KLIK LAJU-LAJU!

MARI BLOGWALKING DENGAN APESAL.COM

Yang Baik Hati =)

Cari cerita lama

Aku terkini

sebelum komen, baca dulu komen orang lain boleh? Bosan la nak balas komen yang sama.. sebab jawapan aku mesti sama punya. tak pasal2 aku jadi astro karang ulang tayang beberapa kali

* jangan orang astro sentap pulak dengan aku, suda

Khamis, 6 Januari 2011

Punch card merah gara-gara Panggilan Hangit

Keluar rumah jam 6.47 pagi. Hujan yang turun boleh tahan juga lebatnya. Membuatkan kereta sedikit penasaran. Ditambah lagi dengan bilangan kereta yang banyak kerana Subuh sekarang pukul 6.00 pagi. ramai sungguh saingan aku nak pergi kerja.

Lepas menurunkan mak di pejabatnya, aku terus menuju ke AKLEH. Hujan lebih lebat di situ. Namun tiada masalah besar. Sampai di Jalan Turn Razak, hujan sudah reda. Semasa meletakkan kereta, aku tengok, jam baru pukul 7.22pagi. kebetulan dekat HotFm tengah Panggilan Hangit.

Memikirkan yang aku masih ada banyak masa, aku mengambil keputusan untuk mendengar Panggilan Hangit. Entah kenapa, panjang pulak panggilan hangitnya.. Dalam masa aku dok mendengar Panggilan Hangit, Kak Anita sampai, Intan sampai, Kak Mazrah sampai..

7.26 pagi, Panggilan Hangit selesai. Aku bergegas untuk punch-in. Cis! Aku dah terlewat! Jam punch card sudahpun 7.32 pagi. Gara-gara nak mendengar Panggilan Hangit, pagi aku hangit. Aku tengok nama Kak Anita. Ala.. dia sempat... dia punch in pukul 7.29!!!! BENCI!

Aku mengadap Pengetua (biasa la.. dah lambat, kena la mengadap bos). dengan jujur, aku berkata, " saya mengaku salah saya. Saya dah sampai tetapi saya lewat kerana saya mendengar radio di kereta."

Jujur kan aku? huhu.. mujur aku tak beritahu Pengetua yang aku lewat kerana mendengar panggilan hangit. Huh!

Paling haru, di punch card pun aku tulis, terlewat kerana mendengar radio di kereta. Adoi!! Bendulnya aku!

Oh ya! Hari ini juga aku kantoi kerana tidak pernah punch-out. Haha!! What  a day!


p/s: Tadi aku dah tulis di wall FB AG supaya jangan lambat sangat siarkan Panggilan Hangit.

Rabu, 5 Januari 2011

Hari ketiga..

Aku tunggu dalam kereta, tak juga muncul. tunggu di stesen LRT pun, x nampak batang hidung. Dah 3 hari aku tunggu. Masih tak nampak bayang atau petanda pun yang dia nak muncul. Kenapa lambat sangat dia muncul sedangkan aku memang perlukan dia sangat masa ni? Selalu macam tu, bila aku perlukan dia, mesti dia kecewakan aku. 

Kejap.. kalau difikirkan balik, dia memang tak pernah muncul. ok la.. Ada la sekali sekala tetapi selalunya memang takde la.. Dia memang tak nak sokong aku ataupun aku ni memang pemalas, aku pun tak pasti..

Masalahnya, aku sangat memerlukan dia sekarang. disebabkan dia takde, aku buat kerja lain yang tak berkaitan sedangkan banyak lagi benda lain aku kena buat..

MOOD.. oh MOOD... tolonglah datang.. aku nak kena taip senarai nama budak rumah sukan.. nak kena buat RPT.. nak kena urus mesyuarat kelab.. kena buat buku rekod.. semua nak minggu ni. Tolonglah muncul.. aku terdesak ni..dah hari Rbu dah ni.. Hari Jumaat semua kena setel. Dah la Sabtu ni ada LDP..

Surat untuk loan pun aku tak siapkan lagi tau! Adeh!!

Ahad, 2 Januari 2011

simptom-simptom lama muncul semula

Hati (ke jantung?) aku berdebar.. Kepala ada sedikit pening.. Rasa macam nak demam. Dulu masa aku sekolah, aku selalu rasa macam ni tiap kali aku nak naik bas untuk balik ke sekolah.

Masa tu, aku sangkakan memang tu adalah simptom tiap kali aku nak buat perjalanan jauh nak meninggalkan mak ayah.

Kini aku dah tau. Tu rupanya simptom sekolah nak buka.. Aduh..

Tak sangka umur dah nak masuk 29 ni, aku masih mengidap simptom tu. Memang tak best.

Kerja tahun lepas tak siap lagi. Tambah lagi kerja tahun ini.. Hurmm..

Doakan aku menjadi orang yang lebih cekap dan buat kerja dengan baik tahun ni.. Huhu..

p/s: Sorry sebab entry mandom 2-3 menjak ni.. Maybe lepas sindrom sekolah nak buka ni reda, aku akan ok balik..

semakin hampir tetapi semakin jauh.. =(

aku nak menulis benda yang gembira tapi susah sebab sekarang aku tak gembira.

kalau aku nak tulis mengikut mood aku sekarang, orang yang membaca pula akan kena muntah hijau sebab tak larat dengan apa yang bakal aku tulis.

hakikatnya, memang aku tengah sedikit... entah lah. susah nak aku ungkapkan perasaan aku ni.

hurmm.. semasa dia jauh, aku harap dia dekat. bila dia dekat, aku pula cemburu bila tengok dia dengan orang yang tersayang.. semakin aku terasa yang aku tak boleh dekat dengan dia.. semakin aku rasa nak lari jauh-jauh..

x best kan minat kat artis? haih la..

p/s: Sorry.. aku tak nak letak gambar dia sebab aku tak nak rumah tangga dia hancur kalau gosip antara kami timbul..