Silap-silap aku kena caj RM1000 kot untuk 1 lawatan?
Ye ye je aku cakap kan? Memang ya pun. 9 hari aku di hospital, kos rawatan aku adalah RM18k! yup, korang tak salah baca, aku tak salah taip. RM2k/hari. korang agak-agak la macam mana. Dahla pada hari aku dah boleh balik, bila aku nak minta surat keluar ke apa tah (aku tak ingat) orang hospital tak bagi aku balik dengan alasan, aku tak habis lagi bayar bil.
Masa tu, serious shit aku nak jerit " Kau bodoh ke apa? Dah tau aku takde duit, nak simpan aku lagi buat apa? Lagipun, takkan la aku nak tipu ko? Lagipun, korang mesti dah check aku ada GL ke tak baru korang operate aku dengan happy kan?" tapi aku masih muda. Diamkan je la
Kesimpulannya, perkhidmatan hospital kerajaan adalah teruk dan perkhidmatan swasta adalah terbaek! Sila pergi ke swasta kalau korang mampu. Biarkan hospital kerajaan ni untuk orang-orang miskin je. Sila kesian kepada doktor-doktor kerajaan yang nak merawat terlalu ramai orang sakit. Dan silalah sokong doktor-doktor swasta tu. Kalau korang tak pergi swasta, macam mana doktor-doktor sekalian nak buat duit? Buat penat je diorang melobi Menteri Kesihatan supaya pendekkan tempoh kontrak ikat dengan hospital kerajaan.
Tapi, kalau korang nak juga pergi ke hospital kerajaan, sila berhenti merungut! Aku benci orang yang suka kondem orang lain. Ko tak duduk di tempat orang tu. Jangan kondem lebih-lebih. Nak tegur takpe. Kondem jangan!
Arghh!!! Aku membebel panjang-panjang lagi. Padahal tadi niat nak buat entry pendek je.. BENCI!
p/s: Nak letak gambar apa ek??
Ahad, 17 Julai 2011
Mak Ayah Aku Tak Sabar Nak Sambut Menantu
Ceh, tadi masa mandi, bukan main banyak idea datang untuk update blog. La ni bila dah terpacak depan komputer, takde idea la plak. Aishh!!!
Oh, apa kata aku cerita kat korang pasal kerisauan mak ayah aku? Uh uh.. apa agaknya yang mak ayah aku risaukan tu ye? Sudah tentu la mereka risau hakikat yang aku masih lagi belum kahwin walaupun dah berumur 29 tahun (Alamak!!! Aku 30 tahun tahun depan!!! Biar betul??)
Aku pun tak tahu kenapa, dalam 2 minggu ni, beria-ia mak aku ajak pergi mandi bunga la.. mandi limau la supaya jodoh melekat kat aku. Muahaha.. 2 reaksi aku tiap kali mak aku bertanya bila masa yang sesuai untuk kami pergi ke sesi mandi manda tu:
1- aku hanya tergelak dan bertanya pada mak aku, " mak rasa, along dah ready ke untuk kahwin? Along kesian la dekat laki tu... "
2- Aku hanya mengeluh (part ni mak aku tak perasan).
Aku cuak sebenarnya. Aku tak tahu aku dah ready ke nak kahwin. Macam belum. Buat masa ni aku pandai masak nasi goreng je. Masak yang lain belum pandai lagi. Mi segera pun harapkan Ika masakkan untuk aku.
![]() |
| Pandai urus rumah tangga 1 hal, nak cari duit untuk kahwin pun 1 hal. Duit aku di bank bukannya banyak pun.. Aishh!!! |
Aku ceritakan la kepada kawan aku tentang keinginan mak aku yang nak bermenantu ni. Aku juga memberitahu kawan aku ni siap-siap yang aku bukanlah seorang yang memilih (ok, aku tipu) cuma, aku memang tiada peluang untuk berkenalan dengan lelaki (anak ikan jangan kira ye. itu anak ikan.Aku perlukan orang untuk menaja hidup aku. Bukan sebaliknya)
Betul aku tak tipu.. Aku pukul 6.45 pagi dah keluar rumah menuju ke sekolah. Pukul 4.20 petang aku dah mula bergerak balik ke rumah. Dalam perjalanan balik, aku jemput mak aku. Itulah rutin aku selama 5 hari seminggu. Jadi, Bilanya aku nak jumpa lelaki? Dah la persekitaran kerja aku memang penuh dengan perempuan je. dah la cikgu-cikgu laki tentu-tentu kahwin awal. Dapat kerja je, terus cari calon isteri. Dah la cikgu laki pun edisi terhad.
Err... aku tak tahu macam mana nak akhiri catatan kali ni. boleh tak aku nak berhenti tiba-tiba je kat sini? boleh ya? Ok. Jumpa lagi.
p/s: Kalau korang nak tolong penuhi impian mak ayah aku, tolong carikan aku lelaki yang hensem, kurus, putih, tinggi, bujang, kaya, baik, beriman, memahami, serta penyabar. Romantik? Ala... kalau dia sayangkan aku, automatik romantik datang sekali.
Langgan:
Catatan (Atom)
