KLIK LAJU-LAJU!

MARI BLOGWALKING DENGAN APESAL.COM

Yang Baik Hati =)

Cari cerita lama

Aku terkini

sebelum komen, baca dulu komen orang lain boleh? Bosan la nak balas komen yang sama.. sebab jawapan aku mesti sama punya. tak pasal2 aku jadi astro karang ulang tayang beberapa kali

* jangan orang astro sentap pulak dengan aku, suda

Khamis, 14 Julai 2011

When Love And Hate Collide Def Leppard

Huhu.. Tak tahu kenapa tiba-tiba masa di sekolah tadi, aku teringat lagu ni. lagu ni agak lama juga la.. Kalau tak silap aku, masa aku form 2.. dengan kata lain, masa tahun 1996. Masa tu aku tak minat lagu English ni.. Kawan aku je yang dengar. Aku pula dok gila dengar KRU. Maklumlah.. masih lagi ada pengaruh aliran melayu yang kuat (masa tu, nak baca Sweet Valley Twin pun ambil masa bertahun)

Tau tak lagu ni? Kalau tak tahu, sila cari ye.. boleh tengok kat youtube juga...

Title: When Love And Hate Collide
Singer: Def Leppard

You could have a change of heart, if you would only change your mind
Instead of slamming down the phone girl, for the hundredth time
I got your number on my wall, but I ain't gonna make that call
When divided we stand baby, united we fall

Got the time got a chance gonna make it
Got my hands on your heart gonna take it
All I know I can't fight this flame
You could have a change of heart, if you would only change your mind
Cause I'm crazy 'bout you baby, time after time

Without you
One night alone Is like a year without you baby
Do you have a heart of stone
Without you
Can't stop the hurt inside
When love and hate collide

I don't wanna fight no more, I don't know what we're fighting for
When we treat each other baby, like an act of war
I could tell a million lies and it would come as no surprise
When the truth is like a stranger, hits you right between the eyes

There's a time and a place and a reason
And I know I got a love to believe in
All I know got to win this time

[Repeat Chorus]

[SOLO]

You could have a change of heart, if you would only change your mind
Cause I'm crazy 'bout you baby...Crazy...Crazy

Without you
One night alone
Is like a year without you baby
Do you have a heart of stone
Without you
One night alone
Is like a year without you baby
If you have a heart at all
Without you
Can't stop the hurt inside
When love and hate collide

Ahad, 10 Julai 2011

Murtabak mi segera (aiceh.. tak nak bias kunun!!)

Bahan-bahan:
mi segera perisa kari 1 bungkus
telur 2-3 biji
bawang merah/besar (ikut suka)
air
minyak masak

Cara-cara:
1- Celur mi segera sampai kembang
2- Pecahkan telur. Masukkan bawang yang telah dicincang dan serbuk perencah kari. Kacau rata.
3- Masukkan mi yang kembang tadi ke dalam bancuhan. Kacau sebati
4- Goreng atas kuali leper.
gambar curi ye adik... sila lawati di SINI

* Ini adalah kaedah paling simple. Boleh ubah suai ikut sesuka hati.. Masuk apa suka pun boleh. Cuma, kalau benda tu lambat empuk (contoh: kentang, daging) sila masak siap-siap dulu. Takut dia tak masak pula nanti.
* Bawang tu wajib. Banyak atau sikit je
* Rasa, sila rasa sendiri ye. Terlebih atau terkurang garam adalah tanggungjawab anda.. =p
* Oh, kalau korang tere, buat la bentuk 4 segi. Tapi kalau dapat bentuk bulat pun takpe.. jangan rasa bersalah ok?
* Pengakuan ikhlas: Aku tengok kak mas buat je. Aku takkan buat. Aku kan tak makan bawang =p

Sabtu, 9 Julai 2011

rentetan dari luahan perasaan je

Ingat tak entry seblum ni yang aku bengang dengan seseorang? ala... betulbetul entry sebelum ni.

Ok, kisahnya, keesokan harinya, orang itu menegur aku seperti tiada apa-apa yang berlaku. kelusaan harinya aku pun dah mula bercakap seperti biasa dengan dia.. hurmm... nampaknya kami memang belum mengenali satu sama lain lagi.

Dia memang bengang dengan aku. dan dia menunjukkan rasa bengang itu kerana dia rasa dia patut jujur pada aku. Dan kebetulan dia memang tak sihat dan penat dan. aku pun tak tahu.

Dari pihak aku pula, aku memang tahu dia bengang tapi aku tidak mengungkit dan menegur dia seperti biasa bukan kerana aku tak perasan dia tak puas hati. cuma, aku memang tak nak ungkit rasa tak puas hati yang wujud. Aku bukan jenis manusia yang bertanya "Kau marah kat aku ke?". aku lebih kepada "jangan tegur aku hingga aku sejuk"

Dia ajak aku pergi kelas masak nasi ayam hainan. Haha.. mesti agak pelik kalau orang yang tahu aku tulis pasal dia mendapati aku pergi kelas dengan dia. Tapi sebenarnya, awal-awal lagi orang dah pelik sebab aku boleh sentap gila dengan dia.

Memang betul la.. Kita lebih mudah tersentuh dengan orang yang kita anggap lebih rapat dan kenal kita. Sedangkan kita lupa, kadang kala masih ada sisi yang belum kita tunjukkan pada dia dan masih ada sisi lain dirinya yang kita belum pernah lihat dan kenal..

Perjalanan hidup sangat panjang. Dan di sepanjang perjalanan kita belajar.. 

Anyway, aku masih sentap. Tapi aku happy la yang semuanya dah ok. Aku tahu dia pun sama. Takpe, masa akan memudarkan luka dan parut yang tercipta.

p/s: Takde gambar. tak tau nak letak gambar apa. bagi idea?

Khamis, 7 Julai 2011

luahan perasaan je

Karnival MPV peringkat Wilayah dah berakhir kelamarin (5 Julai 2011). Walaupun pada permukaan dia nampak macam ok tapi hakikatnya banyak yang tak ok.

Yup, aku takde masalah dengan pengurusan acara oleh pihak sekolah. Cikgu-cikgu sekolah aku memang cekap dalam menguruskan majlis. Tapi majlis besar seperti itu memang memeningkan aku lebih-lebih lagi bila orang mengharapkan pelbagai benda dari aku.

hurmm.. yang paling tak best, orang yang aku anggap kenal aku marah aku. Dia kata dia tak suka bila dia nampak je aku, aku asyik marah-marah.. Padahal, itu hanyalah aku yang merungut. Bukanlah aku marah pun (walaupun ada jugalah bengang sebab asyik ke depan dan belakang). Dia juga kata dia penat dan duit panitia dia banyak digunakan.

Aku tak kisah kalau dia setakat kata tak suka perangai aku macam tu. Tapi yang paling aku tak boleh belah ialah ekspresi muka dia masa tu. So, aku ucapkan terima kasih sekali lagi pada dia kerana menolong dan menjadi sponsor gas memasak pada hari tersebut dan berjanji takkan minta tolong dia lagi..

Mungkin aku yang tak kenal dia, atau dia yang tak kenal aku. Either way, i won't look at her like the way i looked at her before. Aku tak rasa aku boleh lupakan perkara hari ni.

Maaf. Aku cuma terasa sangat bengang. Aku tak boleh nak beritahu pada kawan-kawan di dunia nyata sebab aku akui aku pun ada saham kesalahan di situ. Aku tak minta korang yang membaca untuk mengomen. Aku cuma menggunakan entry ni untuk luahkan perasaan je.